Monday, 31 December 2018

2018 Wrap Up : December 2018

Monday, December 31, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini hari terakhir kita dalam tahun 2018.. Terasa baru beberapa hari buat entry Tahun Baru 2018.. Selak semula helaian planner bulan Disember 2018 sudah tiba masanya to wrap-up.. Semua hari-hari yang dilalui sepanjang bulan Disember 2018 ini indah-indah belaka, alhamdulillah syukur atas nikmat dari-Nya..

Wrap Up 2018
Berbanding tahun lepas, kami sekeluarga diuji dengan ujian yang berat apabila ayah saya dimasukkan ke hospital akibat diabetis.. 




TUGASAN HAKIKI

Awal bulan Disember 2018 lalu, saya mengendalikan satu kes tuntutan di Mahkamah Majistret Sivil Seremban bagi pihak majikan... Majikan saya dinamakan sebagai Defendan dalam kes ini. Persiapan telah dibuat dengan rapi dan setelah 2 kali tarikh sebutan diberikan akhirnya tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 4 Mac 2019 nanti.. 

Court Room
Selain itu, satu kes besar dalam bulan Disember 2018 lalu ialah perbicaraan kes tuntutan yang difailkan bagi pihak majikan. Kes perbicaraan ditangguhkan ke mediasi. Beberapa isu perlu dijelaskan semasa proses mediasi ini dengan harapan menemui titik penyelesaian dalam kes ini.. Malangnya masih belum berjaya diselesaikan.. Kes ditangguhkan ke bulan Januari 2019 nanti.. 

Mediation
Saya harap kedua-dua kes ini berjaya diselesaikan.. Sebelum Mahkamah bersidang kenalah #ootd untuk lebih bersemangat, hehehe.. 

#ootd
HOBI

Setiap bulan saya ada target membaca, sekurang-kurangnya sebuah buku bergantung kepada tebal nipis sesebuah buku itu.. Dalam bulan Disember 2018 hanya 2 buku sahaja berjaya habis dibaca disebabkan tugasan hakiki yang perlu diberi perhatian.. 

The Money Book - A CAP Guide to Managing Your Money & More
Buku pertama mengenai pengurusan kewangan.. 
Josephine COX, The Broken Man
Buku kedua novel yang ditulis oleh Josephine COX, The Broken Man.. Novel ini baru sahaja habis dibaca malam tadi sampai mengalir airmata menghayati jalan cerita kehidupan Adam, anak mangsa dera ayah sendiri tambah sadis apabila ibunya meninggal dunia. Adam hilang tempat bergantung.. namun hidup Adam akhirnya terbela.. happy ending, yeayyy..

Selain dapat menghabiskan 2 buah buku, saya juga dapat mengemaskini blog postcard yang sudah lama terabai.. Berikut blog postcard saya, feel free to follow jika berminat..

 Love My Happy Mail
My postcard blog
Kebetulan bulan ini banyak juga postcard saya terima.. Jadi ini masa yang sesuai untuk update semua postcard yang ada.. Tak boleh tangguh lagi...
Postcards 
MAKANAN

Sepanjang bulan Disember 2018 dapat makan apa sahaja yang terlintas di fikiran, syukur tak terhingga dengan nikmat dariNya.. Pizza Hut buat promosi pizza cheese terus order during lunch hour.. 

Pizza Hut
Teringin makan Nando's Peri-Peri Chicken, terus ke IKANO Damansara..

Nando's Peri-Peri Chicken
Bila teringin makan meatball dan soto pergi ke Joint Kitchen di Centrio Seremban 2. Dapatlah makan meatball, fries dan soto kegemaran.. 

Meatball dari Joint Kitchen, Centrio Seremban 2
Soto, Joint Kitchen Centrio Seremban 2
Bila belek-belek Facebook, sana-sini cerita tentang Oden.. Hati berdetik untuk rasa sendiri Oden yang famous di Family Mart.. Bila ke IKANO Damansara berpeluang makan Oden buat pertama kali.. 

