Welcome..

Tuesday, February 25, 2025

Birthday Celebration Di Tamarind Square Cyberjaya

BIRTHDAY CELEBRATION DI TAMARIND SQUARE, CYBERJAYA | Happy Belated Birthday to me pada Sabtu, 22 February 2025 lalu.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup dan menjalani aktiviti seharian.. Bila semakin berumur ni, suka mencari ketenangan dengan small circle pergaulan, buat perkara yang kita suka bersama keluarga sendiri.. Antara perkara saya suka ialah pergi ke tempat yang belum pernah dikunjungi sambil mencari tempat makan best but not viral! That's my version of birthday celebration tahun ini.. So enjoy the pictures.

Tamarind Square Cyberjaya

Kali ini demi mencipa satu kenangan, saya ke Tamarind Square di Cyberjaya.. Saya suka dengan keunikan tempat ini.. Kebetulan di situ terletak bookxcess..

menuju bookxcess

Tempat ini agak unik untuk pengunjung pertama kali datang seperti saya.. so saya terpaksa berpandukan signboard untuk ke bookxcess... Saya letak kereta di Tingkat 3, ambil lif naik ke Tingkat 4.. Kemudian ikut signboard menuju ke bookxcess..

bookxcess Tamarind Square Cyberjaya

Cantik tempat ini.. Luas dan deretan buku-buku di kiri dan kanan and not to forget ada cafe juga.. 

The 92's cafe
bookxcess Tamarind Square Cyberjaya
bookxcess Tamarind Square Cyberjaya
Reality Date with a book
Blind Date With A Book
Me tengah fikir beli tak beli.. beli tak beli.. 

Ralit ketika berada di sini, tak sedar sudah hampir 3 jam berada di sini baru terasa lapar.. Makan time! Kita rujuk di food directory..

Food directory, Tamarind Square Cyberjaya

Pilihan pertama tentulah cafe yang menyediakan menu kampung, Western, cake dan coffee iaitu Pastribella Bakeshop.. Hurrmmm seperti ku duga, telalu ramai pengunjung.. takde tempat kosong dan masih ada lagi pengunjung menunggu di barisan.. Don't waste time kita pergi tempat lain..

Pastribella Bakeshop

Di tingkat yang sama saya terpandang kedai Pekan Ipoh Kopitiam..

Pekan Ipoh Kopitiam Cyberjaya
Pekan Ipoh Kopitiam

Melihat kepada Menu Kome tidak memenuhi citarasa saya ketika itu.. I want cake, tempat ini ada coffee but no cake.. May be next time saya singgah Pekan Ipoh Kopitiam.. 

Menu Pekan Ipoh Kopitiam 

Untuk pengetahuan pembaca, terlalu banyak cafe dan tempat makan menarik di sini dari citarasa kampung hingga ke Western.. Rambang mata dibuatnya, macam-macam ada..
Finally, bila kaki penat meronda, perut semakin lapar jadi saya singgah di Barba Bros & Cuz yang kebetulan ada di depan mata.. Restoran berkonsep filem P. Ramlee dan klasik.. Saya terpaksa melupakan cake hunting, terus pesan nasi putih dan daging goreng sebab lapar teruk.. 

Overall makanan semua sedap, tak mengecewakan.. Restaurant review nanti saya suruh anak saya Arief share di blog theredzachannelz.blogspot.com..

Barba Bros & Cuz

Selesai makan dan meluruskan kaki, saya sambung perjalanan bersiar-siar di sekitar Tamarind Square, Cyberjaya sambil #ootd.

Tamarind Square, Cyberjaya
Rumah di Tamarind Square, Cyberjaya
Tamarind Square, Cyberjaya
Tamarind Square, Cyberjaya

Terdapat juga beberapa butik menjual baju tradisional dan moden, jadi sesuailah kepada sesiapa yang ingin survey baju Raya nanti..

Butik pakaian wanita

Kaki sudah penat, hari pun sudah petang tiba masa untuk pulang ke rumah.. 

Block E, Tamarind Square, Cyberjaya

 Alhamdulillah, so called birthday celebration just 3 of us simple but memorable. We had wonderful time here..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Sunday, February 23, 2025

Day Trip Dari Kuantan Pahang ke Kuala Terengganu

Day Trip Dari Kuantan Pahang ke Kuala Terengganu.. Begitulah tajuk blog post hari ini untuk menghabiskan cerita di post sebelum ini.. Semasa berada di Kuantan, buka Google map untuk check berapa jauh perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu.. Plus minus 2 jam setengah.. Bila husband kata okay maka kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu demi misi mencari keropok lekor dan seafood celup tepung..

Day trip to Kuala Terengganu

Al-kisah semasa percutian saya dengan family ke Kuala Terengganu lebih kurang 2 tahun lalu, saya ada membeli keropok lekor fresh di Kuala Terengganu so misi kali ini untuk repeat ke tempat itu.. Ketika itu, saya tak sempat singgah makan seafood celup tepung yang popular di Terengganu disebabkan ada urusan business jadi terkejar-kejar dan kesuntukan masa.. 

