Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman

POKOK BONSAI BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Rasanya sudah lama saya tak berkongsi cerita di blog ini. Jadual saya bulan Oktober agak padat hingga terasa cepat sungguh masa berlalu.

Semalam saya ke Johor Bahru ada urusan yang perlu diselesaikan. Perjalanan menuju ke Johor Bahru dari Muar melalui lebuhraya manakala perjalanan pulang melalui susur keluar ke Ayer Hitam. Lama tak singgah pekan Ayer Hitam yang terkenal dengan syurga pasu seramik, teddy bear besar dan bunga hiasan. Perjalanan pulang dari pekan Ayer Hitam melalui jalan dalam untuk melihat pemandangan suasana kampung.

Nursery pokok bunga hiasan

Dalam perjalanan melepasi Yong Peng (saya tak pasti lokasi sebenar) saya singgah di sebuah nursery yang menjual pelbagai pokok bunga. Apa yang membuatkan saya terasa ingin memberhentikan kereta di sini disebabkan terdapat pelbagai warna pokok bonsai dari pokok bunga kertas (bougainvillea). Saya pernah kata, saya ni pantang tengok pokok bunga kertas, pokok roses dan orkid, mulalah teruja dan lupa diri. Adoi parah!

Nursery pokok bunga

Sebelum ni saya suka kumpul pokok bunga rose dari pelbagai warna tetapi kini saya sudah beralih arah terpaksa derhaka dengan roses disebabkan terpandang keindahan pokok bunga kertas di Santorini, Greece. Dah laa cantik senang dijaga tak seperti pokok bunga rose yang manja, tak boleh kena panas terik.

Santorini, Greece -  credit to Google
Santorini, Greece -  credit to Google
Untuk pengetahuan pembaca, dah lama saya mengidamkan pokok bonsai bunga kertas. Jadi semalam saya berjaya mencapai hasrat memiliki pokok bonsai bunga kertas pelbagai warna buat pertama kalinya. 

Nursery pokok bunga

Cantik sangat pokok-pokok bunga kertas tersusun di nursery tersebut.. Jangan tanya tentulah saya rambang mata. Lama juga buat pilihan sebelum berjaya rembat sepokok ni..

Pokok bonsai bunga kertas

Oleh kerana masa tak mengizinkan untuk saya terus membelek-belek setiap satu pokok, saya pilih pokok bonsai (pasu hitam) jenis ini. Gabungan warna merah dan pink. Harga pun murah iaitu RM70.00 sahaja.

Pokok bunga kertas warna pink berdaun hijau putih 

Bukan itu sahaja, saya juga beli sepokok bunga kertas warna merah (harga RM4.50) disebabkan tertarik dengan daun pokok berbelang putih. Masih lagi terletak dalam poly bag, ada masa nanti saya akan tukar ke pasu lain yang sudah semestinya pasu berwarna putih supaya seragam.

Pokok bunga kertas gabungan warna oren dan peach

Ini pula pokok bunga kertas yang pernah saya cerita di post ini -> [DI SINI]. Untuk pengetahuan pembaca, pokok bunga kertas ini berumur lebih 10 tahun. 

Pokok bunga kertas gabungan warna oren dan peach

Pokok bunga kertas ini gabungan warna oren dan peach. Pokok ini dah mula mengeluarkan bunga setelah saya potong semua dahannya semasa pindah tempoh hari. Sejak kebelakangan ini pula cuaca hujan dan panas memang sesuai untuk menggalakkan bunga berkembang. Bila dahan semakin besar nanti saya akan bentuk supaya pokok sentiasa rendang.


Begitulah cerita tentang pokok bunga kertas saya. Sebelum mengakhiri post ini saya kongsi pokok orkid saya yang akan mengeluarkan bunga tak lama lagi..

Pokok orkid

Pokok orkid saya tak banyak jadi saya sangkut sahaja pokok-pokok orkid itu di tepi pagar.

Pokok orkid di tepi pagar

Okay, setakat ini saya perkongsian keterujaan saya membeli pokok bonsai bunga kertas. Orang yang suka dengan tanaman bunga sahaja memahami bagaimana perasaan itu, hehehehe. In shaa Allah saya akan repeat ke nursery itu lagi untuk memburu pokok bonsai bunga kertas seterusnya.. Mungkin cari gabungan warna putih dan light pink pula.. *wink...wink..wink..* >_<

By the way, thank you for reading. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byee..


Regards,


Loading...

16 Comments:

cantik-cantik bunga kertas LZ. suka yang gabung warna oren dan peach. naik seri rumah

cantik! saya pun tak boleh tgk pokok bunga kertas lawa macam ni. geram tengok..hehe

LZ suka warna terang oren dan peach, memang nampak cantik, terima kasih Sal 🌹

Kita serupa TS, memang tak boleh tengok bunga kertas cantik2, geram kann hehehe 😁

boleh tahan harganya ye kak, tapi memang lawo, tengok pasal bunga kertas ni teringin nk beli jugak lah, sebab bunga kertas ini antara pokok yang tahan lasak dan cantik juga bunga nya. nak kena cari jugak lah nanti, cuma nak cari yang biasa-biasa je, tak mmapu nk beli yg bonsai tu kak...

Awesome information. If you're looking for the best things to do in the world, Things to do has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

Cantiknya! Kalau jadi kak LZ pun rambang mata jugak dibuatnya. Memang happy sangat kalau dapat tambah pokok bunga di rumah

Seronoknya pokok bunga.... Saya pun mint giler dgn pokok2 ni.... :)

Dulu2 wak suka juga cantum2 pokok bunga kertas ni.
Sampai 5-6 jenis satu pokok.
Sekarang dah takde masa nak buat

untunglar dpt gi santorini greece yg chabtek tu kanns.. hehehe

Walaupun Mrs. A kurang minat pokok-pokok tapi kalau bunga kertas Mrs. A suka sebab ia sejenis pokok bunga yang berbunga colorful dan sangat menceriakan.

cantik bunga kertas bila berbunga lebat, xperasan pulak rietta santorini greece byk pokok bunga kertas...cantik....

mak akak suka pokok2 bunga kertas..tapi sbb dah tk duduk di kpg, banyak pokok dah jd kering/tk bermaya...
suka tengok bunga2 merimbun pelbagai kaler..

kdang2 geram tengok pokok bunga kertas kat rumah orang kembang semangkuk...

cantik bunga kertas kalau berbunga lebat. tapi kena rajin trim kalau nak dia terbentuk cantik macam bongsai tu kan

One day nanti nak tanam bougainvillea kat rumah nak buat macam kat Santorini. One day bila rajin lah.

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More