Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

Tuesday, February 25, 2025

,
BIRTHDAY CELEBRATION DI TAMARIND SQUARE, CYBERJAYA | Happy Belated Birthday to me pada Sabtu, 22 February 2025 lalu.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup dan menjalani aktiviti seharian.. Bila semakin berumur ni, suka mencari ketenangan dengan small circle pergaulan, buat perkara yang kita suka bersama keluarga sendiri.. Antara perkara saya suka ialah pergi ke tempat yang belum pernah dikunjungi sambil mencari tempat makan best but not viral! That's my version of birthday celebration tahun ini.. So enjoy the pictures.

Tamarind Square Cyberjaya

Kali ini demi mencipa satu kenangan, saya ke Tamarind Square di Cyberjaya.. Saya suka dengan keunikan tempat ini.. Kebetulan di situ terletak bookxcess..

menuju bookxcess

Tempat ini agak unik untuk pengunjung pertama kali datang seperti saya.. so saya terpaksa berpandukan signboard untuk ke bookxcess... Saya letak kereta di Tingkat 3, ambil lif naik ke Tingkat 4.. Kemudian ikut signboard menuju ke bookxcess..

bookxcess Tamarind Square Cyberjaya

Cantik tempat ini.. Luas dan deretan buku-buku di kiri dan kanan and not to forget ada cafe juga.. 

The 92's cafe
bookxcess Tamarind Square Cyberjaya
bookxcess Tamarind Square Cyberjaya
Reality Date with a book
Blind Date With A Book
Me tengah fikir beli tak beli.. beli tak beli.. 

Ralit ketika berada di sini, tak sedar sudah hampir 3 jam berada di sini baru terasa lapar.. Makan time! Kita rujuk di food directory..

Food directory, Tamarind Square Cyberjaya

Pilihan pertama tentulah cafe yang menyediakan menu kampung, Western, cake dan coffee iaitu Pastribella Bakeshop.. Hurrmmm seperti ku duga, telalu ramai pengunjung.. takde tempat kosong dan masih ada lagi pengunjung menunggu di barisan.. Don't waste time kita pergi tempat lain..

Pastribella Bakeshop

Di tingkat yang sama saya terpandang kedai Pekan Ipoh Kopitiam..

Pekan Ipoh Kopitiam Cyberjaya
Pekan Ipoh Kopitiam

Melihat kepada Menu Kome tidak memenuhi citarasa saya ketika itu.. I want cake, tempat ini ada coffee but no cake.. May be next time saya singgah Pekan Ipoh Kopitiam.. 

Menu Pekan Ipoh Kopitiam 

Untuk pengetahuan pembaca, terlalu banyak cafe dan tempat makan menarik di sini dari citarasa kampung hingga ke Western.. Rambang mata dibuatnya, macam-macam ada..
Finally, bila kaki penat meronda, perut semakin lapar jadi saya singgah di Barba Bros & Cuz yang kebetulan ada di depan mata.. Restoran berkonsep filem P. Ramlee dan klasik.. Saya terpaksa melupakan cake hunting, terus pesan nasi putih dan daging goreng sebab lapar teruk.. 

Overall makanan semua sedap, tak mengecewakan.. Restaurant review nanti saya suruh anak saya Arief share di blog theredzachannelz.blogspot.com..

Barba Bros & Cuz

Selesai makan dan meluruskan kaki, saya sambung perjalanan bersiar-siar di sekitar Tamarind Square, Cyberjaya sambil #ootd.

Tamarind Square, Cyberjaya
Rumah di Tamarind Square, Cyberjaya
Tamarind Square, Cyberjaya
Tamarind Square, Cyberjaya

Terdapat juga beberapa butik menjual baju tradisional dan moden, jadi sesuailah kepada sesiapa yang ingin survey baju Raya nanti..

Butik pakaian wanita

Kaki sudah penat, hari pun sudah petang tiba masa untuk pulang ke rumah.. 

Block E, Tamarind Square, Cyberjaya

 Alhamdulillah, so called birthday celebration just 3 of us simple but memorable. We had wonderful time here..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Friday, February 24, 2023

,
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup, diberi kesempatan untuk menghirup udara segar serta menikmati rezeki kurniaanNya.. Hari Lahir saya berlalu kelmarin, umur bertambah lagi setahun. Berapa pun umur kita, bila sampai tarikh ulangtahun kelahiran pasti rasa debaran kerana memikirkan pencapaian diri di kala umur bertambah setahun lagi.

