Sakit Mental : Disorganize Behaviour
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca semua..
Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi kes jenayah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam awal tahun 2018 ini.. Kes ini mungkin boleh dijadikan ikhtibar kepada kita semua terutama ibubapa yang mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja, bimbang terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan ubat-ubatan terlarang..
PERTUDUHAN
Pertuduhan dibaca ke
atas Orang Kena Tuduh (OKT) / Responden -
“Bahawa kamu pada sekian tarikh jam lebih kurang 11.00 pagi di alamat Bandar Mahkota Cheras, Kajang, di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri
Selangor, dengan niat telah melakukan kesalahan bunuh sehingga menyebabkan
kematian Yati (bukan nama sebenar) dengan
menggunakan senjata pisau. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan
yang dihukum di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.
Seksyen 302, Kanun Keseksaan :
"302. Punishment for murder
Whoever commits murder shall be punished with death."
Kes Jenayah - Akibat Ecstasy |
FAKTA KES
Responden dalam kes ini adalah wanita, bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat karaoke. Dia tinggal bersama 6 orang rakan lain dalam sebuah rumah 2 tingkat. Rakan serumah antaranya May dan Yati (si mati).
Pada satu hari, selepas sarapan pagi May naik ke bilik atas untuk berehat. May nampak si mati sedang tidur di bawah tangga. Dalam masa yang sama, May juga nampak Responden sedang turun tangga dari bilik di tingkat atas.
Selepas lebih kurang 5 minit, May terdengar jeritan dari si mati yang mengatakan : "Mengapa kamu hendak bunuh saya?"
May segera lihat ke bawah untuk memastikan apa sebenarnya berlaku. May nampak Responden sedang memegang 2 bilah pisau di tangan kiri dan kanan. Sebilah pisau telah mengelar sebelah kiri leher si mati manakala sebilah pisau lagi digunakan menikam bahagian belakang si mati berulang kali.
Selepas melihat keadaan demikian, May ketakutan dan kembali ke biliknya dan dia memaklumkan kejadian itu kepada Christine. Christine dengan segera telah membuat panggilan kepada Michelle meminta pertolongan. Selepas 10 minit Michelle datang bersama abang iparnya dan naik ke tingkat atas. May turun membuka pintu untuk membolehkan mereka masuk.
Sementara itu Responden berjalan mundar-mandir di sisi si mati, May nampak Responden duduk di sisi si mati yang sudah tidak bergerak. May juga terdengar Responden bertanya kepada si mati mengapa si mati masih tidur. Selepas itu Responden ketawa. Ada kalanya Responden diam dan duduk di tempat yang sama tetapi tidak memegang sebarang senjata.

Abang ipar Michelle telah membawa si mati ke dalam kereta. Rakan serumah yang lain turut mengikuti kenderaan abang ipar Michelle ke Hospital Sg. Long, Kajang. Mereka membiarkan Responden sendirian di rumah tanpa mengunci rumah berkenaan. Si mati disahkan meninggal dunia 30 minit selepas tiba di hospital.
Pada pukul 2.28 petang seorang Pegawai Penyiasat diberitahu tentang kematian si mati. Pegawai Penyiasat tersebut dan seorang jurugambar polis bergegas ke Hospital Sg. Long.
Pakar Pathologi hospital, ditugaskan membuat bedah siasat terhadap mayat si mati. Beliau mengesahkan bahawa si mati telah meninggal dunia akibat dikelar pada leher. Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa luka tikaman pada badan mangsa tetapi punca utama kematian adalah disebabkan oleh kelaran pada leher yang mengenai carotid artery.
PERTUDUHAN
Responden dipertuduh dengan kesalahan membunuh seorang yang bernama Yati (‘si mati’) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes pihak pendakwaan adalah bahawa punca utama kematian adalah luka tikaman pada leher si mati dan bahawa daripada laporan ahli kimia. Ia juga adalah keterangan saksi bernama May bahawa selepas kejadian itu, dia mendengar tertuduh menanya si mati mengapa si mati tidur. Hujahan tertuduh adalah berdasarkan atas pembelaan hilang akal dan bagi tujuan ini pembelaan telah memanggil dua saksi iaitu Responden dan doktor perubatan (‘SD2’). Responden memberi pernyataan bertulis yang tidak bersumpah daripada kandang. Responden menyatakan bahawa dia sebelum ini telah mendapatkan rawatan tradisional kerana dia selalu berasa bahawa seseorang hendak membunuhnya. Responden memberi keterangan bahawa, pada hari kejadian tersebut dia mengambil pil khayal dan membunuh si mati, tetapi masih binggung terhadap apa sebenarnya yang telah berlaku.
