8 AKTIVITI UTAMA CUTI HARI INI FOR #MeTime | Assalamualaikum dan selamat bercuti kepada semua pembaca blog ini.. Yeayyy seronok sangat bila dapat break di tengah-tengah minggu walaupun sehari.. Bolehlah merenggangkan tulang-temulang sementara, sebab esok start kerja seperti biasa.. So apa plan you all hari ini? Hurrrmmmm bila cuti singkat begini macam-macam perkara terlintas di fikiran.. Today is #MeTime!!!.. Spend masa untuk diri sendiri, ikut suka nak buat apa tapi masih ditemani keluarga.. #MeTime sangat penting pada saya untuk keseimbangan antara kerja dan aktiviti harian..
1. SARAPAN PAGI MENU KAMPUNG
Pagi ini saya mula keluar rumah seawal 8.00 pagi.. Melalui Jalan Mambau menghala ke Port Dickson.. Tiba di Taman Arowana Indah saya berhenti sebantar untuk sarapan pagi di sebuah kedai makan di sisi jalan.. Kedai makan biasa tetapi tumpuan orang ramai kerana menu sarapan pagi yang menarik dan sedap seperti nasi lemak, mee rebus, mee soto, mee hoon sup dan lain-lain lagi di samping kuih-muih tradisional.. Harga pun berpatutan.. Karipap juga penuh dengan inti kentang, bukan karipap oxygen okay, hehehe.. Bila-bila free saya akan buat review kedai makan itu..
2. JALAN-JALAN DI TELUK KEMANG, PORT DICKSON
Selesai makan terus menuju ke Teluk Kemang, Port Dickson.. Masih awal, kedai pun baru dibuka dan belum ramai pengunjung.. Pusing sekitar Teluk Kemang, persekitaran cantik dan air laut pun tenang.. belum berkeladak dek aktiviti laut..
Teluk Kemang, Port Dickson |
3. SINGGAH DI BLUE LAGOON, PORT DICKSON
Keluar dari Pantai Teluk Kemang saya menuju ke Blue Lagoon, Port Dickson.. Air di Blue Lagoon sangat cantik di tambah pula matahari mulai naik sekitar jam 11.00 pagi.. Pengunjung mula memasang khemah dan ada antara mereka mula menyalakan unggun api untuk sesi BBQ di tepi pantai bersama keluarga masing-masing..
Blue Lagoon, Port Dickson |
4. LUNCH DI KENNY ROGERS ROASTERS, WATERFRONT PORT DICKSON
Selepas melepak dan mengambil angin di tepi pantai Blue Lagoon, perjalanan diteruskan ke Waterfront Port Dickson.. Di sini terdapat restaurant Kenny Rogers Roasters, McDonald dan Starbucks Pandu-Lalu.. Persekitaran yang cantik berhadapan laut.. Matahari mulai panas terik.. Perut juga terasa lapar..
Saya singgah di restaurant Kenny Rogers Roasters untuk menjamu selera.. Set biasa apabila makan di sini..
Set Quater Meals with 2 side lines + chocolate muffin |
5. JALAN-JALAN CARI RUMAH IDAMAN
Selesai makan di Kenny Rogers Roasters, saya pun memulakan perjalanan menuju ke Bandar Sri Sendayan untuk pulang ke rumah.. Sepanjang perjalanan melepasi taman perumahan yang berada di sekitar Bandar Sri Sendayan, mata tak pernah melepaskan peluang untuk 'menatap' rumah ini..
Inilah rumah idaman yang ingin ku beli.. Impian sudah lama tetapi keadaan masih belum mengizinkan. Ingat tak kisah saya pulang ke Muar tempoh hari untuk menyelesaikan masalah rumah di Muar? Lanjutan dari itu, saya terpaksa re-schedule semula pembiayaan bank yang ada bagi membolehkan saya mendapatkan rumah kedua.. Jika ada rezeki, in shaa Allah akan tertunai juga nanti.. Doakan saya okay..
Cerita tentang : PULANG KE MUAR..
Rumah Idaman |
Bukan sahaja di sekitar Bandar Sri Sendayan tetapi pencarian rumah idaman pernah dibuat sehingga ke satu tempat yang dinamakan Rasah Kemayan, sebuah kawasan yang terletak di Seremban kelihatan sebuah projek perumahan baharu yang dinamakan Rimba Residensi..
Rimba Residensi, Rasah Kemayan |
Ada berani tinggal di sini? Setiap malam mesti tak lena tidur..