When I got older, I don’t want attention on my birthday. Terus terang kata, I just want the day to come and pass quietly. Lainlah masa kita kanak-kanak, sambutan ulangtahun kelahiran adalah moment yang ditunggu-tunggu. I loved my birthdays. Maybe it was the presents or tak sabar potong kek kegemaran bersama family dan kawan-kawan. Semasa di sekolah ketika ulangtahun hari lahir saya setiap tahun, my dad akan sediakan goodies untuk diagihkan kepada kawan-kawan sekelas. Maybe it was because that day was all about myself and ketika itu I loved the attention – it made me feel special.. 

And now we are adults and life doesn't seem so interesting, tidak seperti yang kita sering gambarkan semasa kanak-kanak. Tapi persepsi saya sudah berubah.. Bila tiba hari ulangtahun kelahiran, saya akan meraikan secara sederhana sebagai kenangan..
Birthday flower 

Tahun ini seperti tahun sebelum, tiba sahaja sambutan hari lahir saya, pasti teruja dengan hadiah dan wishes dari officemate. Masuk office pagi itu dikejutkan dengan sejambak bunga dalam paperbag.. Jambangan bunga warna pastel yang cantik, sudah tentu pemberian dari officemate yang rapat dan tahu citarasa saya..

Pastel flower gift

Bunga ini masih lagi saya simpan di tempat asal kerana hujung minggu nanti saya bercadang untuk membuat perubahan ruang master bedroom saya.  

My favorite gift

Untuk sementara waktu, saya letak di atas meja solek.. 

Habis waktu kerja, my husband bawa pergi makan malam di restoran seafood di Port Dickson. Masa singkat, jadi hanya sempat bawa tempat makan dekat dengan rumah. 

Port Dickson

Maka kami pesan makanan kegemaran saya, lauk simple sahaja terdiri dari menu berasaskan seafood. 

Menu seafood

Selesai makan malam, saya ke Starbucks Coffee di Waterfront semata-mata untuk redeem cake percuma.. Ini menjadi rutin saya setiap kali sambutan hari lahir..

Starbucks Coffee Waterfront Port Dickson

Bohonglah kalau pergi ke Starbucks tak membeli minuman.. Belek-belek Starbucks apps, terpandang promosi Frappuccino Fest iaitu 2 minuman saiz venti hanya berharga RM28.00. Saya baca review di Instagram rata-rata komen minuman ni sedap so saya pun cuba.. 

Starbucks Frappuccino Fest! 

Pilihan saya tentu Mocha Nut Frappuccino, manakala Poppin' Love Frappuccino untuk Arief.. My husband part bayar, hehehehe..

Mocha Nut Frappuccino & Poppin' Love Frappuccino

Dijadikan cerita, setiap kali saya pergi ke Starbucks saya pasti akan meninjau koleksi merchandise terbaharu.. Kebetulan ketika ini Spring in Bloom Collection.. 

Spring in Bloom Collection

Cantik dan tertarik dengan warna soft pink.. My husband pula offer untuk I buat pilihan mana satu pilihan di hati.. sudah tentulah saya tak lepas peluang sebab ada orang sudi belanja.. 

Transformable into 2 sizes 

Saya pilih bekas minuman jenis transformable into 2 sizes sebab unik malangnya hanya sesuai untuk minuman sejuk.. Saya prefer tumbler untuk minuman panas.. Hahahaha sejenis tak bersyukur pula kann, dah ada orang belanja terima saja laa kannn tapi masih tak puas hati.. 

Pokok hiasan dan naelofar
The next day, masuk office dapat beberapa surprise lagi antaranya sepasu kecil pokok bunga hiasan, product naelofar dan hadiah lain (tiada dalam gambar) from my other officemate.. Diaorang memang kenal dan tahu apa yang saya suka..

Selamat Hari Lahir 2023

Last but not least, sebagai kenangan saya tepek di sini ucapan Selamat Hari Lahir dari pihak university.. 

Terima kasih kawan-kawan atas ucapan dan hadiah ulangtahun kelahiran saya.. Pada saya hadiah bukan segala-galanya tetapi apa yang sangat penting saya berbesar hati mendapat kawan yang baik, setia, ikhlas, jujur dan tahu menghargai persahabatan.. 

I’m so fortunate to be able to celebrate my birthday this year with my family but also with friends  sending well-wishes thru social media – thank you so much! 

Apa yang dapat saya simpulkan di sini, for me there is no need to fear getting old and it does not stop you from enjoying your life and moving forward. In fact, the older you get, the more important it is to celebrate your birthday. 

Sentiasa semat dalam diri - every life has value, every life is important and every life is precious. Not to forget kepada insan yang melahirkan kita, thanks to my mom too..

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Monday, July 22, 2019

,
BIRTHDAY SURPRISE BOUQUET, PEMBERIAN KECIL TAPI BERMAKNA | Al-kisah terlalu serabut dan sibuk dengan proses pindah rumah minggu lalu, saya seperti tak berpijak di bumi yang nyata.. Pagi ini baru teringat birthday adik bongsu dah berlalu semalam.. I can't believe I forgot my sister 's special day. I feel bad about it, tanpa berlengah terus capai phone dan wish her happy belated birthday..

Masih tetap rasa bersalah, so I decided to send her birthday surprise bouquet. Tapi masihkah ada yang sudi ambil order last minute dan hantar dalam hari yang sama before 4.30 p.m? Just tawakkal.. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan.. Hasil pencarian, saya dapat khidmat surprise delivery dengan hanya sekali percubaan.

Surprise birthday delivery for my sister
Inilah feedback saya terima dari my adik bongsu :



Feedback
Saya kenang jasa adik bongsu ni, Allah takdirkan dia masih single (umur sekarang 34 tahun) untuk menjaga orang tua di kampung. Lately ayah saya tak sihat dan bermacam-macam ragam lagi dia perlu hadapi ditambah pula kerja hakiki sebagai Lecturer. Saya faham, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya tak dapat balik kampung sekerap mungkin. Adik bongsu ini harapan saya.

Walaupun begitu, kami adik-beradik sama-sama memenuhi kekurangan yang ada untuk saling bekerjasama. Bab tenaga, kewangan, perhatian dan keperluan dibahagi sama. Jadi tak hairanlah mengapa dia rasa terharu apabila mendapat penghargaan seperti itu, pemberian kecil bagi saya tapi bermakna untuk dia..



Doa saya kepada adik bongsu : Semoga diberikan kesihatan, kesabaran, dipermudahkan urusan, diluaskan pintu rezeki dan dilimpahi rahmat Illahi.. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan mendapat redha dan balasan syurga, aamiin.

Setakat ini sahaja perkongsian saya Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Friday, November 16, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Last Friday during lunch hour kami #ganglunch berpakat untuk buat surprise belated birthday untuk salah seorang #ganglunch yang lebih mesra dipanggil Naddy.. Al-kisah birthday si Naddy ni dah lama berlalu iaitu pada  4.9.2018  tapi masa tu dia sedang berpantang anak pertama.. Jadi agak lambatlah kami mengaturkan birthday celebration untuk Si Naddy..

Hanya selepas sebulan Naddy masuk kerja baru dapat realisasi birthday si Naddy.. Tempahan cake diuruskan oleh Yan.. Inilah Pecan Butterscotch homemade cake khas untuk Si Naddy dari #ganglunch..

Pecan Butterscotch Cake
Kami gigih pi beli gift di Body Shop.. Kebetulan Body Shop ada buat gift package sempena Christmas.. Banyak pakej Body Shop cute sampai rambang mata dibuatnya..

Gift and Birthday cake
Akhirnya kami sepakat memilih an owl purple ni..Inilah Si Naddy bersama hadiah dari kami #ganglunch berupa barangan dari The Body Shop..

Si Naddy
Sambutan diadakan di Row Six Restaurant.. Tempat biasa kami pergi during lunch hour.. Ada privacy sikit, gituuuu..


I'm Naddy and my colleague Yus
Pecan Butterscotch Cake 
Sedap jugak kek Pecan Butterscotch ni.. Kek homemade biasanya tak cepat muak berbanding kek yang biasa kita beli di bakery.. 

Sepotong ke birthday
Ini sepotong kek untuk saya.. Sedap, tak cukup sepotong..

The Body Shop
The Body Shop
Hadiah untuk si Naddy.. Lepas ni Naddy bolehlah berwangi-wangian dengan product The Body Shop.. Bekas owl purple tu sebenarnya tabung.. So masa simpan duit dalam ni nanti Nad akan ingat #ganglunch, hehehe


Last but not least, inilah kami #ganglunch..

#ganglunch
Begitulah Belated Birthday Celebration untuk Si Naddy.. Hari ini genap seminggu sambutan itu berlalu.. Sempena sambutan birthday ini, saya doakan semoga Nad sentiasa beroleh kesejahteraan, dilimpahkan rezeki dan dilindungiNya selalu, aminnnn..

Oh ya, sesiapa yang ingin mengenali Naddy, ini link blognya : Corat Coret Si Naddy.
Terus-terang kata blog Naddy ni on-off, bila ada kesempatan baru Nad akan update blog.. So kena sabar tapi setahu saya Nad belum pencen dari dunia blogging..

Untuk pengetahuan pembaca, saya ramai kawan tapi sahabat boleh dikira. Saya sangat menghargai persahabatan tapi persahabatan saya bukan kepada kawan yang tak mengaku kawan jauh sekali mengaku sahabat. For me kawan dan sahabat 2 perkara yang berbeza. Saya pernah post tentang ERTI PERSAHABATAN di sini.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.
Sekian, wasalam..
Byeeeee...


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner