Showing posts with label Planner. Show all posts
Showing posts with label Planner. Show all posts

Monday, December 28, 2020

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Setelah mengharungi jadual harian yang padat dan serabut, alhamdulillah ianya beransur lega malah kembali seperti sediakala dari segi kesihatan mahupun aktiviti harian. Terima kasih tak terhingga kepada pembaca yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat dalam post saya sebelum ini..

Setelah sekian lama menyepi, kini saya kembali dengan post baharu iaitu On The Go Planner Wallet Setup. For the sake of satisfaction, saya cuba sesuatu yang baru pada pertengahan bulan Disember lalu iaitu bertukar dari wallet biasa ke planner wallet. Saya suka dengan konsep wallet planner berbanding penggunaan wallet biasa. Mengapa? Saya akan jelaskan satu-persatu..

My long wallet and planner wallet

Sebelum ini saya guna long wallet Louis Vuitton Monogram Orange Josephine Wallet. Tak salah dengan wallet ini tapi lumrah saya bila ada ruang banyak suka selit macam-macam sampai gemuk wallet tersebut. Belum cerita kad, macam-macam kad membership ada dalam tu even dah expired pun masih simpan. Satu habit yang harus dibanteras! Maka satu langkah membuang habit ini perlu dilakukan. 

Dari situ timbul idea untuk guna planner wallet as my on the go planner. The on the go planners adalah planner yang terdapat buku catatan di dalamnya dan pada masa yang sama digunakan sebagai wallet. So saya terus bertukar ke pocket size planner dari Starbucks. 

Starbucks wallet planner  

Setiap planner addict tegar tentu faham bahawa kita akan bawa planner hampir ke mana-mana sahaja. Ada saja dalam fikiran untuk menconteng atau menulis sesuatu di dalam planner tersebut. Wallet planner ini, during my working week it comes with me in my working bag and so far so good. 

Starbucks pocket size planner

Bila tiba hujung minggu, saya akan bawa wallet planner ini sahaja ketika membeli barang keperluan rumah. Saiz yang kecil jadi ianya mudah dibawa. So sangat practical. I love it!

Starbucks pocket planner

Ketika saya keluar lunch atau membeli barang dapur, saya hanya bawa wallet planner, kunci kereta dan phone. Senarai barang yang ingin dibeli sudah sedia dalam planner. It's so good when doing the shopping with a list. The shopping list's all in one.

Now just to be clear, saya ada juga masukkan groceries list dalam phone, tapi sebenarnya lebih senang tulis dalam buku. Boleh conteng ikut suka. Yeahh I'm a bit old school, saya mengaku hehehehe.  

CARA SAYA SET UP WALLET PLANNER
Okay sudah tiba masa untuk lihat apa ada dalam wallet planner saya. 

Front page

When I first open it up, satu ruang kosong antara cover dan bahagian belakang yang diperbuat dari kertas tebal where I keep my cash since planner ini tiada ruang untuk simpan cash. There is no zipped pocket so I had to improvise.

Cash dan kad keahlian SaSa dan AEON Plus

Kemudian, saya ada bawa cash sekurang-kurangnya RM300.00 sebagai sebahagian dari monthly expenses in case of emergency sekiranya debit card tidak boleh digunakan. Seterusnya bahagian slot card holder. On this side I have my most used cards mainly SaSa, AEON, IKEA selain Visa debit card, kad pengenalan dan driving licence.. 

Kad Kenny Rogers dan Sushi King not relevant anymore kecuali kad Ikea masih digunakan 
Membership cards Starbucks, watsons dan Popular

Mudah kata saya hanya bawa kad-kad yang perlu dan biasa digunakan apabila ke pusat membeli-belah. What gets used the most.

Cards holder section

Seterusnya, saya guna notebook saiz yang sama untuk tulis senarai barang yang akan dibeli dalam section "What To Buy?" manakala barang telah dibeli di bahagian "Expenses".

What to buy section
What to buy section
My expenses

I write down errands that I need to run.. Dengan cara ini membantu saya mengingati senarai barang yang hendak dibeli dan dalam masa yang sama keep on track my expenses. Bila terlintas perkara berkaitan perbelanjaan dan simpanan saya terus tulis di sticky note dan paste dalam planner. 

My slot card

Selepas selak 2 notebooks tersebut, there's a flap on the inside where I keep my Public Mutual Unit Trust Consultant card di samping buku nota dari Starbucks.

Sample highlighters collection

Buku nota Starbucks tersebut saya guna untuk sample koleksi highlighters saya. Saya perlu ada sample begitu untuk mengelakkan terbeli warna highlighters yang sama.

Receipts holder

Okay, last page satu slot untuk resit.. Bila selesai membeli-belah saya lipat resit dan selit dalam slot di atas. Setiap malam saya akan keluarkan semua resit dan tulis senarai expenses untuk hari berkenaan dalam my financial planner.


Front 
My wallet planner setup

Overall I kept the planner in but changed the set up to suit me and how I wanted to used it. I've been using this about a month and it's held up perfectly!

My on the go planner

Oh ya, saya ada selit pen di bahagian depan planner manakala phone saya selit di bahagian depan cover antara string planner tersebut. 


Okay setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai on the go planner wallet setup. Terima kasih kepada pembaca blog ini, in shaa Allah komen saudara-saudari dalam blog post saya sebelum ini akan saya  balas secara berperingkat. I really appreciate it. 

Thank you for reading. Byee..
Wasalam..




Regards,

Loading...

Wednesday, September 19, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. 
Hari ini saya ingin kongsi cara bagaimana saya merancang dan mengurus perbelanjaan isi rumah.. Saya bukanlah pakar dalam pengurusan kewangan tapi saya ikut cara sendiri melalui pembacaan. Bukan pula kata saya rigid sangat dalam berbelanja atau berkira tetapi saya suka buat perancangan perbelanjaan supaya teratur dan systematic lebih-lebih lagi impian kami sekeluarga untuk membeli rumah baru.. Jadi kenalah kawal perbelanjaan dan beli apa yang perlu bukan semata-mata mengikut kehendak.. Doakan saya supaya impian ini menjadi kenyataan, aminnn..

Okay berbalik kepada perancangan kewangan isi rumah.. untuk mencapai matlamat tersebut saya sediakan satu binder atau planner khas yang merekodkan segala wang keluar masuk perbelanjaan keperluan kami sekeluarga. Untuk pengetahuan pembaca, kaedah rekod perbelanjaan bulanan ini inspired by Dave Ramsey.. Anda boleh Google dan baca, banyak cara pengurusan kewangan atau budget system diajar oleh Dave Ramsey boleh dijadikan panduan.

Inilah rupa planner kewangan belanja isi rumah saya :

My financial planner
Bila buka saja muka surat pertama ada satu kad kecil untuk saya letak post-it note setiap barang yang ingin dibeli atau bil yang perlu dibayar secara kasar.. Tulis dan tampal di situ.. So bila keluar belanja, my husband boleh rujuk di situ dan bawa post-it note kecil itu bersama apabila ke grocery store.

My budget planner
Di bahagian kulit planner saya letak satu pouch yang berfungsi sebagai bekas alat tulis.. Dalam tu saya letak pen, pensel dan highlighters.
My budget planner
Bila selak kertas tebal untuk tampal post-it note tadi ada gambar iklan perfume Gucci Flora.. Saja letak sebagai penyeri.. Al-maklum perfume Gucci Flora merupakan salah satu perfume yang ingin saya miliki suatu masa lalu.. Alhamdulillah impian itu sudah menjadi kenyataan..

Advertisement GUCCI Flora pefume
Kita ke bahagian seterusnya iatu page Shopping List.. Untuk tujuan blog post ini saya tunjuk mukasurat kosong sebab tak mahu tunjuk my groceries lists, huhuhu malu..
Shopping list
Halaman seterusnya ialah mukasurat di mana saya keeping track of my monthly bills.. Saya akan tulis due date untuk setiap bayaran bulanan seperti contoh due date bayaran sewa rumah saya pada setiap akhir bulan, saya akan tandakan thick selepas column 'Amount' apabila bayaran dibuat dan begitulah untuk bayaran bills seterusnya.

Bills planner
Seperti yang telah saya nyatakan di atas, columns mukasurat di atas terdapat ruang untuk catatan setiap bulan berkaitan due date bayaran, jenis bayaran, jumlah dan tanda thick setelah bayaran dijelaskan.. Cara ini mengelakkan saya dari lupa bayar monthly bills, al-maklum banyak sangat perkara kena ingat dan urus.. Tambahan pula setiap bills bulanan penting dan perlu dijelaskan sebelum due date.

Okay, kita ke mukasurat seterusnya iaitu blank and grid pages. Ruangan ini untuk extra income log sebagai contoh belian dari kedai online saya di Shopee dan eBay serta pendapatan dari Google Adsense. I can easily track the irregular income dan tulis dalam ruangan ini pada setiap hujung bulan. Selain itu, ruangan ini juga digunakan untuk merekodkan segala perbelanjaan keseluruhan untuk bulan berkenaan.

Blank and grid planner pages
Blank and grid pages di atas saya akan lakar seperti format di bawah mengikut kategori masing-masing.

Sample financial planner pages
Tak lupa juga saya akan rekod segala perbelanjaan online to track all of those online purchase. The online purchase log turut membantu saya track any shopping yang telah dibuat bagi memastikan setiap pesanan diterima selain merekodkan jumlah pembelian yang telah dilakukan setiap builan.
Format mengikut suka berdasarkan kesesuaian.. If anything changes you can change it. Jadi tak bosan dengan satu format sahaja.. That's why I love it. 

Financial Planner
Kategori terakhir saya letak satu plastik folder untuk meletakkan segala resit perbelanjaan dan juga bills yang belum dijelaskan.. Bills yang telah dijelaskan bayaran saya masukkan ke dalam fail khas. Selain itu saya juga sediakan satu planner sebagai rujukan seperti resepi, DIY, maklumat tentang kewangan dan organizing.. Maklumat tersebut membantu dalam meal and financial planning serta proses organizing..

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai Planner Kewangan Belanja Isi Rumah saya.. Kalau ada antara pembaca yang ingin kongsi pendapat dan sebagainya, jangan lupa tulis di ruangan komen di bawah..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee.


Regards,

Tuesday, March 27, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Sudah tiba masanya saya perlu menyemak semula sistem kewangan untuk 3 bulan dalam tahun 2018 ini.. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang My Planner Setup For 2018.. Today I'm happy to show you how I'm using my planner to organize my finances. Untuk pengetahuan, saya telah mengamalkan budgeting system melalui planner sejak beberapa tahun lalu bertujuan untuk menguruskan kewangan saya. Target saya untuk memiliki rumah kedua di Seremban setelah rumah pertama berjaya dibeli di Muar, Johor.

Related post : Rumah pertamaku

I must admit that I am not expert in budgeting tetapi dengan budget system yang saya gunakan ianya sangat membantu saya mengubah gaya perbelanjaan memandangkan saya mudah tersasar dari matlamat semasa membeli-belah dan kerap overspend. 

Oleh itu saya perlu memantau sistem kewangan saya untuk memastikan segala hutang tidak terlepas pandang atau lebih baik bebas hutang dalam tempoh setahun dua nanti agar impian jangka panjang tersebut tercapai..

Personal Size Planner
My Financial Planner Setup
Okay let's get started.. I am sharing with you how I setup my financial planner for this year.. Saya menggunakan personal size planner supaya mudah dibawa kerana saiz yang kecil. It's an amazing planner.. Mengapa planner sedangkan banyak apps available to manage our finances electronically right.. Hurrrmmm setiap orang ada cara masing-masing.. Saya suka dengan paper, boleh decorate dan conteng guna pen warna supaya lebih attractive mengikut mood dan citarasa sendiri.



Apabila financial planner ini dibuka, saya akan lihat dashboard dengan kata-kata semangat : "START EACH DAY with a grateful HEART".. Syukur dengan kurniaanNya..

My Planner Setup
Planner dashboard
Then we go to the next page.. Insert (buku) pertama ialah monthly insert di mana saya merekodkan segala perbelanjaan harian..

Planner insert
Monthly Budget
MONTHLY BUDGET

This section dinamakan 'spending' di mana terdapat monthly calendar. Berpandukan resit pembelian yang diterima, saya akan rekod secara terperinci setiap perbelanjaan harian dalam satu senarai iaitu wang keluar dan wang masuk.. Wang keluar akan ditulis menggunakan pen dakwat merah manakala wang masuk (income) pen dakwat biru. Jika tiada resit, saya akan catit dalam ruangan 'Notes'.

Monthly insert
Monthly calendar
Jumlah keseluruhan setiap hari akan saya tulis di ruangan monthly calendar ini.. Next insert berkaitan bills.. I want to keep this pages neat and tidy supaya tak nampak serabut. This insert is still a work in progress. 

Pada akhir bulan, saya akan campur semua jumlah wang keluar dan wang masuk setiap hari supaya nampak perbezaan mana jumlah lebih banyak. Dari situ akan nampak jumlah perbelanjaan bagi bulan berkenaan.

Monthly Bills and Salary Schedule 2018
BILLS TRACKER

To make life easier for me, I created a bills tracker.

My Financial Planner Setup
Bills tracker
Saya menggunakan kertas saiz A4 ditampal secara horizontal.. Saya catat 1 haribulan hingga akhir bulan pada header dan di ruang description catat senarai setiap satu bills yang perlu dibayar pada bulan berkenaan seperti sewa rumah, housing loan, credit cards, yuran taska, fuel etc. (sorry, senarai bills saya terpaksa tutup dengan post-it note) seperti dalam gambar di bawah:


My Financial Planner Setup
Bills tracker
Saya guna sticker warna saiz bulat untuk tanda setiap bil yang telah dibayar mengikut tarikh pada bulan berkenaan.. Kaedah ini membantu saya deal with my monthly bills supaya tak terlepas pandang.

My Financial Planner Setup
Payslip pages
Next page, saya tampal salinan payslip untuk rujukan jumlah gaji yang diterima pada bulan berkenaan. Sediakan sebanyak 12 pages untuk rekod bayaran bill bagi 12 bulan akan datang.. Next page, Money Saving Challenge.. Sekarang sudah masuk minggu ke-13 so simpanan tunai saya mengikut money saving challenge berjumlah RM91.00..

My Financial Planner Setup
Money Saving Challenge
 Setiap minggu tandakan '/' pada jumlah minggu berkenaan sebagai rujukan. Next insert : Notes

My Financial Planner Setup
Notes insert
NOTES INSERT

Insert ini saya guna blank pages untuk catatan atau apa sahaja berkaitan perbelanjaan.

My Financial Planner Setup
Paper pocket
Next page, paper pocket di mana saya letak wang tunai Money Saving Challenge dalam envelope hijau diikuti card holder.. Card holder saya isi namecard setiap restaurant yang pernah dikunjungi sebagai rujukan akan datang... Mana tahu satu hari nanti saya bercadang repeat makan di sana, so mudah info ada dalam planner..

My Financial Planner Setup
Name card holder
Akhir sekali sebagai penutup dashboard gambar saya dan anak diikuti dengan last section untuk meletakkan receipts and important papers/notes that need to be filed away later. Buat masa ini saya letak stickers.

My Financial Planner Setup
My inspiration
Maka berakhirlah episod My Financial Planner Setup.. Setakat ini saya puas hati dengan sistem yang digunakan..

Budget System
My financial planner setup
Begitulah serba sedikit mengenai kaedah budget system saya.. Ianya memerlukan kesabaran dan commitment yang tinggi untuk mencapai matlamat yang diingini. 


Budget system
My Financial Planner
Apa pendapat anda? Bagaimana cara anda memantau perbelanjaan harian anda sekeluarga? Kalau suka masih belum terlambat, start organizing your finances now lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang.. Akhir kata happy budgeting!



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ


Tuesday, January 09, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini saya cerita tentang planner accessories. Untuk pengetahuan apa sahaja cerita berkaitan planner membuatkan hati saya gembira kerana sedikit sebanyak dapat melupakan sejenak segala beban kerja di pejabat dan penat setelah seharian menguruskan tugasan harian. Cerita tentang planner terasa santai, in directly release tension..

Okay, jom saya kongsi sebahagian daripada planner accessories kegemaran saya.


Sebahagian planner accessories saya kongsi di sini juga sesuai kepada newbie yang baru berjinak-jinak dengan planner kerana memiliki planner accessories menjadikan planner pages lebih menarik dan menyeronokkan. Okay, antara planner accessories menjadi kegemaran saya seperti berikut:


Related post : I am stationery addict

My Favorite Planner Accessories
My Planner Accessories

WASHI TAPE

Washi tapes
Washi tape
Menghias planner dengan washi tape adalah jalan paling mudah untuk menceriakan planner anda yang adakalanya nampak bosan dan kosong. Washi tape mempunyai bermacam-macam design yang boleh dipelbagai guna to get me organized in the most creative way. Contoh seperti washi tape "TO DO" di atas.


STICKERS

Planner stickers
Planner stickers
Selain washi tapes, stickers juga boleh digunakan untuk menandakan sesuatu peristiwa. Sebagai contoh : sticker "petrol pump" menunjukkan tarikh bila kita mengisi minyak atau sticker berbentuk "hand phone" menunjukkan bila kita membayar bil telefon. It's easy to identify.

Berikut merupakan my daily planner page decoration untuk minggu ini semata-mata untuk menceriakan planner pages berkenaan supaya nampak santai.

My planner pages
Planner pages
PENS

Gel pens
Pens
Saya suka menggunakan gel pen yang berwarna-warni for color coding selain cute ball point pens. Tak perlu mahal asalkan boleh menghasilkan tulisan yang memuaskan sudah memadai. Setiap pen digunakan menunjukkan aktiviti tertentu. Contoh : pen hitam - urusan pejabat, pen biru - peribadi, pen ungu - urusan berkaitan anak, pen merah - urgent / penting, pen hijau - appointment / meeting dan sebagainya.

Related post : What's In My Pencil Case

STICKY NOTES

fancy sticky notes
Sticky notes
Jangan lupa sticky notes.. Sticky notes sekarang bermacam-macam design yang menarik bukan setakat warna pastel kosong. Sticky notes amat diperlukan terutama jika timbul idea spontan. Contoh : What to buy? - terus tulis di sticky note dan tampal dalam planner. Selain itu, boleh juga tulis tarikh lahir, appointments, events, senarai semak dan sebagainya bergantung kepada creativity masing-masing. Saya suka guna sticky note untuk draft sesuatu sebelum tulis semula dalam planner.

PAPER CLIPS

Cute paper clips for planner
Paper clips
Paper clips juga merupakan salah satu planner accesories yang mesti ada. You must have paper clips in your planner. Paper clips banyak membantu terutama semasa menulis planner. Selain itu, saya gunakan paper clips for marking any spot in planner so that I can easily flip to that particular pages. Banyak fungsi paper clips di planner selain ianya nampak comel sekaligus boleh dijadikan hiasan planner supaya lebih unik dan menarik.

BOOKMARK

planner bookmark
Planner book mark
Bookmark di sebelah kiri hasil DIY manakala di sebelah kanan hadiah daripada office mate sempena birthday tahun lalu.

Cara penggunaan bookmark untuk planner seperti gambar berikut:

DIY planner bookmark
DIY planner bookmark
HIGHLIGHTERS DAN PAPER PUNCH

Punchers
Highlighters and puncher
Selain planner accessories yang disenaraikan di atas, highlighters dan paper punch (mempunyai design tertentu) juga menarik perhatian saya untuk menjadikan planner lebih menarik. 

Bukan itu sahaja, selain planner accessories yang disenaraikan di atas, terdapat accessories lain seperti project life cards dan ephemeras.

Planner addict
My red planner
Okay, there you have it.. My red planner dengan pelbagai dekorasi menarik di dalamnya.. I had so much fun decorating my planner.


Apa pendapat pembaca dengan sebahagian koleksi planner accessories saya.. But do not think it as childish sebab ramai so called planner addict di luar sana biasa dengan planner accessories ini.. If you love planners, journals, stationery and planner accessories like I do, teruskan mengikuti blog ini. Blogger also need to be organized tau dan perlukan planner untuk merancang blog post anda. Planning not only a practical necessity in my busy mommy/blogger life, tetapi hobi yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.  

So siapa ada planner? Time to set up your planner.. Cari stationery cute dan tak perlu mahal, ianya mungkin boleh tingkatkan semangat menulis.. Let's plan and get organised!

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam.. Byee...

Regards,
I am LZ

Follow Us @ladyinredplanner