BELI POKOK DI SEREMBAN LANDSCAPE & NURSERY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Al-kisah fenomena indoor plants sedang melanda rakyat Malaysia. Viral sana sini pelbagai pokok hiasan dalam rumah. Mujurlah hobi menanam pokok tak kira untuk outdoor atau indoor plants dah lama sebati dalam diri saya. Jadi takde la tiba-tiba terkejut mencari atau memburu pokok-pokok hiasan terutama snake plant di nursery pokok yang kini harga tiba-tiba melambung tinggi sekarang. Saya memang suka gardening. Snake plants pun dah lama tanam sampai banyak beranak-pinak.
Namun begitu tak pernah jemu dengan pokok hiasan sebab minat sentiasa ada, cuma keadaan sekarang tak boleh merentas negeri membataskan saya untuk ke nursery kegemaran saya di Sungai Buloh. Selain ke Sungai Buloh saya suka pergi nursery di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Harga di sana jauh beza lebih murah berbanding di sini. Sebenarnya plus minus duit tol dan minyak lebih kurang sama tapi ada kelebihan dari segi jauh perjalanan, luas pemandangan hehehehe. Saja nak berjalan jauh dari radius kediaman >_~
Related post : Nursery pokok murah di Sg. Buloh.
Selama ni tak pernah tahu ada nursery berskala besar di Seremban. Dijadikan cerita, bila masing-masing share nursery tempat mereka shopping pokok, ada yang berkongsi sebuah nursery di Seremban. So apa lagi, saya tak pernah pergi terus gigih ke sana untuk survey dan tengok sendiri pokok-pokok hiasan yang dijual di Seremban Landscape & Nursery tersebut.
Walaupun ke nursery, langkah-langkah penjarakkan sosial di tempat awam dan rekod maklumat turut dilaksanakan di sini di mana setiap seorang keluar, seorang pelanggan dibenarkan masuk, sanitize tangan dan check body temperature. Jadi tak hairanlah kalau anda lihat orang ramai beratur panjang di luar nursery. Selain itu semua pelanggan dan pekerja diwajibkan memakai mask.
|
Seremban Landscape & Nursery |
Mula-mula hajat di hati cari pasu besar di samping buat perbandingan harga pokok-pokok hiasan yang dijual dengan harga di Sungai Buloh tapi lain pula jadinya. Dari segi perbandingan, beza harga hanya kurang dari RM5.00 untuk sepasu kecil pokok, kira okaylah sebab tak perlu meredah tol dan jimat minyak kereta kannnn. Konon jimatlah di situ...
|
Pasu yang dijual di Seremban Landscape & Nursery |
Banyak pasu bunga dipamerkan di sini namun satu pun tak menarik minat saya disebabkan ianya tak disusun dengan rapi, berhabuk serta tiada tanda harga di mana ianya agak menyusahkan saya. Saya tak suka buat benda remeh, leceh dan menyusahkan diri sendiri.
|
Pasu putih di Seremban Landscape & Nursery |
Jadi terus ke nursery.. Jom kita tengok pula pokok-pokok hiasan yang ada di Seremban Landscape & Nursery ini. Boleh tahan banyak juga pokok-pokok hiasan di situ. Saya difahamkan Seremban Landscape & Nursery ini juga membekalkan pokok-pokok hiasan untuk landscape di sekitar Negeri Sembilan.
|
Himpunan pokok bunga raya |
|
Pokok-pokok hiasan di Seremban Landscape & Nursery |
|
Pokok-pokok hiasan di Seremban Landscape & Nursery |
|
Spesis pokok ati-ati |
Itu hanya sebahagian sahaja pokok-pokok yang ada yang sempat saya ambil gambar. Dalam banyak-pokok, bunga ati-ati
(solenostemon/coleus) ini menarik perhatian saya disebabkan warna yang menyerlah lebih-lebih lagi di bawah panas terik matahari.
Saya hanya menghabiskan masa di situ lebih kurang setengah jam kerana kurang selesa disebabkan cuaca panas ditambah pula orang mulai ramai. Walaupun cuba menahan diri dari beli sebarang pokok baru dan hanya bercadang singgah sebentar di sini, tapi saya sempat beli beberapa jenis pokok untuk menambah koleksi yang ada, hehehehe. Aduhai terjebak juga akhirnya!
BELI POKOK HIASAN DI SEREMBAN LANDSCAPE & NURSERY
Ini adalah hasil pokok-pokok hiasan yang sempat saya beli :
|
Pokok hiasan di Seremban Landscape & Nursery |
|
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus) |
|
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus) |
|
|
Pokok nenas kerang (rhoeo tradescantia) |
|
Pokok bunga raya, philodendron birkin, anthurium andraeanum |
Tak lupa juga saya ada beli pokok cili ceri dan bayam Brazil untuk dijadikan induk.
|
Pokok cili ceri |
|
Pokok bayam Brazil |
Selepas itu saya ke Tesco Seremban 2 untuk membeli pasu-pasu hiasan. Walaupun pasu-pasu di situ agak mahal tapi saya puas hati kerana dapat membuat pilihan dengan tenang, pasu pun bersih dan cantik dan paling penting orang tak ramai.
Sampai sahaja di rumah saya terus ganti semua pokok-pokok yang dibeli ke dalam pasu baru.
|
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus) |
|
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus) |
Saya satukan semua pokok ati-ati ke dalam sebuah pasu besar untuk menjimatkan ruang dan tempat.
|
Pokok philodendron birkin |
|
Pokok philodendron birkin |
Begitu juga dengan pokok philodendron birkin ini. Saya satukan dengan salah satu spesis pokok ati-ati berwarna kuning hijau. Tak dapat pakai beg Hermes Birkin dapat tanam pokok Philodendron Birkin pun okaylah. Birkin juga kann muahahahaha..
|
Pokok rhoeo tradescantia dan dracaena reflexa 'Song of India' |
Sama juga dengan spesis pokok nenas kerang (Rhoeo Tradescantia) ini. Saya letakkan dalam sebuah pasu bulat bersama pokok dracaena reflexa 'Song of India' yang mempunyai warna kontras iaitu purple dan hijau putih di samping bentuk daun yang agak serupa.
Saya biarkan kesemua pasu-pasu pokok baru di luar untuk beberapa minggu supaya akar pokok tersebut kuat dan serasi dengan tanah baru sebelum saya jadikan sebagai indoor plants.
Selain itu, pokok bunga raya masih menggunakan pasu asal so saya letak di luar manakala pokok anthurium andraeanum saya terus jadikan indoor plant.
|
Pokok bunga raya |
|
Pokok anthurium andraeanum dijadikan indoor plant |
LOKASI SEREMBAN LANDSCAPE & NURSERY
Sesiapa yang ingin ke Seremban Landscape & Nursery boleh follow google map berikut :
Seremban Landscape & Nursery
Setakat ini sahaja perkongsian saya.. Next post saya akan kongsi indoor plants terkini dari pokok-pokok yang sedia ada. Jika ada antara pembaca yang ingin kongsi pendapat atau tips yang berkaitan, jangan teragak-agak tinggalkan di ruangan komen.
Thank you for reading.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam.
Byeee..
Regards,
16 Comments:
Rasanya baru tadi blogger Azhafizah beli pokok hiasan di sini juga. Kalau tak silap.
Terus ke blog Sihatimerahjambu lepas baca komen NA ni.. Memang samalah, hehehehe
Thank you sebab beritahu LZ :)
Lawa lawa semuanya....suka tengok.
Jemput sertai segmen saya https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1
Ehhh..sama lah kak pokok kita beli tu.terus datang sini baca komen akak..ni favourite nursery Fiza..nak cari pokok datang sini je terus. Seronok banyak bunga :)
Tak beli pokok sansevieria ke?
Kita yang baca ni pun rasa rambang mata, belum masuk nursery lagi tu. Cantik-cantik semua plants tu. Dengan pasu putih tu lagilah menyerlah. Good job dear.
Fuhh mau rambang mata dengan pokok-pokok dan pasu ni
lawa lawa bunga2 menghijau tuuuh., ;p
cantik betul birkin tu. Nurul pun suka pokok-pokok tapi tak berkesempatan lagi nak pegi nursery.
Wahhh... dapat soping pokok pun dah best kan kalau namanya pompuan ni hihi....Dah dipindahkan dlm pasu jadi menyerlah pulak pokok pokok tu... Kena pulak dinding pun putih!
Selamat Hari Raya maaf zahir batin LZ
Cantik subur mekar suka Mrs. A tengok.
as a flower lover, izzati memang dah fall in love sangat dengan bunga-bunganyer. so prettyy. ❤️
Sometimes zhi tak faham kenapa tiba-tiba ramai orang tanam pokok pokok. Padahal sebelum ni banyak je pokok2 ni bersepah2 kt kg kan.. contohnya snake plant. So my sister pun jual semua snake plant tu untuk dapat income sampingan. lepas tu keluar la fatwa kata tanam pokok dalam rumah ni tak bagus la hape. Hahaha dah bertahun kot org tanam. Skg baru kata tak bagus sebab ada mikro organisma dalam rumah.. Bagi zhi kalau pemalas nak kemas rumah bukan saja mikro organisma, syaitan pun ada dalam rumah tu. Haha.. btw, LZ punya pokok tu cantik-cantik. Jangan lupa baja 2 minggu sekali ya. hahaa..
Take care and stay safe.
Wah.. ni kalau mak saya ke sana rambang mata dia.. dia minat bab tanam2 pokok ni
jom hijaukan bumi kita! hehehe... banyak jg ya memborong ;-)
Hahahahha..... singgah punya singgah satu kelompok pokok dia borong bawak balik hihi...
Berapa semua RM habis tu LZ? Tak perlah minat punya pasalkan, kerja penat penat rewardlah dengan benda yg kita suka apa salahnya .
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!