Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Tuesday, November 12, 2024

,
CERITA PERJALANAN HIDUP PESAKIT KANSER | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Bersua kita semula di sini.. Hope everybody out there will have a beautiful day today. Saya pula terlalu penat dengan tugasan di luar pejabat hari ini. Tiba di rumah membuka Facebook setelah seharian tak sempat bersosial media..

Ada notification for event on Facebook iaitu hari lahir seorang sahabat lama yang saya kenal semasa bekerja di Legal and Secretarial Department SYABAS, 14 years back.. Tetapi sahabat tersebut telah pergi meninggalkan saya kerana Allahyarhamah seorang pesakit kanser..

Takdir Illahi

Gambar di atas adalah profile picture Facebook Allahyarhamah bersama rakan-rakannya di ward kanser memakai friendship bracelet. Semasa Allahyarhamah sakit, tidak dibenarkan melawat di hospital disebabkan masih lagi fasa Covid-19.. Perjalanan hidup Allahyarhamah sepanjang menghidap kanser sehingga hari-hari terakhirnya diabadikan di dalam Facebook untuk kenangan rakan-rakan katanya. Sebak dan sedih bila membacanya walaupun kata-kata yang diabadikan berunsur semangat. 

Allahyarhamah akan beritahu di post, daripada 6 orang rakannya tinggal 5 orang dalam beberapa bulan sehingga tiba hari terakhir Allahyarhamah.. Sepanjang masa itu juga tak pernah sesekali Allahyarhamah mengadu, mengeluh atau meratapi nasibnya sebagai pesakit kanser. 

Allahyarhamah seorang yang tabah, walau pun seorang demi seorang rakannya di ward sama pergi meninggalkan Allahyarham ketika itu, namun semangatnya tetap kuat untuk berjuang melawan kanser selagi mampu.. 

Al-fatihah sahabat

Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Allahyarhamah meninggal dunia pada 25 Jun 2021 meninggalkan 3 orang anak. Masih terbayang wajahnya yang ceria dan tenang.. Begitulah kehidupan.. Doaku semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin. 


Regards,


Wednesday, September 07, 2022

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Wednesday datang lagi.. Sempena post Wordless Wednesday saya ingin kongsi bait-bait lirik lagu (terutama ayat yang saya bold) mengingatkan saya tentang arwah ayah saya.. Jun merupakan bulan kelahirannya.. Mac lalu genap setahun pemergiannya.. 

Bila dengar dan hayati bait-bait lirik lagu ini automatic airmata mengalir, lantas bacaan surah al-Fatihah dibaca, semoga pahala sampai kepada arwah di sana.. 

al-Fatihah

Saat ku sendiri kulihat photo dan video
Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa ku ulang kembali..

Ku ingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu

Segala cara telah ku cuba
Agar aku bisa tanpa dirimu.. 
Namun semua berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu

Kuingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu.. hanya rindu

Ku ingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Oh bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu oh
Hati ini hanya rindu hm
Ku rindu senyummu Ibu ayah..

Al-fatihah untuk arwah ayahku, tak lupa juga arwah abang dan adik..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin..

Surah al-Fatihah

Berdasarkan kepada dalil-dalil dan pandangan para ulama, telah jelas hukumnya harus membaca al-Quran dengan niat menghadiahkan atau sedekahkan pahala bacaan terutama surah al-Fatihah kepada si mati. Ia merupakan satu amalan mulia yang ada sandarannya.
Sesiapa yang melakukan amalan kebaikan maka dia akan beroleh ganjaran pahala, dan dibolehkan menghadiahkannya kepada sesiapa jua waima yang masih hidup atau sudah meninggal dunia selagi ia seorang muslim. Wallahu a’lam..  

Regards,

Sunday, April 18, 2021

,
Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini Ramadhan ke-6, sekejap masa berlalu.. Lama tidak bersua di sini.. Banyak yang ingin dizahirkan tapi masih tak terucap (seperti lirik lagu Nash pula :).. 

Kisah Tak Terungkap

Last post in February, itu pun hanya 1 post sahaja, masuk bulan March langsung takde post.. Sejarah paling teruk sepanjang blogging.. Hurrrmmm pasti ada sebab kannn.. Bila dah lama tak blogging, tukar blog template dengan harapan supaya datang mood blogging. Itulah perangai saya, pernah saya revealed dalam post ini - Asyik tukar blog template.

