Friday, May 16, 2025

Hilang Landyard di KTM, Komuter Seremban

Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlupa bahawa kebaikan dan kejujuran masih wujud di sekeliling kita - dan saya pernah mengalami sendiri.

Pengalaman ini berlaku pada 14 April 2025 lalu, saya keluar awal dari office menaiki Grab menuju ke KTM Komuter Seremban kerana ada urusan di Mahkamah Perindustrian Kuala Lumpur. Setibanya di stesen KTM, saya terus berjalan ke platform untuk menunggu tren ke KL Sentral, sambil fikiran saya ligat memikirkan tugasan yang menanti.

Hilang landyard di KTM Komuter Seremban

Namun ketika saya sedang menunggu train, handphone saya berdering. Tertera di screen nombor yang tidak dikenali. Perangai saya jarang sekali menjawab talian dengan nombor yang tidak dikenali tapi entah kenapa pagi itu tergerak hati untuk menjawab panggilan tersebut. 

Apabila saya menjawab panggilan itu, individu di hujung talian memperkenalkan dirinya dan memaklumkan bahawa dia telah menjumpai landyard saya yang tercicir di kawasan stesen komuter.

Individu tersebut turut memaklumkan bahawa dia menjumpai namecard saya yang berada di dalam tag tersebut dan atas inisiatif sendiri, dia berusaha mencari pemilik untuk memulangkannya. Saya memohon jasa baik beliau untuk menghantar ke pejabat saya dan tanpa ragu, dia bersetuju. Bukan dekat jarak antara KTM komuter dengan pejabat saya - ada beberapa jalan perlu menghadap jem.. 

Pada ketika itu saya hanya tawakkal, andai dia memulangkannya syukur alhamdulillah, jika tidak maksudnya tiada harapan saya untuk dapat semula landyard tersebut - masalah pada saya sebab hilang access card pejabat. Saya tak meletak sepenuh harapan untuk dapat semula landyard saya.

Pulang ke pejabat saya dimaklumkan oleh receptionist bahawa ada individu menyerahkan landyard saya kepadanya untuk disampaikan kepada saya. Saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan mulia di kala orang sibuk mengejar masa di komuter station. Meskipun mungkin kelihatan kecil, kejujuran dan keprihatinan individu ini benar-benar memberi kesan mendalam kepada saya.

Dalam dunia yang serba modern ini, kita kadangkala lupa bahawa nilai kebaikan dan keikhlasan masih hidup dalam diri sesetengah orang. Kisah ini sekaligus mengingatkan saya bahawa setiap tindakan baik walau sekecil mana boleh memberi makna besar kepada orang lain. Sikap jujur dan ikhlas yang ditunjukkan oleh individu ini menjadi bukti bahawa dunia ini tidak kekurangan insan yang berhati mulia.

Semoga kisah ini juga menjadi ingatan kepada kita semua - berbuat baiklah tanpa mengharap balasan kerana kebaikan akan selalu kembali kepada kita dalam bentuk yang kita sendiri tak sangka.

Walaupun sekadar sebuah landyard, kejadian ini menjadi satu peringatan bahawa di sebalik kesibukan hidup masih ada ruang untuk kejujuran dan belas ihsan. Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada pembaca untuk terus menanam sikap baik dalam kehidupan seharian.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana kebaikan orang lain membuatkan anda terharu? Apa kata kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Jom sebarkan lebih banyak kisah positif untuk dijadikan inspirasi.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


18 comments:

  1. susah nak jumpa orang membantu orang lain di kala zaman kesibukan sekarang...tp, tak salah pun atas bantuan kecil yang diberikan...semoga kita semua di jentik hati untuk selalu berbuat kebaikan walaupun sekecil zarah...aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn yra..
      Setuju sangat, LZ tak expect ada orang sanggup bersusah payah membantu..

      Delete
  2. Alhamdulillah jumpa orang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah.. Memang speechless..

      Delete
  3. alhamdulillah dipertemukan dengan hambaNya yang baik.

    ReplyDelete
  4. Pernah, tercicir name card holder, dlm tu terselit kad bank x silap dan appointment card dgn dentist. Orang yg jumpa tu call klinik & klinik call PH. Sampai skrg masih ingat wpun dah lebih 10 thn berlaku. Setiap kali teringat, PH kirimkan doa utk org baik tersebut. The least I can do ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann PH.. Hanya orang yang pernah alami situasi ini faham betapa bersyukurnya kita dapat semula barang yang kita anggap sangat bernilai..

      Delete
  5. Alhamdulillah. Moga murah rezeki insan yang jumpa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, LZ pun doakan individu tersebut dipermudah segala urusan dan diberi rezeki berpanjangan, aaminn yra..

      Delete
  6. Uncle sebenarnya percaya lebih ramai orang yang baik2.... Yang tak baik tu sikit... cuma cerita diorang tu yg selalu mendapat liputan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya setuju dengan uncle, kalau kita terkena dengan orang tak baik, anggaplah itu ujian..

      Delete
  7. Kita kena mudahkan orang mencari tuan bagi barang-barang berpotensi hilang dan yang agak berharga seperti wallet, phone, laptop, beg dan juga lanyat! Syukur dipertemukan semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju.. Lebih-lebih lagi barang yang hilang itu sangat bernilai. Apa pun syukur alhamdulillah Faizal..

      Delete
  8. Ikut senang saya membaca ini. Di tengah dunia yg semakin egois dan individualis , ternyata masih ada orang yg ikhlas dan mau membantu kan. Itu juga yg buat saya utk mau selalu berbuat baik kepada sesama. Tak usah harapkan imbalan, cukup Ridha dari Allah.

    Saya pernah mengalami. Saat di Bangkok, lagi naik kapal di Chao Praya river. Saat itu saya terpisah dari teman2. Unfortunately, hp dan dompet saya di dalam tas, dan tas itu dibawa oleh teman saya 🤣. Saya betul2 tak tahu harus macam mana utk bisa jumpa dengan mereka, tanpa hp dan dompet.

    Tp mungkin Krn saya terlihat gelisah, ada biksu remaja yang sedang naik kapal juga. Dia dan temannya mendekati saya, lalu bilang apakah saya get lost? Saya bagi tahu teman2 saya turun di dermaga sebelumnya, saya pula lupa dan tertinggal. Tak cara balik, dan tak ada dompet juga hp.

    Yg dia lakukan, dia bagi saya uang Bath20 kak. Katanya nanti turun di dermaga selanjutnya, lalu beli tiket lagi utk balik ke dermaga temen2 saya turun .

    Saya macam speechless. Dia tak kenal saya, tp percaya dan mau membantu ,😭. Terharuuu sangat. Sejak itu tiap balik ke Bangkok, saya teringat dengan biksu remaja yg sudah menolong tadi. ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana pernah terlintas di fikiran kita kann Fanny ada orang yang sanggup bersusah untuk bantu kita.. Syukur kita dipertemukan dengan orang baik.

      Delete
  9. Masyallahhh.. rezeki u dipertemukan kan insan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat, syukur alhamdulillah..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Follow Us @ladyinredplanner