Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts

Friday, August 31, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Hari Merdeka semua! 
Siapa yang berkesempatan pergi ke dataran untuk sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini memang sangat bertuah.. Mana tidak, semangat sambutan dapat dirasai bersama seluruh rakyat Malaysia yang lain tambahan pula sambutan rasmi diadakan di setiap negeri..

Walaupun tak menyertai mana-mana sambutan di dataran, saya juga tak mahu ketinggalan mengabadikan kenangan logo rasmi dan lirik lagu tema Hari Kebangsaan 2018 di blog ini..

Logo Hari Kebangsaan 2018
Logo Hari Kebangsaan 2018

TEMA LAGU KEBANGSAAN 2018
Tajuk : Kita Punya Malaysia 
Penyanyi : Bunkface
Ciptaan : Sam Bunkface


31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya…Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya
impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi Negara
Selamanya…


Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka x3

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya

Untuk pengetahuan, setiap tahun sambutan hari kebangsaan, saya juga menyambut ulangtahun perkahwinan, wink..wink..wink.. Tarikh yang sama so easy to remember..


Okay setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Thursday, August 30, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my readers..
Detik sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 akan di sambut pada 31 Ogos iaitu esok.. Tema tahun ini : "Sayangi Malaysiaku". Oleh itu saya percaya hampir setiap sekolah menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini. Tak lupa juga anak Tuan / Puan pasti sibuk membuat persiapan yang sama.. Di sekolah anak saya turut sama membuat sambutan Hari Kemerdekaan ini. 

Apa yang buat saya geram, last minute sampai rumah pukul 6.00 petang semalam baru beritahu saya: "Ma teacher suruh bawa bendera dan pakaian melambangkan Hari Kebangsaan esok. Ada perbarisan Hari Merdeka." Kecik besar, kecil besar mama tengok ko, Arief..

Kebetulan lepas Maghrib saya ke Pall Mall Seremban so sempat cari bendera untuk dijadikan prop sambutan Hari Kebangsaan.. Terlintas di fikiran saya nak buat tanjak dari Jalur Gemilang. Ilham ini datang dari pengalaman saya membuat beberapa gubahan hantaran kahwin. Biasa hantaran saya buat gubahan tanjak dari  kain songket.

Maka malam hari start pukul 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam saya gigih menjahit tanjak demi memenuhi kehendak anak untuk dipakai esok..

Inilah  hasil kejadian..

Sambutan hari kemerdekaan ke-61
Tanjak dari Jalur Gemilang
Saya selit di sini info perbezaan tengkolok, tanjak dan destar. 

Umum mengetahui tengkolok, tanjak dan destar adalah pakaian warisan Melayu yang diwarisi sejak zaman dahulu.  Ia diperbuat dari sehelai kain dan digubah menjadi bentuk untuk disarungkan di atas kepala. Ianya mempunyai nama-nama tertentu berdasarkan lipatan. Tengkolok lebih sinonim dengan pakaian rasmi raja dan pembesar Melayu pada zaman dahulu dan dipakai semasa majlis adat istiadat bangsa Melayu.


Tengkolok : pakaian rasmi raja dan para pembesar Melayu. Dipakai semasa majlis adat istiadat bangsa Melayu pada zaman dahulu.

Tanjakpakaian oleh golongan kebiasaan supaya kelihatan kemas dan bergaya. Tanjak lebih kepada pakaian harian bangsa Melayu pada zaman dahulu.

Destar : pakaian golongan buruh, petani, pesawah untuk menutup kepala mereka dari panas terik semasa bekerja.

Ketiga-tiga pakaian ini dapat dibezakan dari segi bentuk yang berlainan.

Hari Kebangsaan 2018
Gambar tanjak dari pandangan depan

Beginilah rupa tanjak bila dipakai oleh model mannequin..

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61
Model memakai tanjak

Bagus juga sambutan ini diadakan di sekolah, sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada anak-anak muda tentang erti kemerdekaan sebenar bukan semata-mata cuti umum.

Inilah anak bujang saya.. Tak sabar ke sekolah hari ini sebab ada perbarisan Hari Kebangsaan dan paling penting nak tunjuk tanjak dia pada kawan-kawan..
Happy sebab ada tanjak, katanya hahaha

Model tanjak Jalur Gemilang
Alhamdulillah akhirnya diberi ilham dan mampu menghasilkan sesuatu untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini walau dalam keadaan last minute..




Sebelum berakhir, jangan lupa kibar Jalur Gemilang tanda semangat patriotik dan sayang pada negara kita Malaysia.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner