Beauty | Lifestyle | Fashion | Hobbies & everything that make me happy and inspire others..

Tuesday, March 27, 2018

MY FINANCIAL PLANNER SETUP

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Sudah tiba masanya saya perlu menyemak semula sistem kewangan untuk 3 bulan dalam tahun 2018 ini.. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang My Planner Setup For 2018.. Today I'm happy to show you how I'm using my planner to organize my finances. Untuk pengetahuan, saya telah mengamalkan budgeting system melalui planner sejak beberapa tahun lalu bertujuan untuk menguruskan kewangan saya. Target saya untuk memiliki rumah kedua di Seremban setelah rumah pertama berjaya dibeli di Muar, Johor.

Related post : Rumah pertamaku

I must admit that I am not expert in budgeting tetapi dengan budget system yang saya gunakan ianya sangat membantu saya mengubah gaya perbelanjaan memandangkan saya mudah tersasar dari matlamat semasa membeli-belah dan kerap overspend. 

Oleh itu saya perlu memantau sistem kewangan saya untuk memastikan segala hutang tidak terlepas pandang atau lebih baik bebas hutang dalam tempoh setahun dua nanti agar impian jangka panjang tersebut tercapai..

Personal Size Planner
My Financial Planner Setup
Okay let's get started.. I am sharing with you how I setup my financial planner for this year.. Saya menggunakan personal size planner supaya mudah dibawa kerana saiz yang kecil. It's an amazing planner.. Mengapa planner sedangkan banyak apps available to manage our finances electronically right.. Hurrrmmm setiap orang ada cara masing-masing.. Saya suka dengan paper, boleh decorate dan conteng guna pen warna supaya lebih attractive mengikut mood dan citarasa sendiri.



Apabila financial planner ini dibuka, saya akan lihat dashboard dengan kata-kata semangat : "START EACH DAY with a grateful HEART".. Syukur dengan kurniaanNya..

My Planner Setup
Planner dashboard
Then we go to the next page.. Insert (buku) pertama ialah monthly insert di mana saya merekodkan segala perbelanjaan harian..

Planner insert
Monthly Budget
MONTHLY BUDGET

This section dinamakan 'spending' di mana terdapat monthly calendar. Berpandukan resit pembelian yang diterima, saya akan rekod secara terperinci setiap perbelanjaan harian dalam satu senarai iaitu wang keluar dan wang masuk.. Wang keluar akan ditulis menggunakan pen dakwat merah manakala wang masuk (income) pen dakwat biru. Jika tiada resit, saya akan catit dalam ruangan 'Notes'.

Monthly insert
Monthly calendar
Jumlah keseluruhan setiap hari akan saya tulis di ruangan monthly calendar ini.. Next insert berkaitan bills.. I want to keep this pages neat and tidy supaya tak nampak serabut. This insert is still a work in progress. 

Pada akhir bulan, saya akan campur semua jumlah wang keluar dan wang masuk setiap hari supaya nampak perbezaan mana jumlah lebih banyak. Dari situ akan nampak jumlah perbelanjaan bagi bulan berkenaan.

Monthly Bills and Salary Schedule 2018
BILLS TRACKER

To make life easier for me, I created a bills tracker.

My Financial Planner Setup
Bills tracker
Saya menggunakan kertas saiz A4 ditampal secara horizontal.. Saya catat 1 haribulan hingga akhir bulan pada header dan di ruang description catat senarai setiap satu bills yang perlu dibayar pada bulan berkenaan seperti sewa rumah, housing loan, credit cards, yuran taska, fuel etc. (sorry, senarai bills saya terpaksa tutup dengan post-it note) seperti dalam gambar di bawah:


My Financial Planner Setup
Bills tracker
Saya guna sticker warna saiz bulat untuk tanda setiap bil yang telah dibayar mengikut tarikh pada bulan berkenaan.. Kaedah ini membantu saya deal with my monthly bills supaya tak terlepas pandang.

My Financial Planner Setup
Payslip pages
Next page, saya tampal salinan payslip untuk rujukan jumlah gaji yang diterima pada bulan berkenaan. Sediakan sebanyak 12 pages untuk rekod bayaran bill bagi 12 bulan akan datang.. Next page, Money Saving Challenge.. Sekarang sudah masuk minggu ke-13 so simpanan tunai saya mengikut money saving challenge berjumlah RM91.00..

My Financial Planner Setup
Money Saving Challenge
 Setiap minggu tandakan '/' pada jumlah minggu berkenaan sebagai rujukan. Next insert : Notes

My Financial Planner Setup
Notes insert
NOTES INSERT

Insert ini saya guna blank pages untuk catatan atau apa sahaja berkaitan perbelanjaan.

My Financial Planner Setup
Paper pocket
Next page, paper pocket di mana saya letak wang tunai Money Saving Challenge dalam envelope hijau diikuti card holder.. Card holder saya isi namecard setiap restaurant yang pernah dikunjungi sebagai rujukan akan datang... Mana tahu satu hari nanti saya bercadang repeat makan di sana, so mudah info ada dalam planner..

My Financial Planner Setup
Name card holder
Akhir sekali sebagai penutup dashboard gambar saya dan anak diikuti dengan last section untuk meletakkan receipts and important papers/notes that need to be filed away later. Buat masa ini saya letak stickers.

My Financial Planner Setup
My inspiration
Maka berakhirlah episod My Financial Planner Setup.. Setakat ini saya puas hati dengan sistem yang digunakan..

Budget System
My financial planner setup
Begitulah serba sedikit mengenai kaedah budget system saya.. Ianya memerlukan kesabaran dan commitment yang tinggi untuk mencapai matlamat yang diingini. 


Budget system
My Financial Planner
Apa pendapat anda? Bagaimana cara anda memantau perbelanjaan harian anda sekeluarga? Kalau suka masih belum terlambat, start organizing your finances now lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang.. Akhir kata happy budgeting!



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ


Share:

22 comments:

  1. Subahanallah..! hebatnya.. rajin betul ni.. :)
    Memberi inspirasi kpd saya utk buat yang sama.. tapi saya tak rajin sangat.. hahahahaha..

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe cara ini mudah dan jelas merekodkan perbelanjaan harian saya.. Saya boros and at the same time ada target jangka panjang sebab tu gigih sediakan budget sistem begini 😁..

      Delete
  2. cantiknya planner LZ..liez mmg suka mcm tu tapi tiada kerajinan..
    kena ambik aura LZ la utk buat planner mcm ni.. utk track duit keluar masuk,saving..macam-macam lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ ada goals utk kumpul duit beli rumah Mrs Liez so kena betul2 serious laksakan financial planning.. Sebab itu semangat lain macam, hehehe 😁

      Delete
  3. tak pernah buat cam kamu, jika di amalkan memang mendapat hasil yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena disiplin diri yang kuat supaya boleh stick dengan cara ini Kak Ina.. Doakan semoga LZ dapat hasil terbaik & impian jadi kenyataan, Amin..

      Delete
  4. Hehe samalah Hana pun prefer main dengan planner berbanding guna apps >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna planner lebih mudah focus cara kita & ikut creativity masing-masing kann Hana 💕..

      Delete
  5. Saya pun guna planner, tp buat masa sekarang pakai planner yg RM20 tu je, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mayy creative.. bila guna planner lagi terserlah creativity Mayy 💕..

      Delete
  6. dah lama tak buat since monthly spending dah fix tapi rasa macam nak buat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farhanna mungkin boleh review semula perbelanjaan harian & bulanan.. Get rid perbelanjaan yang tak perlu, mungkin. Buat analysis dari perbelanjaan.. Itu sekadar cadangan sis, hehehe

      Delete
  7. Cantik note sis ! saya pun ada buku plan list tapi untuk list2 kerja yg perlu disiapkan. Tapi serious cantik sis,! :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks CF 💕.. Note book memang diperlukan sebab tak semua perkara kita ingat..

      Delete
  8. Bukan cuma org bekerja aje patut ada Planner ni rasanya kan.... Sepatutnya hakak pun ada satulah LZ senang nak tulis perbelanjaan harian...Baru senang nak tau kemana hilangnya duit belanja tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu LZ banyak planner Kak Nom. Untuk kerja dan rumah berbeza planner. Rumah, LZ ada grocery shopping list & meal planner 😄..

      Kak Nom kena sediakan juga, 😁..

      Delete
  9. LZ memang hebat bab planner ni. resit beli barang sikit-sikit pun simpan ke?saya memang nak kena pantau la. tiap-tiap bulan duit habis macam tu je tak tau pergi mana.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap pembelian kena pantau Sal even xde resit.. LZ akan record setiap wang keluar masuk. At the end of the month LZ akan buat summary perbelanjaan mana lebih tinggi.. It's okay setiap orang lain cara dia Sal 😄..

      Delete
  10. Rabia beli buku nota cantik di MR DIY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Rabiah banyak buku nota dan diary cantik di Mr DIY dengan harga yang berpatutan..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Loading...

Translator

The Author



Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 42 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

My Precious Followers

Facebook Page

My Supporters For Year 2020!

Top 5 Commentators

Top 5 Comments