Sasaran Dana Kecemasan Saya

SASARAN DANA KECEMASAN SAYA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Saya suka cerita tentang wang dan pelaburan mungkin sebab saya ni jenis boros. Jadi setiap masa saya akan cari ilmu untuk menangani sikap buruk saya. Sejak saya menjadi Unit Trust Consultant ("UTC"), saya banyak pelajari ilmu berkaitan perancangan kewangan selain ilmu pelaburan. Sebelum ni saya hanya bergantung dari buku yang dibaca tapi kini alhamdulillah, bidang ini memang kena dengan jiwa saya. Tepat sekali pilihan saya menceburkan diri dalam unit amanah ini.. Apa yang best saya boleh apply ilmu yang dipelajari kepada diri sendiri untuk menguji keberkesanan teori kewangan tersebut. Bukan sekadar poyo dan cakap-cakap kosong, hehehe..


Keep your heels, head and standards high - Coco Chanel


Setiap kali saya hadiri kursus kewangan ianya membuka minda saya bukan sebab semata-mata cerita tentang duit tapi cara pemikiran dan pergaulan dengan pelbagai latarbelakang kisah hidup mereka membuka mata saya. Bayangkan kita dapat dengar sendiri kisah benar yang diceritakan oleh tuan punya badan.. Melihat kesusahan orang lain dan usaha mereka keluar dari kepompong kemiskinan menjadikan saya ‘sedar diri’, saya ni sebenarnya sangat beruntung..

Semasa mula-mula menghadiri kelas Build 101 setiap calon UTC dikehendaki berkongsi tujuan mereka ingin menjadi Perunding Unit Amanah. Masing-masing mempunyai impian dan majoriti ingin mengubah hidup berbanding saya sekadar ingin mengurus pelaburan saya sendiri di samping membantu kawan-kawan atau mereka yang mempunyai kesedaran tentang pelaburan bagi mencapai matlamat kewangan bila bersara kelak. Majoriti yang saya temui, bila bersara anak-anak mereka akan meningkat remaja dan bakal melanjutkan pelajaran ke university. Setakat mengharap simpanan asas EPF akaun 1 memang tak cukup untuk tampung kos sepanjang hidup tambahan pula julat gaji ketika bekerja agak kurang memberangsangkan, jadi potongan EPF pun seciput..

Nilai segala nasihat yang diberikan

Jadi, sebelum saya ‘nasihatkan’ orang lain tentang perancangan kewangan, saya kena buat dulu.. Kali ini saya ingin kongsi tentang cara saya mewujudkan dana kecemasan. Pada pendapat saya, setiap orang perlu bersedia dengan dana kecemasan berupa simpanan tunai yang boleh digunakan segera. Ianya merupakan satu perkara paling asas yang perlu dilakukan dalam mencapai tahap kewangan yang selesa. Jangan bergantung 100% kepada pasangan kita atau orang lain kerana bila-bila masa sahaja mereka akan meninggalkan kita.

Contoh : Isteri jangan mengharap duit suami semata-mata. Andai umur suami tak panjang, macam mana? Hilang tempat bergantung macam tu saja? Inilah kepentingan dana kecemasan selain wang simpanan yang lain. Jika ada dana simpanan jadi tak usik laa akaun simpanan, gitu konsep dia..

Konsep dana kecemasan adalah bersamaan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan purata termasuk keseluruhan perbelanjaan bulanan kita. Kalau expenses bulanan anda RM3,000.00 maka anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM9,000.00 hingga RM18,000.00 dalam akaun simpanan kecemasan. 

Emergency fund

Apakah tujuan dana kecemasan yang saya maksudkan? 

1.  Menampung perbelanjaan perubatan di luar jangka or unexpected. Walaupun saya mempunyai polisi insurans jangan berharap 100% kerana saya mencarum untuk cover critical illness so mungkin ada antara polisi insurance tak cover certain penyakit. Ianya bukan satu jaminan.

2.       Menampung perbelanjaan bulanan keluarga sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan sekiranya keadaan terdesak atau salah seorang dari kami kehilangan pekerjaan (minta dijauhkan..)

3.       Menampung perbelanjaan ibubapa atau adik-beradik jika mereka memerlukan bantuan.

Bagaimana ingin mencapai targets di atas?
Inilah 2 langkah permulaan saya.

Langkah 1 : Saya akan put aside RM1,000.00 permulaan Emergency Fund.

Langkah 2 : Untuk mencapai perbelanjaan bulanan 6 bulan seterusnya, saya perlu simpan 20% dari gaji setiap bulan.



Nampak macam senang kann? Namun saya perlu ada beberapa perkara untuk mencapai targets di atas, iaitu :

DISIPLIN – Saya perlu mendisiplinkan diri untuk tidak sesekali menggunakan wang tersebut kecuali atas sebab KECEMASAN!

CONSISTENT – Saya letak target simpanan sekurang-kurangnya minimun RM1,000.00 sebulan TANPA GAGAL, jadi kenalah consistent dan ikut perancangan. Elak dari menggagalkan misi sendiri.

TAMBAH DANA – Sekiranya pendapatan bulanan saya meningkat (aaminn), saya kena tingkatkan juga jumlah dana kecemasan saya mengikut penambahan pendapatan tersebut. Contoh : Kenaikan gaji bertambah RM500.00, saya kena tambah dana kecemasan RM500.00 juga menjadi RM1,500.00 sebulan.

Okay, setakat ini sahaja.. Panjang lebar post kali ini menap dengan penuh perasaan gitu.. Semoga pembaca semua memperoleh manfaat dari perkongsian ini.. Sesiapa yang ingin berkongsi tips lain atau pendapat sangatlah dialu-alukan...

Sekiranya pembaca ingin tahu lebih lanjut tentang unit amanah (or unit trust) dan investment boleh baca dan follow perkongsian saya di blog ini -> Spend Less, Invest More..



Setakat ini sahaja, thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeeee...

Regards,


Loading...

13 Comments:

Ramai dah amalkan ada tabung kecemasan cuma jumlah tu berbeza-beza.

Ya betul NA, kesedaran tentang tabungan sekarang semakin meluas bukan satu isu yang asing lagi sekarang..

saya pun dalam proses pratikkan tabung kecemasan ni juga cuma itulah kadang-kadang ter skip jugalah

terima kasih kerana mengajak saya sama2 invest dengan len..

kalau ikut ckp Harv Eker, ada 6 tabung kita kena buat. necessity, long-term, play, education, financial dan give. hati mesti kental kalau nak follow idea ni ;-)

Terima kasih atas perkongsian ini. Menarik entry ni . Rabia sekarang tengah kumpul duit simpan dalam tabung.Setiap duit rm 5 rabia akan simpan dalam tabung syiling

Wak takde simpan duit dalam tabung dana kecemasan
Dana tabung haji aje.

Alhamdulillah.Terima kasih sangat-sangat kak LZ perkongsian.

Emergency fund takat ni jumlah tak ada la besar sangat, tapi alhamdulillah ada. ^^

Part nak disiplin tu paling susah rasanya.

Tips yang ohsem sis.. Tapi part disiplin tu yang berat sungguh.. kikiki..

Selalu fail benda ni... tapi tetap tak putus asa.. try lagi dan lagi... harap² makin menimbun la tabung kecemasan saya nanti.

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More