Showing posts with label Weekend getaway. Show all posts
Showing posts with label Weekend getaway. Show all posts

Monday, June 23, 2025

,
BARU KU TAHU ADA TAMAN HOBBIT DI PUTRAJAYA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah for another day of life.. and alhamdulillah kerana saya diberi 'kekuatan' untuk membuka laptop dan menulis blog post pada hari ini..

It's been a while since I wrote a story on this blog, my last post was on 16 May 2025, can you imagine sudah berapa lama.. Lately penat yang amat sangat. Bila mentally exhausted secara tak langsung fizikal pun sama ikut penat. Ingatlah tukar template blog semangat berkobar-kobar, ternyata tak juga berkesan.. Kalau dah penat cerita semua entah ke mana, hurrrmmmmm...

Okay cerita kali ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang Taman Hobbit di Putrajaya yang secara tak sengaja saya dapat tahu bila ada video TikTok lalu di fyp.. 

Taman Hobbit di Putrajaya

Puaslah mencari mana letaknya kampung makhluk kerdil atau Taman Hobbit ni. Setahu saya Hobbit Village di Waikato, New Zealand, tak tahu pula ada di Putrajaya. Maka pencarian pun dilakukan..

Rumah Hobbit

Putrajaya takde la besar sangat sampai saya outdated dengan persekitarannya.. Akhirnya ku temui di mana letaknya Taman Hobbit. Lokasi di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Betul-betul berdepan dengan tangga menaiki Monumen Alaf Baru.. Padahal pernah naik monumen ni sampai bergetar kepala lulut. Kalau tahu ketika itu maka ku terus singgah di sini.

Cerita saya pernah kongsi di post ini : Monumen Alaf Baru.

Hijau dengan pokok merimbun

Taman Hobbit ini diilhamkan oleh Perbadanan Putrajaya, of course lah sebab lokasi pun di Putrajaya.. Dirasmikan pada 22 Ogos 2024 oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail sempena Festival Floria Diraya Putrajaya 2024. Taman Hobbit ini merupakan Project Placemaking Local Agenda 21 Putrajaya. 

Bila berada di sini rasa healing betul.. Tenang dan nyaman dengan pokok merimbun. Walaupun kawasan tak luas tapi bersih. Ada tempat duduk boleh minum kopi sambil menghayati keindahan tasik Putrajaya yang terletak bersebelahan Taman Hobbit ini.

Platform untuk berdansa atau picnic?

Inilah antara persekitaran di Taman Hobbit.. Walau pun rumah hanya sebuah tetapi hiasan taman ini agak menarik dan terasa memanggil-manggil untuk disinggah..

Kehijauan pokok dan kerusi rehat
Telaga dan buaian Hobbit

Decoration unik mirip perkampungan Hobbit tapi versi musim panas..

Close-up buaian Hobbit
Close-up telaga Hobbit

Perigi Hobbit.. Agak menarik bagi saya kerana tidak ramai orang dengan suasana tenang, so bebas bergambar.. Cuaca pula beri kerjasama, angin sepoi-sepoi bahasa..

Pokok tinggi menapis cahaya matahari
Sesuai bergambar ala-ala Hindustan
Cendawan hiasan

Selain tarikan rumah Hobbit, telaga dan buaian, terdapat cendawan hiasan dan tempat duduk kayu ala rumah kampung. 

Taman Hobbit Putrajaya

Ilham Taman Hobbit ini harus diberi pujian kerana creative menghasilkan landscape yang kecil dan unik, sesuai dijadikan port santai keluarga bersama anak kecil.

Plak penghargaan

Puas hati akhirnya jumpa juga lokasi yang dicari. Cukup sebagai lokasi baru mengisi hujung mingguku. Begitulah cerita pencarian Taman Hobbit di Putrajaya. Keterujaan menonton filem Lord of the Rings membawaku ke sini.. Siapa belum pernah datang bolehlah singgah apabila ke Putrajaya, menarik juga.. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Sunday, February 23, 2025

,
Day Trip Dari Kuantan Pahang ke Kuala Terengganu.. Begitulah tajuk blog post hari ini untuk menghabiskan cerita di post sebelum ini.. Semasa berada di Kuantan, buka Google map untuk check berapa jauh perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu.. Plus minus 2 jam setengah.. Bila husband kata okay maka kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu demi misi mencari keropok lekor dan seafood celup tepung..

