Tuesday, February 13, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Minggu lepas saya dan collegue bercerita tentang kes pembunuhan yang saban hari berlaku di negara ini.. Macam-macam persoalan kami bincangkan tapi sekadar persoalan yang tiada jawapan dan penyelesaian.. It's obviously beyond our control..

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu kes pembunuhan berlaku sekitar tahun 2006 yang mungkin boleh dijadikan ikhtibar kepada pembaca.. Ianya berpunca dari gagal mengawal kemarahan akibatnya perasaan marah itu dikuasai oleh syaitan hingga bertindak di luar batasan.. First of all saya berkongsi kisah ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak.. Tertuduh dalam kes ini menghadapi 4 pertuduhan membunuh kerana menyebabkan kematian isteri dan 3 orang anaknya.

Criminal Case
Kes pembunuhan
LATARBELAKANG KES

Sebelum ini tertuduh tinggal bersama isteri dan 3 orang anaknya di sebuah rumah yang dibeli oleh tertuduh di atas nama isterinya selama empat bulan sebelum kejadian berlaku. Beliau berkahwin dengan isterinya dalam tahun 1998 atas dasar cinta. Kehidupan keluarga mereka bahagia dan beliau amat menyayangi ahli keluarganya terutama 3 orang anaknya. Beliau selalu bawa anak pergi ke masjid dan ajar mereka hal agama untuk menjadi seorang yang alim. 

Isteri beliau menghadapi masalah berkaitan hutang pembelian sebuah kereta jenis Mazda yang dibeli oleh bapa mertuanya atas nama isteri beliau. Pada pertengahan Februari beberapa pegawai bank datang ke rumah mencari isterinya untuk meminta isterinya menjelaskan hutang anggaran berjumlah RM13,000.00. Hutang isteri beliau akan melibatkan rumah mereka jika hutang itu gagal dibayar. Beliau dan isteri ada bertemu dengan bapa mertuanya untuk berbincang mengenai perkara ini namun bapa mertuanya enggan bertanggungjawab sebaliknya menyuruh beliau dan isteri menyelesaikan hutang itu sendiri. Isteri beliau beberapa kali mendesak beliau membayar hutang tersebut tetapi beliau tidak bersetuju kerana beliau memerlukan wang untuk modal pusingan perniagaan beliau bagi menampung kehidupan.

HARI KEJADIAN

Pada petang hari kejadian, 11 Mac 2006 lebih kurang 6 petang beliau sekeluarga menonton tv sambil minum petang di tingkat bawah rumah mereka. Sekali lagi isteri beliau mendesak supaya membayar hutang tersebut. Beliau tetap dengan pendirian bahawa beliau perlu wang untuk modal pusingan perniagaan. Isteri beliau marah dan bising-bising kepada beliau. Beliau dan 2 anak lelaki naik ke tingkat atas dan menonton tv dalam bilik tidur utama untuk mengelakkan pertengkaran dengan isteri beliau. Anak perempuan beliau ketika itu sedang tidur dalam buaian di tingkat bawah.

Waktu azan Maghrib, isteri beliau memanggil 2 anak lelaki beliau turun ke bawah dengan anggapan beliau bahawa isteri beliau mahu memandikan 2 anak tersebut. 2 anak lelaki beliau turun ke bawah manakala beliau terus berada di bilik tidur utama di tingkat atas.

Selepas waktu Maghrib, lebih kurang 15 hingga 20 minit selepas anak-anak lelakinya turun ke bawah, beliau mendengar anak sulung beliau berteriak memberitahu : "Abah, emak pukul adik!". Beliau tidak ambil kisah bila anak sulungnya memberitahu isterinya memukul anak oleh kerana isterinya biasa memukul anak-anak kerana 2 anak lelakinya memang nakal dan mereka memang suka mengadu kepada beliau bila dipukul. Oleh itu bila anak sulung beritahu isterinya pukul adik, beliau tidak terus turun ke bawah.

Beliau kemudian mendapati anak-anaknya tidak naik ke tingkat atas selepas mandi seperti biasa oleh kerana baju mereka berada di biik tidur utama di tingkat atas. Beliau pun turun ke bawah dengan niat untuk membantu isteri memandikan 2 anaknya. Tiba di separuh tangga, beliau melihat anak sulungnya tertiarap di atas carpet di ruang tamu dengan kepalanya berdarah. Manakala beliau melihat anak keduanya dalam keadaan terlentang di sebelah anak sulungnya. Beliau turut melihat isteri beliau duduk dalam keadaan termenung di atas kerusi memandang ke arah anak-anak beliau.



