ULANGTAHUN KELAHIRAN ARWAH ABANG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Pagi ini ketika sedang sibuk menjalankan tugasan pejabat tiba-tiba mata menjeling ke arah tarikh yang terpapar di skrin telefon. Tarikh 16 Oktober seperti ada seseorang menyambut hari lahir pada tarikh ini, sama ada abang atau mak saya kerana mereka berkongsi bulan yang sama. Saya lantas menghantar text kepada adik melalui applikasi WhatsApp untuk mendapatkan kepastian. Sahlah hari ini hari ulangtahun kelahiran arwah abang.. Al-Fatihah..
Masih terasa kehilangannya seperti baru semalam sedangkan arwah telah pergi meninggalkan kami lebih kurang 12 tahun lalu. Sepanjang pemergiannya saya tak pernah putus mendoakan kesejahteraan rohnya setiap hari selesai solat fardhu apatah lagi sempena hari ulangtahun kelahirannya. Saya tidak akan lupa untuk memberikan hadiah kepada arwah. Bacaan surah Yassin kurasakan hadiah yang sangat bernilai kepadanya di samping tanah yang diwakafkan atas nama arwah.
Semoga diampuni dosanya ketika di dunia dan rohnya diangkat serta dirahmatiNya sentiasa, amin..
Regards,
10 Comments:
Somoga rohnya dicucuri rahmat..aamiin
Al fatihah
Semoga rohnya damai di sana
mari kita sama2 sedekahkan al-fatihah untuknya.. semoga dia tenang di sana :)
Teruskan berhubung dan ikan hubungan dengan kiriman doa serta kalamullah kak..moga sentiasa berbahagia dia di sana...
Aminnnn..
Aminnnn..
Semoga begitu hendaknya PC..
Aminnnn..
Aminnn..
Semoga saya dapat terus mendoakan arwah, in shaa Allah...
Alfatihah untuk arwah abang LZ
..آمِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!