Cuaca cerah

Alhamdulillah hari ini cuaca cerah.. Aktiviti mencuci porch dan gardening berjalan lancar seawal pukul 8.00 pagi.. Lama tak menjenguk mini garden disebabkan kesibukan melampau dan semangat yang hilang.. 

Spider plant

Pokok-pokok kian menguning disebabkan tak cukup air dan cuaca juga panas terik sejak kebelakangan ni. Pokok pun tak bersemangat seperti tuannya, contoh spider plant ni.. Kesian, seperti hidup segan mati tak mahu.. Hari ini baru ada masa siram dan bubuh baja.. Harap subur kembali seperti sediakala.



Sebenarnya since last February dan March saya sibuk dengan assignments diikuti dengan peperiksaan akhir semester January 2021 pada 17 April lalu.. 

Module 

Semester kali ini agak tough memandangkan semua perlu belajar sendiri dan tutorial dijalankan secara online. Alhamdulillah akhirnya kesibukan semester January sudah berakhir..  

Exams and Assignments 

Dalam kesibukan dengan pelajaran, kesihatan bapa saya semakin merosot. Bermula 16 Mac 2021 lalu bapa saya mula tak lalu makan. Hanya minum susu dan makan nasi kurang sesuap. Oleh kerana kurang selera makan, maka kuranglah tenaga menyebabkan dia tak gerak ke mana-mana. Sejak itu bapa saya terlantar atas katil. 

Mendengar khabarnya yang kian uzur, pada 19 Mac 2021, saya memohon pelepasan merentas negeri dan segera pulang ke kampung untuk melawatnya. Saya melihat sendiri keadaanya. Fizikalnya lemah tetapi ingatannya masih kuat. Bapa saya seorang yang kuat semangat, tetapi apabila fizikalnya semakin lemah dia semakin tak terdaya hingga seringkali meluahkan kata-kata berserah kepada Allah kerana sudah tak tahan menanggung kesakitan. 

Saya pernah cerita tentang tahap kesihatan bapa saya di post ini - Bila Emosi Terganggu Hilang Focus. Semasa saya menulis post tersebut, saya sangat takut kehilangannya. Sewaktu bapa officemate saya meninggal, saya pernah bercerita dengan officemate sebelah begini : 

Saya : "Kalau bapa saya meninggal nanti, saya nak ambil cuti tanpa gaji 3 bulan sebab saya akan bersedih dan tak mahu bersemuka dengan sesiapa." 

Officemate saya menjawab : "Habis tu kau nak pegi mana? Duduk dalam gua?" 

Walaupun perbualan itu ada unsur gurauan tetapi ketika itu saya serius. Saya tak tahu apa akan terjadi apabila ianya benar-benar berlaku. Perkara paling takut saya hadapi di dunia ini ialah kehilangan bapa saya. Dialah kekuatan saya..

Pada 21 Mac 2021, ketika bersalaman untuk meminta izin bertolak pulang ke Seremban hati saya sangat berat. Saya tahan airmata supaya tak tumpah di depannya. Dia berpesan supaya jangan risau keadaannya. Dahulukan tugasan hakiki saya kerana ianya adalah tanggungjawab saya. Dia hanya meminta doa saya supaya dipermudahkan urusannya. Detik hati saya berkata, entah dapat jumpa lagi atau tak selepas ni.. Saya tawakal andai itu kali terakhir..

Namun, siapalah kita untuk menafikan takdir Illahi.. Pada 21 Mac 2021 itu merupakan tarikh saya dapat menatap wajah akhir ketika hayatnya.  Pada 30 Mac 2021 jam 6.30 petang, bapa saya menemui Illahi..

Al-Fatihah 

Menurut ibu, keadaannya sudah bersedia dan sempat mengucap kalimah Allah semasa menghembuskan nafas terakhir. Arwah pergi dengan mudah dan tenang. Urusan pengebumian arwah juga sangat mudah, dihadiri semua kenalan arwah jauh dan dekat. 

Akhirnya saya menghadapi situasi tanpa ayah.. Perasaan? Sangat sedih seperti tidak percaya tetapi takde perasaan sampai nak cuti tanpa gaji 3 bulan sebab saya redha. Saya tak sanggup arwah sakit tak tertanggung. Saya percaya qada' dan qadar serta takdir Illahi. 

Buat masa ini saya masih dalam proses menangani kesedihan. Saya tak boleh bersendirian untuk mengelakkan berfikir tentang kenangan manis saya bersama arwah. Seorang bapa yang bekerja keras hingga lupa dirinya. Tak reti rehat dari muda demi keluarga, adik-beradik dan masyarakat. Hidupnya bahagia memberi sesuatu yang berharga buat kami sekeluarga. Sudah sampai masa arwah rehat di sana. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya yang lalu, diterima segala amal ibadahnya serta diletakkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh. 