Isu-isu untuk keputusan mahkamah adalah:
(a) sama ada Responden adalah seorang yang tidak sempurna akal;
(b) sama ada SD2 adalah saksi yang boleh dipercayai; dan
(c) atas tingkah laku Responden di tempat kejadian tersebut.
PEMBELAAN OKT / RESPONDEN

“Nama saya Ling. Umur saya 32
tahun. Saya dulu bekerja sebagai pelayan di
pusat hiburan.
Dulu saya banyak minum arak dan ambil dadah. Saya ambil pil ‘ecstasy’.
Saya selalu sakit dan rasa takut, perasaan saya selalu terganggu. Saya ada masa
rasa sangat suka dan ada masa rasa sangat sedih dan takut.
Saya selalu rasa macam ada orang mahu membunuh saya dan saya dalam
bahaya. Saya tak boleh tahan dan saya ada mendapatkan rawatan tradisional.
Selepas satu bulan, saya rasa saya boleh kerja
semula. Mula-mula saya tak sakit, tapi lama-lama, saya rasa macam gangguan
emosi lagi, saya perasaan bahawa saya macam dengar ada bunyi dalam kepala saya,
saya selalu nangis dan tak mahu campur kawan-kawan lain.
Sekali lagi, saya ambil pil ecstasy setiap malam, saya juga tak boleh
tidur malam. Saya selalu bangun malam, jalan-jalan dalam rumah saya. Saya
selalu mimpi macam-macam perkara yang menakutkan.
Pada hari saya bunuh Yati, saya hanya boleh ingat, saya bangun
tidur, saya dan May sudah ubah jadi hantu.
Saya dengar macam-macam suara dalam kepala saya dan saya tengok, saya
mesti mahu bunuh Yati supaya itu hantu boleh mati dan saya
perlu bunuh Yati untuk bukti sama ada Yati betul-betul sudah jadi hantu.
Saya masuk dapur untuk ambil dua pisau, tapi saya tidak mahu bunuh, saya
jalan-jalan dalam ruang dapur dan ruang tamu.
Saya sangat runsing saya dengar macam-macam suara dan lihat macam-macam
orang. Saya takut, saya ada naik tangga mahu masuk bilik, tapi saya tak tahu kenapa,
saya tak masuk bilik, saya turun balik, saya terus pergi dekat Yati dan
saya tikam dia.
Itu sahaja saya ingat, tapi saya selepas itu ada panggil dia supaya
bangun dari tidur. Saya tengok banyak darah. Saya duduk dengan Yati,
saya panggil dia lagi. Saya ada cakap dengan kawan lain, tolong panggil Yati suruh
bangun mahu keluar, tapi mereka lari.
Saya sehingga beberapa hari, saya tak ingat saya sudah tikam mati Yati. Saya jerit, nangis bila tahu dia sudah mati. Saya kawan baik dia, kami
kerja di tempat yang sama dan tidur bilik yang sama. Sehingga hari ini, saya
sedih dan keliru apa yang telah berlaku.
Itu sahaja saya mahu cakap.
RAYUAN
Pihak Pendakwaraya membuat kesimpulan bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Responden gila pada masa dia membunuh si mati. Ianya hanya boleh dibuktikan dengan pengesahan dari orang yang rapat dengan Responden dan/atau psychiatrist.
Soalan Timbalan Pendakwaraya (TPR) kepada Doktor Pakar Psychiatrist (SD2) :
“TPR: Saya rujuk
kepada report doktor, dalam kesimpulan ini, setuju doktor
nyatakan di sini, Cik Ling dia tidak menghadapi penyakit mental yang serius?
SD2: Saya setuju
bahawa saya menulis ayat ini. Saya setuju.
TPR: Dan ini adalah
hasil daripada pemerhatian dan juga doktor punya kajian terhadap pesakit
sepanjang pesakit berada di bawah tahanan Hospital Bahagia, setuju doktor?
