Koleksi Fesyen Kasut Pilihan Saya

KOLEKSI FESYEN KASUT PILIHAN SAYA | Umum sedia maklum wanita dan fesyen memang tak dapat dipisahkan.. Paling kurang berfesyen pun, sudah pasti apabila mengenakan aksesori mesti akan sama dengan warna baju atau tudung atau sebaliknya. Begitu juga dengan pemilihan kasut. Selain suka handbags saya ni pun memang pantang nampak kasut. Andai berkenan di hati sudah pasti saya akan beli masa tu jugak. Kalau tidak bila tidur mesti tangan letak dahi sambil terbayang kasut melambai-lambai dengan perasaan terkilan, perangai sangat kan!.. 


Tapi tahukah anda bahawa terdapat lebih dari 10 jenis fesyen kasut wanita? 
Lelaki jangan geleng kepala okay, ini fitrah wanita harap dapat memahami, hehehe..  Entry kali ini saya ingin berkongsi minat saya tentang kasut dan koleksi fesyen kasut pilihan saya yang sering saya pakai..

Fesyen Kasut Wanita
Type of shoes

KITTEN HEEL SHOES

Semasa belajar di kolej saya selalu pakai stilettos berukuran 3 inch tetapi sekarang umur pun dah meningkat jadi saya hanya menggayakan kitten heel ke pejabat dan majlis rasmi kerana lebih selesa berbanding high heel. Selain itu nampak lebih feminin gitu boleh disuaipadan dengan pants atau skirt panjang.. Untuk pengetahuan, kitten heel shoes kategori stiletto heel, bukan jenis pump kerana ada sedikit heel lebih kurang 1 hingga 1.5 inci.. Berikut my kitten heel shoes jenama Vincci..

My kitten heel shoes
BALLERINA FLAT SHOES

Apabila tiada urusan rasmi, saya hanya akan sarung kasut jenis ballerina di pejabat. Warna kasut mesti hitam supaya nampak formal. Bila sarung ballerina flat mudah ke sana ke mari, kaki tak cepat penat dan jalan lebih laju disebabkan kasut jenis ballerina adalah flat, hehehe. Berikut kasut ballerina flat saya jenama Salvatore Ferragamo, sangat lembut dan selesa.

Salvatore Ferragamo ballerina flats shoes
My ballerina flat shoe
BALLET FLAT SHOES

Ini pula koleksi kasut ballet flat shoes saya jenama Foot In, beli di Paradigm Mall tapi malangnya kedai kasut tersebut sudah pun tutup. Kasut jenis ballet flat saya ini sangat selesa dan lembut kerana material yang digunakan dari suede.

My ballet flat shoes
 
JELLY SHOES

Berikut adalah jenis jelly shoes.. Bila pakai jelly shoes rasa seperti tak pakai kasut. Sangat selesa dan ringan.. Tapi awas kasut jenis ini bahaya ketika kita guna escalator kerana tapak jelly shoes akan grip dan mudah melekat di permukaan escalator.

My jelly shoes with flowers
 Ini pula kasut jelly shoes  kesayangan saya yang super duper selesa, jenama Jelly Bunny..

Jelly Bunny pump shoes
Jelly Bunny purple shoes
My Jelly Bunny shoes

HIGH HEELS

Kategori koleksi kasut saya seterusnya jenis high heel. Jika saya memakai high heel paling kurang pun 3 inci sahaja, lebih dari itu saya tak boleh melangkah.. 

Women's Shoes Fashion
Ballerina flats, Mary Janes and Scarpin shoes

 Ini koleksi high heels yang sering saya guna jenis Court atau Scarpin heels.. Kasut jenis ini juga dikenali sebagai pointed toe stiletto.. Bila pakai kasut tinggi begini rasa confident bila melangkah tapi tak boleh pakai lama bila usia dah senja macam-macam sakit bila pakai kasut tinggi 3 inci.. Saya pernah cerita di blog lama tentang kasut ni.

Related post : Cerita Tentang Kasut 
 
Nine II Five high heel from Zalora
Velvet high heel from Zalora

  Kasut ini pula jenis stiletto medium heels, tinggi kurang dari 3 inci dan ada sedikit platform.. Kasut ini juga sebahagian dari kasut kesayangan saya jenama Cynthia Rowley.

Medium heel shoes by Cynthia Rowley
My medium heel shoes by Cynthia Rowley
Berikut pula kasut jenis stiletto medium heel juga jenama Mark & Spencer.. Kasut ini seperti pump juga. Pump shoes termasuk dalam kategori Court shoe. Untuk pengetahuan, kasut Cynthia Rowley tadi dan kasut ini saya pakai apabila ke Mahkamah atau mesyuarat di luar pejabat.

Stiletto Medium Heel Court Shoes by Mark & Spencer Collection
Stiletto Medium Heel Court Shoes
Untuk keselesaan di pejabat saya akan sarung salah satu dari 2 jenis kasut ini, kedua-duanya medium heel shoes.. Selesa, tak sakit atau penat dan boleh pakai sepanjang berada di pejabat.. 


Overall sekiranya saya perlu berjalan jauh seperti ke shopping mall, pilihan saya sudah pasti kasut jenis loafer, ballerina flats atau Mary Janes. Selain waktu pejabat saya akan sarung warna kasut selain dari hitam supaya nampak casual.. Itulah fesyen dan koleksi fesyen kasut pilihan saya..

Bagaimana pula dengan anda? Apakah pilihan kasut yang sering anda pakai? Mana satu pilihan kasut kegemaran? Apa kata share dalam komen di bawah..



Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang koleksi fesyen kasut pilihan saya.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

18 Comments:

comei2 je kasut akak, lagi2 yg ada bunga or reben kt depan tu...
akak mmg peminat color gelap yek... warna gelap nampak formal utk opis kan

Nama pun perempuan.
Beg tangan tak minat?

Pemilihan dan pakai ikut keperluan,kesesuaian dan situasikan Kak LZ..apa yang paling penting ianya memberi keselesaan pada kita yang memakainya.

cantik2, saya walaupun dah masuk usia veteran ni masih pakai wages dan high heel lagi.

Tu dia.. Banyaknya kasut dia.. Sy pun banyak.. Tapi alih2 pakai yg sama je ke mana-mana...

banyaknya kasut LZ.. mesti penuh rak hehehe

lama tak singgah.. LZ sihat?

Hakak pakai kasut sandal makcik makcik je tu LM hahhaha...Malas nak beli kasut sebab bukan pakai pun. Kenduri kawen pun bukan selalu. Pernah beli kasut yg bertumit sikit utk standby pi kenduri kawen ke apa, sudahnya menegelupas dan merekah sebab jarang pakai ... membazir pulak.

Saya suka loafer , selesa..
Suka juga high heels, tp susah nak dukung anak dgn kasut tinggi ni..

Handbag dgn kasut mmg xboleh lari. Suka sangat! Hehe. Banyaknya kasut sis LZ. Yea plak tak berani sangat pakai heels jenis stiletto gituu. Mampu pakai wedges aje. Hahaha

Wanita, kasut dan hand bag... memang tak dapat di pisahkan...

Akakpun pantang nampak kedai kasut nak jugak singgah... tapi akak tak bnyak kasut...mmg seronok sangat tengok kasut...rasa nak beli semua...

Saya pakai flat je. Loafers. Paling tinggi heels dulu 4 inci kot. Tapi jalan atas karpet ofis jelah.

sy antara peminat high heel. dr zaman kanak2 smpi laa ni... tp pilihan sy hanya 1 dr dulu. mesti peep toes. warna dan jenama x kisah. janji berkenan di hati hahaha

kita tak reti la guna high heels..pernah cuba sekali, asyik terpeleot aje..ahhahahah

jelly bunny tu mesti wangi macam gula2 kan bau dia!

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More