Capturing what everyday life brings..

Saturday, April 12, 2025

PLNT.co CYBERJAYA - BIRTHDAY PLANT PILIHAN HATI

Alhamdulillah hujan lebat sedang mencurah-curah setelah sehari dua panas terik. Mata pun layu.. tapi demi blog post tertangguh saya selesaikan tugas dahulu..

Untuk makluman pembaca, post ini susulan dari post sebelum ini iaitu Birthday Celebration di Tamarind Square. Banyak tempat unik dan menarik di Tamarind Square seperti yang pernah saya cerita sebelum ini. Ada satu lagi tempat yang menarik iaitu PLNT.co.. 

PLNT.co Cyberjaya

Selepas makan tengah hari saya ke PLNT.co, sebuah kedai tanaman hiasan yang estetik di tengah-tengah Tamarind Square. Saya tentulah teruja kerana ini kali pertama menjejakkan ke sana.

PLNT.com bukan sekadar kedai tanaman pokok hiasan biasa, tapi kedai ni unik dengan susun atur dalaman yang cantik walau pun tak berapa luas. Lokasi terletak di B-036-03A, Tamarind Square. Pelbagai pilihan tanaman hiasan dalam rumah comel-comel belaka. Suasana kedai yang tenang dengan dekorasi minimalis membuatkan pengalaman memilih pokok menjadi seronok.

Cactus

Saya tak lepas peluang mengambil beberapa gambar di PLANT.co. untuk diabadikan sebagai kenangan. Sudut-sudut kedai yang estetik memang sesuai untuk OOTD bersama tanaman pilihan. Selain itu untuk peminat cactus, banyak pilihan cactus dari pasu comel hinggalah saiz cactus padang pasir dengan pelbagai jenis.

Tanaman dalam rumah

Bila masuk kedai menjual pokok hiasan dalam rumah, saya memang ralit membelek pokok satu-persatu.. Akhirnya saya minat dengan pokok monstera saiz kecil dan caladium.

Monstera Deliciosa

Monstera Deliciosa : daun berlubang yang ikonik, monstera ini menambah sentuhan tropika dalam rumah.

Caladium

Caladium : Daun yang berwarna merah berbentuk hati menjadikan caladium sebagai pilihan yang menarik untuk menghiasi sudut rumah saya.

Tanaman gantung

Itulah hadiah tambahan sempena hari jadi saya. Lama saya idamkan monstera yang boleh diletakkan di dalam pasu kecil di atas meja. Paling penting 2 jenis tanaman ini mudah dijaga.

Tips Penjagaan Monstera dan Caladium

Untuk memastikan tanaman ini kekal sihat dan cantik, berikut adalah beberapa tips penjagaan yang dikongsi oleh tuan kedai:

Monstera Deliciosa:
Cahaya - Letak di tempat yang mendapat cahaya terang tetapi tidak langsung.
Penyiraman - Siram apabila lapisan atas tanah kering. Elakkan air bertakung untuk menghindari reput akar.
Kelembapan - Sembur daun secara berkala untuk mengekalkan kelembapan.

Caladium:
Cahaya - Sesuai diletakkan di tempat yang mendapat cahaya terang tetapi tidak langsung.
Penyiraman - Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah.
Suhu - Elakkan dari suhu yang terlalu sejuk kerana caladium sensitif terhadap suhu rendah.

Plant Picks

Oh ya selain tanaman hiasan dalaman, pasu pelbagai jenis ada juga dijual di sini.. Semua pasu bentuk estetik dan modern. Pilih sahaja mana satu berkenan di hati.

Begitulah cerita blog post kali ini.. Setakat ini sahaja perkongsian saya. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


4 comments:

  1. Dulu sangat rajin berkebun menghias pokok-pokok di depan dan belakang rumah. Sekarang dah slow sedikit. Buat juga, tapi slow lah..

    ReplyDelete
  2. Dua kali je sempat masuk Tamarind Square masa duduk Cyberjaya 2016 dulu. Menarik ni, macam2 ada.

    ReplyDelete
  3. Sukaaa kalo lihat tanaman begini, Krn bikin rileks. Tp nak menanam sendiri, saya masih belum mau. Sebab rata2 mati setelah saya pelihara 😅. Jadi skr ini kalo pun ada tanaman dalam rumah, saya beli yg palsu. Bukan yg hidup. Biar tak banyak rawatan 😅

    ReplyDelete
  4. Ini penggemar tanaman hiasan mesti berminat untuk datang. Nampak moden dalam bangunan.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Post Top Ad

Pages