Showing posts with label Restaurant Review. Show all posts
Showing posts with label Restaurant Review. Show all posts

Tuesday, November 01, 2022

,
JUADAH TRADISIONAL POPULAR DI RESTORAN HAYYAN HUDA OPAH'S KITCHEN & GARDEN, SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Menjamu selera di Hayyan Huda ni sekitar awal bulan Oktober 2022 lalu.. 

Hayyan Huda Opah's Kitchen & Garden

Lama sebenarnya saya teringin makan di sini setelah officemate bercerita tentang juadah best di Hayyan Huda.. Mestilah rasa teruja nak pi makan sini sebab restoran Hayyan Huda ni dimiliki oleh keluarga mertua Dr Ezani Md Monoto, juara MasterChef Malaysia Season 1. Lokasi restoran ini terletak di 44, Jalan Bukit Temiang 1, Taman Bukit Temiang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. 

Set lunch

Saya dan officemate lunch di sini dan ketika itu hujan turun renyai-renyai.. Suasana sejuk membuatkan perut berkeroncong, memang kena dengan masa.. Kami berempat so kami pesan menu set makan tengah hari. Lauk set kami ada ayam goreng kampung, telur dadar, ikan siakap asam pedas, sambal udang, sambal sotong dan daging salai masak lemak..

Air sirap selasih

Minuman bagi set ini air sirap selasih sejuk.. Sejuk tekak di cuaca sejuk..

Asam pedas ikan siakap

Sambal udang petai dan sambal sotong

Daging salai masak lemak

Ayam kampung goreng kunyit

Datang pun lunch hour, tentulah ramai pengunjung lain tambahan pula restoran ini popular di sekitar Negeri Sembilan, so susah sikit dapat parking dan tempat duduk.. Kena tunggu giliran..

Pengunjung restoran

Waktu menunggu tak lama.. Layanan dari kakitangan juga sangat memuaskan.. Memandangkan tempoh menunggu tak lama so dapat makan cepat, so habis pun cepat.. Sementara itu pengunjung pula tak putus-putus masuk ke restoran.

Sebelum balik saya singgah ke bahagian kek dan pastry.. Haruslah bawa kek balik office untuk tea time nanti.. 

Kek untuk dibawa pulang

Saya pilih kek pandan gula melaka dan kek chocolate Nutella.. 

Kek pandan gula Melaka dan kek Chocolate Nutella

Begitulah serba ringkas cerita lunch di Hayyan Huda Opah's Kitchen & Garden.. Overall makanan semua sedap, kena dengan citarasa makanan tradisional Negeri Sembilan khasnya.. Banyak pilihan kek dan pastry, semua pun sedap-sedap belaka.. For me worth every penny..

Sesiapa yang ingin makan di sini perlu buat study sikit, bukan susah, just Google sahaja berkenaan waktu operasi dan waktu puncak untuk mengelakkan anda kecewa datang dari jauh tapi restoran tutup atau penuh.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Tuesday, October 11, 2022

,
JOM LEPAK DI RESTORAN LEH PAK, SEREMBAN | Malam minggu lalu saya sekeluarga mengambil angin malam dengan meronda sekitar Seremban. Misi mencari tempat makan baharu memandangkan kami sudah bosan makan di area Bandar Sri Sendayan dan Seremban 2.. Al-maklum tempat makan biasa bila kerap sangat makan tempat yang sama berulang kali akan rasa bosan. Dari situ timbul idea jalan-jalan cari makan.

Restoran Leh Pak Seremban

My colleague has recommended this restaurant bernama Leh Pak yang terletak di Jalan Yam Tuan, Seremban. Mendengar dari nama dan ejaan saya menyangka kedai ini Chinese Restaurant, mungkin dari perkataan 'lepak' menjadi 'Leh Pak' supaya lebih santai dan berciri hipster. Apa yang penting ianya restoran halal.

Hiasan dalaman di Restoran Leh Pak Seremban

Dari luaran restoran ini agak cozy, keadaan bangunan mempunyai ciri-ciri sejarah.. Saya sekeluarga masuk ke restoran ini sekitar pukul 8.00 malam.. Agak ramai pengunjung ketika itu tetapi masih ada beberapa meja kosong.

Tak sampai 10 minit kami duduk di meja, waitress datang menghulurkan buku menu.. Saya belek-membelek buku menu untuk menghayati makanan yang ditawarkan di restoran ini. 

Menu di Restoran Leh Pak 

Menu terbahagi kepada beberapa kategori seperti Asian, Western, Snacks dan beberapa jenis lain selain minuman.

Asian Goreng-Goreng

Snacks for orang diet
Western Hidangan Utama

Menu dari kategori snacks pilihan my husband, kata dia mahu diet. My husband ordered kaya + peanut toast while my son ordered Nutella honey toast.. 

Kaya + peanut toast

Tak sanggup tengok kemanisan Nutella chocolate toast pilihan my son ni, terasa manis level potong kaki..

Nutella honey chocolate toast

Pilihan hati saya pula sudah tentu Chinese food iaitu Cantonese yee mee.. Tak lama selepas pesanan diambil, makanan saya pun tiba, waktu menunggu tak sampai 30 minit..

Cantonese yee mee

Apa yang mengejutkan portion makanan saya sangatlah besar, sebesar kuali saiz kecil. Manalah mampu saya habiskan seorang.. 

Cantonese yee mee

Saya minta 2 buah mangkuk kecil untuk saya bahagi beberapa portion to my husband.. Maka secara tak langsung terbatal diet my husband, hahahaha (gelak jahat!). Rasa Cantonese yee mee sedap dan tak muak. Tak lengkap makan Cantonese yee mee tanpa cili potong kicap. Kunyah cili sampai rasa pedas terus suap Cantonese yee mee baru rasa puas!  

Grilled Chicken and butter rice

My son tak cukup dengan Nutella toast, dia pesan grilled chicken and butter rice.. Risau lapar tengah malam nanti katanya.. Kita layankan saja permintaan dia asalkan tak membazir.

Minuman

Cerita tentang minuman pula, saya pesan teh tarik, my husband pesan air limau panas dan my son pesan minuman kegemarannya iaitu Milo dinosaur. Comel sangat bekas minuman menggunakan kole stainless steel ni.

Teh tarik, limau panas dan Milo dinosaur 

Overall semua makanan yang dipesan sedap, memenuhi citarasa saya. Harga pun berpatutan. Nice environment, walaupun ramai pelanggan tetapi masih luas dengan jarak meja agak jauh. Service cepat and friendly waitress. Boleh repeat next time..   

Restoran Leh Pak Seremban

Kepada kengkawan yang berada di area Seremban atau berdekatan boleh cuba sendiri kerana pendapat mengenai kesedapan makanan agak subjective.. Sedap atau tidak, puas hati bila rasa sendiri kannn... 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,

Thursday, September 22, 2022

,
NASI KANDAR MANTAP DI RESTORAN ORIGINAL KAYU NASI KANDAR, PENANG | Siapa antara pembaca blog ini suka makan nasi kandar? Nasi kandar ini ada penggemar tersendiri, boleh kata kalau tak dapat makan nasi kandar tak lengkap hari mereka. Umum tahu bahawa nasi kandar berasal dari Pulau Pinang jadi semasa bercuti di Penang bulan lalu saya tak melepaskan peluang untuk menikmati nasi kandar asli di Restoran Original Kayu Nasi Kandar yang terletak Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kata orang bila ke Pulau Pinang tak lengkap jika kita tak rasa nasi kandar. 

Restoran Original Kayu Nasi Kandar, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Pada zaman sekarang nasi kandar dianggap sebagai makanan mewah kerana ia dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk pauk. Lihatlah sendiri dalam pinggan yang saya pesan. 

Nasi kandar mantap

Saya bukanlah peminat tegar nasi kandar dan hanya mengambil lauk-pauk basic tetapi harga sepinggan nasi kandar ini hampir RM50.00. Just bear in mind, harga satu hidangan nasi kandar boleh mencecah sehingga puluhan ringgit bergantung kepada jenis lauk dan harga yang telah ditetapkan oleh restoran.



Service di restoran ini agak cepat manakala keadaan persekitaran restoran juga bersih. Terdapat ruang solat yang luas dan selesa di bahagian belakang ruang makan. Overall boleh repeat makan di sini atau di cawangan lain.

Alang-alang cerita nasi kandar, saya kongsi sedikit sejarah dan asal-usul nasi kandar kepada pembaca yang masih belum tahu info ini sebagai menambah general knowledge. 

SEJARAH NASI KANDAR

Suatu masa dahulu nasi kandar ini asalnya adalah makanan pekerja buruh yang bekerja di pelabuhan Pulau Pinang. Pada masa itu pelabuhan Pulau Pinang sangat terkenal sebagai pusat pelabuhan utama di Tanah Melayu. Pelabuhan ini sibuk kerana banyak kapal-kapal berlabuh membawa muatan barang-barang dagang sekaligus kehadiran penduduk tempatan mencari rezeki sebagai buruh di kawasan itu turut bertambah. Golongan buruh ini terdiri daripada pelbagai bangsa dilayan sebagai golongan bawahan. 

Pelabuhan Pulau Pinang 

Maka timbullah penjual nasi kandar di mana nasi ini dibawa dalam bakul menggunakan kayu penggandar yang secara tradisi dijual pada awal pagi kepada buruh-buruh dan pekerja bawahan di pelabuhan Pulau Pinang. Buruh-buruh ini perlu makan sarapan yang berat sebagai sumber tanaga mereka untuk bekerja hingga petang. Semua orang tahu portion nasi kandar banyak, ditambah pula kari ikan, ikan goreng dan sayur bendi. Makanan ini mengenyangkan.

Penjual nasi kandar zaman dahulu

Si penjual nasi kandar pula terdiri dari keturunan Indian Muslim yang merupakan golongan pedagang satu ketika dulu. Maka merekalah yang memperkenalkan nasi kandar di Tanah Melayu hingga kini nasi kandar kebanyakkan di kedai mamak.

Begitulah asal usul nasi kandar di Pulau Pinang.

Bila zaman telah berlalu, maka nasi kandar bukan lagi menjadi makanan buruh tetapi boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia malah lauk nasi kandar juga telah dipelbagai bukan hanya menu asli tetapi ayam goring, kari kepala ikan, udang, sotong, pelbagi jenis ikan dan sayur juga ada dihidangkan sebagai lauk nasi kandar. 

Penggemar nasi kandar ada kongsi rahsia menikmati nasi kandar original supaya lebih sedap dan mantap ialah bila makan jangan tambah dan makan dengan tangan bukan dengan sudu dan garpu, gitu!

Apa nasi kandar kegemaran korang? Buat masa ini nasi kandar kegemaran saya ialah di Restoran Kayu Nasi Kandar dan Restoran Liga Maju. 

Okay habis cerita tentang nasi kandar.. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,

Monday, September 12, 2022

,
THE ORIGINAL BOAT NOODLE DI SEREMBAN 2 | Al-kisah, my officemate ni peminat tegar Boat Noodle. Untuk pengetahuan Boat Noodle telah membuka cawangan di Seremban 2.. Perkara ini dimaklumkan oleh peminat tegar Boat Noodle.. Siapa lagi kalau bukan officemate saya..

Apa yang ingin saya kongsi di sini kisah kami makan di Boat Noodle pada 6 September 2022 lalu.. Secara tak langsung ini merupakan kunjungan ke-2 saya ke Boat Noodle.

The Original Boat Noodle - Little Bowls of Happiness

Saya pernah makan di Boat Noodle pertama kali di outlet Seremban Prima tapi malangnya outlet tersebut telah ditutup.

Meja nombor 2
 
Tiba sahaja di Boat Noodle, ramai sangat ketika itu. Mungkin sebab waktu lunch kerana kami tiba lebih kurang pukul 1.15 petang. Kami dapat meja nombor 2 yang kebetulan boleh fit for 2 persons.

The Original Boat Noodle menu

Tanpa membuang masa, saya order Kafee Yen (Thai iced coffee) manakala officemate saya order Cha Manao Yen (Thai iced lemon tea). Sedap juga iced coffee di sini, saya suka ice hancur dan rasa coffee tak berapa manis. 

The Original Boat Noodle menu

Walaupun Boat Noodle terkenal dengan mee dalam mangkuk kecil comel, makan hingga bermangkuk-mangkuk.. tapi disebabkan oleh masa yang singkat kami hanya order set sahaja. Kami sepakat pesan seafood pad Thai sahaja.

Boat Noodle kitchen

Kedudukan meja kami bertentangan dengan dapur so nampaklah cara penyediaan makanan di Boat Noodle.

Kafee Yen dan Cha Manao Yen

Masa menunggu agak lama, mungkin sebab ramai orang atau pekerja di situ belum mahir lagi memandangkan outlet ini masih baru.

Seafood pad Thai

Sambil menunggu makanan tiba, sempat meninjau keadaan sekeliling, melihat susunatur outlet baru ini..

Fish sauce

I have nothing to complain.. Overall okay sahaja.. Come back? May be 'Yes' teringin cuba mee bermangkuk-mangkuk.. so siapa boleh bagi recommendation menu apa sedap di Boat Noodle, kindly leave your comments in the comments section below.. Boleh saya pesan on my next visit.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,

Tuesday, September 06, 2022

,
MENJAMU SELERA DI LAGENDA CAFE, PENANG | Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menjamu selera semasa bercuti di Penang tempoh hari iaitu di sebuah cafe bernama Lagenda Cafe. Bab makan memang manjadi satu masalah kepada saya apabila bercuti ke negeri lain walaupun Penang begitu popular dengan nasi kandar dan tempat makan viral. Memandangkan pihak hotel tidak menyediakan makanan tengah hari, jadi saya sekeluarga perlu mencari makanan di luar. Saya prefer ke George Town kerana mungkin banyak pilihan makanan di sana. 

Cafe ini saya 'kenal' secara tak sengaja ketika browse di Google mencari tempat makan Melayu menarik di  Pulau Pinang. Hasil carian menyenaraikan beberapa kafe dan restoren antaranya Lagenda Cafe. 

Lagenda Cafe Penang


Untuk pengetahuan restoran ini memberi penghormatan kepada allahyarham Tan Sri P. Ramlee (1929-1973), pelakon, pengarah, penyanyi dan komposer legenda yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Kemasyhuran Tan Sri P. Ramlee bermula dari kampung halamannya di George Town sebelum Malaysia merdeka. 

Menu makanan di Lagenda Cafe merupakan masakan Melayu dan Indonesia. Terdapat juga hidangan masakan Barat tetapi digabungkan dengan rempah ratus tempatan. 

Lagenda Cafe

Untuk pengetahuan Restoran ini memberi penghormatan kepada mendiang P. Ramlee (1929-1973), pelakon, pengarah, penyanyi dan komposer legenda yang tidak dapat dipertikaikan. Kemasyhuran P. Ramlee bermula dari kampung halamannya yang sederhana di George Town sebelum Malaysia merdeka. Sememangnya, jalan di mana tempat kelahirannya terletak sejak itu telah dinamakan semula sebagai Jalan P. Ramlee - sebagai menghormati sumbangannya kepada negara.

Lagenda Cafe Penang

Hiasan dalaman yang selesa, gabungan perabot dan lukisan lama menjadikan kafe ini menarik ketika pengunjung menjamu selera ditambah pula kakitangan yang mesra. Mana tidak alas meja yang digunakan juga dari kain batik.

Lagenda Cafe Penang

Okay sekarang tiba masa saya perkenalkan juadah yang saya pesan. 

Deep Fried Mozarella - RM22.00

Pilihan makanan pertama ialah Deep Fried Mozarella. Ini merupakan hidangan barat bersama sos seakan sambal dengan rasa pedas manis.


Ayam Percik Madu Tiga - RM24.00

Satu lagi pilihan yang memuaskan ialah Ayam Percik Madu Tiga, di mana ayam perap panggang dengan kuah kacang dihidangkan bersama nasi kuning, jelatah, kerabu taugeh dan keropok sayur. . Di sekeliling pinggan nasi kunyit yang dihiasi dengan hiasan lobak merah dan salad serta ulaman. Nama makanan di sini juga mengikut tajuk filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 

Hidangan berikut ialah crispy chicken chop. Ayam crispy sedap, tak muak dan tak berminyak dimakan bersama sos barbeque dan coleslow.


Crispy Chicken Chop - RM22.00

Set berikut ialah Ikan Bakar Pancha Delima dihidang bersama sup dan lauk di mana sos / sambal kerabu telur, jelatah, air asam, sambal colek pedas, cili padi, timun dan keropok sayur diletakkan dalam berkas berbentuk congkak kayu. Sorry set congkak tiada dalam gambar. Nasi untuk set ini dari beras yang direndam bunga telang berwarna biru dibalut dengan daun pisang untuk memastikan ia sentiasa lembap dan hangat. Sorry set congkak kayu tiada dalam gambar.

Ikan Bakar Pancha Delima - RM26.00

Seterusnya saya pesan Gado-Gado iaitu makanan popular dari Indonesia sebagai appetizer. Ianya seperti rojak di Malaysia tetapi bezanya bahan-bahan terdiri daripada keropok sayur, nasi himpit, sayur-sayuran yang dicelur seperti kangkung, kacang buncis, taugeh dan disertakan bahan-bahan goreng seperti kentang, tauhu, tempe, cucur udang serta telur rebus, sengkuang dan hirisan timun diletakkan asing dalam dulang ketika dihidang. 

Gado-Gado - RM24.00

Semua bahan-bahan tadi dimakan bersama kuah kacang.. Ikut selera masing-masing sama ada cicah atau tuang kuah kacang tersebut atas pinggan dan gaul rata. Kuah kacang rasa sedikit pedas tetapi sesuai digabungkan bersama bahan-bahan tadi.

Makanan tiada dalam gambar : Nasi Goreng Bujang Lapok - RM20.00 dihidang bersama telur goreng, keropok sayur, sate ayam, sambal istimewa dan ikan bilis. 

Ais Kacang Astaka - RM8.00

Kafe ini menawarkan senarai minuman yang lengkap dengan jus segar, mocktail, minuman ringan, teh ais istimewa, bermacam jenis kopi dan minuman lain yang menyegarkan. Sambil menghirup minuman penghilang dahaga, nikmatilah alunan merdu P. Ramlee yang akan menenangkan fikiran dan jiwa anda dengan mudah.

Ais Kacang Astaka berperisa sirap rose campur susu cair, biji selasih, susu pekat, kiub epal, tembikai, nanas dan nata de coco. Taburan kacang tanah hancur terasa kerangupan. Memang sedap! Entah kenapa bab minuman saya hanya sempat ambil gambar ais kacang ini. Langsung terlupa minuman yang lain atau mungkin minuman lain dah biasa iaitu fresh orange dan jus apple, harga RM9.00 setiap satu. Caj perkhidmatan RM16.40 total RM180.40.

Okay akhir kata, jika anda melawat George Town dan ingin suasana santai, Lagenda Café adalah pilihan yang ideal. Overall pemilihan kafe ini bertepatan dengan citarasa keluarga saya. 


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Follow Us @ladyinredplanner