Welcome..

Thursday, March 30, 2017

QUICK MEAL FOR OUR LUNCH AT PIZZA HUT

QUICK MEAL FOR OUR LUNCH | Alhamdulillah bersua kita dalam entry ini.. Entry kali ni cerita bab makan. Nampak sedap Creamy Mushroom Chicken Carbonara di bawah ni.. Tengok gambar boleh terliur kannn.  Al-kisah ini cerita minggu lepas bersama #ganglunch makan di Pizza Hut.. Bila sebut tentang lunch, kita perlu makan sesuatu yang simple tapi mengenyangkan sebab kejar masa.. Waktu lunch biasa dari pukul 1 hingga 2 petang, manakala hari Jumaat dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang..

 

Seperti kebiasaan pada hari Jumaat kami akan memilih untuk makan di fast food restaurant. Jumaat lepas kami ke Pizza Hut sebab terdapat pilihan menu yang banyak bukan setakat pizza.. Tiba-tiba teringin makan deli wings, my all time favorite, yummy! 

Kali ni Pizza Hut menawarkan banyak set promotions.. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah set lunch Xpress Pizza Hut dengan harga yang berpatutan.. Harga Lunch Xpress sebelum ni belasan ringgit tapi sekarang RM8.90, sangat berbaloi-baloi okay.

 

Banyak variety makanan, boleh tukar topping pizza dan pilih pasta.. Setelah mentelaah menu kami order set Lunch Xpress mengikut citarasa masing-masing. 

Tapi order available dari 11 pagi hingga 2 petang (Isnin - Jumaat) kecuali Cuti Am.

 

Saya pilih set pasta dan add on 4 pieces deli wings.. tak terlintas pula nak makan pizza ketika itu. Menjimatkan.. Order 1 set seorang lebih dari mencukupi malah ada leftovers..


Selepas order makanan, kami ber-wefie sat (mohon jangan kecam) sementara tunggu makanan sampai. Masa ini #ganglunch kekurangan seorang anggota..

 

Tak lama makanan pun sampai.. Sebelum ni service di Pizza Hut outlet AEON Seremban 2 sangat poor disebabkan kekurangan staffs. Alhamdulillah kali ini ada perubahan positif, masa menunggu tak sampai setengah jam seperti kebiasaan.

 

Hurrrmm menyelerakan.. Sedap sangat Cheezy Mushroom Carbonara Chicken yang dipesan, puas hati.. 

Okay setakat ini sahaja entry perkongsian saya supaya sesiapa yang ingin makan di luar boleh berjimat dengan berkunjung ke Pizza Hut..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Tuesday, March 28, 2017

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN | Alhamdulillah dipertemukan kita dalam entry ini. Sudah hampir 3 bulan saya berblogging di blog ini. Tapi saya hanya kenal pembaca saya melalui nama dan blog mereka. Oleh itu, saya buka entry ini untuk berkenalan dengan pembaca saya merangkap rakan bloggers dengan lebih rapat lagi. Berkenalan di alam maya tak sama dengan berkenalan secara physical appearance. 


Sebelum berkenalan dengan orang, haruslah tuan rumah kenalkan diri dulu. 

Nama pena : I am LZ
Nama panggilan : LZ
Kata ganti diri : Sis / akak / LZ
Umur : 39 tahun
Blogger dari Seremban, Negeri Sembilan

Jadi sudilah rakan bloggers yang ingin beramah mesra untuk tulis di ruangan komen di bawah mengikut format berikut : 

Nama pena : 
Nama panggilan : 
Umur : (optional)
Status : Adik / Kakak / Abang / etc..etc..
Blogger dari (nyatakan daerah & negeri)
Blog url :

Jangan salah faham, STATUS yang saya maksudkan di atas bukan pangkat / jawatan di pejabat atau taraf perkahwinan anda tapi status anda kepada saya. Umur saya 39 tahun, adakah anda lebih muda atau lebih tua dari saya. Itu maksud saya.. Tak perlu nyatakan umur pun okay. 

Tujuan saya bila kenal dengan rapat kita akan lebih mesra dengan panggilan yang disukai. Nak komen pun senang bila ada proper salutation.. Takde lah kes panggil ikut suka hati. Kadangkala hal begini sensitive boleh menyinggung perasaan orang.

Selain itu, saya bercadang untuk adakan satu directory dengan menyenaraikan blog-blog yang menyambut mesra entry ini.

Ini sahaja entry perkenalan saya.. Oleh itu, salam perkenalan dihulurkan..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Monday, March 27, 2017

JANGAN SENTAP, OKEY!

JANGAN SENTAP, OKEY! Siapa yang bekerja di pejabat mohon terasa! | Begitulah tajuk buku dari penulis bernama Izman Pauzi diterbitkan oleh Alaf 21 yang agak tegas bunyinya. Buku ini baru saja saya habis baca. Siapa pernah baca buku ini tentu tahu apa mesej yang ingin disampaikan dari kandungannya. Jadi dalam entri ini saya ingin kongsi beberapa fakta yang berlaku di pejabat di mana serupa dengan apa yang saya alami.

 

Sebelum itu sebagai mukadimah, buku ini mempunyai 59 bab. Di sini saya kongsikan beberapa bab yang kena dengan situasi saya di pejabat seperti berikut:

BAB 22 : JAM SIAPA PALING TEPAT?

