Cara Selesai Masalah Tak Boleh Komen Di Blog

Tuesday, June 29, 2021

14 comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah sebelum ni pernah beberapa kali hadapi masalah yang sama apabila blog profile sendiri tak muncul di ruang komen. Hal ini menyebabkan tuan blog tak dapat balas komen di blog lain atau di blog sendiri. Sakit hati dan boleh hilang mood blogging.. 

Bila masalah selesai dengan solution spontan maka lupalah steps bila masalah yang sama di hadapi akan datang.. Jadi bila dah beberapa kali terjadi, haruslah simpan di blog ini sebagai rujukan sendiri atau rujukan kepada mereka yang hadapi masalah sama. 

Masalah tak boleh komen di blog sendiri

Ada tak para pembaca pernah mengalami masalah blogger profile tak appear seperti gambar di bawah ini? Mula-mula ingat coding template blog tak betul sebab baru tukar template blog kannn.. Apaaaaaaa? Tukar template lagi???????? - bertabahlah, sila jangan kecam! 

Saya dah pun mengaku di sini -> Asyik tukar blog template..

Blog profile tak muncul di ruang komen

Puas Google cari sumber rujukan, namun tiada satu pun mengena dengan catchword carian. Bila dapat tutorial sipi-sipi hampir kena dengan masalah, bermulalah trial and error.. Tetiba jadi, lepas tu tak ingat step macam mana sebab spontan!!!! Excited sangat berjaya selesai masalah.

Okay apa perlu kita buat? 
Sila rujuk kotak merah di bawah sebagai panduan.

1. Hala cursor ke bahagian sudut kanan titik tiga, click pada Settings.

Click Settings

2. Bila masuk ke ruang Settings, pilih Privacy and security di sidebar kiri. Nampak titik biru di pilihan - Block third-party cookies. Inilah yang menyebabkan profile tak muncul di ruang komen.

Click Privacy and security


3. So kita kena tukar ke Allow all cookies. 


Tukar settings kepada Allow all cookies

4. Nampak hasil settings tadi? Maka muncullah blogger profile kita di ruang komen. Bolehlah terus balas-membalas komen.

Blogger profile appear on comments section

Selesai sudah masalah. Semoga ianya memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.

Thank you for reading, byeeee..
Wasalam..


Regards,

Read More

Ruang Solat Konsep Scandinavian

Monday, June 28, 2021

18 comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai susunatur ruang solat di bilik saya. Bukan sahaja hiasan ruang tamu dan dapur sahaja perlu diberi tumpuan, malah ruang solat juga sama penting. Saya perlu ruang solat yang selesa. 

Sepertimana pernah saya nyatakan dalam post ini, saya sekarang obsess men-decor rumah termasuk impian untuk menatarias ruang solat. Sebenarnya plan men-decor ruang solat ada dalam perancangan sejak berpindah masuk ke rumah ini. Malangnya asyik tertangguh kerana masa tak mengizinkan di samping belum menjumpai konsep yang sesuai.

Ruang solat

Akhirnya, masa yang sesuai telah tiba. Saya dapat merealisasikan impian untuk menata rias ruang solat saya mengikut konsep Scandinavian.

Mengapa pilih konsep Scandinavian?
Sebab utama terdapat unsur kayu atau unsur semulajadi dalam konsep ini di samping ianya simple.  

Apa maksud konsep Scandinavian?
Untuk pengetahuan konsep atau tema Scandinavian ini berasal dari negara Scandinavia iaitu Sweden, Denmark dan Norway malah telah wujud sejak tahun 1950-an lagi. Konsep ini juga dikenali sebagai Nordic meliputi negara Finland dan  Iceland. Konsep ini banyak menggunakan warna putih, kelabu hitam dan warna pastel. Konsep Scandinavian yang simple menjadikan sesuatu ruang nampak lebih luas dan tenang. Ianya juga sesuai dipadankan dengan perabot kayu untuk menimbulkan elemen semulajadi. 

Ruang solat konsep Scandinavian

Saya tidak mempunyai masalah untuk membeli atau menukar perabot kerana kebanyakkan perabot saya dibeli dari Ikea berwarna putih, jadi ianya memudahkan saya blend warna putih dengan konsep ini. Selain itu, warna dinding juga memainkan peranan penting. Warna dinding dah berwarna putih so tak perlu cat lagi.



Saya hanya perlu membeli rak jenis buluh untuk letak al-Quran dan sumber bacaan berunsur keagamaan di samping aksesori kecil lain sebagai pelengkap.

Rak diperbuat dari buluh

Bahagian atas rak saya letak cermin. Cermin ni penting bila pakai telekung nanti untuk pastikan tiada rambut terjuntai keluar. 

Cermin buluh

Di bahagian kedua rak, saya letak rehal yang diperbuat dari kayu dan kotak tisu di mana bahagian penutup kotak tisu tersebut diperbuat dari buluh.

Rehal dari kayu dan kotak tisu penutup buluh

Di bahagian bawah rak, saya akan lipat rehal kayu di bawah ini. Saya hanya keluarkan rehal ini bila perlu.