Warung Dalam Kenangan, Pantai Batu Buruk

Kali ini saya ingin cover part tak sempat makan 2 tahun lalu.. Tiba di Kuala Terengganu tempat persinggahan pertama di Pantai Batu Buruk demi mencari seafood celup tepung. Saya merujuk kepada hasil carian Google iaitu di Warung Tinggal Kenangan yang terletak di tepi pantai..

Warung Dalam Kenangan Kuala Terengganu

Melihat kepada lokasi tempat makan memang teruja sebab terletak betul-betul di tepi pantai.. Bunyi ombak dan angin laut sangat mendamaikan.. Syukur hari itu cuaca mendung, syok layan angin sambil menikmati keindahan pantai..

Warung Dalam Kenangan, Pantai Batu Buruk

Masuk sahaja di Warung Dalam Kenangan sudah tersedia pelbagai seafood celup tepung.. Harga pun sedia tertera di setiap jenis seafood yang ada. Hanya pilih mengikut kehendak masing-masing..

Seafood celup tepung

Ini pilihan saya sebagai permulaan tak mau ambil banyak.. Kalau tak cukup anytime boleh pilih lagi. Bila makan, frankly speaking indah khabar dari rupa.. Seafood lembek dan tepung rasa tawar.. Makan ala-kadar selebihnya bungkus. Sampai rumah modified, celup Tepung Bestari dan goreng semula..

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Selesai makan di Warung Dalam Kenangan, saya bersiar-siar di tepi Pantai Batu Buruk sambil menuju ke tempat letak kereta..

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Suka dengan pemandangan sekitar pantai.. Aktiviti beriadah juga ada disediakan di sini.. 

Aktiviti beriadah di Pantai Batu Buruk

Dinosaur membawa penumpang mengelilingi kawasan.. 
  
Aktiviti menunggang kuda di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Begitu juga aktiviti beriadah menaiki kuda.. Sudah puas menikmati persekitaran Pantai Batu Buruk, saya menuju ke destinasi seterusnya iaitu mencari keropok lekor fresh.. Seingat saya 2 tahun lepas saya pergi ke Keropok Warisan Losong yang terletak di Kampung Losong Haji Su.. Bila search di Google kedai keropok tersebut tutup pada hari Jumaat.. Kecewa sungguh!

Alang-alang sampai di Kuala Terengganu, maka pencarian diteruskan mencari kedai keropok. Saya terjumpa kedai Dynar Lekor di Kampung Buluh Gading.. 

Dynar Lekor, Kuala Terengganu

Kedai ini tidak menjual keropok fresh yang dibuat di kilang sendiri seperti di Keropok Warisan Losong, tetapi banyak menjual keropok sejuk beku. Alang dah sampai, saya belilah juga beberapa jenis keropok untuk stok di rumah.. Walaupun rasa dan freshness tak sama seperti keropok yang pernah saya rasa sebelum ini, tapi still okay.. Bila perjalanan tak dirancang, inilah consequences-nya, end up tak dapat apa yang dicari.. 

Walaubagaimana pun, tetap bersyukur kerana day trip kali ini berjalan lancar, selamat perjalanan. Bertolak dari Kuala Terengganu menuju ke Seremban lebih kurang pukul 5.00 petang dan tiba di Seremban pukul 1.00 pagi.. Alhamdulillah, perjalanan singkat tapi best..

Next time, kena plan betul-betul dan buat senarai mana tempat-tempat yang ingin dilawati.. Paling penting kena pastikan waktu perniagaan supaya pisang tidak berbuah dua kali, hehehe. Pembaca boleh share mana-mana tempat makan yang menarik di Kuala Terengganu untuk saya lawati. Selama ini saya tanya pakcik Google dan baca review dari pengunjung di situ sebab itu tak banyak tempat saya dapat pergi.. So siapa ada recommendation, silalah share.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Sunday, February 02, 2025

Day Trip ke Pantai Teluk Cempedak dan Menara 118 Kuantan, Pahang

DAY TRIP KE PANTAI TELUK CEMPEDAK DAN MENARA 118 KUANTAN, PAHANG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Cuti panjang termasuk cuti tersepit dan cuti Tahun Baru Cina hampir tiba ke penghujung.. Biasalah all good things must come to an end. Cepat sungguh masa berlalu. Esok kembali kepada normal routine.. Apa pun cuti seminggu ni saya cuba manfaatkan sebaik mungkin. Holiday adalah masa untuk bonding, dapat bersiar-siar ke tempat baru atau negeri yang belum pernah kami kunjungi adalah satu kepuasan untuk mencipta kenangan. Our style takde plan beriya untuk bercuti, kadang-kala plan spontan pun jadi, janji ada kata sepakat dengan pemandu. Biasa kami suka pergi tempat menarik terutama di negeri orang, sekadar duduk tepi pantai menikmati udara segar kemudian cari local food best di situ, demi pengalaman baharu. 