SD2: Saya setuju
bahawa saya telah menulis ayat ini tapi di sini saya mungkin terangkan. Saya
perlu terangkan, Yang Arif bahawa di dalam psychology world,
language orang-orang psikiatri ini apabila kita cakap penyakit mental yang
serius ini kita maksud tiga penyakit yang saya cakap tadi itu.
YA Arif : Itu maksudnya.
SD2: Skizofrenia,
bipolar mood disorder and depression. So, this was the message yang ditulis di
sini. Iaitu bukan tiga penyakit mental yang serius.
YA Arif : Maknanya tidak
menghidapi penyakit mental yang serius dalam laporan ini bermaksud bukan tiga
penyakit tadi?
SD2: Kita bukan
cerita pasal tahap. We’re not talking about tahap serius tak serius, kan? Yang
tadi itu cerita mengenai tahap.
YA Arif : Yang saya faham
tahap disoal tadi.
SD2: Itu semua tahap.
YA Arif : Yang dimaksudkan
di sini bukan tahap. Bukan tiga tadi?
SD2: Bukan.
SOALAN DARI KETUA HAKIM :
“S: Masa kamu turun,
kamu tengok ada si mati dengan orang yang mati itu dengan OKT di bawah tangga,
keadaannya macam mana? Berapa jarak... kedudukannya macam mana masa itu?
J: Yang mati itu
tidak boleh cakap apa-apa. Masa itu yang mati itu tidak boleh cakap apa-
apa. Masa itu OKT pun duduk sebelah yang mati itu dan cakap, kamu tidur
ke, kenapa tak bangun. Lepas itu OKT pun sama gelak juga selepas itu. Dia laugh.
Peguam : Gelak.
YA Hakim : Gelak?
J : Ya Yang Arif.
YA Hakim : Ketawa?
J: Dia ketawa
yang mati itu.
YA Hakim : OKT ketawa
kepada si mati?
J: Ya Yang Arif.
S: Masa itu ada dia
pegang apa-apa senjata?
J: Tangan OKT tidak
pegang pisau lagi. Dia letak pisau dekat sebelah dia.
SEMASA PEMERIKSAAN-BALAS
“S: Ada tak sepanjang
kamu serumah dengan dia kamu lihat perangai dia yang pelik?
YA Hakim : Yang pelik?
S: Yang pelik yang
luar biasa seperti bercakap seorang nampak hantu.
J: Ya, saya nampak
juga.
S: Saya nampak apa?
Apa yang nampak tu?
J: Saya
nampak OKT duduk blur selepas itu.
S: Duduk blur sahaja?
J: Ya duduk
blur sahaja.
YA Hakim : Duduk apa?
YA Hakim : Duduk apa?
S: Duduk blur, dia
duduk blur. Lepas itu?
J: Lepas itu
dia gelak juga.
S: Ketawa.
YA Hakim : Dia ketawa?
J: Ya Yang Arif.
YA Hakim : Ketawa sendiri,
seorang?
J: Sendiri, Yang
Arif.
YA Hakim : Ketawa seorang
diri?
J: Ya Yang Arif.
S: Selain itu ada tak
OKT ada mengadu yang dia nampak hantu ataupun dengar suara?
J: Saya
nampak juga ada masa itu OKT shouting.
S: Menjerit?
J: Ya, menjerit.
S: Dan setuju dengan
saya, perangai dia memang pelik yang kamu lihat selepas itu. Dia bercakap
seorang, bercakap dengan si mati, dia ketawa kepada si mati, setuju tak pelik
perangainya itu?
Seterusnya kenyataan SD2 juga diambil perhatian. SD2 menegaskan bahawa pada masa pelakuan kesalahan itu, responden berada dalam keadaan ketidaksopanan dan dia tidak tahu bahawa apa yang dia lakukan adalah bertentangan dengan undang-undang. Dalam keterangannya, SD2 menyatakan seperti berikut -
PEMERIKSAAN YA HAKIM TERHADAP KETERANGAN DOKTOR PAKAR PSYCHIATRIST (SD2)
S: Terima kasih doktor. Saya merujuk
doktor di bahagian kesimpulan,
doktor. Doktor bacakan kepada mahkamah kesimpulan yang dibuat oleh doktor
terhadap pemerhatian Cik Ling.
