TAJ MAHAL MALAYSIA DI BANDAR SRI SENDAYAN | Baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi masjid baru di kawasan tempat tinggal saya, Masjid Sri Sendayan di Bandar Sri Sendayan. Masjid ini dibuka sejak 20 September 2019 lalu. Sejak dirasmikan masjid ini menjadi viral di kalangan penduduk dan pengunjung setempat. Rata-rata pengunjung masjid sangat teruja dengan keindahan reka bentuk seni bina Islam yang terdapat di hampir setiap binaan.
Untuk pengetahuan, masjid ini mula dibina sejak tahun 2015 di atas tanah seluas 4.5 ekar melalui konsep wakaf. Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban itu, diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB iaitu Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Masjid berkenaan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
Kebanyakan seni bina masjid ini ditempah khas dari luar negara termasuk ukiran kayu pada dinding ruang solat, tulisan khat, penggunaan saduran berwarna emas dan bongkah jubin mihrab yang berhampiran mimbar.
Masjid ini mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800) dan dewan solat wanita (800 jemaah). Selain itu turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
Arkitek yang bertanggungjawab membina masjid ini ialah En. Zailan Yusop. Beliau mengatakan bahawa seni bina Masjid Sri Sendayan itu adalah campuran seni bina beberapa masjid dari negara Timur Tengah dan hiasan tulisan khatnya ditulis oleh tokoh khat paling agung di dunia dari Turki iaitu Sheikh Hassan Celebi.
Setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Masjid Sri Sendayan di Bandar Sri Sendayan |
Untuk pengetahuan, masjid ini mula dibina sejak tahun 2015 di atas tanah seluas 4.5 ekar melalui konsep wakaf. Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban itu, diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB iaitu Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Ini merupakan masjid kedua yang diwakafkan dermawan itu di Negeri Sembilan selepas Masjid Hussain yang digelar sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.
Seni binaan di Masjid Sri Sendayan |
Masjid berkenaan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
Kebanyakan seni bina masjid ini ditempah khas dari luar negara termasuk ukiran kayu pada dinding ruang solat, tulisan khat, penggunaan saduran berwarna emas dan bongkah jubin mihrab yang berhampiran mimbar.
Masjid Terbesar di Negeri Sembilan |
Ramai yang menyamakan masjid ini dengan Taj Mahal dan ada juga mengatakan ia seperti Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah. Masjid ini betul-betul menjadi tarikan sebelum siap dibina lagi apabila terdapat banyak pertanyaan daripada bakal pengantin untuk bernikah di sini.
Bagaimanapun beliau berharap kesucian rumah ibadat itu dapat dijaga dan paling penting ia terus meriah dengan jemaah untuk menunaikan solat.
Bercirikan seni bina Islam |
Jadi tidak hairanlah masjid itu tidak putus dikunjungi dari pagi hingga malam yang bukan sekadar mahu menyaksikan keindahannya, tetapi turut menjadi sebahagian daripada jemaah untuk menunaikan solat.
Ruang solat Masjid Sendayan di Bandar Sri Sendayan |
Pada hari pertama masjid itu dibuka untuk solat Jumaat, lebih 5,000 jemaah yang hadir bukan sahaja dari Negeri Sembilan tapi Melaka, Putrajaya dan Selangor.
Tulisan khat dan penggunaan saduran berwarna wmas |
Masjid ini mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800) dan dewan solat wanita (800 jemaah). Selain itu turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
Saduran emas |
Arkitek yang bertanggungjawab membina masjid ini ialah En. Zailan Yusop. Beliau mengatakan bahawa seni bina Masjid Sri Sendayan itu adalah campuran seni bina beberapa masjid dari negara Timur Tengah dan hiasan tulisan khatnya ditulis oleh tokoh khat paling agung di dunia dari Turki iaitu Sheikh Hassan Celebi.
Masjid Sri Sendayan |
Beliau juga beberapa kali terbang ke Istanbul, Dubai dan Turki dengan Abd Rashid hanya untuk mencari ilham. Menurutnya sepanjang 30 tahun bergelar arkitek, ini adalah projek paling istimewa buat dirinya. Beliau juga turut berterima kasih kepada Tan Sri kerana beri kepercayaan kepadanya.
Taj Mahal Malaysia |
Jika pembaca berminat untuk mendapatkan keseluruhan gambar masjid ini secara fizikal boleh Google sahaja Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan, in shaa Allah banyak lagi gambar-gambar menarik tentang masjid ini akan dipaparkan. Al-maklum gambar-gambar saya kongsi di sini hasil dari kamera cap ayam diambil oleh photographer amateur. >_<
Setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,
Loading...
13 Comments:
cantik betul, bila lah nak dapat tengok secara live nih
x dpt gi Taj Mahal boleh gi masjid Felda Sendayan kg Nana pun dah cukup..
Cantiknya seni binaan masjid ni. Harap dapat singgah solat disini juga nanti.
Cantik.SuhanaAllah.Besar ganjaran pemilik yang mewakafkan hartanya untuk mendirkan tempat ibadah.
Alhamdulillah satu amalan wakaf yang banyak ganjaran pahalanya buat Tan Sri, ex boss kak ana suatu masa dahulu, Tan Sri amat baik dengan staff :) teringin nak pi sini in shaa allah :)
Wah mmg cantik sgt persis taj mahal
Cantik sangat masjid ni. InshaAllah nak juga panjangkan langkah ke sini nanti 😊
wak pon baru singgah tuari.. siap tido dlm masjid lagikk., hihi
Bolehlah nanti, bila bila free melawat masjid ni... Tengok masjid Sendayan ni teringat masjid Nabawi.
Mak saya teringin nak pergi masjid ni. Nanti bolehlah bawak
ada rezeki nanti nk singgah juga laaa
Thanks for Nice and Informative Post. This article is really contains lot more information about This Topic. 192.168.l.254 is mostly used by modern routers such as Linksys switches, 2Wire routers, TP-Link routers Alcatel ADSL Modems, Thompson ADSL routers, Westell ADSL Modems, 3Com routers, ADSL billions of router, SRW2023 and many more
Alhamdulillah.. semoga pahala terus mengalir buat yang melakukan wakaf.. Ada rezeki, boleh singgah di sini..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!