Salam Aidiladha 1441/2020 dan Salam Takziah

Salam Aidiladha diucapkan kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam, tak lupa juga Happy Holiday kepada pembaca non-Muslim. Ada ker sesiapa baca blog masa cuti raya camni? Al-maklum masing-masing sibuk beraya ke rumah saudara-mara, layan makanan best kannnns.. Takpe laa saya ada cerita yang ingin diabadikan sebagai kenangan sempena Hari Raya Aidiladha 2020 di blog ini. So layannnnn..

Alhamdulillah sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, semua orang dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing berbanding pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Siapa dapat balik kampung, boleh balas dendam raya sakan sebab tak dapat balik raya Aidilfitri tahun ini. Whatever it is, jangan leka kerana COVID masih ada dan sentiasa berwaspada...

Salam Aidiladha 2020

Siapa tak balik kampung boleh geng saya.. Saya tak balik kampung sempena Hari Raya Aidiladha tahun ni sama seperti tahun-tahun sebelum. Dah biasa.. Tumpang cerita raya kawan-kawan jer untuk rasa kemeriahannya :)

SALAM TAKZIAH

Untuk pengetahuan pembaca, pada malam Jumaat, 30 Julai 2020 lalu bersamaan hari Arafah, pak Long saya meninggal dunia. Pak Long merupakan abang sulung bapa saya. Arwah diserang stroke separuh badan 3 minggu lalu dan menghidap penyakit kencing manis dan jantung. Saya sekeluarga sempat membawa bapa menziarahi arwah pada 11 Julai 2020 lalu. 

Dari hari ke hari, saya dan adik-beradik merancang untuk menziarahinya memandangkan bapa saya juga tak sihat dan mempunyai temujanji di klinik setiap bulan. Jadi kami adik-beradik perlu merancang perjalanan dengan rapi supaya keadaan kesihatan bapa saya juga tak terganggu disebabkan perjalanan jauh ditambah pula Covid-19.

Ketika saya melawat Pak Long, walaupun diserang stroke dia masih sedar dan mampu berbual-bual seperti biasa. Pak Long masih kenal saya dan sempat berpesan : "Jangan lupa orang tua lebih-lebih lagi bila dah kaya. Rajin usaha, jangan malas. Hidup kat dunia ni mesti tinggalkan jasa."

Related post : Jejak kasih untuk abah
Adik perempuan bapa (abah) saya dalam kisah ini juga telah meninggal dunia tahun lalu, al-fatihah (dibaca).

Sedih..  :'(

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Selang lebih kurang 3 minggu, sungguh tak disangka Allah menjemputnya pada hari dan malam yang baik selepas waktu Maghrib. Ianya sekaligus membuka mata semua saudara-mara yang sering mengungkit kisah hidup arwah yang tidak baik. Siapalah kita manusia menilai dan menghukum sesama manusia?

Benarlah bahawa kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup seseorang kerana Allah S.W.T tidak menilai permulaan kehidupan kita, namun Allah menilai bagaimana hidup kita berakhir. 


مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
Setiap muslim yang meninggal di hari jumat atau malam jumat, maka Allah akan memberikan perlindungan baginya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad 6739, Turmudzi 1074 dan dihasankan al-Albani).
Semua orang mahukan pengakhiran hidup dalam husnul khatimah, tetapi semua itu bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan di dunia. Menurut Imam al-Ghazali, cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. Begitu juga cara seseorang itu dibangkitkan akan ditentukan oleh cara kematiannya. Kita perlu terima hakikat itu, setiap yang bernyawa akan menemui ajalnya.


Al-Fatihah (dibaca)

Proses pengebumian arwah berjalan lancar. Arwah selamat dikebumikan selepas solat Hari Raya Aidiladha. Imam Masjid mengarahkan supaya jenazah arwah dikebumikan di tempat khas bersama tokoh, imam dan ahli masjid setelah mengambil kira jasa arwah merekabentuk dan mendirikan masjid yang cantik di kawasan tersebut di samping sumbangan lain yang dihulurkan semasa hayatnya. Waris arwah terkejut kerana baru diberitahu semua ini oleh imam tersebut..

Al-fatihah (dibaca) kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin. Salam Takziah juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. 


Akhir kata, Salam Aidiladha sekali lagi kepada semua, Maaf Zahir Batin.
Jangan lupa berhati-hati di jalan raya, al-maklum jalanraya sibuk dan rancang perjalanan anda supaya tak tersekat dalam jem yang berjam-jam dan sangat membosankan..

Sehingga kita berjumpa lagi di lain post.
Sekian, wassalam..
Byeeeee...



Regards,

14 Comments:

selamat hari raya, and salam takziah,
moga ditempatkan di kalangan orang beriman..
hope sis's family are strong going thru this :9

Innalillah. Pemergian pada malam Jumaat.
Semoga diampunkan dosa dan bersama dengan orang beriman

salam aidiladha.. dan salam takziah..
semoga ditempatkan dalam kalangan yang dikasihi insyallah..

innalillahiwainnailaihirojiunnn..

yelah sapalah kita untuk menghakimi dan menjatuhkan hukum. Past is past dan hanya Allah saja yang mengetahui segala perbuatan baiknya

Salam Aidil Adha dan salam takziah.

Kita geng, raya di perantauan :)

Salam takziah untuk kak LZ sekeluarga ya.Allahu.

Innalillahiwainnailaihirojiunnn...
Takziah buat LZ dan ahli keluarga.

Aaminn, terima kasih Atie Zieya..

Aaminn, terima kasih Siti..

Exactly Ammi, terima kasih.

LZ memang tak selalu balik bila cuti Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni geng dengan Puan Hazel :)

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More