...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ



KUCING DAN KESEDIHAN

Ini pula kaedah menangani kesedihan.. Anak saya Arief dah lama begging untuk bela kucing. Saya tak setuju memandangkan siapa yang akan menguruskan kebersihan kucing itu nanti. Rutin harian saya penuh dan takde masa untuk rutin tambahan. Tetapi dijadikan cerita, ibu mertua adik saya menawarkan 2 ekor kucing peliharaannya untuk dijaga. Oleh kerana ketika itu saya sedang bermain dengan emosi, maka saya bersetuju untuk mengambil 2 ekor anak kucing tersebut. Mungkin apabila saya membela kucing, saya dapat mengurangkan rasa kesedihan dalam hati ini.

Chloe and Fluffy

Maka bermusafirlah 2 ekor kucing ini dari Muar ke Seremban. Saya namakan Fluffy (atas) dan Chloe (bawah). Fluffy milik Arief manakala Chloe milik saya. Kami pelihara bersama-sama. Memandangkan mereka masih belum biasa dengan keadaan di sini, saya kurung dalam sangkar pada waktu siang ketika waktu kerja. 

Hi, saya Fluffy

Hi, saya Chloe

Pulang dari kerja saya akan membersihkan sangkar dan bermain-main dengan mereka. Ternyata mereka membawa keceriaan kepada saya. Tarikh mengambil mereka adalah tarikh kenangan saya melihat bapa semasa hayat untuk kali terakhir.

Sebelum mengakhiri post ini, terima kasih kepada pembaca yang telah meninggalkan komen dalam post saya sebelum ini. Saya akan balas semua komen satu-persatu dan kunjung balas blog anda. Thank you for your endless support. Really appreciate it!
   

Regards,

Loading...

Sunday, August 02, 2020

,
Salam Aidiladha diucapkan kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam, tak lupa juga Happy Holiday kepada pembaca non-Muslim. Ada ker sesiapa baca blog masa cuti raya camni? Al-maklum masing-masing sibuk beraya ke rumah saudara-mara, layan makanan best kannnns.. Takpe laa saya ada cerita yang ingin diabadikan sebagai kenangan sempena Hari Raya Aidiladha 2020 di blog ini. So layannnnn..

Alhamdulillah sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, semua orang dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing berbanding pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Siapa dapat balik kampung, boleh balas dendam raya sakan sebab tak dapat balik raya Aidilfitri tahun ini. Whatever it is, jangan leka kerana COVID masih ada dan sentiasa berwaspada...

Salam Aidiladha 2020

Siapa tak balik kampung boleh geng saya.. Saya tak balik kampung sempena Hari Raya Aidiladha tahun ni sama seperti tahun-tahun sebelum. Dah biasa.. Tumpang cerita raya kawan-kawan jer untuk rasa kemeriahannya :)

SALAM TAKZIAH

Untuk pengetahuan pembaca, pada malam Jumaat, 30 Julai 2020 lalu bersamaan hari Arafah, pak Long saya meninggal dunia. Pak Long merupakan abang sulung bapa saya. Arwah diserang stroke separuh badan 3 minggu lalu dan menghidap penyakit kencing manis dan jantung. Saya sekeluarga sempat membawa bapa menziarahi arwah pada 11 Julai 2020 lalu. 

Dari hari ke hari, saya dan adik-beradik merancang untuk menziarahinya memandangkan bapa saya juga tak sihat dan mempunyai temujanji di klinik setiap bulan. Jadi kami adik-beradik perlu merancang perjalanan dengan rapi supaya keadaan kesihatan bapa saya juga tak terganggu disebabkan perjalanan jauh ditambah pula Covid-19.

Ketika saya melawat Pak Long, walaupun diserang stroke dia masih sedar dan mampu berbual-bual seperti biasa. Pak Long masih kenal saya dan sempat berpesan : "Jangan lupa orang tua lebih-lebih lagi bila dah kaya. Rajin usaha, jangan malas. Hidup kat dunia ni mesti tinggalkan jasa."

Related post : Jejak kasih untuk abah
Adik perempuan bapa (abah) saya dalam kisah ini juga telah meninggal dunia tahun lalu, al-fatihah (dibaca).