Day trip to Kuala Terengganu

Al-kisah semasa percutian saya dengan family ke Kuala Terengganu lebih kurang 2 tahun lalu, saya ada membeli keropok lekor fresh di Kuala Terengganu so misi kali ini untuk repeat ke tempat itu.. Ketika itu, saya tak sempat singgah makan seafood celup tepung yang popular di Terengganu disebabkan ada urusan business jadi terkejar-kejar dan kesuntukan masa.. 

Warung Dalam Kenangan, Pantai Batu Buruk

Kali ini saya ingin cover part tak sempat makan 2 tahun lalu.. Tiba di Kuala Terengganu tempat persinggahan pertama di Pantai Batu Buruk demi mencari seafood celup tepung. Saya merujuk kepada hasil carian Google iaitu di Warung Tinggal Kenangan yang terletak di tepi pantai..

Warung Dalam Kenangan Kuala Terengganu

Melihat kepada lokasi tempat makan memang teruja sebab terletak betul-betul di tepi pantai.. Bunyi ombak dan angin laut sangat mendamaikan.. Syukur hari itu cuaca mendung, syok layan angin sambil menikmati keindahan pantai..

Warung Dalam Kenangan, Pantai Batu Buruk

Masuk sahaja di Warung Dalam Kenangan sudah tersedia pelbagai seafood celup tepung.. Harga pun sedia tertera di setiap jenis seafood yang ada. Hanya pilih mengikut kehendak masing-masing..

Seafood celup tepung

Ini pilihan saya sebagai permulaan tak mau ambil banyak.. Kalau tak cukup anytime boleh pilih lagi. Bila makan, frankly speaking indah khabar dari rupa.. Seafood lembek dan tepung rasa tawar.. Makan ala-kadar selebihnya bungkus. Sampai rumah modified, celup Tepung Bestari dan goreng semula..

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Selesai makan di Warung Dalam Kenangan, saya bersiar-siar di tepi Pantai Batu Buruk sambil menuju ke tempat letak kereta..

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Suka dengan pemandangan sekitar pantai.. Aktiviti beriadah juga ada disediakan di sini.. 

Aktiviti beriadah di Pantai Batu Buruk

Dinosaur membawa penumpang mengelilingi kawasan.. 
  
Aktiviti menunggang kuda di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Begitu juga aktiviti beriadah menaiki kuda.. Sudah puas menikmati persekitaran Pantai Batu Buruk, saya menuju ke destinasi seterusnya iaitu mencari keropok lekor fresh.. Seingat saya 2 tahun lepas saya pergi ke Keropok Warisan Losong yang terletak di Kampung Losong Haji Su.. Bila search di Google kedai keropok tersebut tutup pada hari Jumaat.. Kecewa sungguh!

Alang-alang sampai di Kuala Terengganu, maka pencarian diteruskan mencari kedai keropok. Saya terjumpa kedai Dynar Lekor di Kampung Buluh Gading.. 

Dynar Lekor, Kuala Terengganu

Kedai ini tidak menjual keropok fresh yang dibuat di kilang sendiri seperti di Keropok Warisan Losong, tetapi banyak menjual keropok sejuk beku. Alang dah sampai, saya belilah juga beberapa jenis keropok untuk stok di rumah.. Walaupun rasa dan freshness tak sama seperti keropok yang pernah saya rasa sebelum ini, tapi still okay.. Bila perjalanan tak dirancang, inilah consequences-nya, end up tak dapat apa yang dicari.. 

