Beauty | Lifestyle | Fashion | Hobbies & everything that make me happy and inspire others..

  • Travel

    A lifestyle change begins with a vision and a single step..

  • Hobby

    At the beggining it was just a hobby, now it's my addiction..

  • Financial Planning

    It's not about having lots of money. It's knowing how you manage it..

  • Beauty

    Let us live for the beauty of our own reality.

  • Lifestyle

    Have stories to tell, not stuff to show..

Sunday, September 29, 2019

Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini

SAYONARA STATIONERY GIVEAWAY BY NINIHANINI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya meluangkan masa untuk join giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger bernama Nini Hanini..

Comel jer tajuk giveaway "Sayonara Stationery" dan maksud disebalik giveaway ini menurut Nini Hanini giving away these stuff means she is saying goodbye to them which is not necessarily a sad thing because she loves giving stuff to people. So cute!

Jom kita semak apakah syarat-syarat giveaway by Nini Hanini..

Syonara Stationery Giveaway by NiniHanini
Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini
Thank you for reading.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...
Share:

Wednesday, September 25, 2019

Apakah Konsep Sebenar Add Friend dan Unfriend dalam Social Networking?

APAKAH KONSEP SEBENAR ADD FRIEND DAN UNFRIEND DALAM SOCIAL NETWORKING? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Kali ini saya ingin mengutarakan persoalan mengenai konsep sebenar terma dalam social media iaitu 'Add Friend' dan 'Unfriend'. Saya percaya majority rakan bloggers mempunyai akaun social networking  terutama Facebook, Instagram atau Twitter..

Apa yang menjadi persoalan saya, mengapa perlu Add Friend atau Unfriend? Saya mengusulkan perkara ini bukan ingin merujuk kepada sesiapa tetapi lebih kepada berkongsi pendapat antara pembaca..

Social networking

Jika merujuk kepada my personal social media accounts iaitu Facebook dan Instagram. Untuk pengetahuan semua, saya hanya akan approve manusia yang pernah kenal dan rapat dengan saya. Senang kata, I know them in real life. Most of them my officemate, ex-officemate dan buddies zaman belajar. Saya tak open to public dan boleh dikira beberapa orang sahaja saya request to add friend. Mereka dalam senarai friend lists saya dahulu, kini dan selamanya. Setakat ini masih belum pernah saya unfriend seseorang.

Add Friend and Unfriend on Facebook

Tak dapat dinafikan ada antara posting mereka kadangkala syok sendiri, annoying, childish (walau pun umur mereka rata-rata over 30-an) dan bermacam-macam lagi yang mungkin tak kena dengan sikap dan peribadi saya tetapi saya biarkan mereka mengikut kehendak sesuka hati. Tiada istilah : "Tak suka unfriend." Mengapa? Saya rasa biarlah mereka bebas mengexpresi perasaan mereka. Saya pernah kenal mereka satu masa dahulu, takkan hanya kerana posting itu mereka perlu di-unfriend? Itu hak mereka. In the first place saya terima mereka dalam senarai rakan untuk keep in touch dan mengetahui perkembangan mereka. Mungkin satu hari nanti saya perlukan mereka.

Social networking

Apa yang saya hairan, ada sesetengah orang open his/her personal Facebook for public tetapi sampai satu masa dia akan buat status : "Saya sedang buat clearance friendlist, sesiapa tak aktif akan di-unfriend." atau "Sesiapa tak comment saya akan unfriend" lebih kurang begitu..

Pada awalnya, mengapa open for public then boleh pula pilih-pilih siapa nak kawan atau kita remove friends sesuka hati?  Ini juga menjadi kemusykilan saya.. Kalau takde niat untuk berkawan atau menjalinkan persahabatan, baik tak perlu approved atau tahu langsung. Just my personal opinion, terpulang kepada penerimaan masing-masing tapi serius saya takde niat untuk merujuk kepada sesiapa secara specific..

Persoalannya : Mengapa perlu unfriend setelah berkawan seseorang dalam social networking? Perkongsian dalam entry ini adalah pendapat peribadi saya mungkin tak boleh diterima oleh orang lain. Mungkin orang lain ada alasan sendiri mengapa berbuat demikian. Jadi kongsi pendapat anda di ruangan komen.. Thank you in advance..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


Loading...
Share:

Thursday, September 19, 2019

Hidup ini simple..

