Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Wow lama tak update blog... Setelah 14 hari berlalu dalam bulan Januari 2019, kini baru saya munculkan diri.. Actually dalam tempoh 14 hari struggle dengan jadual dan rutin harian baru menjelang tahun 2019.. Nak tahu apa dia? Jom ikuti cerita saya, hehehe

Sebelum sesi persekolahan bermula kesibukan ibubapa tertumpu kepada persiapan tetapi apabila masuk sahaja tahun baru saya percaya ada sebahagian ibubapa turut sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak.. Saya tak terkecuali menghadapi situasi ini.. 

 
Untuk pengetahuan, saya tak daftar anak ke KAFA.. Jika tahun 2018, selepas sesi sekolah pagi anak akan diambil oleh ustazah ke transit sebelah petang tapi lain pula rutin tahun ini. Tahun ini tiada transport disediakan.. Maka sejurus sahaja jadual sekolah diedarkan, maka saya mula sibuk mengambil tempat ustazah mengambil anak pulang dari sekolah.. Jadi faham-fahamlah bila masa kerja bercampur dengan urusan sekolah anak, sangat kelam kabut dan huru-hara.. Tak hirau dah lunch hour, priority dalam fikiran : Pukul berapa anak balik dari sekolah? Bimbang andai terlupa dek kesibukan di pejabat.. Lupa ambil anak tak ker naya dibuatnya... Bukan sahaja fikir masa anak balik sekolah tetapi kena tapau sekali lunch anak dan diri sendiri.. Fikir lagi anak nak makan apa? 

Setiap hari sibuk dengan rutin harian seperti ini sebab itulah sentiasa menghitung hari tak sabar hujung minggu.. Really need a break.. Mujur ada cuti umum dalam bulan Januari.. At least ada masa rehat dan meluruskan pinggang, huhuhu

Hari Keputeraan ke-71 KeBawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,
Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir 
Contoh seperti hari ini, Negeri Sembilan cuti umum sempena Hari Keputeraan Ke-71 KeBawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir..

Bukan main happy bila cuti umum jatuh pada hari Isnin, heaven you all.. Jadi saya ambil kesempatan untuk memanjakan diri di Pusat Kesihatan Total Pro iaitu pusat urutan traditional Thailand,.. Sebenarnya tak sesuai perkataan 'memanjakan diri' tapi lebih tepat mendapatkan muscle pain treatment... Bahagian bahu saya dah lama sakit sampai tak boleh saya tahan lagi..

 
Saya pernah cerita tentang Total Pro DI SINI... 



Temujanji telah dibuat sehari sebelum sesi urutan.. Saya ambil sesi pertama pada pukul 10.00 pagi pakej deep tissue oil massage tempoh urutan selama 2 jam... Jadi semalam, seperti yang dijanjikan tepat jam 10.00 pagi saya pelanggan pertama Total Pro..

Thai Massage Package
Selain itu terdapat juga urutan membuang angin menggunakan ginger essence oil seperti di bawah ini :


Pusat Kesihatan Total Pro Seremban
Kita tahu bahawa Thai massage lebih tertumpu kepada teknik urutan menggunakan lengan, tangan, knuckles, pressure, stretching.. Sangat menyakitkan tetapi tempat sakit mudah rasa lega.. I tell you memang kuat therapist menggunakan kudratnya tekan segala muscle knots, senang citer seperti smack down gitu.. Andai tak tahan sakit boleh menjerit dibuatnya.. Namun tahap tekanan boleh disesuaikan mengikut kehendak pelanggan.. Saya serahkan kepada therapist memandangkan kes saya kronik, hehehe

Selesai sahaja sesi urutan semalam seluruh badan rasa sakit seperti lebam, jalan pun macam robot.. Tapi alhamdulillah pagi ni rasa ringan walau masih ada sisa sakit pada otot-otot yang bermasalah.. 

Untuk mengurangkan rasa sakit, saya menjamu tekak dengan brownies dari Secret Recipe dan spaghetti carbonara.. Happy tummy, tidur pun lena..

Secret Recipe Brownies
Secret Recipe Spaghetti Carbonara

Begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca. Bagaimana pula dengan rutin harian anda? Ada yang berubah secara drastik atau sambung rutin tahun sebelum?.. Apa pun sudi-sudilah kongsi di ruangan komen di bawah..

Related post : Relax & Have A Thai Massage


Okay, setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,