Oden
Ya Allah betapa nikmatnya bila semua yang kita nak kita boleh dapat.. 
"Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan?"

Oden from Family Mart
Oden from Family Mart
MOVIE : BUMBLEBEE

Lama sungguh saya tak menonton movie.. Last movie was Transformers 5 : The Last Knight on 30 Jun 2017.. Kalau sebut Transformers dan movie berkaitan dengannya memang saya tak akan lepaskan peluang.. Frankly speaking saya mengikuti semua movie Transformers, tak pernah miss..

Bumblebee
Jadi bila filem Bumblebee ditayangkan di pawagam pada 20 Disember 2018 lalu, saya ambil peluang tengok filem ini..  Memang tak menghampakan..

Bumblebee
Kisah Bumblebee kali ini penuh emosi.. Seminggu tak move on lagi I tell  you..
Kalah budak kecil hahahaha

Bumbblebee
Review Movie - Transformers 5 : The Last Knight

REZEKI

Bukan itu sahaja, dikurniakan rezeki untuk shopping walaupun hanya sekadar window shopping.. Window shopping pun tak pernah keluar mall tanpa empty handed.. Sekurang-kurangnya sebatang pen atau sehelai baju baru.. 

H&M, Paradigm Mall Kelana Jaya
Selain itu, dipermudahkan urusan apabila anak selamat berkhatan dan persediaan anak ke sekolah juga tidak dilupakan.. Buku-buku sekolah juga sudah dibeli seawal 10 Disember 2018 lalu.. Persiapan lain seperti pakaian sudah siap hanya tunggu sesi persekolahan dibuka 2 Januari 2019 nanti. 

Koperasi sekolah
Jumlah keseluruhan pembiayaan sekolah rendah tak termasuk yuran juga terasa berat, terlintas di fikiran saya bagaimana mereka yang kurang berkemampuan menanggung bebanan ini.. Overall syukur yang tidak terhingga..

Bagaimana pula dengan rakan-rakan blogger yang lain? Sudi-sudilah kongsi penutup bulan akhir tahun 2018 anda.. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah ini.. Thank  you in advance..





Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,

TAHNIAH Kepada Pemenang Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady In Red Planner

Monday, December 31, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Entry kali ini merupakan entry yang ditunggu-tunggu oleh peserta Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady In Red Planner.. Jadi tanpa membuang masa, saya umumkan pemenang-pemenang seperti berikut :

* drum roll please....*


Seperti yang telah saya maklumkan dalam entry giveaway, pemilihan pemenang-pemenang melalui random.org.. 


Berdasarkan senarai nama [DI SINI], pemenang nombor 1 hingga 4 yang akan menerima Mini Designer Perfume adalah seperti berikut:

(32) Yeaslmn
(5) Mrs. Liez
(7) Mrs. Pip
(12) Jamil Hashim #jmbelog

Manakala Pemenang Hadiah Misteri adalah seperti nombor berikut :



Tahniah kepada para pemenang.. Semua pemenang diminta untuk mengisi Borang di bahagian -> 'Contact Me'. Isi  ruangan mesej dengan sertakan butir-butir penghantaran seperti nama penuh, contact number dan alamat delivery.

Kepada peserta Giveaway Akhir Tahun 2018  by Lady In Red Planner yang tidak terpillih sebagai pemenang jangan kecil hati dan jangan putus asa, blog anda akan saya senaraikan sebagai Blog Pilihan, tanda terima kasih kerana sudi turut serta dalam giveaway by Lady In Red Planner.. 
Maaf jika ada kekurangan. 




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Sunday, 30 December 2018

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Sunday, December 30, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ni takde buat apa, so saya ingin turut sertai segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger bernama Yangku Elma Ayyunie Sulaiman melalui blognya YEASLMN.. Apa yang menarik mengenai segmen ini ialah semua peserta yang join segmen ini akan dimasukkan ke dalam bloglist blog YEASLMN  selama setahun (Januari 2019 - Disember 2019), alhamdulillah.. Jadi saya tak mahu lepaskan peluang ini..

Jom semua rakan bloggers yang berminat, kita sama-sama beri sambutan kepada Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember).. 

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)
Syarat-syarat penyertaan amat mudah :

1. Buat 1 entri bertajuk "Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)" dan letak banner di atas serta backlinkkan ke post ini di blog YEASLMN.
2. Follow blog YEASLMN 
3. Follow Google+ yeaslmn
4. Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen post ini di blog YEASLMN.

Ini bukan pertama kali saya menyertai segmen dan giveaway anjuran YEASLMN jadi semua syarat yang dinyatakan sudah dipenuhi sejak awal lagi, ehem..ehem..

Okay, jangan lupa tarikh tutup penyertaan pada : 31 Disember 2019 @ 11.59 pm

So don't miss it!



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..



Regards,


Saturday, 29 December 2018

SENARAI PESERTA GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 BY LADY IN RED PLANNER

Saturday, December 29, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my loverly readers.. Semoga semua baik-baik belaka dan sentiasa di bawah lindunganNya.. Alhamdulillah Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady In Red Planner mendapat sambutan dari rakan bloggers.. Terima kasih semua yang sudi turut serta meriahkan giveaway ini. I truly appreciate it from the bottom of my heart.. You all memang awesome!

Senarai Peserta-Peserta Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady In Red Planner
Okay, berikut adalah senarai peserta-peserta giveaway, check nama masing-masing risau jika ada tercicir :

(1) Shahida Dzulkafli
(2) Nieyla Nadia
(3) Ika S.
(4) Cik Kaella
(5) Mrs. Liez
(6) Iffah Hussin
(7) Mrs. Pip
(8) Nur Izatie
(9) Ella Suhaila
(10) Teacher Diva Djari Chronicles
(11) Farhanna Jafri
(12) Jamil Hashim #jmbelog
(13) Nisa Grennnpanda
(14) Intan Saffyna 
(15) Ejulz
(16) S.K
(17) Shikin Razali
(18) Julia Jamaludin
(19) Maria Firdz
(20) Sharina Elyana
(21) Iris Myra
(22) Mamapp
(23) Fatin Diana
(24) Sayidah Napisah
(25) Mrs. A
(26) Mia Liana
(27) Hani Fadhlina
(28) Shirven
(29) Normi Nieza
(30) Farah Dinah
(31) Sha Dhira
(32) Yeaslmn
(33) Syah Banu
(34) Noor Akma

Nama pemenang akan diumumkan dalam entry akan datang, dalam masa terdekat..




Pemilihan pemenang akan dibuat melalui random.org
Harap bersabar dan Good luck everyone!



Regards,


Friday, 21 December 2018

RINDU MEREKA YANG TELAH PERGI

Friday, December 21, 2018
Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca blog ini..
Ajal maut adalah ketentuan Illahi.. Kehilangan orang tersayang merupakan satu memori yang sangat terkesan pada diri kita dan akan sentiasa terpahat dalam lubuk hati kita.. Bukan tak rela dengan pemergian mereka tetapi teringat kenangan indah sewaktu mereka dipinjamkan kepada kita seolah-olah baru semalam jasad mereka pergi meninggalkan kita. Walau hakikat sebenar sudah bertahun-tahun lamanya.. 

Al-Fatihah
Ada satu-satu masa kita akan merasa rindu kepada mereka.. Rindu yang teramat sangat, terasa sebak di dada hingga boleh menitiskan airmata.. Bila berada dalam situasi ini saya akan berdoa dan kirimkan surah al-Fatihah buat mereka.. 

Kisah saya : Terasa kehilangan

Jadi marilah kita sama-sama sedekahkan surah al-Fatihah kepada orang tersayang yang telah pergi meninggalkan kita..

Terjemahan surah al-Fatihah : 

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, 
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, 
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, 
4. Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari Akhirat), 
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan, 
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus, 
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin..
Semoga roh mereka tenang di sana..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Sunday, 16 December 2018

BERAKHIR SUDAH PENANTIAN PENUH DEBARAN

Sunday, December 16, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah, penantian dan debaran sudah berakhir.. Baik debaran ibu atau anak.. Al-kisah anak request berkhatan tahun ini.. Malu katanya sebab semua kawan-kawan dah berkhatan..Jadi pada 15hb. Disember 2018 lalu buat appointment di Poliklinik Dr, Azhar & Rakan-Rakan di Dataran Centrio Seremban 2. 

Poliklinik Dr Azhar & Rakan-Rakan
Hari yang ditunggu pun tiba, seawal 10.00 pagi selepas breakfast terus ke klinik dengan membawa sehelai kain pelikat dan MyKad.. Bayaran dikenakan RM130.00, berkhatan cara lazer. Masa pergi ke klinik bukan main excited so saya pun rasa confident Arief boleh tahan sakit dan mampu lalui semua proses berkhatan dengan baik..

Ubat selesai berkhatan
Tempoh masa tak lama not even 1 hour dah selesai tiba di rumah.. Sampai sahaja di rumah Arief menangis bercucuran airmata sambil kata : "Sakit.. sakit... pedih... huhuhhu"

Ya Allah perasaan saya ketika itu tak tahu kata apa.. Hati saya tak kental bila tengok anak menanggung sakit begitu.. Kesian sebab saya tahu Arief sangat tahan sakit sejak kecil lagi.. Jadi bila dia kata sakit memang sakit yang tak dapat ditahannya.

Doctor ada beritahu selepas setengah jam proses berkhatan akan rasa sakit untuk tempoh lebih kurang 2 jam walaupun ubat tahan sakit telah diambil sejurus sahaja proses khatan selesai.. Jadi melalui tempoh 2 jam itu satu tempoh masa down pada saya bila lihat anak menangis teresak-esak.. 

Peringatan dari Poliklinik Dr. Azhar dan Rakan-Rakan
Selepas tempoh itu semuanya kembali sediakala.. Takde lagi rasa sakit kecuali kurang selesa dengan pergerakan yang terhad tambahan pula berkain pelikat. Appointment akan datang pada hari Selasa nanti untuk doktor check sama ada terdapat infection atau sebaliknya..

Alhamdulillah hari ini sudah sehari berlalu.. My husband in-charge semua fasa menjaga Arief.. Saya hanya memantau dan menyediakan makan minumnya selama tempoh berpantang.
Semua sudah berlalu, syukur alhamdulillah..

Begitulah pengalaman yang ingin saya abadikan di sini..


Thank you for reading.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Bye


Regards,


Friday, 14 December 2018

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 By Lady In Red Planner

Friday, December 14, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini..
Kita sudah berada di bulan Disember iaitu bulan terakhir dalam tahun 2018. Lama tak buat Giveaway. Jadi sudah tiba masanya blog Lady in Red Planner menganjurkan Giveaway..
Harap dapat sambutan..

Giveaway by Lady in Red Planner
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Follow blog ini, Lady in Red Planner
2. Buat satu entry / blog post bertajuk 'Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady in Red Planner'.
3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post ini sahaja.
4. Like dan share Facebook Page Lady In Red Planner di Facebook anda
5. Follow Instagram @ladyinredplanner, Twitter @ladynredplanner (optional) dan Google+ blog ini
6. Like post Giveaway ini di Instagram @ladyinredplanner dan tag sekurang-kurangnya seorang rakan anda. Lebih pun okay..
7. Siap semua, publish entry jangan lupa submit link blog post giveaway anda dalam ruangan komen di bawah entry ini dengan format berikut :

URL Penyertaan :
Instagram :
Twitter :
Facebook :

HADIAH
Pemenang 1 hingga 4 akan memenangi Mini Designer Perfume.
Seorang pemenang Hadiah Misteri.