Walaubagaimana pun, tetap bersyukur kerana day trip kali ini berjalan lancar, selamat perjalanan. Bertolak dari Kuala Terengganu menuju ke Seremban lebih kurang pukul 5.00 petang dan tiba di Seremban pukul 1.00 pagi.. Alhamdulillah, perjalanan singkat tapi best..

Next time, kena plan betul-betul dan buat senarai mana tempat-tempat yang ingin dilawati.. Paling penting kena pastikan waktu perniagaan supaya pisang tidak berbuah dua kali, hehehe. Pembaca boleh share mana-mana tempat makan yang menarik di Kuala Terengganu untuk saya lawati. Selama ini saya tanya pakcik Google dan baca review dari pengunjung di situ sebab itu tak banyak tempat saya dapat pergi.. So siapa ada recommendation, silalah share.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Sunday, February 02, 2025

,
DAY TRIP KE PANTAI TELUK CEMPEDAK DAN MENARA 118 KUANTAN, PAHANG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Cuti panjang termasuk cuti tersepit dan cuti Tahun Baru Cina hampir tiba ke penghujung.. Biasalah all good things must come to an end. Cepat sungguh masa berlalu. Esok kembali kepada normal routine.. Apa pun cuti seminggu ni saya cuba manfaatkan sebaik mungkin. Holiday adalah masa untuk bonding, dapat bersiar-siar ke tempat baru atau negeri yang belum pernah kami kunjungi adalah satu kepuasan untuk mencipta kenangan. Our style takde plan beriya untuk bercuti, kadang-kala plan spontan pun jadi, janji ada kata sepakat dengan pemandu. Biasa kami suka pergi tempat menarik terutama di negeri orang, sekadar duduk tepi pantai menikmati udara segar kemudian cari local food best di situ, demi pengalaman baharu. 

Tiada perancangan percutian panjang kali ni.. I took a day off on Friday ambil cuti tersepit like I said before.. Kesian my son, boring tahap tak boleh bincang kat rumah. Long school holiday definitely not so nice biarkan dia terperap dalam rumah. Demi mencipta kenangan baru, hari Jumaat (31 Januari 2025) lalu kami ke Teluk Cempedak, destinasi ini dipilih sebab teringin tengok pantai popular di Kuantan, Pahang - just to get the feel. Saya belum pernah menjejakkan kaki di Kuantan, Pahang. Jadi sudah tentu teruja. 

Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

Bertolak dari Seremban seawal 6.30 pagi. Seronok memulakan perjalanan di awal pagi. Sepanjang perjalanan, menikmati pemandangan lebuh raya yang masih lengang, cahaya matahari pun masih samar-samar. Sesetengah kawasan masih berkabus..

Cheras, Kuala Lumpur menuju Kuantan
Berkabus
Cahaya matahari samar-samar

Berhenti sekejap di R&R Perasing untuk ke tandas dan beli makanan ringan sebagai kudapan dalam kereta. Dari R&R Perasing perjalanan diteruskan dan akhirnya sekitar 11.00 pagi, kami tiba di Teluk Cempedak.

Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Memang betul Pantai Teluk Cempedak cantik, air laut dan pasir pantai halus bersih.. Cuaca pun memberikan kerjasama yang baik, redup di tambah angin laut yang nyaman.. Suasana nyaman membuatkan rasa penat perjalanan hilang.. Suka dengan pemandangan pantai Teluk Cempedak, ada keistimewaan tersendiri..

Pantai Teluk Cempedak
Aktiviti tepi pantai
Ombak 
Batu-batuan tepi pantai
Pemandangan tepi pantai
Pemandangan tepi pantai Teluk Cempedak

We all spent masa duduk santai di tepi pantai melihat ragam manusia dan sesekali turun berjalan di tepi pantai.. Bunyi ombak dan angin laut sangat menenangkan. Inilah masa yang sesuai untuk ambil gambar kenangan berlatar belakang laut biru dan langit cerah..

