Sunday, July 08, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin cerita tentang jahitan. Siapa suka menjahit? Opppss jangan tanya saya tentang jahitan, terus terang kata saya tak pandai menjahit walaupun dilahirkan dalam keluarga tailor dari nenek, makcik, sepupu dan mak semua pandai menjahit malah ada antara mereka menjana sumber pendapatan sepenuh masa dari hasil jahitan. Tapi bukan saya kerana saya kurang sabar. Seni jahitan memerlukan kesabaran yang tinggi.. Anda setuju?

Cukuplah saya kongsi cerita tentang pengalaman saya sekeluarga ketika mengunjungi Sewing World Gallery di Sky Park @ One City Plaza, Subang Jaya minggu lalu. Pengalaman baru kepada saya yang wajar dihebahkan kepada umum.. Tempat ini mungkin asing bagi sesetengah pengunjung tetapi ianya agak familiar kepada mereka yang minat dengan seni jahitan atau sesiapa yang pernah mengetahui Epal Handicraft Training Centre.. 

Sewing World Gallery One City Mall
Sewing World Gallery, Sky Park @ One City Plaza

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Fabric Art Gallery di mana pengunjung dapat melihat hasil jahitan peserta kursus.


Fabric Art Gallery
Fabric Art Gallery

Gallery ini merupakan pusat pameran dan hasil jualan seni jahitan. Ada dinyatakan (dalam gambar di atas) 10 sebab mengapa Sewing World Gallery menjadi destinasi wajib dikunjungi namun kurang jelas untuk dibaca di sini. Jadi kena pergi sana untuk merasai pengalaman sendiri.. hehehe

Semasa pengunjung melangkah masuk ke Fabric Art Gallery, anda akan 'disambut' dengan hiasan patung di bawah yang merupakan hasil kratfangan dari pelajar. Ianya dihasilkan dari cantuman fabric.. Teruja sebab comel..


Sewing World Gallery
Sewing World Gallery, Sky Park @ One City Plaza, Subang Jaya

Seterusnya pengunjung akan disapa dengan pembantu dari Fabric Art Gallery yang begitu ramah. Salah seorang di antara mereka akan menerangkan setiap satu hasil pameran serta mengingatkan kita bahawa setiap satu hasil seni jahitan yang dipamerkan mempunyai keunikan tersendiri.. Saya sekeluarga di bawa oleh pembantu yang lebih mesra dipanggil saudara DIN meninjau sekitar gallery.. 

Jom saya bawa pembaca melihat sebahagian hasil jahitan yang dipamerkan :


Sewing World Gallery
Beg dan pouches
Sewing Art Gallery
Beg dan coin purses
Sewing Art Gallery
Hasil jahitan beg yang dipamerkan

Setelah meninjau hasil jahitan yang dipamerkan di hadapan pintu masuk, saya dibawa meninjau ke bahagian belakang gallery di mana terdapat pelbagai hasil jahitan quilt yang menggunakan teknik cantuman..


Fabric Art Gallery
Fabric Art Gallery
Sewing World Gallery
Hasil jahitan 'quilt'
Sewing World Gallery
Hasil jahitan yang dipamerkan
Sewing World Gallery
Hasil seni jahitan 'quilt'

 Hasil jahitan 'quilt' di atas menggunakan fabric jenis baldu, dicantum dengan teliti mengikut tone warna.. Menurut saudara Din hasil jahitan seperti itu memerlukan kesabaran yang tinggi demi mendapatkan hasil yang cantik dan kemas. 


Sewing World Gallery
Hasil jahitan yang dijual

Agak besar juga kawasan pameran, jadi saya mengambil kesempatan untuk berehat seketika di kawasan ini.. Sofa yang saya duduk itu juga hasil seni cantuman kain jeans..


Sewing World Gallery
Tuan blog penat, hehehe

Okay, kita teruskan perjalanan ke bahagian belakang gallery di mana menempatkan pameran fabric dan hasil jahitan teknik cantuman (patchworks)..