LIVING A SIMPLE LIFE | Dalam kehidupan serba moden dengan teknologi canggih sepatutnya kehidupan menjadi lebih ringkas dan mudah tetapi adakala ianya memberi banyak masalah. Kadangkala kita cuba 'mengasingkan' diri untuk release stress atau meredakan masalah dengan pergi ke tempat-tempat menarik, back to nature tetapi keadaan tetap kembali seperti asal seolah-olah tak membantu langsung.

Saya ada baca banyak quote tentang Simple Life, antara yang menarik perhatian saya ialah beberapa quotes ini :

"Life is simple. Its just people who make it complicated."
"Fill your life with experiences, not things. Have stories to tell, not stuff to show."
"There is beauty in simplicity."

.... dan banyak lagi quotes boleh kita dapat dalam internet.. tetapi... 

Bagaimana cara kita mencari kehidupan serba ringkas yang sebenar?

Simple Life

Dalam banyak quotes tentang simple life, saya sangat tertarik dengan perkongsian yang terdapat dalam Fb page : Suamiku Imamku Isteriku Makmumku iaitu dengan bahasa mudah seperti berikut :

HIDUP INI SIMPLE
- 5 cara untuk mencapainya -

1. Jangan campur hal orang
2. Hidup sesuai kemampuan bukan ikut kemahuan
3. Syukur dan terima apa yang kita ada
4. Jangan peduli kata-kata orang
5. Paling utama, jaga diri kita, jaga agama, jaga ibu bapa dan jaga keluarga

Perkongsian tersebut boleh saya katakan sebagai basic atau asas untuk mencapai matlamat kehidupan serba ringkas.



Apabila kita menjalani kehidupan serba ringkas (mengikut perkongsian di atas), kita akan mempunyai sedikit perkara untuk dibimbangkan, kurang gangguan dan kurang tenaga untuk memikirkan perkara remeh-temeh terutama sekali tentang orang lain. Jadi kita boleh focus atau memberi tumpuan kepada perkara lebih penting ke arah matlamat sebenar hidup kita yang memberi impak lebih besar.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Bear in mind, ianya sekadar pendapat peribadi saya.. Semoga ianya sedikit-sebanyak menjadi inspirasi kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee...


Regards,



Share:

Tuesday, September 17, 2019

Resepi Chewy Chocolate Chip Cookies Terbaik

RESEPI CHEWY CHOCOLATE CHIP COOKIES TERBAIK | Al-kisah semalam tak pergi ke mana-mana dan tak ada plan untuk ke mana-mana disebabkan jerebu jadi kami memutuskan untuk duduk rumah sahaja.. Lama sudah plan untuk buat chocolate chip cookies atas permintaan anak.. Saya pun lama juga tak baking.. Maka hari santai semalam saya penuhi dengan mencuba resepi chewy chocolate chip cookies dari allrecipes.com..

The best chocolate chip cookies recipe

Keistimewaan chocolate chips ni sebab chewy, selalu sangat makan cookies rapuh sesekali teringin makan cookies liat yang kaya dengan coklat chips cair.. Bahan-bahan pula senang dapat dan cara membuatnya juga sangat mudah.. Tak perlu guna mixer dan apa yang pasti big chocolate chunks in every single bite! 

RECIPE CHEWY CHOCOLATE CHIP COOKIES 

Bahan-bahan

1 cawan butter, cair pada suhu bilik
1 cawan gula putih
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil air panas
1/2 sudu kecil garam halus
3 cawan tepung gandum / all-purpose flour
2 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut cincang - optional