Tiada perancangan percutian panjang kali ni.. I took a day off on Friday ambil cuti tersepit like I said before.. Kesian my son, boring tahap tak boleh bincang kat rumah. Long school holiday definitely not so nice biarkan dia terperap dalam rumah. Demi mencipta kenangan baru, hari Jumaat (31 Januari 2025) lalu kami ke Teluk Cempedak, destinasi ini dipilih sebab teringin tengok pantai popular di Kuantan, Pahang - just to get the feel. Saya belum pernah menjejakkan kaki di Kuantan, Pahang. Jadi sudah tentu teruja. 

Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

Bertolak dari Seremban seawal 6.30 pagi. Seronok memulakan perjalanan di awal pagi. Sepanjang perjalanan, menikmati pemandangan lebuh raya yang masih lengang, cahaya matahari pun masih samar-samar. Sesetengah kawasan masih berkabus..

Cheras, Kuala Lumpur menuju Kuantan
Berkabus
Cahaya matahari samar-samar

Berhenti sekejap di R&R Perasing untuk ke tandas dan beli makanan ringan sebagai kudapan dalam kereta. Dari R&R Perasing perjalanan diteruskan dan akhirnya sekitar 11.00 pagi, kami tiba di Teluk Cempedak.

Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Memang betul Pantai Teluk Cempedak cantik, air laut dan pasir pantai halus bersih.. Cuaca pun memberikan kerjasama yang baik, redup di tambah angin laut yang nyaman.. Suasana nyaman membuatkan rasa penat perjalanan hilang.. Suka dengan pemandangan pantai Teluk Cempedak, ada keistimewaan tersendiri..

Pantai Teluk Cempedak
Aktiviti tepi pantai
Ombak 
Batu-batuan tepi pantai
Pemandangan tepi pantai
Pemandangan tepi pantai Teluk Cempedak

We all spent masa duduk santai di tepi pantai melihat ragam manusia dan sesekali turun berjalan di tepi pantai.. Bunyi ombak dan angin laut sangat menenangkan. Inilah masa yang sesuai untuk ambil gambar kenangan berlatar belakang laut biru dan langit cerah..

Memancing
ootd

Kami tak pergi berjalan-jalan di boardwalk kayu sebab saya takut monyet liar. Saya pernah tengok dalam video monyet berkeliaran so saya risau beg kena bawa lari dengan monyet macam dalam video, huhuhu begitulah sejenis overthinking.. Di sekitar dataran Teluk Cempedak orang ramai mula memenuhi kawasan. Sebelum pulang saya sempat melawat kedai cenderamata di sekitar pantai Teluk Cempedak dan membeli beberapa fridge magnet sebagai kenangan.

Gerai cenderamata di sekitar pantai Teluk Cempedak
Ole-oleh Pantai Teluk Cempedak

So next destination, alang-alang sudah sampai di Kuantan, Pahang kami teringin ke bandar Kuantan. Saya ingin melihat sendiri Menara 118 yang menjadi menara iconic tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia.

Parked depan mural Mat Kilau

Tiba di bandar Kuantan, kawasan tempat meletak kereta di tepi jalan utama.. Location wise is very good, can walk anywhere dapat tengok sekeliling. We just jalan sikit tak lama sampai di Menara 118 yang siap dibina pada 3 September 2019.

Menara 118 Kuantan
Tarikan di bandar Kuantan, Pahang

Kebetulan ketika ini terdapat Tuah Fest @tuahfest berhampiran Menara 118.. Pelbagai gerai menarik ada di sepanjang tempat pejalan kaki.. 

Tuah Fest, Kuantan Pahang
Gerai jualan
Mini petting zoo

Cantikkan.. Gerai jualan tersusun seragam, semua penjual macam sehati sejiwa memperindah gerai masing-masing.. Takde bau busuk atau sampah bersepah-sepah walaupun ramai pengunjung. Nampaklah teratur dan bersih. Selain gerai jualan makanan dan cenderamata, terdapat juga mini petting zoo untuk tarikan kanak-kanak.. Puas berjalan dari gerai ke gerai, akhirnya saya membeli kopi Saigon signature dan (ayam gunting - tak lah sempat nak ambil gambar) untuk bekal perjalanan ke destinasi seterusnya. My husband and son they are very sporting senang ja sesuaikan apa pun kalau berjalan, ada makanan dan air pun okay tapi saya laa paling cerewet bab makan ni. Lambat makan or salah makan masuk angin sampai pening kepala yang amat.. so kalau saya okay means no problem..

Kopi Saigon

Masa husband start kereta, he said masih awal untuk bertolak balik ke Seremban. Waktu itu pukul 12.45 tengah hari. So he decided selepas solat Jumaat kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dari Kuantan, Pahang. I'm okay with it bertambahlah happy bila dioffer berjalan so next post saya akan bawa ke destinasi seterusnya..

Cenderamata dari Teluk Cempedak sebagai kenangan

Itulah kisah setakat ini pengalaman di Kuantan, Pahang. Pembaca atau orang Pahang boleh suggest tempat menarik dan makanan sedap yang boleh saya kunjungi untuk next visit.. Okay, kita jumpa nanti di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,