TRIP PENANG FOR FOOD HUNTING NAIK ETS TRAIN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Rindu.. rindu serindu-rindunya untuk menulis.. Lama tak jenguk blog disebabkan keadaan tak mengizinkan. Salah satu sebab baru tukar department so jadual belum teratur dan masih dalam proses menyesuaikan diri. A lot has happened lately, banyak juga yang ingin dikongsi dan diabadikan dalam blog ini.. tapi tunggulah saya kongsi satu persatu okay..
Untuk cerita #throwback pertama, Trip Penang for food hunting menaiki ETS Train bersama office mate pada 7 Oktober 2023 lalu. Ini pertama kali pengalaman saya naik ETS ke Penang, dan pertama kali juga travel long distance bersama office mate.
KL Sentral |
Sebenarnya plan asal bulan Ogos 2023 lalu tapi terpaksa ditangguhkan sebab clash dengan PRU ke-15 so postponed ke Oktober 2023. Perasaan memanglah excited tapi agak nervous, risau apa yang dirancang tak ikut seperti yang diharapkan.
Ruang menunggu KTM |
Seawal 6.15 pagi jumpa di meeting point, kemudian menaiki kereta dari Seremban ke KL Sentral. Perjalanan pergi kami berlima naik ETS Gold class dari KL Sentral ke Butterworth. Pergi awal sebab kena standby 30 minit sebelum berlepas.
Tiba di KL Sentral terus ke Tingkat 1 bahagian perlepasan KTM. Lebih kurang 30 minit masa menunggu, kakitangan KTM akan bawa semua penumpang ke bahagian perlepasan keretapi ETS.
APA BEZA ETS PLATINUM & ETS GOLD
Dua jenis keretapi ETS dari KL ke Butterworth:
ETS Platinum - 7 hingga 8 hentian
- Dapat snek percuma
ETS Gold - 10 hentian
- Tiada makanan ringan percuma
ETS GOLD DARI KL KE BUTTERWORTH
ETS Gold Train |
ETS Gold Train |
Bila dapat masuk ke perut train, lega yang amat sebab boleh duduk dengan selesa.
MENAIKI FERI KE GEORGETOWN
Tiba di Butterworth kami berjalan menuju ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim. Kami sengaja ambil trip menaiki feri untuk merasai pengalaman baru.
To Ferry Terminal |
Manusia agak ramai ketika ini but I got no choice terpaksa redah juga untuk memastikan tak terlepas trip feri.
Terminal Feri Sultan Abdul Halim |
Pemandangan dari dalam feri |
Sesekali naik feri seronok juga. Tapi tak seronok waktu menunggu dan berebut dengan penumpang lain.. Pemandangan dalam feri juga menarik.
Keluar dari feri menuju ke Georgetown |
Tempoh masa perjalanan dengan feri mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Georgetown.
Tunggu Grab |
Tiba di perhentian terus booked Grab car. Sepanjang berada di sana kami ambil Grab. Mudah dan waktu menunggu juga tak lama.
Dalam kereta |
Kereta Grab pertama yang dinaiki untuk makan tengah hari di Restoran Hameediyah, selesa untuk kami berlima.
MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN HAMEEDIAH
Tak ke Penanglah kalau tak merasa Nasi Kandar di restoran famous ni. Terbayang-bayang kuah banjir, sotong goreng dan lauk-pauk lain sejak berada dalam kereta tadi. Al-maklum perjalanan jauh bertolak awal pagi, tentu perut pun lapar berteriak minta tolong..
Beratur di Hameediyah Restaurant |
Seperti yang dijangka, ramai orang beratur di luar restoran. Cuaca ketika itu agak panas.. Namun kerana sepinggan Nasi Kandar sanggup bertahan, beratur di tepi kedai sehingga sampai giliran kami.
Hameediyah Restaurant Penang |
Lega bila bilangan orang beratur semakin susut.
Restoran Hameediyah Penang |
Teruja bila giliran kami hampir tiba.. Oleh kerana ruang kedai yang sempit, tuan kedai hanya membenarkan 2 orang sahaja masuk untuk membuat pesanan.
Sotong goreng Restoran Hameediyah |
Semasa beratur tadi, sempat kumpul menu so tak susah bila buat pesanan. Agak hiruk-pikuk sebab orang ramai beratur dan waktu membuat pesanan juga agak tergesa-gesa. Itu belum lagi 'pujukan' untuk menambah lauk yang agak pricey..
Prawn - RM50.00 each |
Sotong Goreng : RM48.00 |
Nasi lauk ayam kampung + sayur bendi |
Nasi lauk ayam kampung + sayur kobis |
Nasi semua 5 pinggan, lauk ayam kampung semua sama kecuali sayur sahaja yang berbeza. Overall puas hati sebab akhirnya dapat juga makan tengah hari di Hameediyah Restaurant.
MENGINAP DI FAT MONA
Next lepas makan ambil Grab menuju ke tempat penginapan. Tempat penginapan booking via Airbnb lokasi di Jalan Macalister.
Fat Mona |
Tempat penginapan selesa dilengkapi 2 bilik fully furnish. Setiap bilik ada bilik air.
Ruang tamu |
No smoking |
Sofa di ruang tamu |
Bilik pertama |
Bilik kedua |
Dapur |
Swimming pool |
Cafe |
Rumah ini menjadi tempat penginapan kami selama 2 hari 1 malam..
MAKAN MALAM DI MORE BY ARANG COFFEE
Selesai solat, berehat dan bersihkan diri, kami terus pesan Grab car ke More by Arang Coffee yang terletak di Menara Livingston, Jalan Argyll.
MORE by Arang Coffee |
Siang tadi kenyang dengan nasi kandar jadi malam kami decided untuk minum coffee dan had a light dinner. Cafe ni berkonsepkan western.
MORE by Arang Coffee |
Mango smoothie for me |
Fabulous beef salad |
Salted Egg French Fries |
Nachos |
Puas bersembang, habis makan kami ke Padang Kota Lama untuk mengambil angin malam.
AMBIL ANGIN MALAM DI PADANG KOTA LAMA
Padang Kota Lama |
Unfortunately, tiada apa-apa yang menarik di Padang Kota Lama melainkan tempat orang memancing ikan dan tempat keluarga membawa anak-anak kecil bersiar-siar.
SINGGAH ZUS COFFEE
Kami pun called Grab car untuk pulang ke tempat penginapan. Dalam kereta semasa perjalanan ke tempat penginapan, terasa ingin minuman sejuk. End-up kami suruh uncle Grab berhenti di ZUS Coffee yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan, just walking distance.
ZUS Coffee Jalan Macalister |
Balik ke tempat penginapan berjalan kaki.. Eloklah sebab masing-masing menapau air sejuk kannn.. Penat berjalan ada sesi mengopi pula sebelum tidur.
SARAPAN DI RESTORAN KAPITAN
Seawal 7.00 pagi terus bersiap dan panggil Grab car untuk breakfast di Restoran Kapitan, Chulia Street.
Restoran Kapitan Penang |
Saya pesan roti canai kosong dan teh tarik.
Roti canai dan teh tarik |
Masjid Kapitan Keling |
Cantik masjid yang terletak di hadapan Restoran Kapitan ini. Warna bangunan restoran ini juga tak kurang menarik, warna merah..
PENANG STREET ART DI ARMENIAN STREET
Lepas puas lepak di Restoran Kapitan, kami berjalan kaki ke Armenian Street.. Ianya seperti exercise membakar lemak selepas makan sambil ambil gambar kenangan sampai puas..
Boy on the bike |
Mural dari besi |
Mural |
Bonsai |
Coffee Pastries Cakes |
Taman |
World Heritage Building Penang |
Armenian Street Heritage Hotel |
Berjalan dari Armenian Street menuju ke Pasar Chowrasta.
BELI BUAH TANGAN DI PASAR CHOWRASTA & JERUK MADU PAK ALI
Sebelum check-out hari kedua, kami membeli buah tangan di Pasar Chowrasta. Memandangkan kami menaiki ETS maka tak perlulah beriya membeli.
Pasar Chowrasta |
Penang jute bags |
Jute bags |
Membeli beg baru untuk bawa buah tangan..
Jeruk Madu Pak Ali |
Jeruk madu Pak Ali jangan lupa.. Itu untuk saya..
MAKAN DI KESUM ART RESTAURANT
Sebelum pulang ke tempat penginapan, kami singgah di Kesum Art Restaurant terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling.
Kesum Art Restaurant |
Suka dengan deco Kesum Art Restaurant ini sebab unik dan cozy.
Kesum Art Restaurant interior |
Sesuailah dengan konsep Art Restaurant.
Menu |
About Kesum Art Restaurant |
Interior |
Bihun soto + air chrysanthemum |
Serabai |
Makanan lain selain dalam gambar : sambal sotong, air sirap selasih, sambal paru
Lepas makan di Kesum Art Restaurant kami pulang ke tempat penginapan untuk kemas beg dan check-out.
PERJALANAN BALIK NAIK ETS PLATINUM
Perjalanan balik agak berbeza dari KL ke Butterworth. Dari tempat penginapan kami ambil Grab car terus ke KTM Penang Sentral. Perjalanan balik kami dari Butterworth ke KL kami ambil ETS Platinum.
KTM Penang Sentral |
Kami sampai awal, so masa menunggu agak lama.
ETS Platinum Train |
Satu kelegaan bila dapat masuk train, rasa sejuk aircond..
ETS Platinum meal |
Train mula bergerak, tak lama kami disajikan dengan snek dan nasi.
ETS Meal |
Sepanjang perjalanan mendung dan hujan sekali-sekala, masa tu teringatlah moment yang dilalui semalam.. Memang it's (just) not me macam tak percaya saya ada stamina jalan jauh dan menghadapi orang yang ramai. Bila dapat duduk dengan tenang barulah rasa penat badan dan kaki.. Perjalanan balik tak terasa lama.. Tiba di KL Sentral, ambil kereta di ruang tempat letak kereta NuSentral dan pulang ke Seremban. Sampai di Seremban, suami masing-masing setia menanti isteri mereka yang sudah hampir 2 hari tak berjumpa hehehe.
Begitulah cerita Trip Penang For Food Hunting Naik ETS Train. Disebabkan masa yang terhad jadi tempat makan pun terhad juga.. Kepada pembaca mungkin boleh kongsi tempat-tempat makan lain yang menarik so boleh dijadikan rujukan untuk pengalaman akan datang.
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,