J: Kesimpulan yang saya buat adalah setelah
meneliti segala maklumat serta daripada pemeriksaan dan pemerhatian oleh saya,
pegawai perubatan dan anggota-anggota paramedic, saya berpendapat bahawa Cik Ling tidak menghidap penyakit mental yang serius. Walau
bagaimanapun, saya juga berpendapat bahawa semasa kejadian beliau berada di
dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar bahawa perbuatannya adalah salah di
sisi undang-undang. Ini adalah disebabkan oleh gejala-gejala psikosis yang
disebabkan oleh pengambilan dadah jenis ecstasy yang berterusan dan di masa
saya menulis laporan itu keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak
untuk dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan dan boleh membela diri. Itu
sahaja, Yang Arif.
S: Doktor sangat pakar dalam perkara ini saya ingin
bertanyakan satu soalan luar daripada report doktor. Adakah pengambilan ecstasy
ini boleh menimbulkan gejala-gejala kesihatan seperti … of sleep, mood changes,
interruption in feeding and sexual behaviour, psychotic disorder including
depression, anxiety, imposivity, obsessive composite disorder dan kemungkinan
major depression and schizophrenia. Adakah perkara- perkara ini boleh terjadi?
J: Apa yang disenaraikan tadi, Yang Arif adalah
benar jika pengambilan itu berterusan.
S: Adakah doktor sahkan sepertimana doktor beritahu
mahkamah tadi perkara-perkara yang boleh berlaku jika seseorang mengambil
ecstasy berpanjangan? Perkara yang sama telah diceritakan dalam artikel
tersebut.
Ketua Hakim : Let the doctor read first whether she agree or
not.
S: Itu soalan saya.
S: Itu soalan saya.
J: Yang Arif, apa yang ditulis di sini adalah
kemungkinan menghidap gejala-gejala tersebut, bukan semua gejala-gejala
tersebut.
Ketua Hakim : Jadi doktor setuju?
J: Saya setuju Yang Arif.
SEMASA PEMERIKSAAN-BALAS DOKTOR PAKAR PSYCHIATRIST (SD2)
S: Macam mana tu?
J: Maknanya sebab seorang yang piskotik disebabkan
... orang yang psikotik sakit mental biasa dan orang yang psikotik disebabkan
drug induce, dia symptom ada dua biasa ada iaitu halusinasi dan delusi
dan disorganize behaviour. Dari dalam drug induce psikosis itu, dia punya
disorganise behaviour lebih daripada general pesakit mental.
Diputuskan,
membebaskan Responden
(1) Mahkamah mendapati bahawa Responden dengan kesan berterusan penyalahgunaan bahan sehingga mendapatkan rawatan tradisional telah berjaya memasukkan dalam pembelaan hilang akal kerana Responden telah dijejaskan oleh sakit mental ini apabila melakukan kesalahan. Ini adalah akibat pada masa material, Responden tidak faham sifat dan kesan tindakannya, seperti yang disokong oleh kenyataan May yang mendengar Responden menanya si mati mengapa si mati tidur.
(2) Mahkamah berhak menerima pendapat SD2 dan laporan perubatan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta bertarikh 23 Februari 2015 atas nilai mukanya kecuali pihak pendakwaan telah memanggil pakar keterangan yang lain dalam mematahkan untuk menentangnya. Pegawai siasatan mempunyai tugas untuk menegakkan keadilan terhadap Responden sepanjang proses siasatan tersebut. Maka dikuti dengan penangkapan dan perekodan pernyataan, pegawai siasatan patut menghantar Responden serta merta kepada doktor-doktor perubatan untuk pemeriksaan. Kegagalannya tidak patut digunakan oleh pihak pendakwaan untuk mengadu dan digunakan bagi faedah pihak pendakwaan.
(3) Atas isu Responden telah menyembunyikan pisau-pisau tersebut, pihak pendakwaan tidak mengemukakan bukti untuk mengesahkan bahawa ia adalah tingkah laku Responden. Keterangan pengelap lantai berada dalam baldi tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa ia adalah Responden yang menggunakannya untuk membersihkan tempat kejadian memandangkan terdapat kesan darah masih kekal di situ. Berdasarkan keterangan, mahkamah memutuskan bahawa Responden memang benar tidak memahami sifat tindakannya pada masa membunuh si mati dan oleh itu mahkamah memerintahkan Responden dibebaskan berikutan s 347 Kanun Tatacara Jenayah.

KESIMPULAN
Barisan YA Hakim berpuas hati dengan semua keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi dan telah membuat keputusan yang betul berdasarkan undang-undang terpakai serta keterangan yang dikemukakan di hadapannya dalam membuat keputusan untuk membebaskan Responden atas sebab gila seterusnya membuat perintah di bawah Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Selanjutnya, rayuan pihak Pendakwaraya ditolak dan YA Hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
YA Hakim memerintahkan Responden disimpan dalam jagaan selamat di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan,
Perak, sementara menunggu perintah YM Sultan Selangor sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 348(2) Kanun Tatacara Jenayah.
Begitulah kisah bagaimana ecstasy mengakibatkan sakit mental hingga menjurus kepada pembunuhan. Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.. Walaupun agak panjang saya ingin pembaca tahu sedikit sebanyak proses perundangan di Malaysia dalam mengendalikan kes jenayah. Sesuatu keputusan dibuat bukan mudah kerana ianya melibatkan undang-undang yang perlu dicabar demi mencapai keadilan. Ianya melibatkan masa depan dan nyawa seseorang.

Thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee.
Regards,
24 Comments
Justeru mengapa dadah itu berbahaya dan diharamkam.
ReplyDeleteTepat sekali PC, jika sesuatu ditegah tentu ada sebab musababnya, tak perlu dipertikaikan lagi..
Deletedadahla punca segalanya, sedangkan sebelumnya tertuduh tu normal je tp sbb terlalu banyak amik estacy dia jd mcmni... tak pasal2 dh bunuh org aduhai
ReplyDeleteItulah NM, berpunca dari dadah.. Selain kes ini macam-macam kes pembunuhan kita dengar kesan dari pengambilan dadah.. Semoga kita semua dilindungiNya..
DeleteRumit kes ni.. Puncanya dadah. Seram baca ni sis Lz. Terima kasih sudi kongsi disini
ReplyDeleteTerima kasih kembali HH, sudi singgah blog ini 💕..
DeleteAllah, serius seram baca. Terus make sure pintu bilik berkunci. Huhu
ReplyDeleteKena sentiasa berwaspada Ana Fatihah sebab kita tak tahu latarbelakang setiap orang lebih2 lagi kalau sewa bilik..
DeleteTake care dear 💕
Ya betul tu, simptom-simptom psikosis boleh juga disebabkan oleh dadah, selain daripada keturunan yanng menghidapi schizophrenia dan juga lain-lain sebab. Sangat bagus perkongsian ini. Dia mungkin mengalami halusinasi :)
ReplyDeleteThank you yeaslm for sharing your thoughts, really appreciate it.. 💕
DeleteBahaya sgt dadah ni Kan sampai boleh buat sakit mental
ReplyDeleteExactly mamapp..
Deletekesiannya Yati kena bunuh dengan kawan baik sendiri. Memang bahaya dadah ni, kalau bukan masa tu effect dia, mungkin in future jadi teruk.
ReplyDeleteMenakutkan kes ini Farhanna siapa sangka kawan baik sendiri kann..
DeleteBahaya dadah. Sekali dah terjerumus, susah utk kembali kecuali sadokan jiwa
ReplyDeleteExactly NA, jangan berani cuba.. Semoga kita dijauhkan dari perkara buruk..
Deleteperangi dadah musuh negara
ReplyDeleteTepat sekali..
DeleteAdoi.. Seram pula baca.. Gangguan disebabkan dadah.. Memang bahaya..
ReplyDeleteBanyak kes berpunca dari dadah kannn Sha..
DeleteBetul tu.. Walaupun bermacam-macam kempen dan usaha yang dijalankan untuk membenteras kes berkaitan Dadah, namun tetap ada.. Yang selalu menjadi hamba dadah ini anak melayu kita.. Sedih..
Deletememang betullah dadah ni memang perosak.... eee seram dibuatnya
ReplyDeleteBetul dear anies, Semoga kita dijauhkan dari perkara tidak diingini..
DeleteI am always searching online for articles that can help me. There is obviously a lot to know about this. I think you made some good points in Features also. Keep working, great job! Eminem is an American rapper and one of the most successful artists in hip-hop. As of 2020, Eminem net worth is now estimated to be $230 million.
ReplyDeleteLeave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!