Monday, 28 January 2019

PENGALAMAN FACIAL TREATMENT DI ANJUNG MERANTI BEAUTY SPA

Monday, January 28, 2019
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari baru semangat pun baru lebih-lebih lagi baru lepas memanjakan diri di Anjung Meranti Beauty Spa semalam.. Al-maklum sejak ambil anak balik dari sekolah, waktu pula tengah hari buta dan panas terik, kulit muka pun cepat kusam dan kasar dek blackhead, whitehead berlumba-lumba naik di muka.. Tak elok dibiarkan begitu.. Jadi sudah sampai masa saya perlu buat facial treatment.. 

Spa ni terletak di Senawang Negeri Sembilan.. Sejak pindah ke Negeri Sembilan hampir 9 tahun lalu, lama sudah mencari tempat yang sesuai untuk facial.. Ini kali pertama saya ke Anjung Meranti Beauty spa..   

Anjung Meranti Beauty Spa Senawang
Pertemuan tak sengaja semasa saya browse Facebook terpandang Facebook ads berkenaan spa ini.. Macam orang kata sudah mengantuk disorongkan bantal..  Apa lagi saya terus buat appointment.. Al-maklum, lain tempat lain caranya.. Saya nak rasa sendiri pengalaman buat treatment di sini.. 

Anjung Meranti Beauty Spa
So saya fixed appointment seawal 10.00 pagi. Sebelum itu, beautician bagi penerangan tentang produk dan perkhidmatan yang dijalankan di spa ini, antaranya Pakej Anjung Spa, Collagen Booster Treatment, Intensive Vitamin C Treatment dan Diamond Perfect Clear Treatment.. 

Pakej Anjung Spa
Collagen Booster Treatment
Intensive Vitamin C Treatment

Selain facial treatment, spa ini juga menawarkan pakej Seri Pengantin Pakej dan Pakej Relaxing.. Sesuai sangat untuk gadis dan bakal pengantin, wangi-wangi gituuuu...   

Seri Pengantin Pakej
Pakej Relaxing
Setelah hadam dengan segala pakej yang ditawarkan, saya tunggu di luar sebentar sementara beautician membuat persediaan, lebih kurang 10.30 pagi sesi facial treatment bermula..

Anjung Meranti Beauty Spa
Untuk pengetahuan, saya pilih Diamond Perfect Clear Treatment.. Harga asal treatment ini RM229.00 tetapi untuk first trial bayaran dikenakan hanya RM179.00 which is berbaloi-baloi.. Kalau buat facial, saya akan pilih kaedah extraction (mengeluarkan blackhead dan whitehead) tanpa menggunakan mesin.. Saya suka secara manual iaitu kaedah sama ada tekan guna besi atau tangan.. Pada saya lebih bersih dan berkesan walaupun sakit sampai berair biji mata tapi puas hati!

Diamond Perfect Clear Treatment
Suasana spa suram, sejuk dan wangi sangat menenangkan.. Rasa mau terlelap saja apatah lagi bila muka diulit dan dibelai manja oleh tangan beautician yang lembut.. 

Anjung Meranti Beauty Spa
Satu setengah jam telah berlalu tak terasa begitu lama, proses treatment pun berakhir.. Sebelum keluar dari spa saya dijamu dengan air suam campur kurma merah, sedap.. Terasa fresh.. Lepas minum jangan lupa settle bayaran.. Barulah saya pulang..

Anjung Meranti Beauty Spa
Begitulah perkongsian saya mengenai facial treatment di Anjung Meranti Beauty Spa.. Untuk keterangan lanjut boleh ikuti social media berikut :

Instagram : @senawang_beautyspa
Facebook Page : Anjung Meranti Beauty Spa

 Lastly, jika ada antara pembaca ingin berkongsi pengalaman atau pendapat, amatlah saya alu-alukan.. Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee..