TEMPOH PENYERTAAN
14 Disember 2018 hingga 23 Disember 2018

Keputusan akan diumumkan dalam tempoh seminggu dari tarikh tutup penyertaan. Pemenang bertuah akan diumumkan dalam Instagram dan di blog ini. Hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang.

Itu sahaja.. Semoga giveaway ini mendapat sambutan dari pembaca sekelian..
 Have a wonderful day everyone. Good luck!



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Bye..


Regards,


Sunday, 9 December 2018

KEMASKINI BLOG POSTCARD : LOVE MY HAPPY MAIL

Sunday, December 09, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Didoakan semua beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.. Semasa saya menaip entry ini hujan lebat di luar, layan lagu My Chemical Romace (I did informed you all on my Instagram that I'm the big fan of MCR songs).. Banyak syiok lupa esok kerja, huhuhu

Hari ini saya kongsi aktiviti utama hujung minggu ini sejak semalam.. Aktiviti update blog Love My Happy Mail.. Banyak sangat incoming postcards minggu ini lanjutan dari postcards yang saya hantar tempoh hari. Saya ada kongsi di entry ini : Postcards Penpals, Khabar dari Russia

Postcard from Bulgaria
Ini antara postcard saya terima minggu ini iaitu dari Hristina di Bulgaria.. Selain itu dari beberapa kawasan di USA, Russia, United Kingdom, Porttugal, China, Germany dan Thailand.

My postcards collection
Postcards from penpals
Pelbagai jenis postcards dari beberapa buah negara. Apa yang membuat saya teruja ialah gambar tempat-tempat menarik di negara mereka. Al-maklum, mustahil untuk saya pergi melawat negara mereka, jadi melalui postcards saya dapat khabar mereka.

Postcards from penpals
Mereka menceritakan keadaan di sana seperti hobi, current weather dan aktiviti yang dilakukan. Bila baca setiap postcards, terasa seronok. For me, postcards help to create connections to places in a personal way. Bila terima postcards dari satu tempat yang tak pernah saya jejak ditambah pula dengan personal note of endorsement from a friend.. susah untuk gambarkan perasaan itu.

Postcards from China and Germany
 Postcard juga boleh mengubah mood saya, hehehe.. Saya guna alamat office, so bila mood agak tegang, dapat postcard terus mood happy.. Ia datang tanpa diduga.. From that moment bila saya lihat gambar postcard, tak sabar-sabar perasaan ingin tahu dari siapa dan dari negara mana. Lepas tu baca sambil tersenyum..

Contoh postcard di bawah ini dari Sandy di Oxford United Kingdom..

Postcard from Sandy in United Kingdom
Postcards from penpals
Selain postcards dengan gambar tempat-tempat menarik di seluruh dunia, saya juga pengumpul setem.  Banyak setem-setem menarik dengan pelbagai bentuk unik dan cantik dari seluruh dunia.. 

Stamps of USA
Contoh seperti di bawah ini, pelbagai jenis setem dari beberapa kawasan di Russia.

Stamps of Moscow, Russia
Stamps of Kazan, Russia
Stamps of St. Petersburg, Russia
Sejak semalam saya bersungguh-sungguh update postcards di blog Love My Happy Mail, malangnya belum siap sepenuhnya.. Masih berbaki lebih kurang 40 keping postcards belum update, sigh - *semput*..

Related post : Blog Postcard Terabai

Walaupun masih belum complete sepenuhnya, saya akan update dan berusaha untuk melengkapkan semua koleksi postcards yang ada dari semasa ke semasa. Saya sangat mengalu-alukan pembaca blog ini untuk singgah di blog postcards saya : Love My Happy Mail..
Thank you in advance..




Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Have a great day!
Sekian, wasalam..



Regards,


Thursday, 6 December 2018

MENGAPA PERLU SOMBONG?

Thursday, December 06, 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah hari-hari yang saya lalui minggu ini berjalan dengan lancar.. Segala tugasan pejabat berjaya dilaksanakan mengikut perancangan..

Hari ini saya menghadiri satu kes mediasi (mediation) di Mahkamah di mana saya mewakili majikan sebagai Plaintif.. Kes ini sudah diputuskan untuk bicara tetapi YA Hakim berpendapat bahawa ianya boleh diselesaikan melalui proses mediasi.. Ini merupakan tarikh mediasi kedua. Pada tarikh mediasi pertama, Mahkamah tidak dapat meneruskan kes kerana tiada wakil pembuat keputusan ("decision maker") di pihak Defendan. Maka, hari ini saya sedia dengan kes ini, begitu juga Defendan. Defendan membawa seorang pembuat keputusan berjawatan Managing Director berpangkat Dato'..

Apa yang ingin saya sampaikan di sini bukan proses mediasi yang berlaku hari ini tetapi saya ingin highlight tentang perangai atau sikap seorang bergelar Dato' yang begitu arrogant (bukan semua)... Alahai bukan Dato' glamour pun sekadar Dato' yang mempunyai syarikat hampir gulung tikar, whoops! Frankly speaking saya tak pernah jumpa manusia yang begitu sombong sepertinya.

Credit to Google
Pada pembukaan proses mediasi YA Hakim akan meminta setiap pihak mengemukakan hujahan masing-masing.. Hujahan yang dikemukakan oleh Dato' ini langsung tak mempunyai fakta tetapi semuanya berunsur dakwaan (allegation).. Bila pihak Plaintif membalas semua kenyataannya dengan fakta dan evidence, Dato' mula menggelabah dan tukar topic lain yang mana memang langsung takde kena mengena dengan nature of claim. Namun tetap kena dengar demi peluang dan keadilan kedua-dua belah pihak.. Itu belum lagi memalingkan muka dan memandang sinis.. Oooohh I cannot brain!

Dalam hati saya : "Oh mungkin dia sombong sebab ada driver dan bodyguard kot.." Padahal statement itu sekadar mematikan fikiran yang sentiasa mencari sebab mengapa perlu sombong begitu rupa..

Itu hanya sebahagian, selebihnya tak dapat saya zahirkan di sini.. Masih terbayang riak muka sombong, setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya semua berunsur tuduhan membabi-buta, tuduhan tak berasas dan sekadar ingin melepaskan kesalahan sendiri kepada orang lain. 

Jangan sombong
Dalam fikiran, tak terjangkau dek akal saya sedang berdepan dengan bangsa sendiri yang menganggap seolah-olah matinya nanti membawa gelaran dan jawatan ke liang lahad.  Apa yang saya tahu melalui pembacaan, orang yang sombong itu selalunya menyembunyikan kelemahan diri.. 

Mungkin juga dia sedang diuji dengan pangkat dan kemewahan. Tak tahu bagaimana pula kita nanti bila diuji sepertinya.. Jadi untuk mengelakkan dari lupa diri maka saya abadikan peristiwa hari ini di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kepada pembaca blog ini..

 Apalah yang ingin dibanggakan, kalau kita kaya ada orang lebih kaya dari kita.. Kalau kita bijak ada orang lebih bijak dari kita.. Kalau kita berjawatan tinggi, ada orang lain lebih hebat dari kita dan seterusnya.. Ingatlah segala yang kita ada di dunia ini hanya pinjaman dan bersifat sementara.. Atas sebab itu saya tak boleh hadam mengapa perlu sombong?

Namun begitu, saya jadikan setiap yang berlaku sebagai cermin diri untuk lihat kepada diri saya sendiri.. Tanya pada diri sendiri : Aku pernah buat perangai camni kah? Jika tidak, mohon dijauhkan dan ambil pengajaran setiap yang berlaku untuk ubah diri kepada lebih baik.



Okay setakat ini sahaja cerita yang ingin saya kongsi bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,