ETAK ATAU ETOK? | Al-kisah, saya teringin sangat makan etak setelah menonton dokumentari Majalah 3 suatu masa dahulu.. Terlihat etak yang menyerupai kerang kecik bersaiz kuaci disalai atas api.. Ketika itu, siaran mengenai etak dibuat di Kelantan.. Bila di Kelantan, agak mustahillah ke sana dalam masa terdekat semata-mata untuk etak, memandangkan saya berada di selatan. Maka pendam sajalah keinginan merasa etak..
Dijadikan cerita, ketika susur keluar dari highway melalui Port Dickson semalam, ternampak sebuah khemah dengan kain rentang "ETOK BERPERISA".. Cepat-cepat beritahu husband buat U-turn semata-mata untuk etok..
![]() |
Etak or Etok? |
Sebungkus RM5.00.. Bila bungkusan dibuka, kenapa saiznya seperti kepah kecil? Apa yang saya lihat di tv lebih kecil dari ini.. Iyalah orang tak pernah makan dan inilah first time nampak etak, jadi banyak persoalan dalam fikiran.. Adakah ini etak yang saya lihat di tv? Adakah etak sama dengan etok?
![]() |
Etok berperisa |
Rasanya seperti kerang, lemak masin.. Untuk mengesahkan sama ada etak sama dengan etok? Maka saya pun google.. Benarlah etak dan etok adalah sama iaitu spesis kepah air tawar. Nama saintifiknya corbicula fluminea.
![]() |
Etok |
Regards,
lama tk mkn etok..fav kita..kalo mkn ngan laksam sedap sgt..mkn ngan nasi pn sedap
ReplyDelete