"Bila ditanya Bahagian Sumber Manusia bagaimana mereka menentukan masa yang tepat? Hal ini timbul bila ada yang tak berpuas hati dan mendabik dada menyatakan bahawa masa mereka adalah masa yang tepat."

Ada ikut jam Bulletin Utama, Aada ikut masa RTM. Mana satu masa paling tepat? Sebenarnya masa digunapakai oleh SIRIM adalah masa yang diperakui paling tepat di Malaysia. Pihak SIRIM telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia sebagai penjaga dan pengawal ketepatan masa jam berkenaan. Boleh rujuk website SIRIM.

BAB 25 : BAHASA DIRI

"Semasa bekerja, kita dikehendaki berkomunikasi. Ia melibatkan komunikasi dengan pengurusan atasan, rakan sekerja dan juga pekerja bawahan. Sebagai orang Melayu, kita terbiasa menggunakan kata ganti diri semasa berkomunikasi. Kita cenderung memanggil Kakak tea lady, abang security guard, pakcik despatch atas faktor usianya.

Walaupun gelaran tak merendahkan pangkat atau kuasa seseorang, ianya sekadar satu panggilan yang bersuara mesra. Namun gelaran tersebut akhirnya dimansuhkan apabila Pengurus terdengar perbualan saya dengan pekerja bawahan.

Pengurus HR telah memanggil semula kakitangan jabatan kami kebiliknya. Dia cekak pinggang sambil memandang seorang demi seorang bagai singa lapar. "Mulai hari ini saya tak nak dengar lagi kamu panggil staff kamu dengan panggilan 'abang', 'kakak', 'makcik' dan macam-macam gelaran lagi. Ini bukan rumah kamu yang ada adik-beradik, ini pejabat. Kena ada formaliti, ada ranking. Kena panggil ikut pangkat. Saya tak nak dengar lagi kamu panggil pegawai kamu dengan panggilan 'abang', panggil Encik Izman, faham!"

Situasi ini berlaku di kebanyakkan syarikat yang majoriti orang Melayu. Saya akui agak terkejut bila saya mula bekerja di syarikat yang majoritinya Melayu. Semasa bekerja dengan syarikat selain dari Melayu, rakan sekerja memanggil saya dengan Cik (pada masa itu sebelum berkahwin).. Tapi lepas berkahwin saya bekerja dengan syarikat majorti Melayu, tiada panggilan Puan.. namun panggilan 'Kak'. Betullah apa yang disampaikan dalam buku ini seperti yang dinyatakan di atas.

BAB 37 : NAMA SUAMI? JANGAN HARAP! 

Hal ini biasanya berlaku bila majikan kita menyuruh pekerja wanita mengisi Borang Penamaan KWSP. "Ia bermaksud, Pegawai Sumber Manusia antara individu yang dibenarkan menjadi saksi bagi mengesahkan bahawa pekerja telah bersetuju untuk mendaftarkan penama tertentu sebagai waris sekiranya pemegang akaun meninggal dunia.

Di dalam penamaan waris, boleh dikatakan bahawa 100% pekerja lelaki yang telah berkahwin akan menamakan isteri dan anak-anak mereka sebagai penama atau waris. Namun sebaliknya bagi pekerja wanita yang telah berkahwin. Mereka lebih cenderung untuk hanya menamakan anak-anak sebagai penama di dalam borang penamaan. Namun suami biasanya disingkirkan sebagai waris yang akan memiliki harta peninggalan isteri melalui caruman KWSP."

Antara dialog yang mencuit hati saya bila ditanya mengapa kakitangan ini tidak menamakan suaminya sebagai penama dalam Borang Penamaan KWSP, ini jawapannya:

"Mati hidup semula pun saya tak nak masukkan nama suami sebagai penama. 'Kang' kita mati, dia pula yang seronok dapat semua duit tu," "Mana tau selepas dapat duit banyak, terus gelap mata, atau terus nak berbini baru. Memang mati keringlah anak-anak saya nanti." Dia terus menjelaskan rational di sebalik penamaan tanpa nama suami.

Hehehehe begitulah kebanyakkan persepsi kaum wanita.. 

BAB 52 : SANGKUT KERJA DI PAGAR OFFICE

Maksudnya jangan bawa kerja balik rumah..

"Saya sedar bahawa membawa pulang kerja pejabat ke rumah adalah tidak bagus untuk keharmonian rumahtangga. Saya juga sedar bahawa pekerja yang gagal menyiapkan tugasan di pejabat adalah pekerja yang gagal mengatur masa dan tidak produktif."

Jadi kalau boleh jangan bawa kerja pejabat ke rumah.. Ianya lebih menambahkan stress dan boleh menggugat keharmonian rumah tangga, betullah seperti apa yang penulis nyatakan.

Ini sahaja entri yang ingin dikongsi bersama pembaca. Apa komen anda? Ada tak yang kena dengan persekitaran tempat anda bekerja? Kepada pembaca yang masih belum / tidak bekerja, itulah realiti yang biasa berlaku di pejabat.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Saturday, March 25, 2017

BERAPA NILAI BLOG ANDA?

BERAPA NILAI BLOG ANDA? | Pernahkah pembaca terfikir berapa nilai website atau blog anda? Jangan hanya ingat asset saja bernilai. Sesebuah website atau blog juga bernilai tau.. Andai ada di antara rakan-rakan blogger belum tahu, jom cuba check di Domain Value. Domain value menawarkan perkhidmatan percuma untuk menilai website atau blog anda. Dengan cara ini kita boleh buat valuation mengenai harga yang ingin ditawarkan sekiranya anda berhasrat untuk menjual website atau blog anda kepada orang lain..

Domain Value

Caranya : Click banner atau -> DomainValue. Masukkan url anda dalam ruangan di bawah,. Kemudian click SUBMIT.. Tunggu sebentar around 10 saat sebelum keputusan dipaparkan..

Domain Value


Saya dengan tak malu (sambil tutup muka) share nilai blog Lady in Red Planner :

Domain Value 

USD250.00 sahaja, hehehe tolong jangan kecam okay, blog baru standardlah tak guna domain sendiri sekadar tumpang blogger.com memang #lowmarketvalue.. Oppps! sempat lagi defend blog sendiri..

Pssssttt! Saya check nilai domain Google.com :
Nilai domain google.com

Ada lagi, saya juga menyibuk check nilai domain Facebook :

Nilai domain Facebook

Adoi pening kepala bila nampak banyak sangat 'comma' di situ equal to USD tau, pengsan! Kalau dapat income camtu, makcik kayo tak perlu susah-susah memerah otak..  Okay laaa.. Jom sama-sama semak, click -> DomainValue.




Siapa sporting boleh letak nilai website atau blog anda di ruang komen di bawah. 
 
Okay, itu sahaja..
Sekian, wasalam..


Regards,

GIVEAWAY BY IG SHOP @luv.sweet.choco

GIVEAWAY BY IG SHOP @luv.sweet.choco | Alhamdulillah hari ini saya terpanggil untuk sertai giveaway dari blogger merangkap adik manis Shaidatul Aireen @ Elsa dari blog elsaalicious. Cantik nama diberi.. Menurut Elsa, giveaway ini dianjurkan untuk memberi sokongan kepada adiknya yang sedang menjalankan bisness cookies secara kecil-kecilan. Alahai, saya memang suka pretzel dan cookies moden especially bila coating dengan chocolate.. Bolehlah order untuk makan-makan atau Hari Raya nanti.. Melting okay bila browse IG @luv.sweetchoco.. 

Okay, jom click banner di bawah untuk mengetahui syarat-syarat giveaway :

Giveaway by IG Shop luvsweetchoco

Syarat-syarat yang dikenakan sangat simple dan basic seperti kebanyakkan giveaway yang lain.. Saya sudah penuhi syarat-syarat tersebut.. Inilah masa untuk kita sesama rakan bloggers support each other.. Join giveaway bukan sekadar untuk menang hadiah tapi yang paling penting jalinan mesra antara kita.. 

Sesiapa yang ingin turut serta dalam giveaway ini, ianya berlangsung dari:

 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017. 
Keputusan akan diumumkan pada : 16 April 2017.

Jom sokong giveaway Elsa..

  




Okay, sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA

GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA | Hari ni Sabtu iaitu hari untuk join segmen dan giveaway.. Memang begitu entry blog saya pada hujung minggu selain entry santai yang lain.. Hari ini saya join Giveaway by Lyana Ishak & Eyja Masliza setelah came across dari blog Mayy Ji. 


Sebelum menyertai giveaway ini, sila baca 9 syarat-syarat yang perlu dipatuhi dengan click banner di atas 👆. Semua syarat-syarat yang dikenakan tak susah seperti kata organizer, syarat simple & cool, hehehe 😁.

Kepada blogger yang berminat untuk sertai giveaway ini, boleh berbuat demikian kerana tempoh penyertaan bermula dari 22 Mac 2017 hingga 4 April 2017.

Cepat-cepat masih sempat.. Jangan lepaskan peluang sebab dengan cara ini kita berpeluang dapat kenal rakan bloggers baharu di samping mengeratkan ukhuwah 😄..


Itu sahaja.. Sehingga kita bertemu lagi di lain post.. Sekian, wasalam..


Regards,

Friday, March 24, 2017

BUKAN PENGGEMAR EGG TART

BUKAN PENGGEMAR EGG TART | Salam Jumaat semua.. Entri ini saya gelar sebagai entri curi tulang sebab saya buat dengan tergesa-gesa semasa break azan Asar sebentar tadi, hehehe.. Hari ini waktu lunch panjang dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Masa inilah perjumpaan antara #ganglunch diadakan. Agenda kami bila berjumpa, makan-makan dan sembang sakan.. Dalam tak sedar sekejap masa berlalu, jam hampir menunjukkan pukul 2.00 petang..

Sebenarnya bukan itu cerita yang ingin dikongsi. Kisah sebenar begini.. Semasa perjalanan ke luar AEON menuju ke pejabat, terpandang promosi Macau Egg Tarts di Baker's Cottage.


Wow, nampak menarik.. Golden egg tarts yang dipamerkan.. Untuk makluman, saya bukanlah penggemar tart telur tapi bolehlah makan sesekali teringin. Kebetulan lama juga tak makan egg tart ni, alang-alang ada promosi, saya pun belilah..

Tertarik dengan quote pada plastic :

"Man lives for science as well as bread." - William James.