APA YANG BERLAKU?

Beliau masih di atas tangga dan bertanya kepada isteri beliau apa yang berlaku. Isteri beliau menjawab bahawa 2 anak lelaki mereka bergurau sehingga menyebabkan buaian anak bongsu mereka terbalik. Bila beliau bertanya kenapa kepala anak-anak mereka berdarah, isterinya menjawab : "Aku pukul dengan besi buai."

Mendengar jawapan isterinya,  beliau menjadi sangat marah dan terus meluru turun ke bawah. Beliau terus mengambil besi buaian yang berada di hadapan isterinya lalu tanpa berfikir panjang, memukul isterinya yang sedang duduk di kerusi. Isterinya bangun dari kerusi dan beliau pukul isterinya lagi dan lagi sehingga isterinya jatuh ke atas lantai.

Beliau kemudian pergi melihat anak-anak beliau. Beliau panik dan menjerit meminta tolong daripada jiran-jirannya apabila melihat keadaan anak-anaknya sedang nazak. Selepas masuk semula baru beliau melihat anak perempuannya yang disangka sedang tidur tetapi sebenarnya telah tidak bernyawa lagi.

JIRAN-JIRAN TERTUDUH

Beberapa orang jiran telah datang ke rumah beliau. Beliau memberitahu jiran-jiran bahawa beliau telah pukul isterinya kerana isterinya telah memukul anak-anaknya hingga mati. Berdasarkan keterangan salah seorang jiran memberitahu bahawa beliau nampak tertuduh menangis keluar dari rumah dan berkata : "Isteri saya pukul anak-anak saya." Jiran tersebut masuk ke rumah beliau dan nampak 4 mayat bergelimbangan di ruang tamu. Seterusnya jiran tersebut bertanya : "Kenapa buat macam ni?" Beliau menjawab : "Cuba akak bayangkan jika suami akak pukul anak-anak, akak marah tak?" Jiran tersebut berkata : "Memanglah marah tapi kalau marah jangan buat macam ni".. Beliau menjawab : "Tak tahan sebab isteri pukul anak sampai mati."

Dalam keadaan panik beliau telah menghubungi adik perempuan beliau dan bapa mertua beliau memaklumkan kejadian yang berlaku. Beliau turut menelefon talian 999 untuk meminta bantuan ambulan dan polis.

TANGKAPAN

Beliau telah ditangkap oleh polis semasa berada di rumah pada malam yang sama. Beliau telah disoal siasat dan beliau telah menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan yang dilakukan oleh pihak polis termasuk menjalani ujian DNA di sebuah hospital besar.   

HUKUMAN

Setelah meneliti segala keterangan saksi, fakta kes dan proses pendakwaan, Yang Arif Hakim telah menjatuhkan hukuman bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati tetapi 12 tahun penjara bermula dari tertuduh ditangkap. Faktor peringanan hukuman yang diambil kira oleh YA Hakim kerana tertuduh telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan. Selain itu, keterangan tertuduh tetap sama dan relevan ketika dalam siasatan, perbicaraan dan soal balas serta telah diterimapakai selaras dengan Akta Keterangan 1950. Tertuduh juga telah menerima hukumannya di mana tertuduh berada dalam keadaan emosi yang tertekan kerana terpaksa berhadapan dengan kemungkinan dikenakan hukuman gantung.

Tindakan tertuduh memukul isterinya akibat 'sudden and grave provocation' apabila melihat kesemua anak-anak kesayangannya berlumuran darah kerana tindakan isterinya yang memukul mereka. Kejadian ini adalah sejarah hitam kepada tertuduh selama-lamanya. 

Pihak Pendakwaraya telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi pertuduhan membunuh 3 anaknya.

Related post : Maksud prima facie

PENGAJARAN

Kes pembunuhan begini biasa berlaku di luar negara seperti yang selalu kita baca dan dengar di media massa, tapi siapa sangka kes ini berlaku di negara kita. Morale of the story, kita kena bijak mengawal emosi terutamanya ketika marah. Jangan sesekali layan sifat marah itu sehingga di luar pertimbangan akal fikiran. Selain itu, perlu bijak menangani masalah dan berbincang untuk mencapai kaedah penyelesaian yang terbaik. 

Semoga perkongsian ini menjadi ikhtibar kepada pembaca, selebihnya anda baca dan nilai sendiri pengajaran lain yang boleh diambil dari kes ini.. 

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ

Monday, February 12, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya kita semua dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya selalu.. Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kegembiraan saya mendapat hadiah dari rakan bloggers.. Siapa tak suka bila dapat hadiah kannnn, hehehe

Selama berblogging dan menyertai mana-mana Segmen & Giveaway, frankly speaking saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan tinggi melangit untuk menang. Penyertaan saya ikhlas sekadar suka-suka dengan niat memberi sokongan kepada rakan bloggers. Namun andai terpilih sebagai pemenang ianya merupakan satu BONUS dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

PEMENANG PERTAMA YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEY HUSAIN

Saya yakin ramai antara bloggers mengenali saudari Husniey Husain (HH) iaitu seorang blogger dari Terengganu. HH gemar melancong dan tak hairanlah kalau niche blog beliau tentang Lifestyle and Travel Blogger. 

Saya menyertai giveaway anjuran HH dan ditaja oleh 2 orang bloggers lain iaitu Noor Maizan dan Nurul Syahirah pada 30 Disember 2017 lalu. Keputusan diumumkan pada 7 Januari 2018 di mana terdapat 69 peserta yang mengambil bahagian. Alhamdulillah kata orang "kalau ada rezeki tak ke mana", sungguh tak ku sangka, saya tesenarai sebagai Pemenang Pertama. 

Tak lama selepas keputusan dikeluarkan, hadiah pun tiba di tangan saya.. Seperti yang dijanjikan, satu unit headphone, optical mouse dan wallet key holder..

Hadiah masih panas dalam pembalut courier >_<
Hadiah Pertama Year End Giveaway by Husniey Husain
Kebetulan saya sedang mencari mouse komputer, jadi sangat tepat dengan hadiah yang saya dapat dari HH. Terima kasih HH.. Jom singgah ke blog HH untuk mengikuti cerita terkini :

 Lifestyle & Travel Blogger


PENGOMEN TEGAR SEPANJANG TAHUN 2017 DI BLOG MRS. A

Sungguh tak ku sangka juga, saya merupakan salah seorang antara 7 Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2017 di Blog Mrs. A.. Manalah sangka, saya suka baca entri di blog Mrs. A sambil tu haruslah tinggalkan komen sama seperti blogwalking di blog lain juga.. Bila sampai masa tuan blog terbuka hati untuk memberi penghargaan kepada Top Commentators dalam blognya.. Alhamdulillah, rezeki yang tak diduga..

Maka saya pun menerima sehelai telekung Siti Khadijah dari Mrs. A sebagai tanda penghargaan..

Telekung Siti Khadijah
Telekung Siti Khadijah
Terima kasih Mrs. A.. Cantik telekung Mrs. A pilih.. Tambah lagi sehelai koleksi telekung saya.. In shaa Allah semua hadiah yang saya terima akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Kepada mereka yang sudah mengenali Mrs. A, jangan lupa kerap singgah di blog Mrs. A tau manakala kepada sesiapa yang masih belum berkenal-kenalan dengan Mrs. A bolehlah singgah di blog :


Begitulah perkongsian saya.. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung setia blog ini.. Tak rugi kita menjalinkan ukhuwah antara rakan bloggers, we support each other. Semoga ikatan persahabatan yang dibina berkekalan dan semakin erat hendaknya..

Oh ya, FEBRUARY GIVEAWAY by Lady In Red Planner masih berlangsung hingga 17 February 2018 ini, masih belum terlambat kepada pembaca yang ingin mengambil bahagian. 



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,
I am LZ

Wednesday, February 07, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Penat sungguh hari ini dengan urusan di pejabat, bukan sebab kerja hakiki tapi penat melayan karenah manusia.. Itulah nama kerja di pejabat kalau tak mahu berurusan dengan manusia dengan siapa lagi? Aduhai.. hehehe

Okaylah izinkan saya membuat post ramblings hari ini... Ramblings tentang kerjaya saya.. Bukan wow mana tapi sekadar perkongsian pengalaman yang mencuit hati.. Pernah dengar tak kerjaya dalam bidang undang-undang sangat stress dan selalu serius or muka ketat, memang betul.. Semuanya bergantung kepada persekitaran dan dengan siapa kita berurusan..