Sedih..  :'(

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Selang lebih kurang 3 minggu, sungguh tak disangka Allah menjemputnya pada hari dan malam yang baik selepas waktu Maghrib. Ianya sekaligus membuka mata semua saudara-mara yang sering mengungkit kisah hidup arwah yang tidak baik. Siapalah kita manusia menilai dan menghukum sesama manusia?

Benarlah bahawa kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup seseorang kerana Allah S.W.T tidak menilai permulaan kehidupan kita, namun Allah menilai bagaimana hidup kita berakhir. 


مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
Setiap muslim yang meninggal di hari jumat atau malam jumat, maka Allah akan memberikan perlindungan baginya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad 6739, Turmudzi 1074 dan dihasankan al-Albani).
Semua orang mahukan pengakhiran hidup dalam husnul khatimah, tetapi semua itu bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan di dunia. Menurut Imam al-Ghazali, cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. Begitu juga cara seseorang itu dibangkitkan akan ditentukan oleh cara kematiannya. Kita perlu terima hakikat itu, setiap yang bernyawa akan menemui ajalnya.


Al-Fatihah (dibaca)

Proses pengebumian arwah berjalan lancar. Arwah selamat dikebumikan selepas solat Hari Raya Aidiladha. Imam Masjid mengarahkan supaya jenazah arwah dikebumikan di tempat khas bersama tokoh, imam dan ahli masjid setelah mengambil kira jasa arwah merekabentuk dan mendirikan masjid yang cantik di kawasan tersebut di samping sumbangan lain yang dihulurkan semasa hayatnya. Waris arwah terkejut kerana baru diberitahu semua ini oleh imam tersebut..

Al-fatihah (dibaca) kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin. Salam Takziah juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. 


Akhir kata, Salam Aidiladha sekali lagi kepada semua, Maaf Zahir Batin.
Jangan lupa berhati-hati di jalan raya, al-maklum jalanraya sibuk dan rancang perjalanan anda supaya tak tersekat dalam jem yang berjam-jam dan sangat membosankan..

Sehingga kita berjumpa lagi di lain post.
Sekian, wassalam..
Byeeeee...



Regards,

Sunday, March 17, 2019

,
TERIMA MESEJ TELEGRAM NAMA ARWAH | Tak tahu macam mana ingin mulakan entry ini.. Berdebar dan masih menjadi persoalan dalam fikiran sehingga kini.. Al-kisah tengah malam tadi sedang browse Instagram tiba-tiba saya terima mesej masuk melalui apps Telegram.. TING! Bunyi mesej masuk sangat kuat tepat jam 12.58 malam.. Di screen phone terpapar notification, mesej diterima dari "ARIFF DELIA". Nama itu sangat familiar dan tersenarai dalam contact saya sejak sekian lama tetapi tuan punya nombor tersebut telah meninggal dunia pada tahun 2013..  

Telegram notification message
  Sejurus selepas mesej diterima, saya rasa berdebar, serius terkejut! Cukuplah saya baca notification itu, terus letak phone di sisi katil dalam sleep mode..

Sambil lelap mata, saya membuat andaian tentu waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Tapi kenapa setelah 6 tahun berlalu? Arghhh malas fikir, mulut kumat-kamit baca surah-surah penting hingga lena..

Pagi ini seawal 5.51 pagi saya memberanikan diri untuk buka mesej yang diterima.. Sebelum itu screenshot dulu.. Hati saya berdebar, masih terkejut.. Persoalannya apakah yang terkandung dalam mesej itu?

Telegram mesej
Syukur, apabila mesej dibuka status mesej sekadar 'Unread Messages'..
Takde mesej yang 'tidak diingini'.. Tapi mengapa baru sekarang joined Telegram?
Biarlah persoalan ini menjadi tanda-tanya..Takde maknanya saya akan call nombor arwah untuk mendapatkan jawapan..

Untuk pengetahuan, arwah adalah seorang peguam dan kami bekerjasama untuk kes-kes Mahkamah sebelum ini. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.. Berita kemalangan arwah tersebar di beberapa buah blog dan suratkhabar.. Berikut status Facebook saya bertarikh 5 Mei 2013 di samping keratan akhbar mengenai berita kematian arwah :

Keratan akhbar
 Sehingga kini fikiran masih tertanya-tanya siapakah yang menghantar mesej itu?.. Dalam masa yang sama saya masih membuat andaian mungkin waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Selain itu, tak mahu membuat andaian yang bukan-bukan..

Akhir kata :

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
۞ بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين

Ya Allah,  rahmatilah nya, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya,
 lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah..    


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner