Showing posts with label Public Mutual. Show all posts
Showing posts with label Public Mutual. Show all posts

Wednesday, March 04, 2020

,
RUTIN HARIAN TAHUN 2020 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah kita sudah masuk hari ke-4 dalam bulan Mac 2020.. Bulan February terasa cepat sungguh masa berlalu walaupun begitu namun banyak cerita dan peristiwa berlaku dalam bulan February lalu yang mungkin tersemat dalam hati kita..

Bila masuk bulan Mac, rutin harian saya bertambah 'serious' kerana banyak commitment perlu dipenuhi untuk perancangan masa hadapan.. Hari ni saya nak kongsi antara rutin harian saya sejak hujung tahun lalu dan setakat ini masih berterusan selain rutin tetap mengambil dan menghantar anak dari sekolah setiap hari di samping menghantar ke pusat tusyen selepas waktu kerja pada Isnin dan Selasa. 

Okay, straight to the point.. We all have goals in life.. Begitu juga dengan saya.. Semenjak menjadi Unit Trust Consultant (UTC) secara part-time saya perlu menghadiri class yang dianjurkan oleh Public Mutual iaitu seminggu sekali, pada pukul 8.00 hingga 10.00 malam.. Walaupun sekadar part-time, saya tak mahu jadikan kerjaya ini sebagai hangat-hangat tahi ayam. Jadi saya perlu buat yang terbaik.

Public Mutual Training Class

Untuk pengetahuan pembaca, class Public Mutual ini diadakan untuk memantapkan lagi pengetahuan saya dalam bidang pelaburan supaya saya mampu berikan perkhidmatan terbaik kepada clients saya. Saya suka hadiri kelas ini kerana ianya menepati jiwa dan minat saya pada dunia pelaburan.. 

Public Mutual Agent Service

Sekiranya ada submission borang untuk investors baru, saya akan submit sebelum pukul 7.30 petang. Lately, saya sering berkunjung ke Public Mutual Seremban terutama selepas waktu kerja dan ianya boleh dikatakan sebagai pejabat kedua saya.

Saya pernah beritahu dalam post sebelum ini bahawa penglibatan saya bukan kerana keuntungan semata-mata tetapi untuk menguruskan pelaburan sendiri di samping membantu pelabur mencapai matlamat kewangan mereka apabila bersara kelak..

Related post : CUTE Exam, Lulus!

Bukan hanya saya perlu menghadiri class Public Mutual, untuk pengetahuan pembaca pada tahun lalu saya telah menyambung pelajaran di sebuah university. 

Ilmu 

Saya belajar secara part-time.. Class diadakan pada setiap hari Ahad.. Selain menghadiri class saya juga sibuk dengan assignments untuk melayakkan saya ke semester seterusnya.

Mathematics For Management

Ini antara subject saya ambil untuk Semester ke-2 iaitu Mathematics for Management. Mungkin subject ni mudah bagi sesetengah orang tapi agak mencabar pada saya kerana sebelum ini saya ambil jurusan Law yang banyak membaca dan mengingati fakta tetapi berbeza dengan jurusan kali ini.. But it's okay, saya suka cabaran tapi mestilah realistik. Jangan mencabar diri tapi tak kenal kemampuan diri.. Bila kita tahu kemampuan diri, in shaa Allah ianya tak mustahil untuk dicapai.

So apa yang berlaku bila saya start study? Ketika saya sibuk mengulangkaji, anak saya juga ada bersama-sama membuat revision kerana dia bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.. Jadi mak dan anak bolehlah study sama-sama.. 

Mathematics for Management 

My second semester almost finish. Pada bulan April nanti saya akan menduduki final exam sebelum masuk ke semester seterusnya. Wish me luck okay!

Secara keseluruhannya, hari Isnin hingga Jumaat saya sibuk dengan rutin harian di pejabat dan menguruskan anak, maka hari Sabtu merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk #me time. Andai tiada perancangan balik kampung, saya sekeluarga akan ke Klang Valley untuk window shopping dan makan-makan, most of the time kami akan ke Ikea Damansara untuk cuci mata..

Ikea MALM Dressing table

Melihat decor di Ikea seperti satu therapy untuk saya.. Hilang segala penat lelah..

Ikea display

Dari satu level ke satu level puas membelek segala hiasan yang disusun rapi.. Cantik semuanya cuma bila apply di rumah sendiri kenapa tak sama? Mula stress.. hehehehe

Sekarang wabak Covid-19 semakin active jadi saya terpaksa kurangkan ke tempat sesak.. Maka bila stay at home buatlah kerja-kerja rumah..

Chandelier
Ini chandelier kesayangan saya.. Bila duduk rumah hujung minggu tak boleh duduk diam.. mula mengubah susunatur perabot setelah mendapat ilham dari Ikea. Tak lupa juga menjenguk mini garden saya di porch.. 

Roses my favorite flower

Lihatlah berkembang mekar bunga rose itu.. Cantik suka dengan warnanya.. Selepas tambah tanah dan buang segala rumput baru nampak seri.. Gardening juga my therapy..

Selain rutin di atas, tak lupa juga tanggungjawab membayar cukai.. Cukai taksiran dah keluar.. Lawyer tak bertanggungjawab saya tak pula tukar nama masa urusan jual beli rumah tempoh hari walau legal fees yang dibayar mahal. Legal fees mahal tapi kerja tak siap, kecewa!.. Telan saja dengan perangai manusia begitu, saya hanya mampu bersabar dan serah pada yang Maha Kuasa..

Related post : Pengalaman pahit manis beli rumah sub-sale

Assessment tax

Jadi saya terpaksa applied leave untuk menguruskan urusan tukar nama pemilik rumah bagi cukai taksiran dan bayar sekali cukai yang tertunggak.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan selesai semuanya... 

Dengan rutin harian begitu saya kini menjadikan blog untuk mengisi masa lapang.. Kalau ikutkan hati ingin berblog sentiasa tetapi masa tak mengizinkan.. Memandangkan rutin harian yang agak sibuk, saya perlu menyusun masa dengan sebaik mungkin. Haruslah balance dengan tuntutan dunia dan akhirat juga, in shaa Allah.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Thank you for reading.. Sehingga kita berjumpa lagi di entry..
Sekian, wassalam..
Byeeee..


Regards,




Loading...

Thursday, February 13, 2020

,
SASARAN DANA KECEMASAN SAYA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Saya suka cerita tentang wang dan pelaburan mungkin sebab saya ni jenis boros. Jadi setiap masa saya akan cari ilmu untuk menangani sikap buruk saya. Sejak saya menjadi Unit Trust Consultant ("UTC"), saya banyak pelajari ilmu berkaitan perancangan kewangan selain ilmu pelaburan. Sebelum ni saya hanya bergantung dari buku yang dibaca tapi kini alhamdulillah, bidang ini memang kena dengan jiwa saya. Tepat sekali pilihan saya menceburkan diri dalam unit amanah ini.. Apa yang best saya boleh apply ilmu yang dipelajari kepada diri sendiri untuk menguji keberkesanan teori kewangan tersebut. Bukan sekadar poyo dan cakap-cakap kosong, hehehe..


Keep your heels, head and standards high - Coco Chanel


Setiap kali saya hadiri kursus kewangan ianya membuka minda saya bukan sebab semata-mata cerita tentang duit tapi cara pemikiran dan pergaulan dengan pelbagai latarbelakang kisah hidup mereka membuka mata saya. Bayangkan kita dapat dengar sendiri kisah benar yang diceritakan oleh tuan punya badan.. Melihat kesusahan orang lain dan usaha mereka keluar dari kepompong kemiskinan menjadikan saya ‘sedar diri’, saya ni sebenarnya sangat beruntung..

Semasa mula-mula menghadiri kelas Build 101 setiap calon UTC dikehendaki berkongsi tujuan mereka ingin menjadi Perunding Unit Amanah. Masing-masing mempunyai impian dan majoriti ingin mengubah hidup berbanding saya sekadar ingin mengurus pelaburan saya sendiri di samping membantu kawan-kawan atau mereka yang mempunyai kesedaran tentang pelaburan bagi mencapai matlamat kewangan bila bersara kelak. Majoriti yang saya temui, bila bersara anak-anak mereka akan meningkat remaja dan bakal melanjutkan pelajaran ke university. Setakat mengharap simpanan asas EPF akaun 1 memang tak cukup untuk tampung kos sepanjang hidup tambahan pula julat gaji ketika bekerja agak kurang memberangsangkan, jadi potongan EPF pun seciput..

Nilai segala nasihat yang diberikan

Jadi, sebelum saya ‘nasihatkan’ orang lain tentang perancangan kewangan, saya kena buat dulu.. Kali ini saya ingin kongsi tentang cara saya mewujudkan dana kecemasan. Pada pendapat saya, setiap orang perlu bersedia dengan dana kecemasan berupa simpanan tunai yang boleh digunakan segera. Ianya merupakan satu perkara paling asas yang perlu dilakukan dalam mencapai tahap kewangan yang selesa. Jangan bergantung 100% kepada pasangan kita atau orang lain kerana bila-bila masa sahaja mereka akan meninggalkan kita.

Contoh : Isteri jangan mengharap duit suami semata-mata. Andai umur suami tak panjang, macam mana? Hilang tempat bergantung macam tu saja? Inilah kepentingan dana kecemasan selain wang simpanan yang lain. Jika ada dana simpanan jadi tak usik laa akaun simpanan, gitu konsep dia..

Konsep dana kecemasan adalah bersamaan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan purata termasuk keseluruhan perbelanjaan bulanan kita. Kalau expenses bulanan anda RM3,000.00 maka anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM9,000.00 hingga RM18,000.00 dalam akaun simpanan kecemasan. 

Emergency fund

Apakah tujuan dana kecemasan yang saya maksudkan? 

1.  Menampung perbelanjaan perubatan di luar jangka or unexpected. Walaupun saya mempunyai polisi insurans jangan berharap 100% kerana saya mencarum untuk cover critical illness so mungkin ada antara polisi insurance tak cover certain penyakit. Ianya bukan satu jaminan.

2.       Menampung perbelanjaan bulanan keluarga sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan sekiranya keadaan terdesak atau salah seorang dari kami kehilangan pekerjaan (minta dijauhkan..)

3.       Menampung perbelanjaan ibubapa atau adik-beradik jika mereka memerlukan bantuan.

Bagaimana ingin mencapai targets di atas?
Inilah 2 langkah permulaan saya.

Langkah 1 : Saya akan put aside RM1,000.00 permulaan Emergency Fund.

Langkah 2 : Untuk mencapai perbelanjaan bulanan 6 bulan seterusnya, saya perlu simpan 20% dari gaji setiap bulan.



Nampak macam senang kann? Namun saya perlu ada beberapa perkara untuk mencapai targets di atas, iaitu :

DISIPLIN – Saya perlu mendisiplinkan diri untuk tidak sesekali menggunakan wang tersebut kecuali atas sebab KECEMASAN!

CONSISTENT – Saya letak target simpanan sekurang-kurangnya minimun RM1,000.00 sebulan TANPA GAGAL, jadi kenalah consistent dan ikut perancangan. Elak dari menggagalkan misi sendiri.

TAMBAH DANA – Sekiranya pendapatan bulanan saya meningkat (aaminn), saya kena tingkatkan juga jumlah dana kecemasan saya mengikut penambahan pendapatan tersebut. Contoh : Kenaikan gaji bertambah RM500.00, saya kena tambah dana kecemasan RM500.00 juga menjadi RM1,500.00 sebulan.

Okay, setakat ini sahaja.. Panjang lebar post kali ini menap dengan penuh perasaan gitu.. Semoga pembaca semua memperoleh manfaat dari perkongsian ini.. Sesiapa yang ingin berkongsi tips lain atau pendapat sangatlah dialu-alukan...

Sekiranya pembaca ingin tahu lebih lanjut tentang unit amanah (or unit trust) dan investment boleh baca dan follow perkongsian saya di blog ini -> Spend Less, Invest More..



Setakat ini sahaja, thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeeee...

Regards,


Loading...

Monday, December 09, 2019

,
CARA LANGSAI HUTANG MENGIKUT PENGALAMAN SENDIRI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Hari ni saya nak kongsi cerita tentang hutang memandangkan kita sudah berada di bulan terakhir tahun 2019.. Matlamat saya setiap tahun selain impian yang indah-indah saya selitkan impian untuk habiskan hutang jahat.. Hutang jahat tu hutang yang membebankan diri kita manakala hutang baik pula hutang yang memberi manfaat kepada diri kita. Tapi lebih baik hidup tanpa hutang walau amat mustahil pada zaman ini..

Setiap dari kita pasti pernah berhutang dan ianya dah jadi sebahagian daripada cara untuk kelangsungan hidup di zaman ini.. Perkataan hutang dilihat seperti negatif tetapi andai bijak mengurus ianya banyak membantu kita mencapai impian yang diingini seperti melanjutkan pelajaran, membeli rumah, kenderaan dan pelaburan ASB sebagai contoh. Ini antara hutang baik..


Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis hutang tadi boleh diuruskan dengan teliti supaya kita dapat mengawalnya dengan baik demi mencapai kedudukan kewangan positif. Hutang yang dapat diurus dengan baik juga akan mencerminkan sikap positif pada diri kita demi mencapai aliran wang yang baik dalam jangka panjang.

CERITA TENTANG PENGALAMAN SENDIRI

Untuk pengetahuan pembaca, seawal 20 tahun saya telah memiliki kad kredit dari Citibank jenis Clear Credit Card for student berjumlah RM1,500.00. Ketika itu saya belajar di kolej tahun 90-an layak dapat kad kredit RM1,500.00 kira mewah. Penggunaan kad credit pada masa itu memang di luar kawalan, al-maklum zaman remaja masih banyak lagi keinginan dari segi material yang masih belum dipenuhi. Tinggal pula di Kuala Lumpur memang pantang sahaja belanja di shopping mall pasti swap credit card.

bank blur business buy
Photo by Pixabay

Bermula dari kad credit pertama terus membiak ke kad kredit kedua dari AmBank, seterusnya kad kredit ketiga dari RHB Bank. Saya pernah disaman kerana gagal membayar tunggakan kad kredit AmBank berjumlah RM5,000.00. Alhamdulillah tunggakan tersebut berjaya saya jelaskan tapi bodohlah sebab unnecessary cost kannn. Dah laaa kena bayar hutang tambah lagi kos sebab kena lantik lawyer. 

Dari situ timbul kesedaran untuk menimba ilmu mengurus kewangan apabila umur mencecah 30 tahun. Ketika itu mula timbul kesedaran untuk memiliki aset tetapi satu persatu permohonan pinjaman ke bank gagal diluluskan akibat sikap boros masa lalu di samping rekod credit yang tak cantik di mata CTOS. Perasaan kecewa tak dapat digambarkan bila terima berita dari bank permohonan ditolak.

Bermula dari pengalaman itu, saya nekad untuk mengamalkan kaedah pengurusan wang yang berkesan. Terapkan dalam diri untuk terus consistent walau apa yang berlaku. Alhamdulillah, cara ini berjaya. Hasilnya saya telah selesaikan 2 tunggakan kad kredit saya yang kesemuanya berjumlah RM7,500.00, pinjaman koperasi berjumlah RM12,000.00, pinjaman kereta berbaki RM24,000.00 dan paling membanggakan pada tahun lalu saya berjaya tutup kad kredit RHB Bank saya berjumlah RM20,000.00.

Namun ianya bukan semudah yang disangka.. Sepanjang tempoh itu saya terpaksa kawal nafsu membeli handbags baru, baju, kasut dan sebagainya.. Jika sebelum ni gila LV terpaksa hapuskan niat sama sekali untuk tambah koleksi, no more tidur hotel 4 atau 5 bintang at least 2 kali setiap bulan, no more membeli-belah ikut suka dan makan mewah setiap hari tanpa dirancang.. Itulah harga yang perlu dibayar.. Saya terpaksa singkirkan gaya hidup membazir seperti sebelum ini..

SETTLED - Credit card RHB 

So saya kongsi di sini cara saya mengurus kewangan untuk rujukan bersama :

(1) Senarai dan catat segala perbelanjaan anda

Mula-mula buat senarai semua hutang-hutang besar yang wajib dibayar mengikut kadar faedah, dari tertinggi ke terendah. Bila kita buat cara ni, lebih mudah kita lihat apa liabiliti terbesar dan di mana kita boleh mengurangkan perbelanjaan kita.

Add all of your debt up

Asingkan jumlah perbelanjaan tetap seperti bil internet, sewa, pinjaman rumah, kereta manakala pembayaran bil dengan jumlah yang tak dijangka dan bergantung kepada penggunaan seperti bil elektrik, air, atau telefon.

Kemudian pada setiap hari dan bulan, rekod setiap sen yang kita belanjakan, termasuk setiap perbelanjaan kecil (seperti tiket wayang atau makanan). Dengan cara ini, kita akan dapat melihat dengan jelas berapa banyak perbelanjaan yang telah ditetapkan (budgeted) vs perbelanjaan (expenses) tak dirancang.

Cara terbaik untuk mengawal hutang dengan melihat semula cara kita berbelanja setiap bulan. Terpulang pada anda sama ada untuk menggunakan apps atau secara manual. Saya prefer rekod dalam planner secara manual. Dari situ kita dapat mengenal pasti semua perbelanjaan yang tidak perlu.