Fabric Art Gallery
Persalinan solat
Begs dan quilt
Sewing Art Gallery
Bags
Contoh hasil jahitan cantuman : Quilting
Sewing World Gallery
Seni jahitan tampal
Jahitan quilt

Perjalanan diteruskan ke satu sudut seperti mini muzium yang menempatkan mesin jahit dan alat-alat jahitan.. 


Sewing World Gallery
Mini muzium

Menurut saudara Din, mesin jahit keluaran Janome Sewing Machine Co Ltd, Japan ini boleh digunakan selama 24 jam tanpa henti..  


Sewing World Gallery
Janome Sewing Machine
Sewing World Gallery
Mesin jahit dan seterika lama
Fabric Art Gallery
Alat jahitan di mini muzium

Berikut merupakan icon dan fashion designer terkemuka yang berkaitan dalam bidang fesyen seperti :


Fashion Designer & icons

TERESA BURYEA WONG a lifelong writer and communicator
LOUIS VUITTON was a French fashion designer and businessman. Inilah founder jenama terkenal "Louis Vuitton".
ALEXANDRA MCQUEEN, British fashion designer couturier.
JIMMY CHOO siapa tak kenal kannn. He is a Malaysian fashion designer based in the United Kingdom. Beliau terkenal dalam menghasilkan handmade women's shoes.
ELEANOR BURNS, she first started stitching on her Aunt Edna's feed sacks.
NANCY ZIEMAN is the TV host of Sewing with Nancy.





Seterusnya saya dibawa ke sebuah giant bag atau beg terbesar di Malaysia.. Menurut saudara Din fabric yang dicantum adalah dari pakaian yang disayangi oleh orang tersayang.. Pakaian tersebut dikumpul dan dijahit sehinggalah menghasilkan beg besar ini. I can't imagine macam manalah kaedah semasa membuat beg ini..


Guiness World Records
Beg Terbesar di Malaysia

Beg terbesar ini telah mendapat pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness (Guinness World Records) : 

"The largest holdall measures 7.62m(24 ft 12 in) long, 5.44 m (17 ft 10 in) tall and 3.04m (9ft 11 in) wide and was achieved by Mostwell Sdn Bhd (Malaysia) in Puchong, Malaysia on 29 May 2015."

 
Sewing World Gallery
Guinness World Records

Apa isi dalam beg besar itu? Semasa kunjungan saya sekeluarga, beg besar tersebut mengandungi bingkai-bingkai 99 nama Allah (Asmaul Husna) diperbuat daripada baki kain setiap satu. Baki kain tersebut dijahit menggunakan tangan menjadi bunga-bunga kecil membentuk Asmaul husna..


Sewing World Gallery
Asmaul Husna
Sewing World Gallery
Contoh bingkai Asmaul Husna..

  Untuk pengetahuan pembaca, bingkai-bingkai gambar yang mengandungi 99 nama-nama Allah tersebut turut mendapat pengiktirafan dari Guinness World Records :


Sewing World Gallery
Guinness World Records

 "The largest display of handmade fabric flowers is comprised of 63,682 pieces and was achieved by Mostwell Sdn Bhd, Perbadanan Putrajaya,PSJK and Jabatan Penjara Malaysia (all Malaysia), at the Kompleks Perbadanan, Putrajaya Malaysa on 3 November 2016."

Seterusnya saudara Din membawa saya sekeluarga ke bahagian tingkat atas gallery.. Tingkat atas menempatkan ruang belajar bagi peserta kursus. Terdapat gambar potret-potret Perdana Menteri Malaysia yang dihasilkan dari teknik jahitan oleh para pelajar..


Sewing World Gallery
Potret Perdana Menteri Malaysia

 Lihat sendiri jahitan halus membentuk potret Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 , Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Perdana Menteri Malaysia
Potret Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
Sewing World Gallery
Bengkel Jahitan
  
Berikut merupakan kursus yang ditawarkan iaitu 12 bulan pakej Seni Jahitan Kreatif:


Fabric Art Gallery
12 bulan Pakej Seni Jahitan Kreatif

Untuk mengetahui yuran kursus dan promosi terkini boleh hubungi cawangan Pusat Latihan Kraftangan atau kunjungi Sewing World Gallery seperti yang dinyatakan di bawah. Saya yakin harga pakej kursus yang ditawarkan amat berpatutan.