Apabila tiba di rumah, kelihatan beberapa buah buka yang tersusun di almari.. Buku-buku yang perlu dibaca dan diulangkaji semula.. Saya memang meletakkan target setiap bulan supaya mesti membaca sekurang-kurangnya 4 buah buka. Buku kali ini dari koleksi motivasi dan novel.. Bulan ini saya cuba mengawal diri supaya tidak membeli buku baharu, memadai hanya membaca semula buku-buku yang sedia ada.. Buku motivasi elok dibaca berulang kali supaya kita tidak mudah lupa dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Andai sudah bosan, selang seli dengan novel..
7. PROJECT PLANNER
Selain membaca, saya juga sedang dalam proses menyusun semula planner inserts yang ada.. Saya ingin mengasingkan planner inserts mengikut aktiviti seperti office work, personal dan hal-ehwal kewangan.. Buat masa ini saya sedang study dan 'mengkaji' mana satu cara yang efective dan lebih praktikal mengikut jadual saya seharian..
Project Planner as a #planneraddict |
8. POSTCROSSING PROJECT
Selain semua yang disebutkan sebelum ini, tak lupa juga saya sibuk dengan Postcrossing.. Hari ini sebanyak 7 postcards perlu dihantar ke luar negara iaitu Austria, Taiwan, Hong Kong, USA, Canada, Netherlands dan France. Selesai sudah tulis semua postcards so esok boleh post..
Postcrossing Project |
Begitulah cerita tentang 8 Aktiviti Utama Sempena Cuti Hari ini for #MeTime..
Apa aktiviti anda hari ini bersama keluarga atau kawan-kawan ? Nak tahu juga, share tau..
Sekian, tata...
Wasalam..
Regards,
20 Comments:
KERJA HAHAHA jelesnya orang lain cuti huwaa
It's okay Sha.. Kerja at least masyukkkk ;-)
Tunggu Sha cuti nanti baru spend masa untuk #MeTime okay..
Hari ni cuti, finally dapat gak tengok wayang n lepak2 kat umah je
wahhh...bestnyaaa aktiviti sis ni..irda pagi tadi buat kerja isi borang client,makan di rumah,nak keluar macam malas.kl panas,tunggu malam kot..ni jap lagi nak main badminton dengan anak kot..tp best lah sis boleh tengok laut bagai di pagi hari...i wish i can join u..huhu
best sangat ada me time ni.. bukan selalu kita dapat.. bila dapat tu memang akan gunakan sebaik mungkin :D
Wah menarik juga Sal dapat spent masa tengok wayang & lepak kat rumah, ada sikit masa rehat kannn Sal 😊..
Best juga activity Irda hari ini, ada masa untuk riadah.. Seremban pun panas terik Irda, sis sampai rumah hampir pukul 2 ptg rasa panas yang amat.
Rumah sis dekat dengan PD so ronda dekat2 saja 😉..
Setuju sangat dengan Nurul.. Sesekali dapat masa luang untuk manjakan diri sendiri memang best, hehehe 😄..
9. Tidur
Hehehehe 😁
ME Time paling seronok kan
Cuti Tak panjang, so kita jalan dekat2 sudahle, melepaskan kebosanan anak2 yg terperap di rumah,😑 sbb makpaknya keje.
Best dpt jalan2 tepi laut kan, menghidu udara laut yg nyaman.
Saya Ada dua org, sorg Kak ipar, sorg adik ipar duk di Sendayan. Suka Sendayan, cantik dan kemas bandarnya.
Betul Aida, best 😊
Cuti sehari sempat jalan dekat2 saja Nor Azimah..
Itulah selalu saya buat bila bosan, pi PD untuk ketenangan sebab dekat dengan rumah, hehehe 😁
Memang seronok #MeTime nikan...
Mrs. A pulak duklah jadi supir Mr. A hantar keta sana sini situ
Hehehe takpe ada masa nanti Mrs. A spend #metime okay 😊..
tetiba teringin pulak nak makan Kenny Rogers! hahaha.. esok lah cari. hehe
Hehehe hari ni boleh pergi cari tau, sorry buat Busyra teringin 😉..
Bermanfaat sungguh #Me time awak LZ! Dasat ah. Mak punya #Me time jugak yg banyak buang masa haha....
Sambil baca entri ni terbayang bayang tempat yg awak sebutkan. Lama tak jalan PD weyh hihi...
Saya balik Muar jugak cuti baru ni LZ. Tengok mak. Rutin tiap bulan
Nama pun #MeTime mak Nom, xde istilah buang masa janji enjoy, hehehehe 😁
Alhamdulillah, semoga mak HOkJer sihat selalu 💕..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!