A Litigator
Untuk pengetahuan, saya pernah berkhidmat di Bahagian Undang-Undang dengan 3 firma guaman, construction company dan utility companies. Jarak antara satu majikan dengan majikan lain lebih kurang 4 hingga 5 tahun berkhidmat. Frankly speaking, melalui pengalaman sendiri semua ex-bosses saya jenis kepala angin atau hot temper. Selalu kena marah, fail melayang itu perkara yang pernah saya alami dan sangaaaaaaat biasa dengan keadaan itu.

Bukan untuk memburukkan mereka, malah saya amat berterima kasih kerana tanpa mereka tak mungkin saya dapat melaksanakan tanggungjawab saya sehingga kini. Banyak saya pelajari bila bekerja dengan boss begini.. Berbekalkan pengalaman yang ada, kini saya mampu berdikari melaksanakan setiap tugasan yang diberi.

Sekarang saya bekerja dengan sebuah syarikat utility yang berurusan dengan orang awam. Ini merupakan syarikat utility kedua, beza hanya berlainan negeri. Ianya bukan sesuatu yang mudah kerana visi dan misi syarikat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Bukan hanya kakitangan di barisan hadapan tetapi semua kakitangan perlu menerapkan matlamat yang sama termasuk kakitangan di Bahagian Undang-Undang. 


Bermacam-macam kisah, suka, duka, stress, semua pernah saya hadapi termasuklah kisah mecuit hati.. Saya kongsikan di sini sebagai part of my ramblings :


Kisah 1 : "PATUTKAH KITA RASA BERSALAH?"

Kisah ini berlaku hari ini, 7 Februari 2018.. sebab inilah muncul idea post ramblings.. Saya dihubungi oleh salah seorang Pegawai dari daerah lain untuk mendapatkan nasihat perundangan sebelum mereka menyediakan laporan kes untuk tindakan undang-undang. Dia pun cerita, itu ini.. dan saya tekun menjawab setiap soalan yang diajukan lebih kurang begini :

Pegawai : Puan, ada satu kes ni kerosakan S-Bend berpunca dari kemalangan. Lori langgar..

Saya : Dapat tak nombor pendaftaran lori tu?

Pegawai : Dapat Puan, semua lengkap tapi....

Saya : Tapi kenapa, belum  buat carian pemilikan kenderaan di JPJ?

Pegawai : Bukan Puan, tapi.... pemandu lori tu kena sawan sebab tu lah dia langgar S-bend tu.. Patut tak kita rasa bersalah sebab saman dia? Dia ada tunjuk laporan perubatan..

Saya : Kenapa risau sangat pemandu tu sawan atau tidak, tanggungjawab Encik H sediakan laporan dan dokumen lengkap dan hantar ke Bahagian Undang-Undang. Biar majikan pemandu lori tersebut bertanggungjawab sebab menggaji dan membenarkan pekerja mereka berpenyakit sawan memandu kenderaan.

Pegawai : Ooooo tak salah lahhh kita saman dia kannn..

Saya : Itulah antara isu-isu yang akan dibicarakan nanti...

Pegawai : Okay..
.....

Selepas Pegawai tadi meletakkan telefon, terlintas di fikiran saya, bahaya juga andai kata ada antara pemandu berpenyakit seperti sawan dibenarkan memandu. Bila penyakit menyerang mereka akan hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan, pasti berlaku kemalangan. Malang memang tak berbau, tapi perkara seperti ini sepatutnya tidak diambil mudah.. Selama ini bila saya memandu tak pernah pun terfikir.. Mujur kes tadi dia melanggar aset air, tiada jiwa yang terkorban. Allahu akhbar, jauhkanlah kami dari malapetaka yang tidak diingini, aminnn...


Kisah 2 : JURUKAMERA KALUT

Kisah ini berlaku pada 5 April 2016.. Ketika itu saya mengendalikan kes kemalangan maut. Ibubapa si mati menfailkan Saman terhadap majikan saya yang dinamakan sebagai Defendan. Plaintif mendakwa bahawa anak mereka terlibat dalam kemalangan disebabkan permukaan jalan yang basah disebabkan oleh paip pecah.

Dipendekkan cerita, pada hari itu saya bersama mereka yang berkenaan pergi meninjau tempat di mana kemalangan tersebut berlaku untuk mencari sisa-sisa bukti to strengthen the case semasa perbicaraan bagi mendapatkan gambaran sebenar di tempat kejadian. Tinjauan ini dibuat untuk mendapatkan clue yang membawa kepada punca kemalangan. Saya assigned seorang kakitangan (bukan jurugambar pro) mengambil gambar untuk digunakan semasa perbicaraan.

Jurugambar beriya mengambil gambar seperti yang diarahkan supaya tiada bukti yang tertinggal. Pada saya, ketika itu banyak juga gambar yang 'diambil' dari pelbagai angle. So the next day, saya bersemangat untuk tengok semula gambar-gambar tersebut. Bila saya hubungi jurugambar berkenaan dengan selamba dia kata masa ambil gambar semalam dia lupa masukkan memory card. Entah macam mana perkara itu berlaku, tapi yang pasti langsung tiada gambar direkodkan!

Adoi kecewa! Masa itu saya tak tau nak gelak, nanges atau guling-guling tanda frust. Kenapa nak tergelak? Saya nak tergelak sebab masih terbayang cara dia beriya mengambil gambar, mengalahkan pro okay siap gaya, itu yang tak menahan, hehehehe. At the end, satu gambar pun takde... Kes macam ni pun ada kaaa? Apa pun sabarlah wahai hati.. Dugaaaan.. Akhirnya saya suruh dia pergi semula ke tempat itu dan ambil semula gambar...

Alhamdulillah, kes itu berpihak kepada saya.. Saya berjaya membela kes itu dan I'm proud of myself.. Salah satu pencapaian yang membanggakan kepada saya.. Untuk pengetahuan, kes kemalangan maut biasanya sangat susah untuk dibuktikan oleh Defendan tambahan pula ianya berlaku 3 tahun lepas (ketika kes itu difailkan) di mana kebanyakkan bukti sudah tiada di tempat kejadian. Jika kes itu tidak memihak kepada majikan saya, kemungkinan majikan saya akan menanggung tuntutan berjumlah ratusan ribu ringgit. Tetapi dalam rasa bangga ada perasaan sedih dan terasa berdosa.. Mengapa? In shaa Allah satu masa nanti saya kongsi dengan pembaca..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Hopefully pembaca faham my ramblings.. 



Thank you for reading. Have a wonderful day! 
Sekian, wasalam.. 
Byee...
Regards,
I am LZ

Tuesday, February 06, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Terima kasih diucapkan atas sokongan kalian, I really appreciate it. Untuk pengetahuan pembaca, pada tahun lalu saya ada membuat pembersihan akaun untuk transaksi favourite transfers dari saving account maybank2u. Mana-mana nombor akaun favourite transfers yang sudah tidak diperlukan harus dinyahkan dari senarai..

Tak hairanlah perkara ini berlaku kepada saya. Saya ni suka sangat 'simpan' nombor akaun online seller walapun hanya sekali berurusan, acah-acah akan jadi return customer next time.. Motif untuk memudahkan next purchase so tak perlu tanya nombor akaun lagi.. Akibatnya banyak nombor akaun tak berkenaan dibiarkan dalam senarai favourite transfers. Can you imagine nombor akaun tuan rumah 5 tahun lepas masih ada dalam senarai [tepuk dahi!]..

Selain itu entri ini juga ditujukan kepada pembaca yang masih belum tahu bagaimanakah caranya.. Sesiapa tahu sila duk diam-diam okay, just enjoy reading this entri ;-) hehehe

Mula-mula browse website maybank2u:

maybank2u
 maybank2u
Login ke akaun maybank2u anda
Pilih menu "Accounts & Banking"
Click "Transfers" di bahagian kiri
Browse ke bawah hingga jumpa "Manage my favourite transfers"
Ada 2 pilihan transactions : 3rd party transfer or Interbank Fund Transfer.

Saya pilih 3rd party transfer.


Tick setiap nombor akaun yang ingin dipadam, then click "Delete"
Begitulah cara mudah memadam nombor akaun dalam senarai "Favourite Transfers"..  Selesai sudah satu bab, no more akaun bank mereka yang tidak berkenaan.. Selepas mengemaskini senarai nombor akaun 3rd Party Transfer terasa lega kerana tiada lagi akaun nombor yang boleh mengelirukan, hanya tinggal nombor akaun yang perlu sahaja.. Semoga tutorial ini dapat dimanfaatkan bersama..




Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ



Follow Us @ladyinredplanner