SEPETANG DI BANDAR MAHARANI | Al-kisah Ahad lalu saya pulang ke kampung halaman di Muar, Johor untuk menguruskan jual beli kenderaan. Plan pun secara mengejut so balik pun mengejut.. Lama tak balik Muar atau nama lain Bandar Maharani Bandar Diraja.. Melepasi jambatan (pertama) Muar ada pintu gerbang berwarna biru disusuli pula Menara Jam di tengah-tengah Bandar Muar..
|
Muar Bandar Maharani Bandar Diraja |
|
Menara Jam Muar |
Saya bercadang untuk jual sahaja kereta pertama saya iaitu jenis Kia Caren memandangkan kereta tersebut memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki. Jual murah-murah asalkan saya tak perlu lagi menanggung
unnecessary cost.
|
My Kia Caren |
|
Kereta Kia Caren ku |
Sepanjang perjalanan dari Seremban saya mengekori kereta yang akan dijual di sebuah kedai kereta terpakai di Jalan Temenggung Ahmad.
Sampai di Muar lebih kurang pukul 2.45 petang.. Saya terus ke kedai kereta terpakai, berurusan hingga pukul 3.50 petang. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan..
|
Masjid Sultan Ibrahim |
Waktu Zuhur hampir ke penghujung, jadi terus bergegas ke Masjid Sultan Ibrahim yang terletak di Tanjung Emas di tepi Sungai Muar untuk menunaikan solat.
Selesai berurusan jual-beli kereta tadi sempat singgah di kedai apam balik dorayaki (apam balik inti kacang merah) di Jalan Sulaiman. Apam balik ini terkenal di Muar sejak tahun 1985 lagi, memang laku keras. Jadi bila ada peluang terus tapau 2 bungkus, 1 bungkus makan dalam kereta manakala sebungkus lagi bawa balik ke Seremban. Ada 8 ketul dalam setiap bungkus. Lebih dari cukup untuk kami bertiga.
|
Apam balik dorayaki Muar |
Apabila telah selesai solat Zuhur, lepak sebentar di tepi Sungai Muar untuk menikmati pemandangan sekitar sambil makan apam balik dorayaki.. Kebetulan masing-masing belum
lunch so lapar teruk
.
|
Masjid Jamek 2 Sultan Ibrahim |
Kelihatan Masjid Jamek 2 Sultan Ibrahim terletak di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Muar di seberang jambatan (pertama) bertentangan dengan Masjid Sultan Ibrahim, sungguh mempersonakan. Masjid itu dibina sekitar tahun 2002.
Related post : Jelajah Bandar Muar
|
Ferry ke Batam, Indonesia menyusuri Sungai Muar |
|
Kaki pancing melabuhkan joran masing-masing |
|
Masjid Sultan Ibrahim, Muar |
Tak lama kemudian azan berkumandang menunjukkan masuk waktu Asar.. Kami menunaikan solat Asar sebelum bertolak ke Seremban.
On the way ke Seremban, singgah beli kupang segar dari salah satu gerai yang terletak di sepanjang jalan menuju ke Muar.. Malam ni dinner kupang rebus laa jawabnya..
|
Kupang segar |
Lama tak makan kupang segar dan air asam, sedap dimakan dengan nasi panas.. Saya suka masak kupang
simple, memadai hanya rebus bersama bawang putih dan halia yang diketuk manakala pencicah pula air cili iaitu 3 ulas bawang putih tumbuk guna lesung bersama 5 biji cili padi. Bila dah hancur campur sedikit cuka, garam dan gula. Masukkan sedikit air asam. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dimakan bersama kupang rebus.. Memang layan weyyy..
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Thank you for reading..
Untuk cerita lain mengenai
tempat-tempat menarik di sekitar Bandar Muar.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee...
Regards,
25 Comments:
Yang last bab cicah kupang tu terliur! Bestnya muar. Tak pernah sampai lagi. InsyaAllah, satu hari. Boleh try apam balik dorayaki famous tu juga hehehe. Lama tak menyinggah sini. Semoga LZ sihat selalu, sentiasa dipermudahkan segala urusan, ameen!
Bila waktu malam bandar atau pekan Muar ni hidup dengan lampu yang terang benderang.Rindu JDT.nshaAllah dalam masa terdekat ni nak balik kampung.
Wah apam balik inti kacang merah. Lama tak makan. Masih kedai kat area toko buku manaf (Dah kedai lain)ke? Awal bulan hari tu baru bawa geng pi JJCM area muo. Tak sempat makan rojak petis kat tanjung Mas.
lama nyer x jejak muar.
suka breakfast sana tiap kali nak balik pontian.
seronok lepak muar.
tg emas tu pun, menarik. ruang santai sekeluarga.
tak penah ke kak dari seremban ke muar lepas tu balik semula tak bermalam... kupang segar dana selalu beli area pontian... memang best kalau rebus je pun manis sangat
Itu kereta LZ yang Mrs. A dan SR naik dulu tu ke?
pernah sekali gi Muar, lama dulu...bandar diraja yg menarik..
Cantik gambar2 yang diambil.
Tak ingat bila last ke Muar.. Kupang tu sedap nya..
Sebelum ke Muar Fairuz Aqilah kena senaraikan tempat-tempat makan menarik & tempat yang ingin dikunjungi, mesti best! By the way thanks for the doa ;)
Best jalan-jalan Muar bila malam PC, banyak tempat makan santai selain lampu-lampu bergemerlapan.. Kalau rindu JDT ada masa nanti boleh turun ke Selatan.. ;)
Wah kak Notie sempat JJCM dengan geng, LZ ada plan juga bawa geng JJCM Muar tapi masih belum berkesempatan.. Next visit harus singgah kedai rojak petis dulu kak baru lengkap jadual JJCM ;)
Ya AA, Muar juga terkenal dengan breakfast best, tak lengkap kalau tak makan lontong dan sate untuk menu breakfast selain coffee 434 ;)
Penat juga Dana balik hari macam tu tapi sebab ada urusan penting gigih juga walaupun penat..
Makanan sedap dan buah tangan dari Muar sebagai pengubat segala penat lelah mengharung highway ;)
Ya Mrs. A, tetiba mengimbau kenangan ke Pasar Besar Seremban untuk pertama kali dalam hidup..
Nostalgia sungguh, hehehehe
Alhamdulillah kak Nohas, even sekali menjadi kenangan abadi kannn kak ;)
Terima kasih Anis ;)
Harus repeat lagi, next time jangan lupa singgah gerai kupang fresh untuk buah tangan ;)
Bila sebut muar.. tak tahu nak ke mana.. rasa macam teluk intan juga.. boleh la jadi sebagai penunjuk arah kalau sampai ke sana.
Ohhhh tanah tumpah darahku..... hampir sebulan tak balik ni, nak balik kg jugak cuti sekolah ni rasanya. Apam balik tu mmg faveret kita jugak kalau balik Muo LZ, sedapkan makan panas panas...
Kenapa jual keta kat Muo LZ tak kat Seremban? Bizi bodi pulak ek hahhaa....
ntah bila la nak sampai ke Muar ni? Masa kanak2 dulu ada la sahabat pena yg tinggal di Parit Bakri.
kalau ke muar mesti kna breakfast satay.. hehehee
Muar ni nampak je kecik, tapi puas kalau berjalan ke sini. Sedapnya kupang kalau rebus!Trademark muar. Eh rindu pulak
kalau dtg lg bolehlah naik cruise sg muar ;-)
Saya suka ke muar untuk makan asam pedas.. hehehe..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!