HARI MENGUNDI, SATURDAY AND SUNDAY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Biasa saya kongsi cerita weekend sebab mostly Saturday and Sunday hari rehat so adalah cerita.. Every time on weekend I had good weekend, filled with all kind of activities and me time manakala rutin hari biasa sibuk dengan kerja hakiki di pejabat, melayan karenah manusia yang tak akan habis - selagi kita berurusan dengan manusia kann..

Tok Mat - N27 Dun Rantau
Sabtu lepas mengundi di Shah Alam, nama masih berdaftar dengan Dun Kota Kemuning tak sempat tukar.. Next mungkin tukar tempat mengundi based on alamat tempat tinggal.. All the way from Seremban to Shah Alam dipermudah urusan hingga selesai proses mengundi, alhamdulillah.. It was a nice day dengan cuaca mendung, redup.. 

Bandar Sri Sendayan

Keluar rumah jalan pagi itu lengang but unfortunately ada beberapa kemalangan sepanjang perjalanan masuk ke highway, nampak seperti minor accident tetapi jem yang melampau-lampau dari arah bertentangan.. Selesai mengundi terus balik ke Seremban, tak singgah mana-mana risau jem.. Malam pula tunggu keputusan PRN..

Dun Kota Kemuning
Keputusan PRN telah pun diumumkan, tahniah kepada yang berjaya.. Parti yang menang harap sangat supaya dapat jalani amanah dan tanggungjawab kepada rakyat sewajarnya.. Okay kita cerita pula tentang Sunday..

Sunday breakfast di rumah - menu nasi lemak beli di sekitar taman.. After Zohor, we went to MyTown Shopping Centre di KL. It was a last minute plan sebab tak pernah lagi ke sini sambil mengisi masa terluang memandangkan Isnin diistiharkan cuti peristiwa.. so ada sehari lagi untuk berehat. 

MyTown Shopping Centre
Arca
Pukul 2.45 tiba di mall.. Every time masuk mall mesti cari tempat makan best. Finally we had our late lunch di Korbi Grill.. Makanan di sini semua sedap-sedap, al-maklum kami penggemar steamboat dan grill, walapun not so Korean.

Seoul Garden - Korbi Grill

Shopping mall ni terletak bersebelahan IKEA Cheras, so lepas makan singgah Ikea mencari sesuatu yang mungkin diperlukan..

Ikea Cheras
MyTown Shopping Centre
Ikea Cheras

Selepas meneroka Ikea, there was nothing interesting so we went out and decided to go home.. It was almost dark.. Matahari hampir terbenam.. 

Sunset 
Begitulah serba ringkas cuti hujung minggu.. overall last weekend adalah hari bergembira dengan jalan dan makan-makan..memang takde kerja lain selain jalan-jalan, makan-makan..hehehe.. semua orang happy hilang stress masing-masing.. Tiba weekdays kumpul stress semula and detox on Saturday and Sunday - repeat.. 

THE END.


Regards,