Regards,


Tuesday, 22 January 2019

AFDLIN'S SHELL SYIOK BY COMEDY PLANET

Tuesday, January 22, 2019
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah dapat juga saya bersiaran setelah beberapa hari sibuk dengan urusan harian.. Entry kali ini saya ingin berkongsi review restaurant Afdlin's Shell Syiok by Comedy Planet di Metro Point Kajang.

Al-kisah kami makan di sini secara coincidence pada 12 January 2019 lalu disebabkan urusan berdekatan bandar Kajang.. Untuk pengetahuan, saya agak kurang familiar dengan area Kajang so di mana saya terpandang tempat makan sesuai maka ikut kata hati terus singgah..

Shell Syiok Metro Point Kajang
Tarikan utama ke restaurant ini sudah tentu gambar Afdlin Shauki terpampang di pintu masuk.. Tak pasti sama ada restaurant ini milik Afldin sepenuhnya atau hanya menggunakan Afdlin sebagai duta restaurant ini.. Siapa boleh beri kepastian, sila tinggalkan komen di bawah.. Apa yang saya tahu saya suka environment restaurant ini sebab unik..

Shell Syiok Restaurant Decoration
Decor di Shell Syiok Restaurant
Sepanjang dinding restaurant terdapat lakaran wajah Afdlin Shauki terpampang besar..

Afdlin's Shell Syiok by Comedy Planet
Bukan hanya decor restaurant unik tetapi memandangkan Afdlin Shauki terkenal dengan pak lawak jadi nama makanan dalam setiap menu juga unik dan kelakar..


Antaranya Nasi Lemak Tak Confuse Lagi, Nasi Goreng Berasap Telinga, Nasi Goreng Permaisuri Gatal-Gatal, nama minuman yang mencuit hati pula seperti Mutiara Pak Leman Kesejukan dan lain-lain lagi...

Menu Shell Syiok
Menu pilihan saya sekeluarga hari itu ialah Shell Syiok - Combo A (RM26.90) sesuai untuk seorang makan, pilihan saya pula set nasi dan asam pedas seafood manakala nasi goreng untuk Arief..

Shell Syiok - Combo
So bila order Shell Syiok - Combo maka meja perlu dialas dengan plastik.. Konsep seperti makan di Shellout.. 

Persediaan untuk menu Shell Syiok
Tempoh menunggu untuk makanan siap agak singkat..  First, Shell Syiok ready to eat.. Set ini for my husband.. 

Shell Syiok Combo
Shell Syiok seafood
Bagi saya portion lauk agak banyak juga untuk seorang makan, jadi saya tolong ratah lauk, hehehe.. Ini pula set Nasi Goreng Ke Laut untuk Arief... 

Nasi Goreng Ke Laut
Ini pula Asam Pedas Seafood untuk saya..

Shell Syiok Asam Pedas Seafood
Set asam pedas ni sedap, terasa pedas masam semua cukup.. 

Teh ais
Set makanan yang saya pesan siap dengan air teh ais.. Jadi tak perlu pening kepala rambang mata memilih minuman lain.. Kalau nak tukar selera apa salahnya kerana terdapat juga pelbagai pilihan minuman lain.


Overall makanan memenuhi citarasa saya.. Sesiapa yang pernah makan di sini boleh kongsi pengalaman anda manakala sesiapa yang ingin makan di sini sangat dialu-alukan.. Al-maklum citarasa kita tak sama dan pendapat tentang makanan ikut selera masing-masing.. 

Boleh kunjungi social media Afdlin's Shell Syiok by Comedy Planet seperti berikut :


Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


Monday, 14 January 2019

RUTIN BARU TAHUN 2019

Monday, January 14, 2019
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Wow lama tak update blog... Setelah 14 hari berlalu dalam bulan Januari 2019, kini baru saya munculkan diri.. Actually dalam tempoh 14 hari struggle dengan jadual dan rutin harian baru menjelang tahun 2019.. Nak tahu apa dia? Jom ikuti cerita saya, hehehe

Sebelum sesi persekolahan bermula kesibukan ibubapa tertumpu kepada persiapan tetapi apabila masuk sahaja tahun baru saya percaya ada sebahagian ibubapa turut sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak.. Saya tak terkecuali menghadapi situasi ini.. 