Cara-cara

1. Panaskan oven 325 degrees F (165 degrees C). Alas dulang pembakar dengan cookies sheet atau parchment paper.

2. Ayak tepung dan baking soda secara berasingan, letak tepi. 

3. Dalam mangkuk pengadun masukkan butter, gula perang dan gula putih. Gaul hingga sebati. 

4. Masukkan telur satu persatu disusuli vanilla extract. Kacau hingga semua bahan bersatu dan lembut. 

5. Dalam bekas lain, larutkan  baking soda dan garam dengan air panas. Masukkan dalam adunan dan gaul hingga sebati.

6. Kemudian, masukkan chocolate chips dan walnut cincang dalam adunan dan kacau hingga menjadi dough lembut.

7. Gunakan ice cream scoop dan susun dough atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci setiap satu. 

8. Bakar selama 15 hingga 17 minit hingga tepi cookies berwarna perang.


Chocolate chip cookies dough
Bakar selama 15 hingga 17 minit hingga tepi cookies berwarna perang
Biarkan beberapa minit atas dulang sebelum alih ke cooling rack

Inilah hasilnya 2 balang chewy chocolate chip cookies
Chewy chocolate chip cookies dan kopi O panas

Sesuai dimakan begitu sahaja atau cicah dengan air kopi O atau fresh milk.. Makan panas-panas lepas keluar oven pun sodap.. Masa tu chocolate chips cair dan meleleh.. Fuhhh terasa santai seperti berada di puncak Cameron Highlands padahal menghadap jerebu di luar..

Resepi yang sangat simple dan hasil yang tak mengecewakan.. 
Selamat mencuba!

Regards,





Loading...
Share:

Saturday, September 14, 2019

Kitchen Cabinet Murah dan Mampu Milik

KITCHEN CABINET MURAH DAN MAMPU MILIK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah sudah sampai hujung minggu.. Ini bermakna masa untuk #MeTime! Actually not really #MeTime  sebab kena mendobi, kemas rumah, masak etc tapi bestlah sebab kita tentukan apa yang kita nak buat, bila penat boleh rehat, melunjur kaki sambil tengok tv and holding a mug of coffee is heaven.. 

Okay, entry kali ni nak share cerita dari misi mencari kitchen cabinet hingga siap pasang semua.. Dari awal bila dapat kunci rumah terus survey kitchen cabinet berdasarkan budget saya iaitu bawah RM10,000.00. Kalau ikut nafsu mahu saya order kitchen cabinet lebih dari RM20,000.00 macam gambar bawah ni.. malangnya budget yang ada tak cukup, kena bahagi untuk barang keperluan lain.. Pada saya kalau kitchen cabinet wow sekadar perhiasan tapi tak selalu masak tak guna juga kann, huhuhuhu (merujuk kepada saya bukan saya kata orang lain)..

Sample Kitchen Cabinet

Jadi untuk mengelakkan saya terkebil-kebil sebab over budget saya mesti stick pada budget yang sudah diperuntukkan asalkan kitchen cabinet tu nanti daripada material tahan lama, cantik, practical dan sesuai dengan ruang dapur rumah saya.. Paling kurang simple begini..

Dream kitchen cabinet

Sebenarnya basic kitchen cabinet dari material tahan lasak sudah memadai yang penting susunatur dan penjagaan kitchen cabinet tu nanti.. Contoh seperti ini, teratur, simple dan kemas :

Simple kitchen cabinet

Maka bermulalah misi mencari kitchen cabinet dari sebuah kedai ke sebuah kedai di sekitar Seremban.. Tak silap saya anggaran kedai saya survey lebih kurang 7 buah kedai.. Dapat sebuah kedai ni memang design cantik, modern, ikut budget dan memenuhi citarasa serta ciri-ciri idaman saya, malangnya bila kita dah submit layout plan boleh pula dia acuh tak acuh. Mesej langsung tak balas. Bila saya follow-up melalui phone call jawapannya : "Sorry laa we all banyak order so kena tunggu lama sikit lor.." Masalahnya kenapa masa jumpa dan tetapkan design kau kata sanggup buat, 2 minggu boleh siap. Sekarang kata lambat pula dan tak beritahu awal-awal?  Mana janji manismu itu???? huhuhuhu

Kedai tadi kata begitu, dapat pula satu kedai ni okay.. Diaorang attend customer memang tip-top. Masalahnya asyik recommend material yang paling mahal alasannya material berkualiti. Bila tanya macam mana rupa kitchen cabinet below RM10,000.00 dia tunjuk saya design nampak macam RM2,000.00, aduhai ianya satu penghinaan kepada budget ku okay! Harga minimum yang ditawarkan untuk design terkini RM20,000.00.. Bila mahu ukur? Oh, sorry exceed my budget, cancel!
Balance 5 buah kedai lagi design tak cantik dan old fashion..

Boleh kata 2 minggu survey kitchen cabinet, perkataan yang berlegar-legar dalam otak ni asyik 3D, 4D, 5D, material aluminum, table top acrylic, quartz, laminate, granite, solid wood, waterproof, tahan lama dan tak diserang anai-anai etc.. Oh pening kepalaku, rasa nak muntah I tell you...

Bila sampai satu tahap saya mula FED-UP saya pun ambil keputusan beli sahaja kitchen cabinet dari IKEA, senang cerita.. Paling best keputusan kita tak dipengaruhi sesiapa! Kalau tak semak kepala otak! Masing-masing offer nak untung memanjang, tak sincere langsung. Tak tahu pula macam tu gaya bila tempah kitchen cabinet, memang bukan jenis saya laaa berurusan dengan perkara remeh-temeh begitu.

Pencarian diteruskan ke IKEA Damansara.. Saya suka koleksi IKEA METOD Kitchen Cabinets - customise it to suit your style.. Pilih dan match ikut kesesuaian ruang dan harga pun jelas ditunjukkan..  Pilihan saya jenis KNOXHULT high-gloss blue-turquoise bergabung dengan high cabinet untuk built-in oven..

Tunggu beberapa hari, lori IKEA hantar ke rumah membawa kitchen cabinet dan segala pesanan barang-barang kelengkapan rumah..

IKEA delivery

Bila barang sampai husband terus pasang tapi setakat pasang sahaja tak dapat gantung sebab takut senget dan tak cukup tools..

IKEA KNOXHULT Kitchen Cabinets

Maka terbiarlah cabinet ini beberapa minggu sementara saya mencari seseorang yang mahir memasang kitchen cabinet IKEA. Alhamdulillah, saya dapat crew yang memang expert dengan pemasangan barang-barang IKEA so I don't have to worry.. Al-maklum barang IKEA ni fragile dan mudah rosak kalau salah pasang.. You have to handle with care..

Base cabinets frame
Crew datang terus berdesap-desup pasang kitchen cabinet ni.. Tricky part bab tebuk table top untuk sinki dan hob.. 

Tebuk table top untuk install sinki dan hob

Ditambah pula kitchen cabinet ni nanti perlu pasang dishwasher.. Kena fikir mana nak pasang salur discharge water dan piping tu semua.. Tuan rumah dah penat fikir pasal kitchen cabinet ni jadi saya serahkan kepada yang pakar..

Pasang dishwasher dan IKEA kitchen cabinets

Alhamdulillah syukur, proses pemasangan berjalan lancar.. Pemilihan kitchen cabinet ikut citarasa saya sesuai dengan ruang dapur rumah dan boleh mix and match padahal kira agak-agak.. 

Inilah hasil kejadian..

IKEA KNOXHULT kitchen cabinets

Kitchen cabinet basic dan simple sebagai permulaan.. Pada pendapat saya memang mudah pilih kombinasi ready-made macam ni di IKEA ikut kesesuaian ruang dan keperluan kita.. Kelebihan IKEA kitchen cabinets ini diperbuat dari melamine anti-calar dan easy to clean selain kaki cabinet boleh laras untuk disesuaikan dengan lantai yang tak rata. Wall cabinet saya akan tambah pada masa akan datang supaya selari dan tiada ruang kosong.. Selesai sudah masalah..  Yeayyy boleh start masak dan baking.. 

Begitulah cerita macam mana susah cari kitchen cabinet.. Jangan sangka takde kitchen cabinet bawah RM10,000.00 even bawah RM5,000.00 pun ada okey tapi hanya di IKEA.. Boleh kata saya ni memang IKEA Lover sebab kebanyakkan barang perhiasan rumah di IKEA suit dengan citarasa saya..



Related post : Home deco inspiration

Okay sebelum mengakhiri entry ini, para pembaca boleh kongsi pendapat dan pengalaman sendiri mencari kelengkapan rumah.. Ada tak pembaca wanita/perempuan tak suka kitchen cabinet? Saya rasa majoriti wanita / perempuan mesti suka bila rumah sendiri ada proper kitchen cabinet kannn regardless pandai masak atau sebaliknya.. Al-maklum the kitchen is the heart of every home..  Mungkin disebabkan kemampuan membataskan kita untuk memiliki kitchen cabinet dan cukuplah guna mana yang ada..

Sketsa : 

Isteri : "Abang kat mana?"
Suami : "Abang kat IKEA tengok BETINA"..

Click here -> Kisah seterusnya

Setakat ini sahaja, thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee...


Regards,


Loading...
Share:

Friday, September 13, 2019

Sekadar Ingatan

SEKADAR INGATAN | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Sedikit perkongsian yang saya terima untuk ingatan kita bersama..

Istighfar Yang Utama
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’

(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya).

-> 3 perkara yang membawa penyakit:
1) ﺍﻟﻜﻼﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
1. Banyak cakap
2) ﺍﻟﻨﻮﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ 
2. Banyak tidur
3) ﺍﻷﻛﻞ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
3. Banyak makan

ﻭﺃﺭﺑﻌﺔ ﺃﺷﻴﺎﺀ ﺗﻬﺪﻡ ﺍﻟﺒﺪﻥ :
-> 4 perkara yang merosak badan :
1) ﺍﻟﻬﻢ
1. Berduka
2) ﺍﻟﺤﺰﻥ
2. Bersedih
3) ﺍﻟﺠﻮﻉ
3. Berlapar
4) ﺍﻟﺴﻬﺮ
4. Bersengkang mata

ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺰﻳﺪ ﻓﻲ ﻣﺎﺀ ﺍﻟﻮﺟﻪ ﻭﺑﻬﺠﺘﻪ :
-> 5 perkara yang menambah cerah pada wajah :
1) ﺍﻟﺘﻘﻮﻯ
1. Takwa
2) ﺍﻟﻮﻓﺎﺀ
2. Jujur
3) ﺍﻟﻜﺮﻡ .
3. Pemurah
4) ﺍﻟﻤﺮﻭﺀﺓ
4. Jaga Kehormatan
5. Pemaaf

ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺠﻠﺐ ﺍﻟﺮﺯﻕ :
-> 4 perkara mengundang rezeki:
1) ﻗﻴﺎﻡ ﺍﻟﻠﻴﻞ
1. Qiyamul Lail
2) ﻛﺜﺮﺓ ﺍﻻﺳﺘﻐﻔﺎﺭ ﺑﺎﻷﺳﺤﺎﺭ
2. Istighfar pada 2/3 malam 
3) ﺗﻌﺎﻫﺪ ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ
3. Bersedekah
4) ﺍﻟﺬﻛﺮ ﺃﻭﻝ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻭﺁﺧﺮﻩ
4. Berzikir pada awal pagi dan petang

ﻭثلاثة ﺗﻤﻨﻊ ﺍﻟﺮﺯﻕ
-> 3 perkara  menolak rezeki :
1) ﻧﻮﻡ ﺍﻟﺼﺒﺢ
1. Tidur pagi selepas Subuh
2) ﻗﻠﺔ ﺍﻟﺼﻼﺓ
2. Sedikit solat
3) ﺍﻟﻜﺴﻞ
3. Malas


ﻛﻠﻤﺎ ﻫﻤﻤﺖ ﺑﻔﻌﻞ ﻣﻌﺼﻴﺔ ﺗﺬﻛﺮ ﺛﻼﺙ ﺁﻳﺎﺕ :
-> Setiap kali ingin membuat maksiat, ingat 3 ayat berikut :

1-" ﺃﻟﻢ ﻳﻌﻠﻢ ﺑﺄﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺮﻯ "
"Tidakkah dia tahu bahawa Allah sedang melihat".

2-" ﻭﻟﻤﻦ ﺧﺎﻑ ﻣﻘﺎﻡ ﺭﺑﻪ ﺟﻨﺘﺎﻥ "
"Siapa yang takut kepada kedudukan Tuhannya baginya 2 syurga".

3-" ﻭﻣﻦ ﻳﺘﻖ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺠﻌﻞ ﻟﻪ ﻣﺨﺮﺟﺂ "
"Siapa yang bertakwa kepada Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian".

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu a'lam bish-shawab 

Semoga bermanfaat kepada kita semua untuk meniti perjalanan hidup kita yang sementara ini bagi bekalan ke akhirat yang kekal abadi.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Share:

Thursday, September 12, 2019

Resepi Ketam Masak Pedas Ala-Thai Mudah dan Sedap

RESEPI KETAM MASAK PEDAS ALA-THAI MUDAH DAN SEDAP | Sebut sahaja menu ketam pasti ramai suka.. Al-maklum ketam adalah salah satu menu popular dalam kalangan kita.. Tak gitu? Tentu ada antara readers juga penggemar tegar ketam.. Tak kiralah ketam masak apa sama ada  sup atau sambal mesti hasilnya sedap..

Kali ni saya nak kongsi resepi Ketam Masak Pedas Ala-Thai yang sangat mudah dan sedap.. Don't worry lauk-pauk saya masak semua simple sebab saya tak reti sangat masak lauk dengan pelbagai ingredients.. Senang kata saya tak pro dan masih belum pandai sangat memasak..
Buktinya sila singgah dan jenguk resepi ini juga : Masak lemak cili padi ketam.

RESEPI KETAM MASAK PEDAS ALA-THAI MUDAH DAN SEDAP
Okay let's straight to the receipe..

Bahan-bahan :

4 ekor ketam - cuci bersih, ketuk bahagian duri, potong 2 dan tos
3 biji bawang putih - mayang halus
1/2 biji bawang besar - hiris
1 cm halia - hiris halus
2 batang serai - ketuk
5 helai daun limau purut - carik-carik kasar

3 sudu besar cili kisar - ikut tahap kepedasan masing-masing
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos seafood / tiram
Sebutir telur ayam
Minyak masak
Garam
Gula

Step 1 - 2 : Masukkan cili kisar dan sos-sos yang berkaitan


Cara masak :

1. Masukkan lebih kurang 5 sudu besar minyak masak, tunggu hingga minyak panas.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai - kacau hingga sebati dengan cili kisar dan naik bau.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos seafood / tiram.
5. Masukkan sedikit air, tunggu mendidih kemudian masukkan ketam dan tutup.
6. Kacau sekali-sekala hingga ketam masak
7. Apabila ketam sudah masak, kecilkan api. Letak sedikit garam dan gula ikut kesesuaian. Kemudian, masukkan telur ayam tunggu hingga telur ayam separuh masak dan kacau
8. Siap boleh hidang

Related post : Resepi Masak Lemak Cili Padi Ketam

Step 3 - 4 : Masukkan daun limau purut dan serai yang telah diketuk (serai saya tak letak kerana takde stok)

Step 5 : Masukkan ketam apabila kuah pekat dan naik bau
Step 6 : Kacau sekali-sekala hingga ketam masak
 Step 7 : Masukkan telur ayam, kacau apabila telur hampir masak dan tutup api 
Siap dan sedia dihidang

Begitulah perkongsian Resepi Ketam Masak Pedas Ala-Thai yang simple dan sedap..
Sebagai tambahan boleh tabur daun sup atau daun ketumbar..
Penggemar ketam sila munculkan diri bawa pinggan dan nasi panas sekali, hehehe
Okay, selamat mencuba!

Nak resepi lebih simple dan sedap boleh cuba : Resepi mi segera ketam or maggi ketam

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee


Regards,


Loading...
Share:

Wednesday, September 04, 2019

Cara Pulang Semula Barang IKEA Yang Dibeli Dan Dapat Cash Refund

CARA PULANG SEMULA BARANG IKEA YANG DIBELI DAN DAPAT CASH REFUND | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah minggu lepas sangat busy dengan urusan memasang kitchen cabinet yang sudah lama tertangguh.. Kitchen cabinet dari IKEA ini lama terletak cuma belum attach pada dinding dapur. Menunggu assistant yang sememangnya mahir memasang barang-barang IKEA namun baru muncul pada 31.8.2019 lalu disebabkan jadual yang padat.. Cerita tentang kitchen cabinet akan saya kongsi dalam entry akan datang..

IKEA Malaysia
Berbalik semula kepada topik.. 

IKEA dan saya memang tak dapat dipisahkan.. Boleh dikatakan sebagai tempat beriadah setiap 2 minggu sekali.. Majoriti barang dan perabot rumah saya semua dari IKEA.. Saya suka barang-barang IKEA sebab mampu milik, quality (setanding dengan harga), susunatur yang boleh dipelbagaikan, warna yang sesuai dengan konsep yang saya ingini dan semua di bawah satu bumbung, senang buat pilihan. 

Pada 7.7.2019 lalu, saya membeli-belah perabot dan kitchen cabinet dari IKEA.. Kebetulan pada tarikh itu ada free delivery untuk pembelian lebih dari RM1,800.00 so saya pun tak lepaskan peluang.. Kalau takde promosi free delivery ini mungkin kos penghantaran ke rumah saya lebih kurang RM163.00 + kos pemasangan 10% dari harga belian. Jimat banyak juga kannn...

LAGAN - single-lever kitchen mixer tap
Saya beli kitchen cabinet dari set Knoxhult jadi segala macam fix and fittings sudah ditetapkan dalam senarai.. Bila dah pasang kitchen cabinet baru realise kepala paip tak sesuai dengan sinki dapur. Saya prefer kepala paip tinggi dari sinki. Pada pendapat saya set kepala paip jenis LAGAN sesuai untuk bilik air. Jadi saya terpaksa batalkan pembelian kepala paip ini. 

IKEA LAGAN 
Maka, pada 1.9.2019 lalu saya terus ke IKEA Damansara untuk memulangkan semula set LAGAN yang berharga RM129.00.

Resit pembelian di IKEA Damansara

Bagaimana cara pemulangan barang yang dibeli di IKEA? Jom saya ajar.. 

Bagi membolehkan proses pemulangan dan mendapatkan refund, pembeli dikehendaki membawa resit belian asal barang tersebut bersama barang yang ingin dikembalikan. Barang yang ingin dikembalikan mestilah masih berada dalam keadaan lengkap tidak berusik. Kalau sudah guna mungkin ada sedikit penolakan harga atau susut nilai.. Lebih kurang begitu..

IKEA Damansara Cusomer Service 
Kemudian proceed ke kaunter IKEA customer service, sebelum tu jangan lupa ambil nombor giliran.

365 Days To Change Your Mind
Oh ya, kaedah pemulangan dan refund di IKEA ini dinamakan 365 Days To Change Your Mind

IKEA Policy - 365 Days To Change Your Mind
Baca polisi 365 Days To Change Your Mind berkenaan barang yang diterima untuk pemulangan semula dan barang mana yang tidak diterima. So kita tak membuang masa kalau dah tahu polisi mereka..

Borang Butir-Butir Pelanggan

Apabila tiba nombor giliran, pembeli dikehendaki mengisi borang Butir-Butir Pelanggan. Kakitangan di Customer Service akan memeriksa barang yang ingin dikembalikan, ianya tak mengambil masa yang panjang, I think less than 10 minutes sudah selesai.

Cash refund
Selesai sudah proses pemulangan barang yang tak diperlukan dan dapat 100% cash refund.. Refund ini dapat menampung sedikit kos membeli beberapa lagi jenis perabot yang masih dalam senarai wishlists, alhamdulillah.


Sangat mudah dan paling impress polisi pemulangan dan refund ini sangat membantu pembeli apabila mereka tiba-tiba tukar fikiran, tersalah beli atau masalah ruang dalam rumah.

Begitulah perkongsian saya kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada pembaca yang memerlukan.. Jika ada antara pembaca yang pernah membuat exchange and refund ini bolehlah share pengalaman anda dan pembaca yang lain pula boleh kongsi pengalaman anda ke IKEA..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,



Loading...
Share:
Loading...

Translator

The Author



Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 42 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

My Precious Followers

Facebook Page

My Supporters For Year 2020!

Top 5 Commentators

Top 5 Comments