Welcome..

Wednesday, July 08, 2020

World of Phalaenopsis, Ulu Yam Tarikan Orkid Murah

WORLD OF PHALAENOPSIS, ULU YAM TARIKAN ORKID MURAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Maaflah lama tak blogging dan blogwalking disebabkan kesibukan melampau sejak akhir-akhir ini.

Sekarang viral rata-rata rakyat Malaysia demam houseplants. Jadi kebanyakkan nursery telah diserbu oleh penggemar houseplants sampai saya nak cari tanah untuk tambah ke dalam pasu pokok-pokok sedia ada pun semua habis. Sementara tokey nursery top-up semula stock tanah, saya pun cari kawasan kehijauan yang tak sesak dengan orang ramai.

Secara kebetulan, baru-baru ni kawan saya ada post di Facebook dia pergi ke World of Phalaenopsis yang terletak di Ulu Yam. Apa lagi, the next day saya menyusul ke sana sebab di situ nampak unik dan menarik..

World of Phalaenopsis, Ulu Yam

Ternyata ianya satu tempat yang mendamaikan. Saya pun baru berjinak-jinak dengan orkid walaupun selalu failed dan dah banyak membazir duit beli orkid masih tak menjadi namun tetap gagahkan diri ke sana. 

Koleksi orkid di Wolrd of Phalaenopsis Ulu Yam

Apa yang menarik perhatian saya, harga orkid di sini jauh lebih murah berbanding di tempat lain terutama di Seremban. Harga beza 2 kali ganda uolls.. Berbaloi-baloi, memang sesuai dengan saya yang masih gagal menjaga orkid. Lagi pun banyak sangat pilihan... Kali ni kalau mati juga pokok orkid tu takde la rasa membazir atau terkilan sangat berbanding harga orkid sebelum ni.

World of Phalaenopsis Ulu Yam

Kalau uolls nak tahu, harga sepasu orkid ni hanya RM28.00. Beli 2 pasu RM50.00 on top of that saya dapat lagi discount RM2.00 ketika membuat bayaran.

Koleksi orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam

Rambang mata sebab banyak sangat spesis orkid kiri kanan sepanjang ruang pejalan kaki.


Koleksi orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam

Bila dah banyak sangat maka serba tak kena, tak tahu nak pilih mana satu. Semua cantik-cantik belaka..


Fragrant Phalaenopsis Orchids

Selain itu,  anak pokok orkid wangi ada juga dijual di sini. Saya tak pernah jumpa spesis pokok orkid wangi sebelum ni. Harga anak pokok orkid wangi ni agak pricey iaitu RM33.00 sepasu.


Gubahan pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam
Gubahan pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam

Ini pula gubahan pokok orkid hidup sebelum pintu masuk ruang pameran. Untuk pengetahuan pembaca, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke ruang ini. Mungkin diaorang risau kot-kot budak-budak petik putik orkid dalam tu. 

Ruang pameran orkid

Pokok-pokok orkid yang dipamerkan di ruangan ini kategori VVIP dan diletakkan di ruang pameran korporat. Namun harga pokok-pokok tersebut masih berpatutan dan mampu beli. 

Untuk pengetahuan, pelawat hanya dibenarkan mengambil gambar di ruang pejalan kaki tapi tidak dibenarkan mengambil gambar dalam setiap ruang pameran.

Pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam

Tengoklah kecik-kecil cili padi, pokok orkid sekecil ini pun mampu mengeluarkan bunga yang banyak. Manalah saya tak keruan dibuatnya.. Harga pun murah.. 


Gubahan pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam

Ini pula salah satu hiasan pokok orkid yang ada di ruang pejalan kaki. 

Di sini juga terdapat cafe yang menghidangkan makanan seperti nasi lemak, dessert serta minuman panas dan sejuk. Saya tak sempat masuk sebab dalam keadaan begini, social distancing melambatkan proses. 

Andai ada pembaca ingin lihat bagaimana keadaan cafe tersebut, boleh Google. Ada ramai blogger kongsi gambar cafe tersebut yang cantik dan santai di samping hiasan bunga-bunga yang cantik..


Marilah kita pulang

Malas menunggu so lepas membeli beberapa pokok orkid saya pun balik ke Seremban. Lama tak ikut jalan Gombak dan melalui pinggir Kuala Lumpur. Rindu dengan kenangan di kawasan itu.

Jalan Gombak - Ulu Klang

Gambar pinggir Kuala Lumpur, kawasan yang telah berpuluh tahun saya tinggalkan.


HASIL MEMBELI ORKID DI WORLD OF PHALAENOPSIS, ULU YAM

Beli pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam

Hasil lawatan saya beli 5 pokok orkid pelbagai jenis. Terus terang kata memang saya tak tahu berapa lama jangka hayat orkid ni boleh bertahan di bawah penjagaan saya. Masih lagi trial and error.

Beli pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam

Kalau ikutkan hati memang fed-up dan give-up jaga pokok orkid. Pantang silap sikit mudah mati. 


