Showing posts with label Google Adsense. Show all posts
Showing posts with label Google Adsense. Show all posts

Wednesday, January 29, 2020

,
BERJAYA ATASI MASALAH IKLAN ADSENSE TAK MUNCUL DI BLOG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Semoga pembaca blog ini beroleh kesejahteraan dan sentiasa dipermudahkan urusan..

Blogger dan Google Adsense memang tidak dapat dipisahkan.. Itulah hakikat yang perlu diterima oleh setiap Blogger yang ingin menambah pendapatan sampingan hasil dari penulisan di blog.. Terus terang kata, saya tak terkecuali menjadi sebahagian daripada mereka.. Kita akan teruja bila dapat cash out hasil pendapatan tunai dari Google Adsense.

Al-kisah sejak 2 minggu lalu iklan Adsense saya tak muncul di blog.. Bila berlaku begitu, secara tak langsung terus hilang mood blogging.. Malas nak tulis post baru dan terasa down.. Kecewa tau.. Saya ada pasang apps di phone untuk pantau profit Adsense dan terbukti tidak menunjukkan sebarang income sepanjang tempoh tersebut..

Puas Google mencari punca masalah namun ianya berbeza dari masalah yang dihadapi oleh orang lain.. Ianya bukan disebabkan oleh isu-isu common seperti :

(a) Penukaran url address dari http ke https,
(b) Tidak mengaktifkan ads.txt di blog,
(c) Code iklan Adsense tidak lengkap,
(d) Penggunaan frames pada Javascripts dalam blog,
(e) Guna code Adsense selaku pihak ketiga,
(f) Ada kesalahan Crawler,
(g) Memasang code Adsense yang sama lebih dari tiga,
(h) Belum verify pin,
(i) Belum memasang robots.txt,
(j) ... and so on ....

Langsung tak ada test case untuk selesaikan masalah iklan Adsense saya.. Jadi semalam adalah hari yang indah bila saya dapat semula iklan Adsense di blog setelah melakukan perkara-perkara trial and error.. Yeayyy akhirnya iklan Adsense saya muncul semula di blog!

Haruslah saya share di post ini untuk rujukan pembaca yang mungkin menghadapi masalah sama in the future, tapi minta dijauhkan laaa sebab ianya rumit I tell you..

Step by step seperti berikut :

1. Mula-mula Sign in to your Google Adsense account..


Sign in Google Adsense

2. Sila pegi ke Dashboard -> Account..

Go to Account

3. Semak di bahagian Policy center.

Untuk kes saya tempoh hari ada dinyatakan dalam Policy Center masalah yang saya hadapi berserta link yang menghubungkan ke Google Console. Ianya berkaitan dengan Speed (experimental) dan terdapat 3 posts banned

Apa yang saya buat, saya delete akaun blog ini di Google Console dan re-apply. Kemudian saya delete semua iklan Google Adsense di blog dan create iklan baru dengan code yang baru.

Manakala posts yang telah disekat tersebut saya revert to draft.


Check Policy center


4.  Seterusnya saya pergi ke Webmaster Tool dan apply a review untuk blog yang terlibat. Pihak Google akan membuat semakan. Tunggu dan semak email yang berdaftar dengan Google Adsense kerana sebarang maklumbalas akan dihantar melalui email tersebut.

Ayat email tersebut begini :

"To owner of https://ladyinredplanner.blogspot.com/.
l***********a@gmail.com of https://ladyinredplanner.blogspot.com/ requested a review of ladyinredplanner.blogspot.com on 28-Jan-2020 with the following details.

We'll notify you when the review is complete."


Check email


5. Akhirnya saya mendapat feedback dari Google melalui email yang memaklumkan bahawa blog ini telah disemak dan hasil semakan tiada lagi pelanggaran terhadap polisi Google Adsense dan ianya mungkin disebabkan oleh setting ads blocking di browser (i.e Chrome). 

Email diterima menyatakan seperti berikut :

"To owner of https://ladyinredplanner.blogspot.com/.

Thank you for submitting your site ladyinredplanner.blogspot.com for reviewed and no abusive issues were found. If your site was previously in 'Failing' status, your Chrome enforcement status may have changed."


Feedback from Google

6. Lastly, check semula Google Adsense account di bahagian Policy Center.. Yeayyy "No issues found."

Begitulah pengalaman berdepan dengan masalah iklan Adsense tak muncul di blog.. Selepas selesai masalah ini maka timbul semula motivasi diri untuk menulis lagi di blog ini, hehehe..

Ada tak sesiapa antara pembaca mengalami masalah begini sebelum ini? Kalau ada, bolehlah kongsi di bahagian komen sebagai panduan dan rujukan yang lain..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Thursday, January 11, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Intro blog post kali ini saya mulakan dengan quote of the day iaitu "start each day with grateful heart".. Sebagai seorang blogger sekiranya memiliki akaun Google Adsense merupakan salah satu pencapaian yang agak membanggakan apatah lagi jika akaun Adsense berkenaan telah membuahkan hasil..

So entri hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca pengalaman saya mengeluarkan duit dari akaun Adsense.. Al-kisah, akaun Adsense saya telah lulus pada 1 October 2008 (Wednesday @ 4.55 pm). Syukur alhamdulillah minggu lepas saya telah mengeluarkan duit ganjaran dari akaun Adsense untuk kali kedua.. Masih ingat kali pertama saya tunaikan pada 22 January 2015. Tutorial juga saya telah kongsi dalam blog post ini. Maaf bukan tujuan menunjuk tetapi sebagai pembakar semangat dan meningkatkan motivasi rakan-rakan blogger. Kalau motif menunjuk, malulah saya dengan bloggers senior atau lebih mudah dipanggil otai-otai blogger yang telah menjana pendapatan beribu-riban hasil blogging dibandingkan saya, hanya blogger picisan..


APAKAH GOOGLE ADSENSE?
Kepada newbie yang masih belum tahu, Google Adsense ialah perkongsian pendapatan daripada pengiklanan yang disediakan oleh Google. Konsep yang sama seperti kaedah pengiklanan yang biasa kita tahu. Google akan membayar hasil perkongsian pengiklanan yang diterima daripada Pengiklan kepada pemilik lama web ataupun blog (publisher - gelaran kepada pemilik laman web yang menyertai Google Adsense) yang meletakkan iklan Google di laman web / blog mereka. 

BAGAIMANA CARA BUAT SIDE INCOME DENGAN GOOGLE ADSENSE?
Google akan membayar setiap klik pada iklan mereka kepada Blogger yang mempunyai akaun Adsense kerana Blogger telah membawa pelawat kepada pengiklanan mereka. Ganjaran diberi dalam bentuk perkongsian pendapatan hasil daripada caj iklan yang dikenakan..

Pendaftaran akaun Google Adsense adalah percuma tetapi kelulusan hanya diberikan kepada blogger yang layak berdasarkan penelitian daripada team Google.

JUMLAH DAN KAEDAH BAYARAN
Bayaran hanya akan dibuat oleh Google apabila akaun anda telah mencapai jumlah pendapatan (earning threshold) sekurang-kurangnya USD100 tetapi melalui pengalaman saya bayaran dibuat setelah mencapai jumlah USD103.00.. Sekiranya akaun Adsense anda belum mencapai jumlah tersebut, baki akan dibawa ke bulan hadapan. So jangan risau kerana jumlah yang anda perolehi tidak hapus begitu sahaja.

CARA MUDAH SAYA KELUAR DUIT DARI AKAUN ADSENSE 
For me the easiest way to withdraw Adsense money with Western Union kerana urusan pengeluaran boleh dibuat di Pejabat Pos terpilih. Kaedah pengeluaran lain ialah bayaran melalui cek, wire transfer dan Electronic Funds Transfer (EFT).


Related post : Google Adsense Account On The Go

BAGAIMANA KITA TAHU DUIT SUDAH BOLEH DIKELUARKAN?
Team Google akan menghantar email bertajuk "Google Payments" melalui email yang didaftarkan di bawah akaun Adsense anda. 

Kemudian anda perlu lakukan langkah-langkah berikut:

1. Login akaun Adsense anda
2. Click gear icon di bahagian kiri, select "Settings" -> "Payments"
3. Print muka surat penyata Google Adsense yang mengandungi nombor MTCN Western Union.
4. Isi borang kuning "Penerimaan Wang" Western Union. Lengkapkan butir-butir yang dinyatakan alam borang berkenaan.

Google Adsense
Borang Western Union
5. Kepilkan bersama penyata akaun Google Adsense dan salinan kad pengenalan anda.
6. Bawa ke kaunter Pejabat Pos. 
7. Kakitangan Pejabat Pos akan tanya anda soalan untuk pengesahan.
8. Bila semua lengkap, kakitangan kaunter akan tukar jumlah matawang USD ke Ringgit Malaysia mengikut current rate dan serahkan wang tunai kepada anda.  
9. Sebelum meninggalkan kaunter Pejabat Pos, anda akan menerima Customer Receipt seperti di bawah ini:

Resit Pelanggan Google Adsense
Customer Receipt
Begitulah cara mudah saya keluarkan duit hasil akaun Adsense. Semasa saya mengeluarkan wang tunai dari akaun Adsense jumlah matawang USD103.00 equal to RM403.50.. Itulah side income saya dari Adsense untuk setahun.. Untuk pengetahuan pembaca, there are many ways to monetize from blogging. But still, it's up to you on what way would you like to focus on monetizing your blog. It takes research and a lot of patience. Keep blogging and work hard.. 

Now your turn.. Kongsi cara anda buat side income dengan blogging.. Kita kongsi pendapat mana tahu boleh dimanfaatkan bersama..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Kita berjumpa lagi di lain entri..
Thank you for reading.. Wasalam..
Byeeee...

Regards,
I am LZ

Monday, August 21, 2017

,
GOOGLE ADSENSE ACCOUNT ON THE GO | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Memiliki akaun Google Adsense merupakan satu peluang keemasan yang sangat ditunggu-tunggu oleh para blogger kerana ia mampu menjana side income yang agak lumayan. Walaupun proses memohon akaun Adsense agak ketat namun sejak kebelakangan ini kebanyakan rakan-rakan blogger saya telah berjaya memiliki akaun adsense. Tahniah diucapkan.. Untuk pengetahuan, pengalaman manis akaun Adsense saya diluluskan sekitar tahun 2008 dan pernah sekali menebus pendapatan sekitar tahun 2015..

Kepada mereka yang sedang berusaha ke arah itu, teruskan mencuba jangan putus asa.. Mungkin ada kriteria yang diperlukan oleh Adsense masih belum dipenuhi.. Okay, let's straight to the point..


Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kemudahan pengguna Adsense menyemak akaun mereka on the go, di mana sahaja anda berada dengan syarat mesti ada internet coverage, hehehe..

Al-kisah, Google Adsense menyediakan cara mudah untuk mengakses data penting dari Adsense Account melalui smartphone. Aplikasi Google Adsense boleh dimuat turun melalui Google Play atau AppStore. Lepas download apps ni tak perlu lagi semak akaun Adsense dari laptop atau komputer.. Saya sendiri guna apps ini dan mendapati ianya sangat berguna dan perlu ada pada setiap pengguna Adsense.

"Track your earnings, anywhere you go." - Google Adsense

Apa kelebihan Google Adsense apps ni? Paling best pengguna Adsense boleh menyemak status terkini keseluruhan akaun termasuk pendapatan terkini, semalam dan bulan semasa serta laporan prestasi terperinci bulan sebelum. 

Selain itu laporan seperti unit iklan, saluran, sites, negara dan lain-lain yang berkaitan juga boleh diketahui melalui Google Adsense apps, seperti yang dipaparkan di bawah:


 

  

Selain menyemak pendapatan yang diperolehi, pengguna Adsense sewajarnya perlu ada apps ini bagi memudahkan mereka menerima makluman penting berhubung akaun Adsense mereka. Al-maklum akaun Adsense ini sangat sensitif, sekiranya ada 'penyalahgunaan' maka akaun anda akan disekat dan agak leceh untuk membuat permohonan semula. Jadi pengguna Adsense perlu sentiasa peka dengan setiap notifications yang diterima dan segera memberi maklumbalas sekiranya perlu berbuat demikian.

 

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan..
Semoga entri ini sedikit-sebanyak memberi panduan kepada pembaca dan satu perkongsian ilmu yang berguna.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,







Follow Us @ladyinredplanner