Sebelum berpisah kita bergambar dulu dengan saudara Din yang tanpa jemu menjawab segala soalan yang diajukan kepada beliau sepanjang tinjauan saya sekeluarga ke gallery ini..


Kami & saudara Din dari Sewing World Gallery

Terima kasih atas segala penerangan yang diberi dengan teliti sepanjang kunjungan saya ke Sewing World Gallery..

Sesiapa yang ingin berkunjung ke Sewing World Gallery, boleh berbuat demikian pada hari biasa termasuk hujung minggu.

SEWING WORLD GALLERY
C-01-01 to 08, Block C, 
Level 1, Sky Park @ One City, 
Jalan USJ 25/1
47650 Subang Jaya, Selangor

Hubungi : 03-5022 3113
 Waktu operasi : 10.00 pagi hingga 11.00 malam

 Kursus : epalDIY


Begitulah perkongsian cerita yang ingin disampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Saturday, July 07, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih for your endless support  and i really appreciate it.. Hari ini saya ingin mengambil peluang untuk memberi sokongan kepada rakan blogger bernama ejulz dengan menyertai segmen beliau bertajuk "SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ”.. Tambahan pula tuan blog sendiri telah menjemput saya menyertai segmen ini, jadi ianya sesuatu yang agak kurang manis untuk ditolak..

SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja Partime Dari EJULZ
SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja Partime Dari EJUL
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follow blog Ejulz / Aerill Hassan / ShirVen / Shafyqah
2. Follow Instagram Ejulz / Aerill Hassan / ShirVen / Shafyqah
4. Buat entry bertajuk “SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ”
5. Tampal banner kat atas pada entry korang dan backlink ke entry segmen ni.
6. Nyatakan kerja partime yang korang sedang buat / suka buat / dalam perancangan nak buat / sekiranya korang memerlukan pekerja partime dari kalangan blogger (Nyatakan sekiranya ada. Kalau tak ada abaikan ^_^)
7. Last sekali, macam biasa letak link entry korang di ruangan komen di bawah
8. Hanya terbuka kepada blogger yang menetap di MALAYSIA sahaja ^^


Jika ada antara pembaca ingin sertai segmen ini sila klik banner segmen di atas untuk mengetahui terma dan syarat-syarat penyertaan yang lengkap.

KERJA PART TIME SAYA..
(menjawab syarat penyertaan item nombor 6)

So far blogging dan membuat planner adalah kerja part time saya. Saya akan meluangkan masa membuat blog post pada waktu malam untuk diterbitkan secara terus atau pada hari-hari tertentu yang telah ditetapkan (mengikut subject matter). Saya turut mengambil tempahan membuat planner jika ada permintaan.. Saya suka kedua-dua kerja part time ini sebab ianya merupakan hobi saya dan sekaligus boleh menjana pendapatan sampingan. At the same time saya dapat melupakan segala stress di pejabat sepanjang hari bekerja.
    
Oh ya, untuk pengetahuan pembaca segmen tamat pada 31 JUL 2018..
 So jangan lepaskan peluang ini..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee..


Regards,


Tuesday, July 03, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. 
Lama saya tak berkongsi cerita tentang kes jenayah seperti blog post sebelum ini.. Memandangkan kita masih berada dalam bulan Syawal, saya kongsi satu kes jenayah yang berlaku pada 22 Ogos 2012 ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Seperti biasa, mukadimah saya sebelum berkongsi sesuatu kes jenayah iaitu saya tidak bertujuan untuk mengaibkan keluarga si mati atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini tetapi lebih kepada menjadikan setiap kes sebagai ikhtibar kepada pembaca.
Kes Jenayah : Tragedi Aidilfitri
LATARBELAKANG KES

Kes ini telah didengar di Mahkamah Rayuan (Putrajaya) pada 29 Mac 2018 lalu.
Perayu (pesalah) telah dituduh bagi kesalahan membunuh iaitu menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki bernama AR, jam lebih kurang 8.00 malam di mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

KES PENDAKWAAN

Perayu merupakan adik ipar kepada AR (si mati). Perayu berkahwin dengan adik perempuan AR iaitu KA.

Pada 22.8.2012, jam lebih kurang pukul 7.30 malam pada Hari Raya Aidilfitri ke-4, IA (abang si mati) dan si mati duduk berbual di sebuah pangkin di rumah mertua Perayu. Turut sama dalam perbualan tersebut ialah kakak si mati bernama SA dan Perayu. Dalam perbualan tersebut, Perayu tiba-tiba telah mengatakan bahawa tidak lama lagi mereka akan dapat duit pusaka tanah arwah bapa si mati sebanyak RM30,000.00. Perayu mengetahui hal tersebut melalui isterinya, KA. IA agak terkejut kerana sebelum itu tidak mengetahui tentang duit harta pusaka arwah ayah mereka.

Sejurus itu IA masuk ke rumah dan bertanyakan hal demikian kepada KA berkenaan perkara yang baru diberitahu oleh Perayu kepada mereka (si mati, SA dan IA). 

KA hanya menjawab : "Habislah aku nanti kena pukul.."

Selepas itu  KA terus keluar dari rumah mengikut pintu belakang. Seketika kemudian, IA melihat Perayu masuk ke dalam rumah mencari isterinya (KA) tetapi tidak jumpa. Sementara itu, IA keluar daripada rumah dan pergi ke halaman rumah dan bersandar pada keretanya. Perayu datang menghampiri IA. 

Ketika itu si mati datang dan berkata kepada Perayu : "kalau ada apa-apa hal pun dalam rumah tangga tolong jangan naik kaki tangan. Tu pantang aku." Perayu menjawab : "Ini hal bini aku, rumah tangga aku. Tolong jangan campur."

Mendengar jawapan Perayu, si mati telah menjawab : "Dia bini kau tapi dia adik aku." Si mati seterusnya memberitahu Perayu jika dia dengar adiknya (KA) dipukul, si mati akan datang cari Perayu. Si mati terus beredar pergi meninggalkan Perayu.

Semasa si mati beredar, perang mulut masih berlaku antara si mati dan Perayu. Selepas 3 hingga 4 langkah si mati telah berpatah balik ke arah Perayu dan berlaku tolak menolak antara si mati dengan Perayu. IA melihat hal tersebut tidak meleraikan mereka kerana beranggapan bahawa ianya sekadar pergelutan antara adik-beradik. 

Namun, menurut IA dia melihat keadaan menjadi lebih serius apabila daripada tolak-menolak, si mati dan Perayu telah bergumpal di atas tanah berdekatan IA. IA telah memaut belakang badan Perayu yang ketika itu sedang berada di atas badan si mati. IA merebahkan dirinya bersama si mati dan Perayu di atas tanah.

Perayu kemudiannya berdiri. Si mati pula masih terbaring dalam kedudukan mengiring dengan kedua-dua tangannya memegang perut sebelah kiri. Ketika itu IA melihat di tangan kanan Perayu terdapat sebilah pisau, manakala di tangan kiri Perayu memegang sarung pisau. 

Perayu berkata : "Aku tak tikam dia.."

Seterusnya si mati telah dibawa ke hospital. Pembedahan laparatomy dilakukan serta-merta bagi membetulkan usus si mati yang cedera teruk bagi dibuat sambungan semula. Bagaimana pun si mati disahkan telah meninggal dunia lebih kurang 1 jam selepas pembedahan tersebut.

Pada 18.10.2013, Perayu telah ditangkap.

KECEDERAAN SI MATI

Doktor telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati dan mengesahkan bahawa punca kematian adalah disebabkan oleh "Incise Wound on the Left Hip Region" iaitu fatal in nature akibat daripada kesan luka daripada pinggul sebelah kiri naik ke atas menyebabkan putus saluran darah yang disebabkan oleh objek tajam. Luka tersebut adalah tusukan yang dalam di bahagian tersebut. 

Kecederaan lain ialah 'right posterior aspect of the forearm' yang dialami oleh si mati yang merupakan kecederaan kerana mempertahankan diri.

Pembedahan laparatomy yang telah dilakukan ke atas mayat si mati tidak menyumbang kepada sebab kematian si mati.


PEMBELAAN PERAYU

Perayu mengatakan bahawa dia telah diberitahu oleh isterinya (KA) bahawa si mati dikatakan akan membahagikan sejumlah wang hasil jualan tanah pusaka arwah ayah mertuanya iaitu  RM30,000.00 setiap seorang seperti yang diberitahu oleh KA tetapi sebaliknya si mati hanya memberi RM500.00 sahaja. Jumlah tersebut ternyata tidak benar dan mengecewakan Perayu. Oleh itu, Perayu terus mencari KA untuk memarahinya.

Si mati telah datang kepada Perayu dan menegur sikap Perayu kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan Perayu yang sering memukul adiknya (KA) jika berlaku pertelingkahan rumah tangga.

KEPUTUSAN MAHKAMAH

Di akhir pendakwaan, YA Hakim telah membuat inferen bahawa berdasarkan kepada keterangan saksi utama (IA), kecederaan fatal yang dialami oleh si mati akibat tusukan yang kuat adalah keterangan yang mencukupi bahawa Perayu mempunyai niat untuk menyebabkan bencana tubuh ke atas si mati. Kecederaan yang ditimpa ke atas usus si mati adalah fatal dan tidak boleh dibaik pulih walau pun si mati cuba diselamatkan. 

Pembuktian niat seseorang tertuduh atau individu, jika tiada keterangan secara langsung, masih boleh dibuktikan secara inferen melalui keterangan dan perlakuan tertuduh. Niat untuk membunuh juga dapat dibuat melalui inferen daripada jenis kecederaan yang dialami oleh si mati.

Keterangan IA jelas tidak melihatkan si mati mempunyai sebarang senjata berbahaya ketika kejadian. Dalam keadaan tersebut, Perayu tidak berada dalam keadaan berdepan dengan ancaman ke atas nyawanya / keselamatannya. Namun Perayu telah mengambil peluang yang tidak sepatutnya untuk bertindak secara kejam apabila telah menggunakan pisau menikam si mati.

Berdasarkan alasan-alasan yang telah dihuraikan, seterusnya mengambil kira fakta undang-undang yang terpakai dan telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan sepanjang kes perbicaraan maka Mahkamah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

Perayu dijatuhkan hukuman mati mandatori terhadap jenayah yang dilakukannya. Perayu mempunyai isteri dan 2 orang anak.

Begitulah kisah yang boleh dijadikan tauladan.. 
Semoga ianya menjadi pengajaran atau ikhtibar kepada kita semua..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


Saturday, June 30, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..
Hari ni saya nak buat review shawl yang berjaya ditebus hasil dari membership Watsons..
Saya pernah kongsi cerita [DI SINI] yang menggambarkan bagaimana kegigihan saya mengumpul stickers #ootdiva by EL semata-mata untuk dapatkan shawl ini.. Kena ingat only at Watsons, hehehe

Kenapa saya gigih menebus shawl ini? Minat pada Elfira? No..no..no.. 

Elfira Long Shawl by Watsons
#OOTDIVA Elfira Long Shawl
Saya suka design shawl ini kerana kombinasi warna lembut bukan semata-mata sebab Elfira..
Sorry I tak mudah terpengaruh dengan product artis hokey.. Mana cantik di mata dan sesuai dengan saya, itulah pilihanku..
Long Shawl by EL only at Watsons
Photo credit to watsons.com.my


Selain itu, alang-alang membeli di Watsons tempoh hari cukup 6 stickers tambah RM59.90 dapat sehelai shawl ini.. Harga asal : RM119.80

Nah belanja sekeping gambar bersama #ganglunch merangkap #ootd Elfira long shawl ketika pertama kali menggayakan shawl ini, ehem..ehem..
Malu sebenarnya, * tutup muka sikit..

Elfira Long Shawl by Watsons Malaysia #ootdiva
Part of #ganglunch
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Follow Us @ladyinredplanner