Dugaan Selepas Serah Kunci Rumah Baru

DUGAAN SELEPAS SERAH KUNCI RUMAH BARU | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Walau sibuk dengan proses pindah rumah, tugasan hakiki dan serabut dengan masalah, saya tetap rindu untuk blogging.. Balik dari office terus curi-curi masa untuk share entry baru dengan pembaca setia, ehhh ada pembaca setia ker? hehehehehe.. Diri sendirilah pembaca setia, siapa lagi kannnn.. Walaupun begitu, terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini..

Saya ada berkongsi sesi luahan perasaan tentang pengalaman pahit-manis beli rumah sub-sale di entry sebelum ini, kali ini saya kongsi kesinambungan dari entry lepas. Masih lagi berkisar tentang proses mendapatkan rumah baru.. Saya perlu abadikan di blog ini untuk kenangan sepanjang zaman..

Serahan kunci
Kesinambungan dari cerita lepas saya teruskan ikhtiar dengan menghantar email kepada peguam menerangkan keadaan saya yang genting dengan harapan peguam sendiri faham dan menggunakan 'fungsi' nya untuk 'memujuk' penjual menyerahkan kunci awal..Sepatutnya sebagai peguam Pembeli (saya) dia harus acting in the best interest of her client malangnya tidak begitu.

Nak kata serah kunci awal sangat pun bukan sebenarnya sebab balance purchase price sudah selesai dibayar kepada LPPSA so saya sudah tebus harga penuh belian (balance purchase price has been fully settled) hanya menunggu suratan hakmilik (strata title) didaftar atas nama saya. Bila sampai ke peringkat ini ianya lebih kepada budibicara antara penjual dan pembeli untuk menyerahkan kunci. Proses sudah 98% selesai. Nak dijadikan cerita ianya memang dugaan saya..



AKHIRNYA SERAH KUNCI RUMAH BARU 

Siapa tak gembira bila hajat beli rumah baru terlaksana.. Alhamdulillah, syukur tak terhingga.. Berkat doa kalian akhirnya saya terima kunci yang diharapkan.. Agent menyerahkan kunci dengan syarat saya perlu collect sendiri di Bangi jam 8.30 malam.. So saya ketepikan semua urusan pada petang itu and all the way from Seremban to Bangi jumpa agent tepat pada waktu yang dijanjikan.

Pada keesokkan hari, tentulah semangat berkobar-kobar untuk masuk dan meninjau rumah baru.. Banner iklan di pintu pagar cepat-cepat saya tanggalkan.. Hati berbunga-bunga gembira tak terkata..

Iklan agent hartanah
Akhirnya saya dapat masuk ke compound rumah malang sekali cubaan membuka padlock grill utama gagal.. Sah agent salah beri kunci, hati saya berkata-kata..

Padlock tak boleh dibuka
Saya terus hubungi agent. Beliau dengan rasa yakin mengesahkan bahawa memang tak silap kunci.. Itulah kunci yang diterima dari penjual katanya.. Malas untuk terus berdebat tambahan pula bukan senang dapat kunci ni jadi saya ambil keputusan panggil tukang kunci untuk buka padlock tersebut. 

Tukang kunci gigih membuka pad lock pintu grill utama
Bukan sahaja padlock grill pintu utama tak boleh buka tapi semua kunci yang diberi oleh agent tak sesuai dengan lubang kunci yang ada di seluruh rumah ini.. Ianya disahkan oleh tukang kunci itu sendiri..

Tukang kunci gigih membuka padlock master bedroom
Tak pasal-pasal saya incurred additional cost untuk upah tukang kunci yang bukan murah caj yang dikenakan.. Rasa kecewa tapi kena tabah bila memikirkan dugaan ini tak seberapa dibandingkan dengan nikmat yang saya terima.. Saya sendiri tak pasti kes menganiaya atau memang tersalah kunci, bersangka baiklah benda dah berlaku..

Itulah pengalaman saya dari mula membeli rumah sub-sale ini hingga serah kunci dari penjual melalui agent. Andai ada antara pembaca ingin berkongsi pengalaman sangat dialu-alukan.. Komen anda sangat saya hargai..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

19 Comments:

Alhamdulillah, dah berjaya dpt rumah ... All the best with new house ya LZ .. cheers tau.

Allahuakhbar mencabar betul sis LZ nak masuk rumah baru tu.. Dah dapat kunci tak dapat dibuka pintu rumah pula..

wah dh ada rumah baru... tahniah.. selamat ya.. (saya dh follow blog mrs pip, jemput follow blog saya juga. terima kasih)

Alhamdulillah...dah selamat mendarat rumah baru. Apapun kita bersangka baik ajelah pasal kunci tu. masa saya beli rumah 12 tahun lalu...pintu utama je boleh masuk. gugusan kunci yang dia bagi banyak2 tu...tak tahu nak cocok kat mana...semua tak boleh guna kat pintu bilik

Alhamdulillah.Dibalik kepayahan dan dugaan perasaan..hujungnya nikmat.syukur untuk Kak LZ ya.

Alhamdulillah Mrs Pip akhirnya dimakhbulkan juga doa kita semua.. Syukur tak terkata..

Thank you Mrs Pip for endless support..

Seriously HH.. Sangat menduga dan perlukan kesabaran tinggi..

Terima kasih Mr Qamar..
Will do..

Alhamdulillah syukur Mama Yan akhirnya LZ dapat juga kunci sebelum berakhir bulan Julai ini..

Samalah kes kita, bertabahlah kann..

Alhamdulillah syukur tak terhingga PC.. Lupa sudah segala pahit yg ditempuhi bila nikmat lebih dirasai..

Pengalaman yg mencabar sungguh ni sis LZ. Alhamdulillah dah dpt juga masuk rumah baru akhirnya.

Alhamdulillah, syukur Cik Engku..

mencabar jgk ye kak, tang akhir tu mmg rasa teraniaya betul.... naper perlu buat gitu yek...

dana sebelum ddk rumah skrg ni pun tunggu 2 tahun baru setel semua kak, cumanya dana tak paham sgt proses sbb semua edy yg uruskan, cuma umah tu tahun 2017 kami mulakan urusan beli tp awal 2019 br dpt kunci rumah...

Allahu serupa tak payah pergi ambil kunci rumah tu kan LZ.
Sabar yolah

Proses beli rumah sub-sale ni memang mencabar sikit Dana.. Macam-macam kita (Pembeli) kena tempuhi berbanding beli rumah secara terus dengan Pemaju..

Kena banyak bersabar kannn Dana.. Alhamdulillah syukur akhirnya dapat juga hak kita..

Itulah pasal Mrs. A.. Sangat-sangat menduga kesabaran ketika itu..

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat masuk rumah..
Tapi agent agak tak bertanggungjawab.. Dugaan buat sis LZ ye..

Alhamdulillah..cantik rumahnya..

teruk betul ejen tu ye, tk professional bg kunci salah, masa pi tengok rumah ok je kuncinya..

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. Semoga akak sentiasa dalam LindunganNYA. love!

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More