 
Untuk pengetahuan, saya tak daftar anak ke KAFA.. Jika tahun 2018, selepas sesi sekolah pagi anak akan diambil oleh ustazah ke transit sebelah petang tapi lain pula rutin tahun ini. Tahun ini tiada transport disediakan.. Maka sejurus sahaja jadual sekolah diedarkan, maka saya mula sibuk mengambil tempat ustazah mengambil anak pulang dari sekolah.. Jadi faham-fahamlah bila masa kerja bercampur dengan urusan sekolah anak, sangat kelam kabut dan huru-hara.. Tak hirau dah lunch hour, priority dalam fikiran : Pukul berapa anak balik dari sekolah? Bimbang andai terlupa dek kesibukan di pejabat.. Lupa ambil anak tak ker naya dibuatnya... Bukan sahaja fikir masa anak balik sekolah tetapi kena tapau sekali lunch anak dan diri sendiri.. Fikir lagi anak nak makan apa? 

Setiap hari sibuk dengan rutin harian seperti ini sebab itulah sentiasa menghitung hari tak sabar hujung minggu.. Really need a break.. Mujur ada cuti umum dalam bulan Januari.. At least ada masa rehat dan meluruskan pinggang, huhuhu

Hari Keputeraan ke-71 KeBawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,
Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir 
Contoh seperti hari ini, Negeri Sembilan cuti umum sempena Hari Keputeraan Ke-71 KeBawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir..

Bukan main happy bila cuti umum jatuh pada hari Isnin, heaven you all.. Jadi saya ambil kesempatan untuk memanjakan diri di Pusat Kesihatan Total Pro iaitu pusat urutan traditional Thailand,.. Sebenarnya tak sesuai perkataan 'memanjakan diri' tapi lebih tepat mendapatkan muscle pain treatment... Bahagian bahu saya dah lama sakit sampai tak boleh saya tahan lagi..

 
Saya pernah cerita tentang Total Pro DI SINI... 



Temujanji telah dibuat sehari sebelum sesi urutan.. Saya ambil sesi pertama pada pukul 10.00 pagi pakej deep tissue oil massage tempoh urutan selama 2 jam... Jadi semalam, seperti yang dijanjikan tepat jam 10.00 pagi saya pelanggan pertama Total Pro..

Thai Massage Package
Selain itu terdapat juga urutan membuang angin menggunakan ginger essence oil seperti di bawah ini :


Pusat Kesihatan Total Pro Seremban
Kita tahu bahawa Thai massage lebih tertumpu kepada teknik urutan menggunakan lengan, tangan, knuckles, pressure, stretching.. Sangat menyakitkan tetapi tempat sakit mudah rasa lega.. I tell you memang kuat therapist menggunakan kudratnya tekan segala muscle knots, senang citer seperti smack down gitu.. Andai tak tahan sakit boleh menjerit dibuatnya.. Namun tahap tekanan boleh disesuaikan mengikut kehendak pelanggan.. Saya serahkan kepada therapist memandangkan kes saya kronik, hehehe

Selesai sahaja sesi urutan semalam seluruh badan rasa sakit seperti lebam, jalan pun macam robot.. Tapi alhamdulillah pagi ni rasa ringan walau masih ada sisa sakit pada otot-otot yang bermasalah.. 

Untuk mengurangkan rasa sakit, saya menjamu tekak dengan brownies dari Secret Recipe dan spaghetti carbonara.. Happy tummy, tidur pun lena..

Secret Recipe Brownies
Secret Recipe Spaghetti Carbonara

Begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca. Bagaimana pula dengan rutin harian anda? Ada yang berubah secara drastik atau sambung rutin tahun sebelum?.. Apa pun sudi-sudilah kongsi di ruangan komen di bawah..

Related post : Relax & Have A Thai Massage


Okay, setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,