Rehal dari buluh

Hiasan seterusnya, saya beli ladder kayu pine wood ini untuk meletakkan sejadah dan telekung. Saya suka ladder ini sebab ianya unik selain berjaya melengkapkan konsep Scandinavian saya.

Tangga hiasan dari pine wood

Gaya Scandinavian tak lengkap jika tiada pokok hiasan. Jadi saya memilih pokok areca palm tree yang mudah dijaga sebagai sumber oksigen dalam bilik ini. Apa yang penting pokok ini tidak beracun dan juga selamat untuk anak bulus saya. 

Areca palm tree indoor plant

Pasu pokok hiasan ini saya letak dalam bakul rotan untuk disesuaikan dengan konsep Scandinavian. Nampak semulajadi dan menyerlahkan lagi ruang solat ini.

Ruang solat konsep Scandinavian

Beginilah rupa ruang solat saya, simple. Di sebelah ruang solat terdapat lazy sofa dari fabrik baldu, tempat saya membaca bahan bacaan berunsur keagamaan selepas solat atau sementara menunggu masuk waktu solat.


So bagaimana konsep ini? Adakah sesuai dengan ruang solat saya?
Mungkin ada antara pembaca mempunyai pendapat yang berbeza. 
Sebarang cadangan atau komen boleh kongsi di bawah. 

Okay, sekian saya perkongsian saya kali ini.
Thank you for reading.
Byeee... and wassalam.




Regards,

Read More

Dos Pertama Vaksin Selesai

Monday, June 21, 2021

17 comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Baca tajuk tentu cerita tentang vaksin Covid-19 or Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Of course! Ramai orang mesti ternanti-nanti dengan rasa gelisah bila applikasi MySejahtera masih belum menunjukkan tarikh bila anda akan divaksin. Frankly speaking, saya takde la tertunggu-tunggu sangat, just go with the flow.. Selama ini saya serahkan kepada MySejahtera untuk tentukan bila tarikh vaksin saya. 

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Daerah Seremban

Namun disebabkan syarikat tempat saya bekerja kategori essential services di bawah Kerajaan Negeri, jadi Jabatan Sumber Manusia dapatlah kuota vaksin kepada kakitangan yang berminat. Tiada unsur paksaan dari pihak majikan.

Jadi saya antara kakitangan yang berminat untuk mendapatkan dos pertama vaksin Sinovac. Regardless apa orang kata tentang vaksin Sinovac, saya yakin dan percaya bahawa setiap vaksin adalah ikhtiar bagi mencegah virus Covid-19. 

Covid-19 Vaccination Day
Lokasi vaksin Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban

So pada 15.06.2021 lalu adalah tarikh penuh debar.. Takde la berdebar sangat tapi nervous sebab dah lama tak kena injection.  Untuk pengetahuan pengambilan vaksin tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban, bangunan sebelah padang di tengah-tengah Bandaraya Seremban.

Beratur seawal 8.00 pagi

Saya dikehendaki hadir seawal 8.00 pagi walaupun procedure sebenar pada pukul 8.30 pagi. Tiba di sana terus beratur, standby kad pengenalan dan apps MySejahtera yang telah dikemaskini.

Sambil menunggu procedure bermula, haruslah ootd sebab bosan berdiri lama..

Bosan menunggu, kita ootd

Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba.. Seorang demi seorang mengambil giliran masing-masing untuk proses pendaftaran dengan menyerahkan kad pengenalan kepada kaunter pendaftaran. Kemudian menunggu giliran hingga nama dipanggil untuk ditemuduga oleh Doktor yang bertugas.

Selepas itu kita akan dapat nombor giliran dan seterusnya tunggu giliran vaksinasi.. Uikshhh berdebar bila masuk bilik putih. Satu ruang memuatkan 2 orang. 

Menunggu giliran dengan penuh debar

Tak lama selepas itu nama pun dipanggil.. Seram sejuk maka selesai sudah dos pertama vaksinasi Covid-19 pada pukul 8.57 pagi, legaaa.. 

Lepas suntik, kami dinasihatkan untuk tunggu lebih kurang 15 minit sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Sementara menunggu, ambillah peluang ke photo booth. Wajib ambil gambar dengan gaya tersendiri sebagai kenangan tanda "Saya telah divaksin". Lihatlah gaya kaku saya!

Saya telah divaksin - Dos 1

Setakat post ini ditulis, saya tidak mengalami sebarang simptom kecuali lenguh di bahagian yang disuntik untuk tempoh 3 hari. Ada sesetengah pendapat kata dos kedua baru timbul simptom.. Entahlah, saya hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan urusan dan terhidar dari sebarang perkara yang tak diingini. Tawakkal dan selebihnya serahkan kepadaNya.

Keesokkan hari bila check status MySejahtera telah dikemaskini dengan tarikh temujanji dos kedua dan terdapat status Covis-19 vaccination. Menghadap lagi satu fasa seterusnya..

Begitulah serba ringkas pengalaman saya mengambi vaksin Covid-19. 
Pembaca yang ingin kongsi cerita tentang vaksin boleh tinggalkan pendapat di ruang komen.
Thank you for reading, until next time.
Byee.



Regards,

Read More

Cerita Covid-19 dan Aktiviti Sepanjang Lockdown

Saturday, June 05, 2021

18 comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Kembali semula ke dunia blogging yang agak lama juga terabai.. Jangan risau, saya masih setia dengan blog cuma lately ketandusan idea selain focus perkara lain hingga tanpa sengaja tertinggal cerita di blog.. Bila dah selesai tugasan penting, baru boleh duduk dan mencari idea untuk blog.

Pandemic Covid-19

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Harap semua sihat bersama keluarga tersayang di samping melakukan aktiviti seharian.. Sebelum memulakan cerita, mukadimah saya membaca surah al-fatihah untuk disedekahkan kepada ahli keluarga, muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia.. Perasan tak, terlalu banyak berita kematian sejak akhir-akhir ini.. Kematian akibat peperangan, ditimpa kemalangan dan paling utama sekali pandemic Covid-19 yang sangat mudah meragut nyawa manusia.. Jadi sama-sama kita jaga diri dan keluarga.. Sentiasa berdoa supaya kita dilindungiNya selalu dan dijauhkan dari segala musibah dan bala bencana yang tak diingini..

Stay at home activities

Setiap hari kita biasa dengar dan baca berita kematian akibat Covid-19.. Untuk pengetahuan, saudara terdekat saya iaitu sepupu saya turut meninggal dunia disebabkan Covid ketika suami dan 2 orang anak lelaki allahyarhamah masih ditahan di hospital. Selesai jenazah allahyarhamah dikebumikan hingga kini mereka masih belum dibenarkan keluar hospital. Saya dimaklumkan bahawa salah seorang anak lelakinya masih berada di ICU. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya doa yang mampu dikirimkan, semoga segalanya dipermudahkan, aaminn..

Apa pula aktiviti rakan-rakan blogger sepanjang lockdown ini? Alhamdulillah saya diberi peluang oleh majikan untuk bekerja dari rumah mengikut giliran.. Perasaan lega yang amat sangat mendapat peluang ini kerana saya paling bimbang terdedah dengan jangkitan Covid-19 terutama sekali di pejabat. Majikan saya tergolong dalam syarikat kategori essential service jadi mahu atau tidak kena kerja dan sentiasa patuh kepada arahan yang dikeluarkan sepanjang lockdown




Social distance penting!

Bukan apa, perasaan risau berada di pejabat sangat menakutkan saya. Bukan semua orang peka dengan SOP dan social distance ketika di pejabat walaupun dah berbuih mulut (.. sampai berbuih macam sawan babi - sorry to say) tapi masih tak nak patuh. Tak kurang juga yang berperangai pentingkan diri sendiri dan menafikan bahawa Covid-19 itu wujud selagi tak kena batang hidung sendiri.. Pengalaman saya kena quarantine pun cukuplah, saya trauma! Dijangkiti disebabkan kelalaian orang lain memang susah untuk dimaafkan... Tak kisahlah berapa banyak tugasan pejabat perlu dilaksanakan di rumah asalkan tak terdedah dengan ancaman sewenang-wenangnya. Okay #donebebel

Work from home

Jadi seawal 7.30 pagi waktu bekerja saya akan check-in attendance melalui apps. Sepanjang tempoh itu kena alert dengan mesej WhatsApp, emails dan apa sahaja berkaitan tugasan pejabat.

Waktu terluang yang ada atau pada hujung minggu, saya lebih banyak menghabiskan masa membaca buku, gardening dan layan si Chloe dan Fluffy selain rutin harian lain. Sejak ada si bulus 2 ekor ni, indoor plants saya pun kena tukar sebab kebanyakkan spesis pokok indoor yang ada beracun untuk pets. Saya dah pun tanam pokok baru yang mesra pets. Saya akan update di blog kemudian.

Oh ya, project terkini.... saya terlalu obsess men-decor rumah! Ada sahaja yang perlu diganti dan diubah supaya kena dengan citarasa dan konsep idaman.. Apa konsep hiasan rumah terkini? Tungguuuuu ini pun saya akan update dalam blog post akan datang okay.. Huhh banyak idea untuk blog posts akan datang >_~

"If you don't like to read, you haven't found the right book." - J.K. Rowling

Sekejap masa berlalu, dalam kita sibuk menjalani rutin harian, tahun 2021 sudah masuk pertengahan tahun.. Tahun penuh kesedihan bagi saya and at the same time membuka mata untuk lebih muhasabah dan memperbaiki diri to be a better muslimah, in shaa Allah.

Related post : Kucing dan kesedihan..

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Cerita Covid-19 dan Aktiviti Sepanjang Lockdown.. Terima kasih sudi singgah dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berblogging.. 
Until next time, byeee.



Regards,

Read More
Copyright © Lady In Red Planner. Blog Design by SkyandStars.co