Monday, April 30, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Kelmarin 28 April 2018 merupakan hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (GE14) nanti.. Sejak parlimen dibubarkan awal bulan ini, kiri kanan depan belakang semua sibuk bercerita tentang pilihanraya dan calon pilihan mereka.. Ada cerita panas, ada cerita suam-suam kuku malah ada juga lawak..

Saya hanya mampu melihat 'karenah' penyokong parti-parti yang bertanding dan mendengar pendapat mereka mengenai kelebihan parti masing-masing kerana saya bukanlah seorang yang pandai sangat komen tentang politik..

Untuk pengetahuan pembaca, saya mula daftar mengundi pada tahun 2003.. Ingat lagi ketika itu sedang window shopping dengan college mate di Jusco (AEON) Bandar Baru Klang. Kebetulan ada booth SPR di situ, kami dipanggil untuk mendengar keterangan mengenai fungsi SPR dan tanggungjawab warganegara Malaysia untuk mengundi.. Jadi kami pun ambil kesempatan untuk daftar nama sebagai pengundi. Bila sampai masa mengundi rasa lega sebab nama dah ada dalam senarai mengundi..

Related post : Penting kesedaran mengundi

So bila mula bahang pilihanraya, saya terus semak nama untuk pastikan nama saya ada dalam senarai pengundi.. Al-maklum 5 tahun sekali dikhuatiri ada masalah pada sistem atau manalah tahu ada pertukaran tempat mengundi tanpa pengetahuan saya.. Cara nak semak tentu semua pembaca tahu.. Saya guna 2 cara ini..

CARA SEMAK NAMA PENGUNDI

1. Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Semakann Daftar Pemilih SPR
Masukkan nombor kad pengenalan 
Tekan SEMAK.. Maka akan terpapar butiran nama pemilihan serta kawasan pusat mengundi penama.



2. Applikasi MySPR Semak

Untuk lebih mudah saya lebih suka download apps MySPR Semak dalam phone. 

MySPR Semak apps

Caranya, download apps MySPR Semak di Google Play (android) atau Apple Store (iOS)

MySPR Semak apps
Pilih Semakan Daftar Pemilih. Ikuti arahan yang disediakan.

Selain itu kita boleh juga semak senarai calon di kawasan masing-masing malah keputusan pilihan raya juga boleh semak melalui apps ini.. so handy.. Mana tak sempat ikuti pengumuman keputusan pilihan raya nanti boleh check melalui apps MySPR Semak ini..



TEMPAT SAYA MENGUNDI 

Saya sudah mengundi sejak 2 penggal lalu.. Saya akan ke Shah Alam untuk membuang undi di Parlimen Kota Raja.

Psssstttt anda mengundi di mana? Dah buat arrangement untuk balik mengundi nanti?.. Kalau kena pasangan sorang utara dan sorang selatan, pusat mengundi berbeza susah juga kannn.. Jom kongsi cerita dengan saya.. Jangan lupa komen di bawah okay.. Thank you in advance..

Akhir kata kepada pengundi semua gunakanlah peluang ini untuk memilih pemimpin kita kerana suara  anda berhak didengari.

Semoga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeeee


Regards,
I am LZ

Saturday, April 28, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Masih tiada cerita menarik untuk dikongsi dalam blog post terkini.. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menyertai Segmen Bloglist Mei anjuran blogger bernama Suzlin or call her "Mak Lin" melalui blog beliau www.ceritamak.com.. Penyertaan saya ini boleh dianggap last minute kerana tarikh tutup penyertaan pada 30 April 2018 ini..

 Segmen Bloglist Blog #CeritaMak
Click here : Segmen Bloglist Blog #CeritaMak 
Okay, syarat-syarat penyertaan seperti berikut atau click banner di atas untuk terus ke blog segmen :

1. Like #CeritaMak di Facebook dan Instagram @ceritamak.
2. Buat 1 entri bertajuk "Segmen Bloglist Blog #CeritaMak" dan letakkan banner di atas berserta backlink ke entri ini (dan letak blog Mak dalam bloglist anda juga) - sila rujuk Blogger Directory dalam blog saya ini.
3. Jangan lupa letak URL penyertaan anda di ruangan komen [POST INI]

Tempoh terima link penyertaan sehingga 30 April 2018, jam 8 malam. SEMUA blog peserta akan dimasukkan ke Bloglist Mei blog #CeritaMak selama sebulan bermula 1 Mei 2018.

Jom join segmen ini tanda sokongan kepada rakan blogger Mak Lin..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ

Sunday, April 22, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hujung minggu hampir ke penghujung, cepat sungguh masa berlalu.. Minggu lepas pecah rekod.. Pecah rekod sebab hampir seminggu saya tidak membuat post dan masih belum diberi kesempatan untuk membalas komen-komen pembaca dalam post lalu.. In shaa Allah saya akan cuba balas dalam masa terdekat..

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk.. Sibuk dengan tugasan hakiki di pejabat.. Mental dan fizikal letih I tell you.. Bila ada kes untuk dibicarakan secara tak langsung banyak persediaan perlu dibuat.. Setiap kes yang difailkan tidak mengira berapa jumlah tuntutan, semua harus ditangani dengan serius.. Matlamat saya, kes mesti berjaya.. Apa yang memenatkan bila berdepan dengan karenah manusia, ianya tak semudah yang disangka.. Tak mampu diungkap dengan kata-kata, namun berbaloi apabila segala usaha, penat lelah semua diakhiri dengan pengakhiran yang baik.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang dipanggil sebagai saksi, mereka telah memberikan kerjasama yang sangat baik.. Lepas office hour terima mesej dari bos : "Good job for R..... M......'s case today. Tahniah!".. I just replied : "Alhamdulillah.."

Busy me.. Masih banyak fail menanti..

Dalam kesibukan, sedikit masa perlu diperuntukkan untuk menyambut birthday Kak Nora, salah seorang #ganglunch. Birthday Kak Nora jatuh pada 19 April 2018 lalu..

Happy Birthday to you..

Kami sambut di Kenny Rogers Roasters, AEON Seremban 2 during lunch hour.. Pesanan menu di Kenny Rogers Roasters sangat terhad jadi saya setia dengan menu biasa..  


Kenny Rogers Roasters

Kenny Rogers Roasters guna menu baru sekarang, bukan lagi menu tebal seperti album gambar.. Bila cetak menu baru maka harga pun baru.. Ada beberapa menu kegemaran terdapat sticker - "not available", tak tahu untuk tempoh sementara atau selamanya.. 



Berikut adalah makanan yang kami pesan.. Menu biasa apabila ke Kenny Rogers Roasters :

Kenny Rogers Roasters ice cream & meals

Setiap seorang ordered menu yang sama cuma kami tambah aiskrim sebab dessert untuk birthday girl yang akhirnya kami kongsi bersama, ambil berkat orang yang diraikan gituuuu..

Sambutan birthday Kak Nora lewat sehari sebab pada hari tersebut Kak Nora cuti.. Tahun ini kami sepakat bagi Kak Nora set perfume dari Elianto sebagai tanda ingatan.. 



Related post : Elianto make-up haul

Elianto perfumes

Dalam group #ganglunch, Kak Nora paling senior..  Bawah pula gambar kami #ganglunch.. Kami gelar #ganglunch sebab inilah ahli tetap bila keluar lunch. Saya sama department dengan Pn. Yan dan Mrs. A manakala Kak Nora, Yus dan Naddy lain department.. Kami berkumpul bila waktu lunch sahaja.. Dari sinilah timbul #ganglunch and we have WhatsApp group too ;-)

#ganglunch - Atas kiri : Kak Nora, Pn. Yan, Naddy | Bawah kiri : Yus, LZ, Mrs. A

ISTILAH BEST FRIEND / FRIENDSHIP PADA SAYA 

Apabila sebut best friend atau friendship, pada saya ianya membawa maksud yang sangat bermakna.. Making a friend and maintaining a friendship are two different things. Prinsip saya apabila berkawan bukan untuk sementara atau sehari dua tetapi kalau boleh selama-lamanya, friends for a lifetime.. Kawan juga bukan 'ada makna' tetapi ikhlas dari hati, seperti quote di bawah :

"We have three types of friends in life : Friends for a reason, friends for a season and friends for a lifetime." - Manakah satu anda?

Sesiapa kenal saya tentu tahu, saya jenis tak suka orang mengungkit masa silam saya sebab ianya bukan sesuatu yang indah untuk dikenang.. Don't ever use someone's past against them. Mengapa saya tak suka? Secara logic, saya dah berubah dari buruk kepada lebih baik, so kenapa cuba cabar saya untuk ulangi zaman kurang matang dan berperangai buruk yang telah lama saya tinggalkan? It's hurt okay bila orang cuba 'mengingatkan' saya kepada zaman itu.. Mengungkit masa silam seseorang bukanlah gurauan ianya seolah mempersendakan.. Be careful who you share your weaknesses with, some people can't wait for the opportunity to use them against you.

Lagi satu perselisihan faham bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan atau memori indah untuk dikenang.. Saya  hulur kemaafan bukan untuk diperlekehkan. Saya juga ada ego tapi saya tak tunjuk. If I treated you, the way you treated me, you definitely would hate me.. Matlamat saya hanya perdamaian dengan mengenepikan ego. Saya berusaha buang jauh dan padam dari ingatan. Tolong jangan ungkit lagi. Bila diungkit sedikit sebanyak menyakitkan hati serta menganggu emosi, a real friend wouldn't do that. 

Overall, respect people's feelings. Even if it doesn't mean anything to you, it could mean everything to me. A tongue has no bones but it can break a heart, remember that... 

Persahabatan juga memerlukan kepercayaan, pengorbanan, give and take, berkongsi segala susah dan senang bukan hanya ada ketika senang.. Sometimes we expect more from others because we would be willing to do that much for them. Some friends are only around when they want something from you but are never there when you need something from them.. Kawan begini memang tak akan kekal lama..

Bestfriend
Alhamdulillah, saya dikelilingi dengan rakan-rakan yang baik dan memahami tak kira lama atau baru.. Boleh saya katakan semua sahabat saya kekal sehingga kini even dah 20 tahun tak jumpa.. Kami masih keep in touch dan jika memulakan sesuatu conversation seolah-olah baru semalam jumpa padahal dah bertahun lama tak bersua muka. Itulah keistimewaan sahabat yang memang 100% kenal isi hati masing-masing.. Semoga persahabatan yang dibina berkekalan selama-lamanya, in shaaa Allah.. 

Okay, begitu cerita saya sepanjang minggu lalu dan pendapat saya tentang persahabatan.. Saya percaya masing-masing ada pendapat berbeza.. So jangan segan silu untuk menyatakan pendapat pembaca mengenai persahabatan sebenar di ruangan komen di bawah..




Thanks for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,
I am LZ


Saturday, April 14, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi kes jenayah yang boleh dijadikan ikhtibar kepada kita.. Sebelum itu, sila ambil maklum bahawa setiap perkongsian saya ini bukan untuk memprejudiskan mana-mana pihak tetapi sebagai ikhtibar kepada pembaca semua.. 

 

LATARBELAKANG KES

Terdapat 2 tertuduh dalam kes ini di mana setiap satu menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tetapi pihak pendakwa mengemukakan pertuduhan pindaan yang mengandungi satu tuduhan pilihan di bawah Seksyen 304 Kanun tersebut seperti berikut:

Pada 19 Januari 1996 lebih kurang jam 12.15 tengah hari telah bersama-sama menyebabkan kematian ke atas seorang perempuan berusia 50 tahun di sebuah rumah tidak bernombor dengan niat menyebabkan kecederaan yang berkemungkinan besar mendatangkan kematian dan dengan itu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304 (Bahagian Pertama) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan tersebut telah dibacakan secara berasingan dan diterangkan kepada kedua-dua tertuduh dan mereka menganguk faham. Kemudian mereka mengaku salah dengan pertuduhan pilihan.

KRONOLOGI KES

Pada 20 Januari 1996 mayat si mati telah dihantar ke hospital besar untuk dibedah siasat dan sebab kematian adalah "multiple stab injuries to the chest, lungs and heart".

Hasil siasatan polis, seorang lelaki berumur 17 tahun 8 bulan telah ditangkap - Tertuduh Kedua. Pada 23 Januari 1996 semasa dalam tahanan polis Tertuduh Kedua telah memberi maklumat kepada pihak polis berkenaan sebilah pisau yang digunakan olehnya untuk menikam si mati. Pisau tersebut telah didapati tergantung di tepi dinding dalam bilik rumah Tertuduh Kedua. Pisau itu serta sebilah parang telah dirampas oleh pihak polis dan dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya. Mengikut laporan kimia pisau yang ditunjukkan oleh Tertuduh Kedua ada kesan darah manusia.

Pada 26 Januari 1996 Tertuduh Kedua telah membuat pengakuan bahawa dia serta ayahnya terlibat dalam kematian si mati. 

Pada 25 Januari 1996, hasil siasatan polis Tertuduh Pertama telah ditangkap. Tertuduh pertama merupakan bapa kepada Tertuduh Kedua dan tinggal bersama-samanya.

KEJADIAN BUNUH

Dalam kes ini Tertuduh Kedua telah lama menyimpan dendam terhadap si mati. Menurut Tertuduh Kedua, si mati sering menuduhnya mencuri barang jika ada kehilangan sesuatu miliknya. Perasaan ini juga disebabkan oleh si mati yang selalu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya.

Pada 19 Januari 1996 kedua-dua tertuduh telah masuk ke rumah mangsa (si mati). Masa itu Tertuduh Pertama membawa sebilah pisau dan Tertuduh Kedua pula membawa sebilah parang. Semasa itu mangsa sedang baring atas katil di biliknya. Mangsa telah terjaga dari tidurnya dan telah menjerit "tolong!! tolong!!...". Pada masa itu juga Tertuduh Pertama dengan diikuti Tertuduh Kedua telah menikam mangsa. Mangsa telah meninggal dunia akibat tikaman mereka. Kedua-dua tertuduh kemudiannya melarikan diri dari rumah mangsa.


LATARBELAKANG KEDUA-DUA TERTUDUH

Tertuduh Pertama
Tertuduh Pertama adalah bapa ke pada Tertuduh Kedua dan berumur 33 tahun serta tidak begitu sihat. Tertuduh Pertama telah bekerjasama penuh dengan pihak polis sepanjang kes ini berjalan serta telah membuat pengakuan bersalah iaitu bersama-sama dengan Tertuduh Kedua menyebabkan kematian dalam kes ini.

Tertuduh Kedua
Tertuduh Kedua tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah. Kesalahan ini adalah kesalahan pertama Tertuduh Kedua. Memandangkan umur Tertuduh Kedua semasa melakukan kesalahan adalah di bawah umur maka YA Hakim memerintahkan supaya satu Laporan Akhlak disediakan ke atasnya. Laporan Akhlak Tertuduh Kedua diterima daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah. 

Laporan Akhlak tersebut menunjukkan bahawa tertuduh terdiri dari lingkungan sederhana. Ibubapa Tertuduh Kedua adalah penoreh getah yang mempunyai 11 orang anak dan Tertuduh Kedua adalah anak ke-9. Tertuduh Kedua belajar sehingga Tingkatan 3. Sebelum ditangkap bersabit dengan kes ini Tertuduh Kedua menerima gaji RM420.00 sebulan sebagai pekerja kilang.Tertuduh Kedua seorang anak yang baik dan taat kepada ibubapanya. Tertuduh Kedua juga ada menyumbangkan RM100.00 dari wang gajinya kepada ibu dan membayar bil-bil yang perlu dibayar.

Hobi dan Pergaulan - Tertuduh Kedua seorang anak yang baik. Pada hari minggu jika tidak bekerja Tertuduh Kedua selalu membantu keluarga menoreh getah. Pada sebelah petang kebiasannya Tertuduh Kedua keluar bermain sepak takraw di balairaya kampung tersebut atau bersiar-siar bersama kawan-kawannya. Walaupun Tertuduh Kedua mempunyai ramai rakan sebaya tetapi masih menjaga pergaulan. Jika keluar rumah Tertuduh Kedua sentiasa pulang dalam tempoh yang dibenarkan oleh ibubapanya.

Pandangan Pegawai Akhlak

Tertuduh Kedua seorang anak yang baik tetapi bersifat pendendam. Tertuduh Kedua rasa tercabar apabila dituduh pencuri dan bila ibu bapanya dilemparkan dengan kata-kata kesat. Dengan itu Tertuduh Kedua bertindak di luar batasan. Walaubagaimana pun Tertuduh Kedua telah rasa menyesal dan kejadian ini merupakan detik hitam dalam hidupnya serta berjanji tidak akan melakukan perkara seperti ini lagi. 

Memandangkan kes ini berlaku ketika Tertuduh Kedua masih di bawah umur serta sebelum ini tidak pernah memiliki rekod jenayah maka amatlah wajar hukuman Tertuduh Pertama dipertimbangkan untuk diringankan sedikit.

ULASAN YA HAKIM

Dalam kes seorang dewasa yang muda sehingga ini telah berkelakuan baik di mana kesalahan pertamanya pada dasarnya tidak terlalu berat, langkah yang sesuai adalah untuk meletakkannya di bawah pengawasan. 

Seksyen 15(2) Akta Mahkamah Juvana 1974 memperuntukan bahawa:

"Tiada seorang pun orang muda boleh dihukum penjara atau diperintah supaya dipenjarakan jika ia boleh diuruskan dengan sesuai dengan cara lain samada dengan percubaan, denda atau ditempatkan di suatu tempat tahanan, sekolah telah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney atau selainnya."

Jika kesalahannya terlalu berat yang memerlukan pemenjaraan, maka satu hukuman penjara hendaklah dikenakan yang akan berkesan bukan sahaja kepada pesalah, malah juga menjadi penghalang dan yang mana akan memberi Jabatan Penjara peluang untuk membetulkan kesilapan pada sifat dan perangainya.

Cara bagaimana kesalahan dalam kes ini dilakukan menunjukkan bahawa kedua-dua tertuduh telah menyerang mangsa tanpa perasaan timbang rasa. Kesalahan telah dilakukakn secara kejam, dirancang dan dengan ganas. Mereka telah pergi ke rumah mangsa, seorang bersenjatakan sebilah pisau dan seorang lagi bersenjatakan parang. Mereka telah menikam mangsa semasa sedang tidur. Gambar-gambar foto dan Laporan Bedah Siasat menunjukkan luka-luka begitu dalam. 

Dalam keadaan sedemikian, YA Hakim berpendapat bahawa Tertuduh Kedua tidak boleh dengan sewajarnya diuruskan dengan cara lain sepertimana dalam Seksyen 15(2) Akta Mahkamah Juvana 1947 melainkan dengan dikenakan satu tempoh penjara.

HUKUMAN
  
Setelah mempertimbangkan segala prinsip-prinsip yang boleh digunapakai, fakta-fakta kes dan kedua-dua tertuduh telah mengaku salah dan tiada sabitan jenayah lampau serta mengambilkira umur masing-masing, YA Hakim telah mensabitkan kedua-dua tertuduh hukuman 10 tahun penjara setiap seorang.

YA Hakim mengenakan hukuman penjara untuk tempoh sama panjang ke atas kedua-dua tertuduh kerana mereka berdua telah melakukan jenayah ini dengan kaedah dan keganasan yang sama. Keadilan bukan kepada Tertuduh-tertuduh sahaja, ia juga bererti keadilan kepada si mati dan masyarakat.

Apa pendapat pembaca mengenai kes ini? Mungkin boleh kongsi ikhtibar atau pengajaran yang diterima setelah membaca kes pembunuhan begini atau apa sahaja yang terlintas untuk dikongsi bersama.. Terima kasih atas setiap komen yang diberikan..
 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ


Follow Us @ladyinredplanner