Contoh Budget worksheet 

(2) Tetapkan bayaran hutang dengan bunga tertinggi terlebih dahulu 

Selepas kita kenalpasti hutang dengan bayaran jumlah maksimum setiap bulan, kita perlu fikirkan pula cara  dan tempoh hutang dengan kadar faedah tertinggi tersebut akan selesai. Pengalaman saya menyelesaikan hutang kad kredit. Saya berhenti menggunakan kad kredit tersebut serta merta. Saya tetapkan sasaran untuk bayar RM500.00 setiap bulan tanpa gagal walaupun bayaran minimum hanya RM200.00. Dengan cara ini saya dapati hutang kad kredit saya cepat selesai. Hanya tinggal 1 sahaja kad kredit Maybank dengan kredit RM5,000.00 untuk kegunaan kecemasan.

(3) Potong Perbelanjaan Tak Perlu

Dari senarai hutang bulanan yang mesti dibayar termasuk bil-bil setiap bulan, bandingkan dengan jumlah pendapatan bulanan kita. Sekiranya hutang melebihi pendapatan maka kita perlu kurangkan perbelanjaan yang tak perlu seperti membeli majalah, makan luar, fast food, Starbucks dan sebagainya.

Senarai bayaran bil-bil bulanan

(4) Kurangkan Penggunaan Bayaran Bil Tak Tetap 

Bila kita tahu hutang melebihi pendapatan, maka dalam senarai tadi kita perlu potong perbelanjaan yang tak dirancang misal kata kurangkan makan di luar. Mula mengamalkan kempen jimatkan air dan elektrik. Subscribe talian telefon sekali dengan internet dengan pakej lebih murah tetapi tidak menjejaskan mutu perkhidmatan.

Jika kita mempunyai sejarah pembayaran yang baik, kita boleh minta bank supaya recommend pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah yang dikenakan mereka. Cari cara untuk turunkan bil isi rumah - contoh : pindah ke kawasan dengan sewa yang murah.

(5) Buat Side Income 

Pertimbangkan untuk membuat side income untuk bantu aliran tunai kita atau kalau majikan boleh bayar kerja lebih masa (overtime), grab peluang tersebut untuk tingkatkan pendapatan bulanan anda. Tapi janganlah sampai menipu atau desperate, kalau gaji tak berkat akan menjejaskan hidup kita secara keseluruhannya, percayalah.

Selain itu, fikirkan cara untuk menjana pendapatan tambahan seperti blogging, menjalankan perniagaan dalam talian dan sebagainya yang bersesuaian dengan minat kita.

Dari pengalaman saya sendiri, sekitar tahun 2003 hingga 2010 saya gigih jalankan perniagaan atas talian iaitu jual baju kanak-kanak berjenama diimport dari US. Kebetulan suami bekerja di sana jadi saya ambil peluang kirim baju kanak-kanak dari sana sebab harga lebih murah dari butik di Malaysia. Bila anak dah besar saya tak mengikuti perkembangan baju kanak-kanak jadi saya perlu beralih bidang untuk jana pendapatan.

Sekarang saya beralih arah dengan menjadi Unit Trust Consultant untuk menjana pendapatan sampingan di samping to educate orang lain tentang pelaburan yang memberi manfaat kepada diri mereka dalam jangkamasa panjang.

Bukan kata nak kaya cepat atau gaji sekarang tak mampu hidup senang tapi lebih kepada matlamat saya untuk selesaikan semua hutang sebelum pencen jika dipanjangkan usia. Saya tidak boleh bergantung hanya kepada pendapatan tetap.

Begitulah cara saya menyelesaikan hutang yang menimbun hingga sampai satu tahap tak mahu buat hutang baru dan berharap agar hutang sedia ada dapat dijelaskan dengan cepat. Setakat ini hanya tinggal hutang 2 buah rumah dan 1 kredit card sahaja di samping bil-bil bulanan yang lain.. Baki pendapatan boleh saya laburkan..

Semoga perkongsian ini memberi ilham kepada pembaca untuk cepat melangsaikan hutang. Sebagai Muslim kita juga dituntut untuk bayar hutang sebelum meninggal dunia supaya tenang di sana.
Okay, sekiranya ada komen, cadangan dan pendapat boleh kongsi di sini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Thank you for reading..
Sekian, wasalam..



Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner