6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Untuk pengetahuan, setiap pagi saya akan sediakan sarapan dan bekal anak ke sekolah.. Bagi mengelakkan saya ketandusan idea untuk menu breakfast dan bekal setiap hari, saya mengambil pendekatan untuk sediakan menu yang sama dan hanya rotate atau 'kitar semula' untuk minggu-minggu seterusnya..  Lebih mudah begitu jadi tak perlu bermonolog dengan diri sendiri setiap pagi memikirkan menu yang ingin disediakan setiap hari... Memandangkan saya perlu bersiap dan pergi kerja awal, so breakfast pun mestilah sesuatu yang cepat dimasak sedap dimakan.. Menu  ini sangat simple dan sedap (pada sayalah..) hehehe


1. Roti Tampal

Nak tahu apa istilah roti tampal yang dimaksudkan? Bukan roti tampal macam roti canai kat kedai mamak tau tapi roti tampal versi saya ialah sekeping roti putih ditebuk menggunakan mulut cawan dan ditampal dengan telur.

Cara membuat roti tampal seperti di bawah:

Nak tahu apa istilah roti tampal yang dimaksudkan? Bukan roti tampal macam roti canai kat kedai mamak tu tau, tapi roti putih yang ditampal dengan telur.. Senang jer, tengok gambar kat bawah ni bagaimana cara penyediaannya.. pastu boleh cuba..

Roti tampal
2. Lempeng tepung gandum lembut

Menu seterusnya lempeng tepung gandum.. 

Lempeng tepung gandum sedap
Lempeng tepung gandum memang sesuai dimakan untuk breakfast sebab cepat kenyang. Biasanya saya akan masak bersama sambal sardin atau kari ayam bersama kentang dan carrot. Jika saya sediakan lempeng tepung gandum dan sambal sardin / kari ayam, saya akan bekalkan anak saya dengan nasi putih sebagai menu semasa rehat nanti. Resepi Lempeng Tepung Gandum Sedap pernah saya kongsi di blog lama..

3. Spaghetti / Macaroni Bolognese 

Menu paling senang dan menjadi kesukaan anak saya.. Dia prefer macaroni compare to spaghetti.. It depends.. 

Spaghetti bolognese
Cara masak pun mudah.. Rebus spaghetti / macaroni hingga masak dan toskan. Saya guna sos spaghetti sedia ada yang dijual di pasaran jenama Prego atau Kimball.. Caranya dengan tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan daging kisar jenama Ramly. Kacau hingga daging masak, kemudian masukkan cendawan butang tin (jenama Rex) yang sudah dihiris nipis. Kacau sekali-sekala hingga masak, kemudian masukkan sos bologese. Masukkan sedikit garam.. Kacau hingga masak.. Tuang sos bila sedia untuk dimakan..  Saya akan pek bekal ini secara berasingan di dalam bekas bagi  mengelakkan sos mengalir keluar. Resepi Macaroni Bolognese Simple pernah saya kongsi di blog lama..

Kalau terlebih rajin saya masak mee atau bihun goreng..

4. Puff Pastry Sosej / Sardine Puff

Bila sebut saja sardine puff tentu terfikir mesti leceh menguli doh pastri pagi-pagi buta, hehehe. Jangan terpedaya dengan nama.. Saya buat dengan gunakan paratha segera jenama Kawan.

Sardine Puff / Puff Pastry Sosej
Bagaimana caranya? Saya pernah kongsi di blog lama, Resepi Mudah : Puff Pastry Sosej

Hanya tukar filling sahaja.. Selain sosej, andai teringin sardine, isi dengan sardine jadilah sardine puff... Selain itu boleh jugak ganti roti putih jika tiada paratha segera.. Mudah sangat, selesai satu bab! 

5. Cucur tepung gandum

Cucur merupakan menu yang mudah dan sedap seperti lempeng tepung gandum jugak.. Apatah lagi sekarang ada cucur viral.. Bertambah meriah koleksi cucur di Malaysia, hehehe

Cucur Ikan Bilis
Persediaan juga mudah dan boleh dipelbagaikan.. Biasanya saya akan buat cucur kentang, cucur ikan bilis dan cucur pisang.  Walaupun pembuatannya sangat mudah bak kata orang boleh pejam mata tapi saya pernah juga kongsi Resepi Cucur Ikan Bilis di blog lama manakala Resepi Cucur Viral pernah dikongsi dalam blog ini.. Boleh rujuk di kedua-dua link tersebut..

6. Resepi Oat Dalam Jar

Resepi ni pun mudah disediakan dan dibawa ke pejabat tetapi tak sesuai dibawa sebagai bekal ke sekolah.. Jadi saya sediakan menu oat di rumah sebagai sarapan pagi sebelum anak saya ke sekolah.. Menu ini unik kerana variasi rasa buah-buahan segar bersama susu segar dan yogurt..

Resepi Oat Dalam Jar
Berikut adalah Resepi Oat Dalam Jar yang pernah dikongsi di blog ini satu masa dahulu sebagai rujukan..

Mengapa tiada nasi goreng? Jawapannya saya tak boleh makan nasi goreng nanti sakit kepala yang amat sangat hingga tahap guling-guling.. Oleh itu nasi goreng tiada dalam menu harian melainkan special request dari anak.. 

Okay ini sahaja koleksi menu simple dan sedap yang biasa saya sediakan di pagi hari.. Semoga ianya dapat dimanfaatkan dan memberi idea kepada sesiapa yang selalu ketandusan menu sarapan pagi dan bekal diri sendiri ke pejabat atau anak ke sekolah.. 

Andai ada antara pembaca yang ingin tambah koleksi menu ringkas dan sedap bolehlah letak di ruangan komen.. Perkongsian dan komen anda sentiasa dialu-alukan.. Thank you in advance..