Monday, February 05, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin menyertai segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger bernama Aqilah Shahirah.. Saya akui baru mengenali blog Aqilah Shahirah selepas mengetahui rakan blogger ini menganjurkan segmen pencarian bloglist. Jadi, dengan niat untuk menyokong segmen rakan blogger saya mengambil peluang ini.. Tambahan pula ini merupakan segmen pertama anjuran beliau, jom ramai-ramai kita join tanda sokongan..

 Pencarian Bloglist Aqilah
Sila click banner untuk terma dan syarat-syarat penyertaan
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah.. Lebih istimewa Aqilah Shahirah akan senaraikan semua peserta segmen ini dalam column bloglist di blognya bagi memudahkan beliau blogwalk.. Kita boleh tambah kenalan dengan cara ini so jangan lepaskan peluang!

Tarikh tamat segmen : 15 Februari 2018.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,
I am LZ

Saturday, February 03, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog Lady in Red Planner.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di blog ini.. Hujung bulan Januari lalu (31.01.2018) cuti Thaipusam, saya bekerja di Seremban jadi cuti hanya sehari tetapi sangat bertuah siapa yang bekerja di Kuala Lumpur kerana the next day adalah cuti Hari Wilayah so dapatlah 2 hari cuti. Kalau ambil cuti sehari lagi (Jumaat) dapat cuti  5 hari, untunglah.. Adoi, sibuk pulak merancang cuti orang, hehehe

Okay, semasa cuti Thaipusam saya meluangkan masa berjalan-jalan di DPulze Cyberjaya semata-mata teringin makan di Wendy's, saje-saje sebab baru lepas breakfast nasi lemak sambal sotong kat rumah.

Antara tagline restoran makanan segara Wendy's : "Fresh Fast Food Near You", saya translate ke Bahasa Melayu untuk title post kali ini jadi "Makanan Segera Segar" tanpa letak perkataan "Near You" atau "Dekat Anda" sebab tak semua negeri ada outlet Wendy's so agak tidak relevan di situ, hihihihi

Wendy's DPulze, Cyberjaya
Apa makanan best di Wendy's? Wendy's is about more than just a food, they able to serve up fresh. Itu konsep restoran fast food ini untuk mengekalkan legacy founder Wendy's bernama Dave Thomas

Eh betullah, saya pernah order salad segar di sini tapi makanan lain biasa jer, lebih kurang sama dengan fast food lain. Masih dalam kategori processed foods or junk food so tak boleh diamalkan selalu okay..

Wendy's DPulze Cyberjaya
Wendy's DPulze Cyberjaya
Kali ini saya order Single Mushroom Melt combo regular size, Haha Burger combo for my husband regular size too, 2 pieces spicy fried chicken dan Classic Frank both ala-carte. Tadaaa satu tray makanan untuk 3 orang ahli in one small family, hehehehe..


Wendy's DPuzle Cyberjaya
Classic Frank
Wendy's Classic Frank: RM6.50
Classic Frank ini kosong, takde salad cuma sosej dan sos sahaja.. Classic Frank dipesan oleh anak saya, Arief.

Single Mushroom Melt & Fries combo regular size : RM15.00
Saya teruja dengan cheese cair meleleh seperti dalam menu.. Nampak macam sedap dan memang sedap pun.. Saya pilih beef patty. Selain beef ada chicken patty, single or double..

Wendy's Haha Burger combo regular size : RM11.88
Nama burger ni Haha Burger iaitu isi burger daripada udang. Nampak gaya lepas makan ber'hahaha' lah jawabnya. Burger ini product baru sempena Tahun Baru Cina.. So my husband pun order sebab dia nak rasa isi burger udang, selalu daging lembu atau chicken.. Ternyata tak berapa best, kering dan sedikit hangus..

2 pieces spicy fried chicken : RM9.00
Sama juga dengan ayam goreng spicy, tak berapa best. Ayam agak hangus dan langsung takde rasa rempah yang dikatakan spicy. Tang mano pedas aei, den pun tak tau..

Total bill : RM42.40
For me, Wendy's sesuai makan waktu santai, during tea time for instance.. Kena makan heavy dulu baru boleh layan makan di Wendy's sebab portion dia sikit kena pulak saya ni jenis kuat makan dan cepat muak. Fast food kann so what we expect..

Oh ya, untuk pengetahuan pembaca ini merupakan kali kedua saya makan di Wendy's DPulze. Kali pertama makan di Wendy's pada 8.1.2017 lalu, saya pernah ceritakan di blog lama dalam post ini : Pertama Kali Makan di Wendy's. Bezanya masa itu saya ordered menu lain yang lebih berkhasiat, hehehehe..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya tentang makanan di Wendy's DPulze, Cyberjaya. Perkongsian sekadar mengabadikan memori sempena cuti Thaipusam lalu. Don't worry lepas ni kalau makan di Wendy's tak letak post lagi, cukuplah sekali dalam blog ini >_<


Until then, thank you for reading..
Sekian, wasalam..
Byeeeee...


Regards,
I am LZ

Friday, February 02, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Yeayyy esok cuti hujung minggu.. Masa untuk relax dan join Segmen & Giveaway, hehehe. Minggu ni saya join giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger bernama Nur Azian Jaafar atau lebih mesra lagi dipanggil cikyan. 

Frankly speaking, saya baru mengikuti blog cikyan tahun ini dan suka dengan pengisian di blog cikyan. In directly tambah seorang lagi kenalan dari kalangan rakan blogger, alhamdulillah... Okay, let's go straight to the point, kita check terma dan syarat-syarat penyertaan Giveaway #1 New Year 2018 By Cik Yan.

 Giveaway #1 New Year 2018 by cikyan
 Giveaway #1 New Year 2018 by cikyan
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Buat entry bertajuk : Giveaway #1 New Year 2018 by Cikyan dan linkkan ke entri cikyan [DI SINI]. Jangan lupa letak banner di atas.
2. Wajib review sikit blog cikyan dalam entri tersebut
3. Wajib follow blog cikyan
4. Cerita azam tahun baru korang okeh
5. Jangan lupa tinggalkan jejak.

Untuk pengetahuan pembaca saya merupakan one of the Follower blog cikyan, so sudah fulfilled syarat nombor 3. Then, go to the next step..

REVIEW BLOG CIKYAN

Secara jujur saya bukanlah seorang yang layak untuk menilai blog cikyan tapi saya akan review blog cikyan berdasarkan penilaian peribadi saya. Komen ikhlas saya untuk penambahbaikan blog cikyan pada pemerhatian saya seperti berikut :

(a) latarbelakang bunga tulip nampak agak serabut. Lagi pun banner cikyan dah ada design bunga tulip, bagi saya itu sudah memadai. Cadangan saya, mungkin light purple atau putih lebih sesuai untuk background blog cikyan. 

(b)  Font kalau boleh adjust bagi besar sikit supaya mudah dibaca.

(c) Chat box kalau boleh keluarkan dari blog sebab pada saya chatbox hanya menggalakkan pengunjung datang, meninggalkan komen di chatbox tanpa membaca article selain mengundang spammer.

Selain itu no other comments. Maaf tau cikyan andai teguran saya menguris perasaan cikyan.


AZAM TAHUN BARU 

Tahun 2018 ini saya merancang untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan saya dengan berjimat dan mengurangkan hutang yang ada. Saya menanamkan impian untuk membeli rumah kedua di Seremban. Selain itu, saya ingin menambah ilmu dan memperbaiki diri menjadi insan lebih baik dari tahun sebelum. Itu azam utama saya..

TARIKH TAMAT GIVEAWAY
Cikyan tidak nyatakan tarikh tamat giveaway secara specific tapi cikyan akan umumkan pada bila-bila masa.

HADIAH 
Hadiah menarik bakal diberikan kepada pemenang yang bertuah.

Nampaknya semua syarat telah saya penuhi.. Saya harap masih belum terlambat untuk menyertai giveaway ini.. Akhir kata, good luck kepada pembaca yang turut serta.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeeeee..


Regards,
I am LZ


Thursday, February 01, 2018

,
IT'S TIME FOR A GIVEAWAY!!! | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini 1 February 2018, I can't believe how quickly 2018 whizzed by but I have enjoyed building a little community and interacting with my lovely readers over the past year. Sempena bulan baru saya bercadang untuk menganjurkan giveaway coz without my lovely readers, there would be no one to read my ramblings and to show my appreciation, I like to give a little something back to you.

February Giveaway by Lady In Red Planner
I am giving you all the chance to win the #newbabydexandra. The prize isn't sponsored, this is product that I wholeheartedly recommend and purchased by myself for this giveaway. 

Dalam post [di sini] pembaca tentu tahu saya suka sangat dengan air freshener De'Xandra. I think it would be the ideal gift to give one of you yang terpilih sebagai pemenang.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia
2. Mesti follow blog ini dan social media Lady in Red Planner : Instagram, Twitter (optional) dan like my Facebook Page as well.
3. Buat post giveaway ini dengan tajuk 'FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner' dan jawab soalan saya dalam post berkenaan : Apa yang anda suka baca dalam blog seseorang?
4. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini.

Please make sure anda tinggalkan komen penyertaan dalam format berikut:

Link penyertaan anda (tanpa http / https) :
Instagram :
Facebook :
Twitter :
email :

So that all the things you need to do.


Remember :
Pemilihan pemenang akan dibuat berdasarkan kesungguhan peserta membuat post di item 3. Once giveaway is over, saya akan hubungi pemenang via email dan pemenang mesti memberikan maklumbalas dalam tempoh 3 hari dari tarikh notification. Selepas tempoh 3 hari tamat new winner will be selected.

TARIKH TUTUP

Giveaway tamat pada 17 February 2018 at 11.59 pm
Pengumuman pemenang pada : 21 February 2018

HADIAH
De'Xandra Air Freshener x 5 pemenang


Okay, itu sahaja.. Penyertaan dan sokongan anda amat saya harapkan. Until next time, stay happy & good luck!



Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ




Follow Us @ladyinredplanner