Capturing what everyday life brings..

Sunday, April 06, 2025

ILHAM DECOR RAYA, SELEPAS BALIK DARI KAMPUNG

ILHAM DECOR RAYA, SELEPAS BALIK DARI KAMPUNG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya tahun ini sederhana saja untuk saya sekeluarga. Tapi dalam kesederhanaan itu, ada ketenangan dan rasa cukup yang susah untuk digambarkan.

Raya kedua saya sudah pun pulang dari kampung ke rumah sendiri di Seremban. Balik dengan satu misi utama iaitu kemas rumah sementara cuti raya masih berbaki. Sebelum raya memang tak sempat langsung nak kemas sebab sehari sebelum raya masih lagi menyelesaikan urusan kerja. Jadi bila masih lagi ada cuti raya, barulah semangat kemas rumah dengan memikirkan idea dekorasi bagaimana pula kali ini.

Lets enjoy our precious time before our office call us back tomorrow.. First day di rumah sebelah pagi saya jenguk indoor plants dalam bilik membaca.. Lap pasu, buang dan cantas daun kering, susun atur, kemudian siram.. Beginilah hasilnya..

Indoor plants

Kemudian saya ke SSF Home di Cyberjaya. We went to see kitchenware.. Beli serving bowl, table runner dan beberapa kelengkapan rumah. Semalam repeat semula ke SSF Home di Oakland untuk mencari kelengkapan ruang tamu pula. It’s true when people said as you get older your priorities change. 

SSF Home di Oakland, Seremban

Balik dari SSF Home singgah di nursery yang terletak di perkarangan tempat letak kereta Lotus Seremban. Pantang nampak pokok-pokok terus teruja, terapi sungguh! Mata tertumpu pada pokok China Doll (radermachera sinica).. Tercetus idea untuk letak dalam rumah di ruang tamu. Paling penting pokok ni tak merbahaya kepada kucing saya.

China Doll plant

Kalau hati dah berkenan, jangan fikir panjang.. terus minta  nursery helper transfer ke dalam pasu yang sesuai untuk hiasan dalam rumah. Seumur hidup tak pernah dibuat mengangkut sepasu pokok masuk dalam kereta, hahaha pengalaman pertama buat kerja begini.

Selesai bab membeli-belah, sekarang persoalan yang bermain di fikiran, macam mana nak decor ruang tamu rumah sekali dengan meja makan? Konsep pilihan saya modern farmhouse.. Memang minat saya suka ubah-ubah susun atur perabot, at least 3 bulan sekali. I love make over area or room in the house. 

Antara sumber inspirasi:

Home decor

atau susun dengan hiasan dinding begini..

Wall shelves

untuk console table pula saya suka begini..

Console table decor idea

hiasan dinding saya suka floating shelf begini..

Floating shelves

atau begini.. Kelebihan floating shelves for me boleh tukar barang-barang hiasan yang kita suka, takde la bosan dengan barang hiasan yang sama.

Floating shelves arrangement

Untuk sudut makan pula.. Adakah sesuai sudut meja makan saya ganti dengan decor begini?

Reading corner

atau kekalkan meja makan di sudut dengan decor begini?..

Dining area decor idea

and at the same time, saya ada Brusali high cabinet dari Ikea so perlukah saya guna dan decor begini?..

Decoration idea

Finally, inilah hasilnya setelah begitu dan begini.. Hasil susun atur ruang makan sempena raya tahun ini. Takde laa amazing sangat, tapi cukup bagi nafas baru untuk ruang makan. Floating shelves masih kosong, sikit-sikit saya tambah accessories nanti.

My dining area

Untuk ruang tamu, saya sekadar alih sofa sikit, ganti cushion covers ikut tema raya match dengan karpet baru, letak throw untuk si Furla dan Coco tidur, pasang lampu meja di sudut yang dahulunya malap. Simple, tapi puas hati bila tengok hasilnya. Ia seolah-olah memberi ‘mood baru’ untuk rumah dan kepuasan kepada diri sendiri.

Ikea Kallax ganti console table

Hari ini saya nikmati hari terakhir cuti raya 2025 dengan tenang. Seawal pagi, duduk di meja makan hirup kopi sambil menikmati hasil decor semalam. Itulah bahagia ada di mana-mana.. Walau pun kecil setakat tolak perabot ke hujung sana, ubah cabinet buku tapi hati gembira. Now I’m thinking untuk pasang wainscoting di living room area yang sekangkang kera untuk mengembalikan nostalgia lama bila teringat rumah tempat saya dibesarkan dengan decor wainscoting classic style, it’s vintage sebenarnya cuma baru sekarang menjadi trend.

Esok kembali ke pejabat dengan rutin harian. I’m ready.. Cuti seminggu ni cukup untuk recharge tenaga dan reset minda. Sedang sibuk mengemas, paling syok si Furla, sepanjang mengemas dia tidur di sofa.. Cuaca pula sejuk lepas hujan tentulah asyik.. She is so cute and adorable - siapalah tak sayang. 

Furla kesayangan hamba

Kadang-kadang sambutan yang paling bermakna tak semestinya paling meriah, tapi yang paling memberi ruang untuk kita rasa tenang dan gembira. 

Selamat kembali bekerja kepada semua yang akan mula masuk kerja esok. Semoga semangat raya bawa positive vibes dalam hari-hari mendatang. Selagi masih ada sambutan raya, hujung minggu kita masih boleh enjoy sambung berkunjung ziarah, merapatkan silaturrahim sambil menikmati kuih-muih dan pelbagai juadah yang dihidangkan.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone! Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin..


Regards,


14 comments:

  1. Unclepernah jadi ahli kat SSF ni... tapi beli satu barang je... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay saja uncle gedek, jadilah buat ghaso ghaso, hehehe

      Delete
  2. Salam aidil fitri maaf zahir batin, LZ.
    I suka indoor plant tapi kucing kami suka mkn. 😅.
    Ingat nak pegi juga SSF nanti sebab ada berkenan dgn rak kasut dia yg slim & menjimatkan ruang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri Kak Hjh.. Maaf Zahir & Batin..
      Apa pun kena fikir juga keselamatan si bulus kesayangan kan.. Boleh cuci mata sekali, SSF banyak pilihan..

      Delete
  3. lawa semua deco nye.,
    selamat hariraya aidilfitri maaf zahir batin cikkak LZ itttewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Wak Lat. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga diucapkan..

      Delete
  4. Selamat Hari Raya ✨
    Mohon maaf andai ada tersalah kata ye LZ.
    I love your dining area... Cantik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri PH..
      Sama juga dengan LZ, maaf andai ada terasa hati.
      Alhamdulillah terima kasih PH..

      Delete
  5. leka baca susun atur ruang di rumah, saya pun suka susun atur yang tak sarat dan menyenangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Yus, sekarang minat susunatur simple saja tak mahu serabut dan sarat..

      Delete
  6. Masuk SSF ni, ralit tengok semua.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, LZ pernah sampai tak sedar dah berjam dalam SSF tapi masih belum decide mana satu nak beli, hehehe..
      Salam Aidilfitri sis Mulan. Maaf Zahir & Batin..

      Delete
  7. cantiknya hiasan dalaman umah akak setelah makeover! Rasa tenang aje bila membaca paper sambil menghirup kopi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Abam Kie, rasa puas hati bila dapat decor sesuai dengan jiwa..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Post Top Ad

Pages