PESANAN DI USIA 40 TAHUN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Pernah dengar tak bila orang wish birthday dia akan selit dengan kata-kata : "oh don't worry, age is just a number".. Walaupun umur sekadar angka but in my case a very big number, hehehe. Umur juga menentukan sebanyak mana amalan kita sebagai Muslim sejati yang perlu sentiasa bersedia mengumpul bekalan di dunia untuk dibawa ke sana..

40th Birthday
Happy Birthday t me, myself & I

Untuk pengetahuan pembaca, hari ini genap umur saya 40 tahun (no need to hide).. Member sekolah seusia saya berkongsi article ini di group WhatsApp untuk saling ingat mengingati ketika semua sama-sama masuk 40 tahun 2018 ini. Saya kongsi di sini untuk manfaat bersama :

"Umur 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian etc.) atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit etc.) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Usia 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun malah 70 tahun, masih memikirkan kereta sportnya, tanaman duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya, anak-anak dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar kuliah agama, ibadat di masjid, menunaikan umrah, haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, saudara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri. Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARI = RIBUAN TAHUN… Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri anda, sudahkah dia mempersiapkannya?...

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Mari kita dekatkan diri denganNya dan tingalkan larangan-Nya.. insyaAllah."

By: Miracle Sidrah Protection


Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari perkongsian ini.. 
Doakan agar saya terus istiqama to be a better Muslim..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee...


Regards,
I am LZ

26 Comments:

Sebaya kita tp saya bln April.. cpt rasa masa berlalu.. Tq for sharing. .smoga kita perbaiki apa yg masih kekurangan ..Dh lebih dktkn dengan Allah.. Selamat ulangtahun

Hb LZ.
Semoga dalam usia 4 series ini sentiasa mendapat keberkatan dan redha-Nya

suami saya ada beritahu umur 40 tahun adalah untuk kita lebih dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. harap LZ dan kita semua lebih istiqama

hepi birthday LZ! Usia 40 memang umur yang orang selalu kata paling 'ripe'.pernah dengar orang kata if perangai kita masa umur 40 macam tu, akan kekal sampai bila-bila.Apa pun, semoga terus matang dan berjaya dunia akhirat. Tak salah jiwa muda, janji ingat yang hidup bukan selamanya. Ewahhh

happy birthday... bagus info nie..

happy birthday sis...kadang2 orang tanya umur saya lebih suka berahsia umur hihi

Happy belated birthday sister!!! ^^ semoga berjaya dunia akhirat dan happy go lucky selalu :3 keep on blogging ya! :D Thank you for the inspiring entry :)

Waalaikumusalam! Ya kita saling ingat mengingati.

Happy birthday sis..semoga dimurahkan rezeki

Alhamdulillah. Semoga Kak LZ sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur. Aamiin :D

...اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Oh kita sama umur mama tisya 😊.. Terima kasih atas doa & ingatan 💕

...اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Terima kasih pakcik WP atas doa..

...اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Itulah yang diharapkan.. Terima kasih anzrarizal 💕

...اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Begitulah hendaknya Sal 😊.. Terima kasih atas doa & ingatan 💕

Terima kasih CikLily Putih 💕

Thanks Miss Tins 💕..
Agree with you.. Bergantung kpd individu, ada orang lebih senang berahsia 😊..

...اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Terima kasih atas doa & ingatan. Thank you so much for your support Hana 💕

Alhamdulillah sis sweetie itulah yg kita mahu..

...اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Terima kasih atas Rabiah doa & ingatan 💕

...اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Terima kasih atas doa & ingatan Fatin 💕

Happy bezday LZ.. moga Allah makbulkan doa doamu...Welcome to the club...tak pe muda lagi tu LZ hihi...

Hehehehe terima kasih atas doa & ingatan Kak Nom 💕..

omputih ckp life begins at 40... ;-)

Hihihihi kannn dear anies, semuanya bermula di usia 40 TAHUN. 😉😁

Oh I see 😊..
Ada gang..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More