Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah dapat juga saya bersiaran setelah beberapa hari sibuk dengan urusan harian.. Entry kali ini saya ingin berkongsi review restaurant Afdlin's Shell Syiok by Comedy Planet di Metro Point Kajang..
Al-kisah kami makan di sini secara coincidence pada 12 January 2019 lalu disebabkan urusan berdekatan bandar Kajang.. Untuk pengetahuan, saya agak kurang familiar dengan area Kajang so di mana saya terpandang tempat makan sesuai maka ikut kata hati terus singgah..
Shell Syiok Metro Point Kajang |
Tarikan utama ke restaurant ini sudah tentu gambar Afdlin Shauki terpampang di pintu masuk.. Tak pasti sama ada restaurant ini milik Afldin sepenuhnya atau hanya menggunakan Afdlin sebagai duta restaurant ini.. Siapa boleh beri kepastian, sila tinggalkan komen di bawah.. Apa yang saya tahu saya suka environment restaurant ini sebab unik..
Shell Syiok Restaurant Decoration |
Decor di Shell Syiok Restaurant |
Sepanjang dinding restaurant terdapat lakaran wajah Afdlin Shauki terpampang besar..
Afdlin's Shell Syiok by Comedy Planet |
Bukan hanya decor restaurant unik tetapi memandangkan Afdlin Shauki terkenal dengan pak lawak jadi nama makanan dalam setiap menu juga unik dan kelakar..
Antaranya Nasi Lemak Tak Confuse Lagi, Nasi Goreng Berasap Telinga, Nasi Goreng Permaisuri Gatal-Gatal, nama minuman yang mencuit hati pula seperti Mutiara Pak Leman Kesejukan dan lain-lain lagi...
Menu Shell Syiok |
Menu pilihan saya sekeluarga hari itu ialah Shell Syiok - Combo A (RM26.90) sesuai untuk seorang makan, pilihan saya pula set nasi dan asam pedas seafood manakala nasi goreng untuk Arief..
Shell Syiok - Combo |
So bila order Shell Syiok - Combo maka meja perlu dialas dengan plastik.. Konsep seperti makan di Shellout..
Persediaan untuk menu Shell Syiok |
Tempoh menunggu untuk makanan siap agak singkat.. First, Shell Syiok ready to eat.. Set ini for my husband..
Shell Syiok Combo |
Shell Syiok seafood |
Bagi saya portion lauk agak banyak juga untuk seorang makan, jadi saya tolong ratah lauk, hehehe.. Ini pula set Nasi Goreng Ke Laut untuk Arief...
Nasi Goreng Ke Laut |
Ini pula Asam Pedas Seafood untuk saya..
Shell Syiok Asam Pedas Seafood |
Set asam pedas ni sedap, terasa pedas masam semua cukup..
Teh ais |
Set makanan yang saya pesan siap dengan air teh ais.. Jadi tak perlu pening kepala rambang mata memilih minuman lain.. Kalau nak tukar selera apa salahnya kerana terdapat juga pelbagai pilihan minuman lain.
Overall makanan memenuhi citarasa saya.. Sesiapa yang pernah makan di sini boleh kongsi pengalaman anda manakala sesiapa yang ingin makan di sini sangat dialu-alukan.. Al-maklum citarasa kita tak sama dan pendapat tentang makanan ikut selera masing-masing..
Boleh kunjungi social media Afdlin's Shell Syiok by Comedy Planet seperti berikut :
Instagram : Afdlin's Shell Syiok by Comedy Planet
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee
Regards,
15 Comments:
suka gi kedai yang nama menu pelik pelik 😂😂😂 mcm comel je
Tpi betul la. Environment dia selesa jer tengok.
Cantik kedainya.. Tak pernah pula cuba asam pedas seafood..
tak pernah try lg lah kak.... best2 jgk tgk menu2nya... harga pun ok tak la mahal
nampak menu shell syiok tu banyak jgk... kalau servis pantas mmg lah best... kita dh lapar kan
dekat je ni dgn rumah, blehlah try nanti, kelakarlah menu dia hahaha
Tqs for sharing.. Boleh try nanti.
nampak mcm best... insya allah ada rezeki nk singgah jg
Hehehe unik Sha, rare sikit kann..
Environment sangat cozy Cik Kaella.. Selesa dan best tapi kerusi berat yang amat, hehehe
Yer laa Sha, LZ pun baru first time makan asam pedas seafood kat sini..
Tepat sekali Norhidana, harga berpatutan, service cepat dan rasa sedap adalah bonus kalau kita pergi ke restaurant.. Itulah yang customer harapkan.. Bebila Norhidana boleh try makan sini..
Bila baca menu gelak sendiri Cik Engku.. Ada juga yang agak kasar bahasanya.
Tapi itulah signature restaurant Shell Syiok ni.. Jangan lupa singgah, puas hati kalau rasa sendiri..
You are most welcom M.U.L.A.N..
In shaa Allah satu hari nanti dapat makan di sini..
In shaa Allah dear anies, ada rezeki nanti sampailah juga di sini..
walaupun lahir kat Kajang.. hehe CT tak kenal pun hometown CT tu.. kalo jalan sana mesti kena guna GPS Kalo x kemana hala sampai.
hehehe tudia sepampang muka Afdlin hehe.. nak ajak la mak pegi kalo balik kg nanti..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!