Beli pokok orkid di World of Phalaenopsis Ulu Yam

Sebelum ni saya letak pokok orkid dalam rumah, kali ni saya biarkan di porch dengan cahaya minimum. Sepanjang berada di rumah ini, saya hanya spray air sekali sahaja sebab bimbang akan mati jika over-watering. Mengada betul pokok orkid ni. Walaupun mengada tetapi cantik jelita, itulah sebab saya masih tak berputus asa untuk jaga pokok orkid.

Ruang orkid di porch kereta

Begitulah cerita ke World of Phalaenopsis di Ulu Yam. Siapa peminat orkid boleh ke sana, memang berbaloi-baloi. Banyak keperluan penjagaan orkid ada juga dijual di sana. Tempat ni sesuai untuk weekend getaway.

Boleh layari Facebook : World of Phalaenopsis

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Thank you for reading.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam.
Byeee..



Regards,

32 comments:

  1. Peminat2 orkid mesti terpesona kalau ke mari

    ReplyDelete
  2. waduhhhh cantiknya semua kak... mau tak rambang mata nengok lawo kiri dan kanan ye...
    kalau dana lah, suka tengok tapi tak nak beli sebab tak berani nak bela takut mati sesia... dana ni takat pokok rose jepun boleh la tanam kak...
    kalau orkid ni adik dan mak dana yang pandai tanam... subur cantik je berbunga orkidnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Dana, bila tanam orkid ni kena pandai jaga. Puas akak baca cara jaga orkid tapi tetap tak berjaya.
      Hebat siapa pandai jaga orkid, salute!

      Delete
  3. wak minat amek gmbr orkid jeew., jauh bjalan dari somban dtg kl tuuuh tp knape x singgah ngeteh dgn wak., hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab jalan-jalan cari pasal memang sanggup Wak, hehehehe

      Delete
  4. wahhh ini kalau tunjuk kat mak ni mesti dia ajak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi thes, belanja la mak pi sana heheheh ;)

      Delete
  5. Replies
    1. Memang Syaz, kalau ada sana rambang mata.
      Mujur jauh dari rumah, kalau tidak tentu sis akan repeat lagi, hehehe :)

      Delete
  6. Peminat orked bolehlah datang ke sini.
    Harap berjaya orked LZ hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly NA, so far orked LZ masih hidup dengan jayanya tapi bunga dah habis gugur tinggal daun sahaja :)

      Delete
  7. Hobi baru eh? Suka tanam pokok sekarang.
    Lawa orkid, tp kalau zhi tanam kesian dia tak hidup lama. uhuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe cuba-cuba tanam orked pula Zhi lepas failed tanam rose. Sis pun masih trial and error, just wait and see berapa lama jangka hayat dia :)

      Delete
  8. sy cuma mampu beli orkid plastik je sbg hiasan sbb malas nak menyiram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay juga orked plastik Teacher Kie, berseri rumah..

      Delete
  9. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Linda..
      Done, happy blogging!

      Delete
  10. My mom beli orkid dan letak hias2 dalam rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak memang ada antaranya suka tanam orked Rabiah.
      Tentu mak Rabiah pandai jaga pokok orked kann..

      Delete
  11. wah, cantiknya orkid yang LZ beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orked cinta pandang pertama Mrs. Pip, beli dulu baru study macam mana nak jaga pokok orked ni, hehehe ;)

      Delete
  12. Cantik jelita tapi mengada-ngada....sungguh, orkid memang macam tu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Cik Suerin.
      Sensitive sungguh kann.

      Delete
  13. orkid cantik tapi mcm too fragile and susah jaga kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Atie, memang fragile pun.
      Pantang silap akan mati, duit pun terbang camtu.

      Delete
  14. kalau mama sy trn KL nnt bolehlah ajak dia ke sini sbb dia mmg suka orkid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat dialu-alukan.. Tentu mama sis anies suka tempat ni sebab dapat tengok orked pelbagai spesis.

      Delete
  15. Cantik-cantik orkid yang LZ beli tu.
    Bunga kluster kayangan ni hahahaaa...
    M.i.l Mrs. A mesti suka ni dia peminat orkid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun kluster kayangan Mrs. A.
      Bila bunga habis gugur tinggallah daun.
      Usia mak-mak kita memang suka pokok orked ni, pandai pulak mereka jaga.

      Delete
  16. Cantikkkk juga ek....
    Tak pernah beli orkid apatah lagi tanam sendiri hihi..... Ohh gitu harga orkid ye LZ, so far mmg tak pernah ambik tau. Org selalu ckp orkid ni kat kedai lawalah, tp nanti balik rumah bunga gugur terus tak tumbuh tumbuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Kak Hajah memang memahami. Memang gitu ler orked, cantik tapi mengada-ngada. Pantang silap mudah mati atau sepanjang tahun tak keluar bunga. I is redho..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!