Memancing
ootd

Kami tak pergi berjalan-jalan di boardwalk kayu sebab saya takut monyet liar. Saya pernah tengok dalam video monyet berkeliaran so saya risau beg kena bawa lari dengan monyet macam dalam video, huhuhu begitulah sejenis overthinking.. Di sekitar dataran Teluk Cempedak orang ramai mula memenuhi kawasan. Sebelum pulang saya sempat melawat kedai cenderamata di sekitar pantai Teluk Cempedak dan membeli beberapa fridge magnet sebagai kenangan.

Gerai cenderamata di sekitar pantai Teluk Cempedak
Ole-oleh Pantai Teluk Cempedak

So next destination, alang-alang sudah sampai di Kuantan, Pahang kami teringin ke bandar Kuantan. Saya ingin melihat sendiri Menara 118 yang menjadi menara iconic tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia.

Parked depan mural Mat Kilau

Tiba di bandar Kuantan, kawasan tempat meletak kereta di tepi jalan utama.. Location wise is very good, can walk anywhere dapat tengok sekeliling. We just jalan sikit tak lama sampai di Menara 118 yang siap dibina pada 3 September 2019.

Menara 118 Kuantan
Tarikan di bandar Kuantan, Pahang

Kebetulan ketika ini terdapat Tuah Fest @tuahfest berhampiran Menara 118.. Pelbagai gerai menarik ada di sepanjang tempat pejalan kaki.. 

Tuah Fest, Kuantan Pahang
Gerai jualan
Mini petting zoo

Cantikkan.. Gerai jualan tersusun seragam, semua penjual macam sehati sejiwa memperindah gerai masing-masing.. Takde bau busuk atau sampah bersepah-sepah walaupun ramai pengunjung. Nampaklah teratur dan bersih. Selain gerai jualan makanan dan cenderamata, terdapat juga mini petting zoo untuk tarikan kanak-kanak.. Puas berjalan dari gerai ke gerai, akhirnya saya membeli kopi Saigon signature dan (ayam gunting - tak lah sempat nak ambil gambar) untuk bekal perjalanan ke destinasi seterusnya. My husband and son they are very sporting senang ja sesuaikan apa pun kalau berjalan, ada makanan dan air pun okay tapi saya laa paling cerewet bab makan ni. Lambat makan or salah makan masuk angin sampai pening kepala yang amat.. so kalau saya okay means no problem..

Kopi Saigon

Masa husband start kereta, he said masih awal untuk bertolak balik ke Seremban. Waktu itu pukul 12.45 tengah hari. So he decided selepas solat Jumaat kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dari Kuantan, Pahang. I'm okay with it bertambahlah happy bila dioffer berjalan so next post saya akan bawa ke destinasi seterusnya..

Cenderamata dari Teluk Cempedak sebagai kenangan

Itulah kisah setakat ini pengalaman di Kuantan, Pahang. Pembaca atau orang Pahang boleh suggest tempat menarik dan makanan sedap yang boleh saya kunjungi untuk next visit.. Okay, kita jumpa nanti di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Saturday, December 16, 2023

,
MENGINAP DI SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Banyak post masih lagi tertangguh termasuklah post untuk review Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur ini..

Sunway Putra Mall Hotel 

Al-kisah pada 13 Oktober 2023 lalu saya dan keluarga menginap di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur kerana ada urusan di World Trade Centre. Sunway Putra Hotel ini terletak bersebelahan WTC. Ia merupakan kali pertama saya menginap di hotel ini. 

Reception

Dari saat saya tiba, saya telah disambut dengan kakitangan yang mesra yang tak sabar-sabar untuk membantu saya dengan proses check-in. Lagi satu saya perasan hotel ini banyak console table..

Console table di lobi
Console table di ruang lif

In terms of persekitaran hotel, my first impression memang ingat hotel ni buruk sebab hotel lama walaupun bertaraf 5 bintang.. Tapi tak sangka lobi hotel besar dan mewah, secara tak langsung sangkaan saya meleset sama sekali, bukan seperti yang dibayangkan ya saudara-saudari.. 

Console table
.. dan console table lagi..

Selesai check-in dan dapat kunci saya terus menuju ke bilik yang terletak di tingkat 22.. 

Console table sebelum ke bilik
I love this painting

Saya booked bilik jenis Deluxe untuk 2 hari 1 malam.. Hotel ini juga menawarkan pelbagai pilihan bilik untuk memenuhi keperluan dan pilihan tetamu yang berbeza. Sebelum menginap di mana-mana hotel, seperti biasa saya suka baca review dan study facilities yang ditawarkan oleh pihak hotel bagi menjamin keselesaan and worth every penny.. 

Deluxe room

Apabila buka pintu bilik, saya terkesima dengan warna gold dan keadaan susunatur bilik yang cantik. Bilik itu sendiri luas, bersih dan menarik. Katil selesa dan kemudahan yang disediakan boleh dikira sebagai berkualiti tinggi, menjadikan penginapan saya juga selesa. 

Working table
Sofa
Family area

Ini pula pemandangan dari balcony. Ketika ini cuaca agak berjerebu, jadi pemandangan luar agak kurang jelas..

Kuala Lumpur City Centre

Ini pula pemandangan pada waktu malam..

Night view

Sambil duduk termenung di balcony bolehlah nyanyi.. "terpesona.. aku terpesona.." ditemani bunyi train putra LRT yang lalu di bawah sana..

Okay sambung cerita.. Lepas check-in, rehat sebentar kemudian kami keluar mencari makanan untuk late lunch.. Keistimewaan hotel ini ianya mempunyai pusat membeli-belah iaitu Sunway Putra Mall yang bersambung, boleh di-access melalui Level 4. Konsep begini saya suka, so sambil menginap boleh shopping.. mudah untuk tetamu membeli-belah tanpa perlu meninggalkan hotel.

Level 4 access to mall
Sunway Putra Mall

Tiba di Level 4 terus masuk ke food court Sunway Putra Mall.. 

Sunway Putra Mall food court

Bukan itu sahaja keistimewaannya, dari segi lokasi, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terletak di lokasi utama dengan akses mudah menggunakan pengangkutan awam melalui station Putra LRT ke tempat tarikan utama seperti KLCC dan ke pusat membeli-belah Bukit Bintang. Strategic sangat..

 Then the next day, seawal 7.30 pagi kami turun ke lobi untuk breakfast..

Coffee house

Jika kita menginap di sesebuah hotel, breakfast adalah satu perkara yang diambil kira oleh setiap tetamu.. Begitu juga semasa saya menginap di hotel ini, bufet sarapan pagi di Coffee House hotel ini menawarkan pelbagai jenis menu tempatan dan antarabangsa. 

My table

Saya agak berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.. Banyak pilihan dan makanan boleh kata sedap. Kakitangan di Coffee House sentiasa sedia membantu dengan sebarang permintaan khas.

Noodles stall
Bread and pastry
Indian food
Vadei and chickpea

Terlupa ambil gambar makanan yang dimakan dari awal.. Gambar makanan hanya mampu ambil gambar vadei dan chickpea iaitu makanan penutup sebelum meneruskan urusan seterusnya.

Okay selesai cerita penginapan selama 2 hari.. Masa untuk check-out dan bayar parking fee. Macam mana untuk dapatkan parking percuma? Tips dia, jika anda menginap di hotel ini pastikan ambil tiket manual, jangan guna Touch n Go.. 

Complimentary Hotel Parking notice

Baca notis Complimentary Hotel Parking di atas.. Tetamu yang ingin mendapatkan free parking kena ambil ticket dan pihak hotel akan verified ticket tersebut semasa check-out di reception. Kalau tidak tetamu akan menanggung kos parking selama mereka menginap di hotel.. 

Parking rate

Secara keseluruhannya, saya recommend Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terutama kepada sesiapa dari luar yang ingin melawat Kuala Lumpur. For me perkhidmatan terbaik, kemudahan pun bagus dan lokasi yang strategic sesuai untuk weekend getaway. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner