Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lately, banyak sekolah menganjurkan hari sukan sekolah minggu ini.. Entry kali ini bercerita tentang sambutan sukan sekolah anak bujangku yang diadakan pada hari Ahad, 28 April 2019 lalu.. Sudah hampir 2 hari berlalu, sebelum cerita ini basi saya abdikan di sini sebagai kenangan..
Pada hari Ahad lalu, seawal 7.00 pagi saya sudah keluar rumah menuju ke Matrix Global School, Bandar Sri Sendayan untuk memberi sokongan sempena Hari Sukan Sekolah anakku. Jarang sekali pagi Ahad saya keluar rumah seawal waktu itu, huhuhu bertabahlah!..
Matrix Global School, Bandar Sri Sendayan |
Tiba di sana guru-guru bertugas, ibu bapa dan pelajar sudah sedia di padang dengan semangat kesukanan.. Tema dan pakaian sudah tentu warna kuning, biru, merah dan hijau..
Padang sekolah Matrix Global School |
Sambutan sukan sekolah kali ini agak menggalakkan apabila kehadiran pelajar dan ibubapa diwajibkan untuk mencapai target KPI sekolah..
Perasmian oleh YB Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah |
Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan daripada Guru Besar sekolah disusuli ucapan dan perasmian daripada Ahli Parlimen Rasah, YB Tuan Cha Kee Chin. YB dikehendaki memanah belon sebagai simbolik perasmian majlis..
Perbarisan rumah pasukan kuning dan merah |
Seterusnya perbarisan terdiri dari semua pelajar dari setiap rumah kuning, merah, hijau dan biru.. Perbarisan dimulakan dengan pasukan rumah kuning.
Pasukan rumah kuning - Hang Lekiu |
Persembahan dari rumah kuning |
Untuk pengetahuan, anak saya tak ambil bahagian dalam mana-mana acara tetapi hanya menyertai perbarisan rumah kuning..
Perbarisan pasukan rumah merah - Hang Tuah |
Ketua pasukan rumah hijau - Hang Lekir |
Perbarisan dari rumah hijau, Hang Lekir |
Seterusnya diikuti oleh pasukan rumah biru..
Perbarisan rumah biru - Hang Jebat |
Persembahan dari Hang Jebat |
Tak lupa juga persembahan dan perbarisan dari pelajar pra-sekolah Warisan berbaju oren bertopeng burung hantu.. So cute, kecil dan comel mereka..
Prasekolah Warisan |
Pada tahun 2018 lalu, pasukan rumah kuning, Hang Lekiu berjaya dalam acara perbarisan, tahun ini pasukan rumah manakah yang berjaya memenangi acara perbarisan ini?
Pemenang acara perbarisan |
Ini jawapannya : Tempat pertama acara perbarisan dimenangi oleh Hang Jebat (biru), kedua Hang Lekiu (kuning) dan ketiga Hang Tuah (merah).. yeayyyy ceria muka masing-masing apabila rumah pasukan mereka berjaya mendapat tempat dalam acara perbarisan.
Bacaan ikrar, nyanyian lagu Negaraku & lagu sekolah |
Setelah semua rumah pasukan berkumpul, bacaan ikrar, nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah berkumandang.. Setelah itu bermulalah acara olahraga dari pelajar yang mengambil bahagian mewakili setiap pasukan rumah masing-masing..
Berikut beberapa gambar sekitar pertandingan olahraga yang telah berlangsung..
Acara 100 meter larian perempuan |
Acara 100 meter larian lelaki |
Sambutan dari ibubapa memberi sokongan kepada anak masing-masing |
Pasukan rumah biru memenangi acara olahraga keseluruhan |
Okay, masihkah anda ingat tentang sukan sekolah yang pernah anda sertai? Anda pasukan rumah apa? Seingat saya, rumah pasukan saya semasa sekolah rendah ialah kuning manakala di sekolah menengah rumah hijau atau Zamrud. Pembaca yang ada anak sekolah, apa rumah pasukan anak anda? Perkongsian anda sangat dialu-alukan.. Sila kongsi di ruangan komen di bawah..
Loading...