Beauty | Lifestyle | Fashion | Hobbies & everything that make me happy and inspire others..

Wednesday, September 19, 2018

PLANNER KEWANGAN BELANJA ISI RUMAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. 
Hari ini saya ingin kongsi cara bagaimana saya merancang dan mengurus perbelanjaan isi rumah.. Saya bukanlah pakar dalam pengurusan kewangan tapi saya ikut cara sendiri melalui pembacaan. Bukan pula kata saya rigid sangat dalam berbelanja atau berkira tetapi saya suka buat perancangan perbelanjaan supaya teratur dan systematic lebih-lebih lagi impian kami sekeluarga untuk membeli rumah baru.. Jadi kenalah kawal perbelanjaan dan beli apa yang perlu bukan semata-mata mengikut kehendak.. Doakan saya supaya impian ini menjadi kenyataan, aminnn..

Okay berbalik kepada perancangan kewangan isi rumah.. untuk mencapai matlamat tersebut saya sediakan satu binder atau planner khas yang merekodkan segala wang keluar masuk perbelanjaan keperluan kami sekeluarga. Untuk pengetahuan pembaca, kaedah rekod perbelanjaan bulanan ini inspired by Dave Ramsey.. Anda boleh Google dan baca, banyak cara pengurusan kewangan atau budget system diajar oleh Dave Ramsey boleh dijadikan panduan.

Inilah rupa planner kewangan belanja isi rumah saya :

My financial planner
Bila buka saja muka surat pertama ada satu kad kecil untuk saya letak post-it note setiap barang yang ingin dibeli atau bil yang perlu dibayar secara kasar.. Tulis dan tampal di situ.. So bila keluar belanja, my husband boleh rujuk di situ dan bawa post-it note kecil itu bersama apabila ke grocery store.

My budget planner
Di bahagian kulit planner saya letak satu pouch yang berfungsi sebagai bekas alat tulis.. Dalam tu saya letak pen, pensel dan highlighters.
My budget planner
Bila selak kertas tebal untuk tampal post-it note tadi ada gambar iklan perfume Gucci Flora.. Saja letak sebagai penyeri.. Al-maklum perfume Gucci Flora merupakan salah satu perfume yang ingin saya miliki suatu masa lalu.. Alhamdulillah impian itu sudah menjadi kenyataan..

Advertisement GUCCI Flora pefume
Kita ke bahagian seterusnya iatu page Shopping List.. Untuk tujuan blog post ini saya tunjuk mukasurat kosong sebab tak mahu tunjuk my groceries lists, huhuhu malu..
Shopping list
Halaman seterusnya ialah mukasurat di mana saya keeping track of my monthly bills.. Saya akan tulis due date untuk setiap bayaran bulanan seperti contoh due date bayaran sewa rumah saya pada setiap akhir bulan, saya akan tandakan thick selepas column 'Amount' apabila bayaran dibuat dan begitulah untuk bayaran bills seterusnya.

Bills planner
Seperti yang telah saya nyatakan di atas, columns mukasurat di atas terdapat ruang untuk catatan setiap bulan berkaitan due date bayaran, jenis bayaran, jumlah dan tanda thick setelah bayaran dijelaskan.. Cara ini mengelakkan saya dari lupa bayar monthly bills, al-maklum banyak sangat perkara kena ingat dan urus.. Tambahan pula setiap bills bulanan penting dan perlu dijelaskan sebelum due date.

Okay, kita ke mukasurat seterusnya iaitu blank and grid pages. Ruangan ini untuk extra income log sebagai contoh belian dari kedai online saya di Shopee dan eBay serta pendapatan dari Google Adsense. I can easily track the irregular income dan tulis dalam ruangan ini pada setiap hujung bulan. Selain itu, ruangan ini juga digunakan untuk merekodkan segala perbelanjaan keseluruhan untuk bulan berkenaan.

Blank and grid planner pages
Blank and grid pages di atas saya akan lakar seperti format di bawah mengikut kategori masing-masing.

Sample financial planner pages
Tak lupa juga saya akan rekod segala perbelanjaan online to track all of those online purchase. The online purchase log turut membantu saya track any shopping yang telah dibuat bagi memastikan setiap pesanan diterima selain merekodkan jumlah pembelian yang telah dilakukan setiap builan.
Format mengikut suka berdasarkan kesesuaian.. If anything changes you can change it. Jadi tak bosan dengan satu format sahaja.. That's why I love it. 

Financial Planner
Kategori terakhir saya letak satu plastik folder untuk meletakkan segala resit perbelanjaan dan juga bills yang belum dijelaskan.. Bills yang telah dijelaskan bayaran saya masukkan ke dalam fail khas. Selain itu saya juga sediakan satu planner sebagai rujukan seperti resepi, DIY, maklumat tentang kewangan dan organizing.. Maklumat tersebut membantu dalam meal and financial planning serta proses organizing..

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai Planner Kewangan Belanja Isi Rumah saya.. Kalau ada antara pembaca yang ingin kongsi pendapat dan sebagainya, jangan lupa tulis di ruangan komen di bawah..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee.


Regards,
Share:

18 comments:

  1. cantiknya planner kak.rasanya nak beli jugak planner.tapi rabia dah ada banyak sgt buku nota kat rumah ni.cuma cri sticker je.tampal2 sikit kat buku tu.baru nampak cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rabiah maintain buku nota yang ada cuma buat format ikut pages yang bersesuaian dengan perbelanjaan Rabiah.. Guna pen warna-warni pun okay..

      Delete
  2. nice sharing LZ... sy main tulis je dlm panner... huhukkk cantik planner LZ... kena ada sistematik cam ni... baru nampak berapa belanja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. It’s okay Sheila janji ada rekod.. Bila ada rekod begini mudah ingat, nampak expenses keluar masuk, hehehe

      Delete
  3. sistematik betul akk ni..keep it up the good work! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa buat Cuya, x best kalau xde rekod begini.. Anyway thanks 😍

      Delete
  4. bagusnya siap ada planner utk rumah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi perbelanjaan berhemah LZ kena guna cara ini Normi ☺️

      Delete
  5. cantiknya planner! sha punya planner hm krik krik haha

    ReplyDelete
  6. Cantik planner tu !! Kita punya hehe masih lagi putih bersih hikhik

    ReplyDelete
  7. organized sgt.
    nicely done.
    aida xde as complete as this, lz.
    dlm big file. semua hempok situ.
    hanya aida yg faham hihi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. It’s okay Aida kalau tak cantik yang penting ada record, memudahkan kerja kita juga hehehe 😊

      Delete
  8. Adoi detailnya sis.. Tersusun dan teratur.. Cantik dan kemas.. suka sha tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa dengan format begitu Sha, hehehe
      By the way thank you Sha 🌹..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Loading...

Translator

The Author



Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 42 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

My Precious Followers

Facebook Page

My Supporters For Year 2020!

Top 5 Commentators

Top 5 Comments