Dah kenapa roti disamakan dengan lelaki? Ada sesiapa boleh jawab?... Bagi saya ntahlah tu jawapannya, hehehe.. Apa yang penting adakah tart itu sedap atau sebaliknya..


Nampak mengancam kannn... Sampai office terus ngap (makan) satu.. Ehhhh sedaplah! Less sweet, lembut, crispy crust dan tak rasa hanyir telur..

Original photo #nofilter

Saya jenis tak reti makan sorang-sorang, so saya kongsi dengan officemates yang berada di sekitar radius, bagi diaorang rasa. Kata orang, sikit sama sikit, banyak sama banyak.. Sorang dapat setengah, hehehehe

Kawan-kawan blogger suka makan egg tarts? Kalau suka boleh beli di Baker's Cottage.. Ada certify HALAL, so tanpa was-was.


Cepat sementara stock masih ada!

Sehingga kita bertemu lagi..
Sekian, wasalam..


Regards,

Thursday, March 23, 2017

SSM SEDANG MEMANTAU PENIAGA ONLINE

PENIAGA ONLINE PERLU DAFTAR DENGAN SSM | Umum sedia maklum sekarang ini terdapat banyak perniagaan atas talian (online) menggunakan platform media sosial seperti Blogger, Facebook dan Instagram tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Faktor peningkatan kos sara hidup memaksa setiap golongan untuk mencari pendapatan tambahan.

Tapi tahukah pembaca bahawa perniagaan atas talian (online) wajib mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selaras dengan Seksyen 2, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).

"Individu atau peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online) wajib mendaftar perniagaan masing-masing dengan SSM sebelum tindakan penguatkuasaan dijalankan." - petikan suratkhabar Sinar Harian bertarikh 27.01.2016.

Jadi sebelum kena compound saya ingin mengingatkan rakan-rakan blogger yang juga peniaga online supaya berdaftar dengan SSM.. Jangan seperti segelintir peniaga online lain yang sudah tahu mengenai perkara ini tetapi masih mengabaikannya.

 

Walaupun peniaga hanya menjual produk kesihatan atau apa sahaja produk secara sambilan sekadar mengikut permintaan rakan-rakan dan keluarga dan tidak mengaut keuntungan yang banyak, ianya bukan satu alasan untuk tidak mendaftar perniagaan online tersebut. 

Jangan ambil mudah perkara ini kerana perniagaan online yang gagal mendaftar secara sah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000.00 di bawah Akta Syarikat 1965.

Jadi untuk terus kekal dalam perniagaan serta membina keyakinan kepada pelanggan dalam jangkamasa panjang, peniaga sewajarnya berniaga secara sah. Jangan berniaga 'takut-takut'.. Petikan dari kata-kata Kiah Propa : "Awas kome, ada yang memerhati."  

Begitulah pesanan yang ingin disampaikan..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Wednesday, March 22, 2017

WOW!! "The traveloka SALE-ABRATION" BUATKU TERUJA!!

THE traveloka SALE-ABRATION! | Greetings to all my lovely readers.. Saya baru lepas bercuti tetapi terasa ingin kembali bercuti bila tahu Traveloka sedang mengadakan promosi untuk tempahan yang dibuat dari 10 hingga 31 Mac 2017 - The traveloka SALE-ABRATION! Tawaran hebat untuk hotel dan tambang penerbangan domestik atau antarabangsa pada harga murah luar biasa!

Traveloka.com 
Promosi "THE traveloka SALE-ABRATION!"
Bila nampak perkataan SALE tentu kita kaitkan dengan harga murah. Samalah juga dengan traveloka SALE-ABRATION! Promosi SALE-ABRATION menawarkan tiket penerbangan ke pelbagai destinasi dan juga tawaran hotel yang boleh buat kita rambang mata! Mestilah rambang mata bila terdapat banyak pilihan hotel di seluruh Asia Pasifik dan lebih dari 18,000 laluan penerbangan menjadi pilihan.

Wow! Saya pasti tak akan lepaskan peluang dan saya harap pembaca blog ini yang suka bercuti pun begitu juga. Inilah masa yang ditunggu-tunggu..

Traveloka SALE-Abration

Teruja sangat dengan SALE-ABRATION tapi tahukah pembaca apa itu Traveloka?  Mari saya perkenalkan..

Traveloka merupakan one-stop center untuk kita membuat tempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa pada harga yang hebat di bawah platform yang sama. Jika sebelum ini kita buat tempahan tiket penerbangan dan hotel di laman web berbeza, kini tidak lagi dengan adanya Traveloka.

Lebih menarik lagi apabila tempahan juga boleh dilakukan melalui apps dari Google Play atau AppStore. Jangan tunggu lagi, muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang. Lepas ni, kita tak perlu meredah lautan manusia dan mengharungi jalan sesak, semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari, mudah dan selesa.

Memang saya teruja kerana Traveloka...

(a) Menjimatkan masa
Dahlah tawaran menarik, bukan itu sahaja, segala carian, tempahan dan urusan percutian kita lebih terancang dan berjalan lancar, di bawah satu platform.

(b) Menjimatkan wang
Traveloka juga membuat perbandingan harga terbaik dan tiada caj tersembunyi. Harga yang anda lihat semasa membuat carian, itulah harga muktamad yang ditawarkan. Traveloka menawarkan jaminan harga terbaik di samping diskaun menarik dan istimewa.

Keistimewaan Traveloka yang dimaksudkan ialah:

Tawaran Penerbangan (flight deals)
  • Perbandingan harga tiket penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan dan tempahan tiket dengan harga terbaik ke destinasi impian sama ada penerbangan domestik atau antarabangsa semestinya menjimatkan wang kita. 
  • Selain itu, ada tawaran penerbangan untuk setiap jenis bajet - tawaran serendah RM40.00 ke destinasi domestik dan di bawah RM100.00 ke destinasi antarabangsa..



Tawaran Hotel (hotel deals)
  • Terdapat lebih 100 tawaran ekslusif untuk destinasi di seluruh Asia Tenggara bagi memenuhi pelbagai jenis tujuan perjalanan untuk memastikan penginapan yang hebat bagi setiap perjalanan akan datang.
  • Traveloka bekerjasama dengan pelbagai partners hotels yang dipilih dengan teliti untuk memenuhi pelbagai jenis tujuan perjalanan, sama ada membeli-belah, melancong di bandar-bandar besar, bersantai di tepi pantai dan banyak lagi. Siapa tak mahu lepaskan peluang kann..

Wow suka, suka, suka.. 

 

Overall, Traveloka merupakan satu penyelesaian lengkap untuk percutian - tempah tiket penerbangan dengan tambang murah dan hotel di seluruh Asia Tenggara dengan penjimatan hebat.

Harga Terbaik dan paling kompetitif untuk tiket penerbangan dan hotel di Asia Tenggara.

Harga jujur - tiada caj tersembunyi.
 
Untuk keterangan lanjut sila click -> www.traveloka.com

Pilihan di tangan  kita.. Jadi jangan lepaskan peluang. Mengapa kata tidak dengan tawaran menarik dari Traveloka. Jom rebut peluang bercuti dengan lebih penjimatan, hanya click -> SALE-ABRATION!






Regards,

Monday, March 20, 2017

Segmen BLOGLIST April 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

SEGMEN BLOGLIST APRIL 2017 CIKLAPUNYABELOG DOT BLOGSPOT DOT MY | Hari ini saya terpanggil untuk sertai segmen yang dianjurkan oleh CikLa melalui blognya ciklapunyabelog.blogspot.my setelah ditag oleh blogger kesayangan saya, Ana Suhana. Ana Suhana antara pembaca setia blog saya dan beliau tahu saya suka mencari kenalan baru sesama rakan blogger. Jadi melalui entri segmen para blogger dapat mengenali and support each other selain rajin berblogwalking. 

Okay, motif utama CikLa anjurkan segmen ini adalah untuk mencari bloglist bulan April 2017. Jadi kepada sesiapa yang ingin memeriahkan segmen CikLa click banner di bawah, baca terma dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi supaya layak untuk disenaraikan sebagai peserta segmen:

segmen-bloglist-april-2017-ciklapunyabelog-dot-blogspot-dot-my

Salah satu syarat segmen ini, CikLa minta peserta memberikan pendapat ikhlas mengenai blognya. Jadi pendapat ikhlas saya mengenai blog CikLa ialah saya suka penggunaan warna putih untuk latarbelakang blog dengan font yang besar jadi tidak serabut bila baca setiap entri yang dikongsi. Susunatur blog juga ringkas dan mengikut keperluan pembaca. Selain itu entri blog CikLa berinformasi, banyak tips kesihatan yang berguna. Overall blog CikLa kemas dan berinformasi.

Sekarang saya ingin tag rakan blogger yang dikasihi, Mrs. A, Ana Fatihah dan Pn. Yuslina untuk memeriahkan segmen ini, namun tiada paksaan..

Tempoh penyertaan : 12.03.2017 hingga 31.03.2017 (8 malam)

Itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Sunday, March 19, 2017

Resepi Kari Kepala Ikan Sedap

RESEPI KARI KEPALA IKAN SEDAP | Semalam bersiar-siar di pasaraya NSK yang baru dibuka di Seremban.. Saya sempat beli kepala ikan kurau di pasaraya tersebut dek kerana teringin makan kari kepala ikan. Cari kepala ikan merah semua besar-besar belaka, tak sesuai sebagai hidangan 3 orang makan.. Mungkin bagi sesetengah orang masak kari kepala ikan sesuatu yang sangat mudah tapi bukan saya.. Jadi hari ini merupakan hari yang paling sesuai untuk mencabar diri untuk merealisasikan keinginan itu. Memang mencabar lebih-lebih lagi ini adalah percubaan pertama kali dalam hidup, hehehe

 

Berikut merupakan resepi yang saya cuba, ternyata ringkas dan memang terbukti sedap!

RESEPI KARI KEPALA IKAN 

Bahan-bahan :
1 ekor kepala ikan merah / ikan kurau / ikan jenahak / ikan tenggiri - belah dua
1/2 cawan santan
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil biji sawi - optional
1 cm halia* - kisar
3 ulas bawang putih* - kisar
1/2 biji bawang merah* - kisar
1/2 biji bawang merah - hiris
2 biji cili merah potong memanjang
2 tangkai daun kari
Air asam jawa
1 biji tomato
Bendi

Cara masak :
Tumis biji sawi, hirisan bawang merah, cili besar yang telah dihiris dan daun kari hingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar diikuti rempah iaitu kari ikan, sebuk ketumbar, jintan putih dan cili giling. 
Masak hingga garing dengan api perlahan. 
Selepas itu masukkan air asam jawa dan separuh hirisan tomato, masak hingga mendidih. 
Kemudian masukkan kepala ikan dan sedikit air, masak hingga mendidih. 
Bila mendidih masukkan separuh lagi hirisan tomato dan bendi. 
Akhir sekali masukkan santan dan perlahankan api. 
Biarkan mereneh dan kuah nampak pekat dan sebati.
Padam api dan sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama roti atau nasi panas..

Alhamdulillah percubaan kali pertama berjaya.. Jadi saya seronok menikmati kari kepala ikan sebagai sarapan pagi bersama roti dan nescafe tarik..



Oh ya, alang-alang cerita tentang kari kepala ikan.. Baru terbaca mengenai asal usul kari kepala ikan.. Selama ini hanya tau makan tapi tak tahu sejarah kari kepala ikan, hehehe. Okay, begitulah sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama.. Selamat mencuba.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri. Sekian, wasalam..


Regards,

Friday, March 17, 2017

AKU MALU

AKU MALU | Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Doa saya semoga kalian dirahmatiNya selalu. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya, kita masih lagi diberi nafas hari ini untuk menjalankan ibadah dan aktiviti harian..

Entri kali ini saya ingin bercerita tentang peristiwa yang belaku minggu ini dan bagaimana perasaan malu saya pada Allah.. Cuba pembaca bayangkan, di kala kita dihimpit masalah, fikiran, emosi terganggu, jiwa kacau, puas mencari jalan keluar tapi buntu, akhirnya kita putus asa.. 'Checkmate!', memang takde cara dan jalan lain. Cuma ada satu jalan penyelesaian tetapi dengan bantuan Allah.. Memang satu keajaiban andai ianya berlaku tambahan pula kita tahu siapa diri kita.. Amalan kita pun tak layak untuk dapat kurniaan itu dariNya. Dalam keadaan mengharap, Allah makhbulkan doa kita, Allah kurniakan keajaiban itu kepada kita. Apa yang anda rasa?

 
Photo from Facebook bingkisanhati

Begitulah yang berlaku kepada saya.. Masalah telah menghimpit diri saya sejak berminggu-minggu lamanya. Puas saya berfikir mencari jalan penyelesaian dan akhirnya putus asa.. Namun sambil berfikir mencari jalan penyelesaian, saya tak putus-putus berdoa kepada Allah, tunjukkanlah satu keajaiban supaya masalah saya selesai, bantulah saya bisik hati ini dengan penuh harapan.. Namun dalam fikiran ianya tak mungkin terjadi kerana peratusan ianya berlaku sangat mustahil...

That's it! Ayat give-up : "Tak perlu fikir lagi, tempuh sahaja apa berlaku.." Dalam keadaan mengharapkan keajaiban, tiba-tiba pagi Rabu lepas saya dapat petunjuk dan permintaan saya untuk satu keajaiban yang mustahil itu berlaku. Masalah yang bermain di fikiran sejak berminggu-mingu lama akhirnya selesai!.. 

Mengalir airmata saya tanpa disedari.. Saya sangat bersyukur! Bersyukur tak terhingga! Timbul perasaan malu pada Allah sebab amalan kita tak setimpal dengan nikmat dan kurniaanNya.. Malu dan sangat malu kerana selama ini lalai.. Sesungguhnya Allah Maha Besar الله أكبر .. 

"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar,,"
                 


Regards,

Tuesday, March 14, 2017

Kursus Psychology

EXCELLENCE COMMUNICATION CULTURE OR BUDAYA KOMUNIKASI CEMERLANG | Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.. Entri kali ini saya ingin kongsi tentang pengalaman menyertai Kursus Budaya Komunikasi Cemerlang yang dianjurkan oleh majikan saya. Kursus ini disampaikan oleh Master Trainer dari Lawrence Walter Seminars - LWS Strategic Group.   Saya abadikan entri ini sebagai ulangkaji hasil dari ilmu yang dipelajari dalam masa yang sama berkongsi dengan pembaca perkara asas bagi memantapkan skill komunikasi kita. Mungkin ada antara pembaca memerlukan skill ini..

Mengapa majikan saya memberi penekanan kepada komunikasi? Ini adalah kerana komunikasi yang berkesan sangat penting dalam urusan kami seharian memandangkan nature of business majikan saya melibatkan orang ramai. Skill komunikasi diperlukan setiap kakitangan tak kira di peringkat pengurusan atau kakitangan bawahan untuk menangani setiap aduan pelanggan.

Lawrence Walter Seminars
 

Mari saya kongsi ilmu mengenai skill komunikasi secara psychology.. Apa istilah 'Power Communication'. 'Power Communication' atau Kuasa Komunikasi ialah melihat kepada kesan tindak balas serta merta setelah sesuatu mesej disampaikan dengan menggunakan konsep 4 anak panah dalam membina perhubungan yang kukuh. Konsep 4 anak panah tersebut ialah strategi (strategy), tenaga komunikasi (high energy), tumpuan / pandangan (eye contact) dan penghayatan perasaan (transfer of feelings). 

Strategi - satu siri idea dalam komunikasi untuk mencapai keputusan.
Penghayatan perasaan...  jadi anda perlu membina perasaan dalam komunikasi
Tumpuan / pandangan - anda pada orang lain pengaruhi pandangan mereka
Tenaga Komunikasi adalah tahap kuasa yang menentukan kesan kepada komunikasi anda.


Lawrence Walter Seminars
 

Dalam bahasa layman, jika kita sedang berkomunikasi dengan orang, kita hendaklah set target  apakah keputusan yang hendak dicapai dalam komunikasi ini. Selain itu, perlu ada perasaan semasa berkomunikasi dengan seseorang. Maksud perasaan kat sini bukan perasaan jatuh cinta, jatuh hati, minat atau benci, itu semua personal feelings okay, hehehe. 

Dalam komunikasi ini, perasaan yang dimaksudkan sama ada marah, kecewa, sedih - cuba fahami masalah dia ketika itu, bergantung kepada situasi komunikasi yang sedang dihadapi. Andai pengguna yang datang sedih hingga menangis, tak perlulah kita sama-sama menangis malah meraung, memadai hanya menunjukkan muka simpati atau sedih. 

Semasa berkomunikasi juga mesti wujud eye contact, jangan fokus tempat lain contoh check WhatApp masa orang bercakap, browse handphone etc tapi focus kepada perbualan tersebut. Jangan pula eye contact tak berkelip-kelip. Pandang mata dia sampai tak tengok tempat lain, itu tenung. Pandang dengan tenung lain maksud tau, hehehe.. 

Itu maksud Kuasa Komunikasi..

Lawrence Walter Seminars

Apa perlu buat bila pengguna datang dalam keadaan marah? Saya diajar supaya guna konsep berikut:

Eye-contact - seperti yang dinyatakan di atas..
Smile - senyum walaupun pengguna marah-marah..
Ask - Tanya apa masalah yang dihadapi pengguna tersebut
Align and redirect - Fahami dan setuju masalah pengguna tersebut dengan mengulanginya kemudian berikan jalan penyelesaian hingga pengguna tersebut berpuas hati.

Contoh :

Pengguna : What the hell bill air saya naik tinggi berganda-ganda sedangkan saya tinggal seorang di rumah!!!! Saya hanya sesekali mandi!!!. Saya tak guna air banyak!!!!

Saya : Saya faham perasaan Encik, bill air Encik naik tinggi berganda-ganda, Encik tinggal seorang, Encik hanya mandi sekali-sekala... (tarik nafas dalam-dalam sebelum memberitahu jalan penyelesaian - lepas hembus terus sambung) apakata saya semak penggunaan air Encik dalam sistem kami, kemudian saya akan hantar kakitangan siasat di tapak. Selepas itu saya sendiri akan pantau perkara ini dan beri maklumbalas kepada Encik dengan segera. 

Cari jalan sehingga pengguna puas hati... Selepas itu,

Thank and greet.

Kalau pengguna tak puas hati ulang ayat yang sama tapi ayat solution kita perincikan lagi.. Jangan pula pengguna menjerit, kita menjerit tak selesailah masalah, mungkin tambah lagi masalah, hehehe...

Lawrence Walter Seminars
 

Selain itu, konsep TEAM SUPPORT - willingness to encourage others atau kesediaan untuk menggalakkan orang lain. Bila berkomunikasi dan setuju dengan pendapat seseorang kita sebut 'I SUPPORT YOU!' atau saya sokong awak. Tanda terima kasih pula sebut "MY PLEASURE.."

Konsep PASSION pula keterujaan untuk membuat sesuatu perkara lebih dari apa yang diarahkan. Contoh boss kata : "Saya nak laporan atas meja hari ini pukul 2.00 petang". Kita sediakan dan hantar laporan yang boss minta pukul 12.00 tengah hari, begitu konsep PASSION atau keterujaan.

Lawrence Walter Seminars
 

Kadang-kadang ada perasaan terasa dibebani tugasan yang banyak dan susah untuk diselesaikan. Jangan anggap tugasan tersebut sebagai beban tapi anggaplah sebagai CABARAN / CHALLENGE. Mahu atau tidak kena buat jugak kann jadi take it as a challenge bukan beban. Bila kita berjaya selesaikan tugasan tersebut kita akan rasa puas hati kerana telah berjaya menyahut cabaran. Say I Love Challenges!

Selain itu kursus ini turut mengajar cara kita menangani emosi. Contoh bila kena marah dengan boss atau mood tak baik, jangan libatkan orang lain.. Jangan biarkan orang lain kena tempiasnya. Apa kita perlu buat selain istighfar? Kaedah psychology kita letak tiga jari di dahi, tarik dan lepaskan sambil sebut '"CANCEL... CANCEL GO AWAY".. Maksudnya kita menghantar mesej ke otak supaya jangan ingat perkara tersebut, buktikan "I MENTALLY TOUGH!" barulah jadi I am a Mental Warrior!

Abaikan kerana itu aura negatif, kalau diingat sakit hati, tak boleh buat kerja dan sentiasa panas hati so bila kena marah buat "cancel..cancel go away". Tapi bila buat "cancel..cancel go away" jangan pula depan orang yang marah kita, nanti dia kata "apa dah gila?.." hehehehe

Selain itu, tanamkan sikap suka minta maaf dan memaafkan dengan hati yang terbuka.

Lawrence Walter Seminars
 

Dalam kursus ini turut diterangkan tentang PATTERNS atau TABIAT. Tabiat yang sering diulang-ulang sehingga menjadi budaya. Ada 2 tabiat iaitu lousy patterns dan extraordinary. Jika ingin extraordinary berikut tips penting yang perlu dipraktikkan iaitu "STOP!" Apa maksud "STOP / BERHENTI"? Konsep "STOP!" seperti berikut :

STOP Complaint - BERHENTI mengadu
STOP Blame - BERHENTI menyalahkan
STOP Excuse - BERHENTI memberi alasan
STOP Gossip - BERHENTI gosip

Andai ada kawan kita atau sesiapa ajak kita bergosip, segera letak jari telunjuk di bibir kemudian sebut "syhhhh..." Biar dia terdiam. Itu tanda kita menolak untuk turut sama bergosip. Tapi jangan pula kawan tadi jawab "eeehhhh apa shut daaa.." itu dialog Sudin dalam filem P. Ramlee, hehehe joking huh!..

Itulah kunci supaya kita menjadi pekerja EXTRAORDINARY. Akhir kata, take control of your thoughts to stay motivated all the time atau kawal pemikiran kita untuk kekal bermotivasi sepanjang masa. Oh yaa tips komunikasi cemerlang ini boleh juga apply dalam keluarga, antara suami isteri, adik-beradik atau sesiapa sahaja bagi mewujudkan suasana harmoni.

Selesai kursus sehari, sampai rumah saya terus collapsed sebab mentally exhausted.. Penat sebab hadam semua ilmu yang diajar sekaligus dalam masa yang singkat tapi seronok sebab dapat ilmu baharu.. Begitulah cerita yang ingin disampaikan untuk manfaat bersama.. 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Terima kasih sudi singgah. Semoga ikatan ukhuwah kita sesama rakan blogger berpanjangan, in shaa Allah.. Sekian, wasalam..


Regards,

Saturday, March 11, 2017

SEDAPKAH MAKANAN DI BURGERBYTE?

SEDAPKAH MAKANAN DI BURGERBYTE? | Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu kepada semua pembaca blog ini. Hari ni late lunch saya di Burgerbyte cawangan Seremban 2. Ini merupakan kali pertama saya berkunjung ke restaurant Burgerbyte sedangkan tempat makan ini sudah terkenal sebagai cafe hipster yang pernah hangat diperkatakan satu masa dahulu.

 

Lokasi restaurant Burgerbyte di Seremban 2 terletak di Dataran Centrio berhadapan pasaraya Mydin Mall. Setelah melangkah masuk ke restaurant, saya mencari port strategik, kawasan berhawa dingin. Tak lama selepas itu, waiter pun datang dan menyerahkan menu. Jom kita check apa yang menarik di sini?

 

Daif sungguh buku menu di sini..
Nampak tu tagline Burgerbyte, "grilled with soul" - sepenuh jiwa dan raga gitu, hehehehe

 

Terdapat variety burger yang ditawarkan..  Menu untuk kanak-kanak juga disediakan. Selain burger, grill beef dan lamb ada juga ditawarkan di sini.

 

Selain itu terdapat pilihan makanan ringan atau snacks seperti french fries, chili fries, nachos with salsa, nachos with chili meat (beef or chicken), fried sausage (beef / chicken) dan mashed potato. Pemakan heavy lunch, jangan risau menu berasaskan nasi ada juga di sini iaitu montreal rice.

 

 Okay, bagaimana pula dengan minuman? Apa pilihan minuman yang ada?

 

Seperti restaurant lain, terdapat pilihan minuman panas, sejuk dan iced blended ditawarkan. Waktu saya ke sini cuaca sangat panas, sudah tentu saya memilih minuman sejuk. Makanan telah dipilih, sementara tunggu pesanan disediakan saya sempat bergambar semata-mata untuk entri ini, hehehehe


Tempoh menunggu tak lama lebih kurang 15 minit sahaja. Makanan utama pilihan saya Fettuccini Seafood Marinara (atas) berharga RM16.75 manakala Combo 2 Naked Beef (beef & lamb) for my husband berharga RM23.11. Selain itu nachos with salsa berharga RM8.27 serta minuman iaitu flavor iced cafe latte with hazelnut berharga RM9.54, iced chocolate berharga RM6.36 dan passion fruit soda berharga RM5.83.

 
Jumlah keseluruhan termasuk GST : RM69.85


 Overall sedap dan memenuhi citarasa saya, range 10 saya beri 6 sahaja. Markah kurang sebab black pepper gravy  manis tak rasa sangat kepedasan black pepper sebenar dan sayur-sayuran untuk set Combo 2 Naked Beef kering. Selain itu credit to sos salsa, minuman dan daging burger grilled yang tebal dan juicy. Restaurant  hipster begini sesuai untuk gathering dan lepak dengan kawan-kawan. Kalau pergi dengan family members lepas makan terus balik rumah tak challenge langsung, huhuhu

 
 Sebarang maklumat lanjut tentang Burgerbyte boleh layari social media mereka seperti di atas.
Sementara belum ke sana, boleh cuci mata dulu di laman web Burgerbyte.my, tapi awas jangan browse masa lapar sebab gambar dalam website ni memang mengancam, terliur dibuatnya. 

Begitulah cerita yang ingin dikongsi bersama. Cerita makan di restaurant hipster..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Happy weekend everyone.. Sekian, wasalam..


Regards,