Alahai kucing oh kucing.. Sejak hadirnya Chloe & Fluffy dalam hidup sis, terasa ada ahli baru dalam keluarga. Tak henti-henti otak ini memikirkan tentang kucing mengalahkan ada anak kecil! Banyak betul perubahan drastik pada saya. Antaranya, sekarang bila shopping di Shopee bukan cari barang sendiri, tapi lebih kepada mencari barang kucing. Tak sangka hebat betul penangan membela kucing ni..

Betullah kata orang, kita tak pernah lalui memang susah untuk zahirkan perasaan sayang kepada kucing. Tak kenal maka tak cinta.. Dulu selalu tanya office mate terutama Mrs. A tentang macam mana feeling bela kucing? So sekarang tahu sendiri macam mana perasaan itu.. 

Adorable cat

Untuk pengetahuan, saya sekarang dalam fasa mencari makanan kering yang sesuai untuk kucing indoor saya bernama Chloe dan Fluffy. 

Jadi antara jenama makanan kering (kibbles) kucing pernah saya cuba seperti berikut:

1. Royal Canin Kitten
Pencinta kucing kata makanan jenama Royal Canin dalam kategori premium kibbles untuk kucing kayangan.. So tentulah saya cuba yang terbaik dulu. Al-maklum fur-mom newbie konon, pilih yang good-good saja.. Malangnya tak serasi, bulu banyak gugur. 

Royal Canin Kitten

Chloe and Fluffy suka kibbles jenama Royal Canin tapi so-so, tak beriya sangat mereka makan.. Kadang-kadang makan pun tak habis.

2. IAMS Proactive Health
Selepas 1 pek Royal Canin Kitten hampir habis, saya selang seli dengan kibbles jenama IAMS sebab officemate saya syorkan jenama ini. Kucing adik dia memang makan IAMS dan takde masalah kesihatan.

IAMS Proactive Health

So saya pun cuba beri Chole & Fluffy makan kibbles jenama IAMS Proactive Health. Saya baca label memang agak yakin dengan pilihan kali ini.. Lepas habis 1 paket warna purple untuk kitten terus beli 3 paket lagi dengan jenis yang berbeza, pendek kata punyalah fur-mom ni gelojoh sampai standby ke usia dewasa. Mujur expiry date lambat. 

Si bulus makan IAMS bulu pun tak banyak gugur.  Anak bulus suka jenama IAMS ni tapi tuan bulus tak tahan dengan bau. Bau kibbles tu sendiri bau kucing semerbak dalam rumah, apa lagi bau poop mereka. Saya dan seisi rumah tak tahan bau. So terpaksa ikhtiar kibbles lain.. Sorry anak bulus..

3. PowerCat
Maka bertukarlah ke PowerCat sebab teruja dengan status halal dan bahan-bahan yang dinyatakan hanya mengandungi ikan segar & ramuan asli. Paling penting, tanpa garam kerana melalui pembacaan saya, makanan kucing yang mempunyai garam atau lebih garam boleh menyebabkan batu karang.

PowerCat Fresh Ocean Fish

Saya pilih PowerCat jenis ikan laut segar disebabkan anak bulus saya mengalami masalah bulu gugur. Masalah bulu gugur elok beri kibbles ikan sebab kaya dengan protein untuk tumbesaran dan omega asli 3 & 6 untuk masalah bulu serta mencantikkan bulu kucing.

Powercat Ikan Laut Segar

Kibbles kali ini kurang digemari oleh Chloe & Fluffy sebab keras. Saya tengok mereka mengunyah kibbles ini sangatlah hazab. Pejam-pejam mata menahan keras. Saya pernah letak sedikit air untuk bagi kibbles lembut tetapi langsung tak dijamah. Saya paksa juga, tapi kasihan.. Akhirnya tak habis sampai bersemut. Maka untuk elak pembaziran, saya selang-seli kibbles PowerCat dengan kibbles lain.

4. Blackwood
Pencarian masih diteruskan.. Kali ini cuba pula kibbles jenama Blackwood iaitu Indoor Formula Cat Food. Chloe & Fluffy suka sangat kibbles ni. Saiz Blackwood kibbles juga kecil dan bentuk seperti bintang, mudah rapuh.

Blackwood Indoor Formula Cat Food

Blackwood kibbles tak busuk dan cat poop pun tak bau. I vote for this kibbles. Malangnya hanya ada hidangan ayam dan beras. Ada sesetengah vet mengatakan kucing tak elok makan makanan manusia seperti ramuan beras walaupun setelah diproses. Resepi dalam kibbles jenis Blackwood hanya ada ayam sebagai sumber protein, takde sumber omega 3 & 6 untuk atasi masalah bulu apatah lagi mencantikan bulu.

Walaupun begitu, saya tetap maintain dengan Blackwood kibbles ni, sementara mencari kibbles lain yang boleh merawat masalah bulu gugur.

5. MISHA meow meow
Pencarian kibbles seterusnya, jatuh cinta dengan jenama MISHA meow meow sebab ramuan dalam kibbles ni seperti PowerCat, agak menyakinkan dengan kandungan makanan kucing yang lengkap dan seimbang.

MISHA meow meow

Tambahan pula tiada garam tambahan dan tiada pewarna tiruan. Ada 32% sumber protein dan omega 3 & 6, perfect! So sebagai permulaan beli repack 1 kg.. Bagi makan Chloe & Fluffy, reaksi mereka macam suka sebab sekali hidang cepat habis! Habis pek kecil terus beli pek 8kg, sekali lagi menunjukkan sikap fur-mom gelojoh, konon dah jumpa kibbles yang serasi dengan anak bulus. 

Hurmmmm tak sampai 3 kali hidangan dari pek baru, mereka dah jemu. Saya tuang kibbles ni dalam bowls makanan mereka, langsung tak excited. Mereka sekadar singgah ambil bau. Lain sungguh penerimaan mereka. Tak sama seperti ketika saya memberi mereka makan IAMS dan Blackwood kibbles, belum tuang dah standby.

Kibbles elok tapi mereka pula tak suka.. Hurrrmmm buat masa ini saya put aside. Last try, jenama lain pula..

6. Equilibrio Kitten
Next, saya cuba kibbles jenama Equilibrio sebab saya pernah baca kibbles jenama ini antara kibbles terbaik. Itu antara testimonial dari pencinta kucing yang dah bela berpuluh ekor kucing.

Equilibrio repack kibbles

Maka saya pun cuba beli Equilibrio kibbles repack dulu. Konon beli 2 pek untuk si Chloe yang masih kitten dan 2 pek adult untuk si Fluffy yang sedang meningkat dewasa. Hasil pemerhatian saya mereka suka kibbles jenama ni. Makan agak banyak juga, tak berbau dan poop mereka pun okay.

Equilibrio 

FINALLY..
Saya buat keputusan untuk kekal dengan kibbles jenama Blackwood, MISHA dan Equilibrio. Kombinasi 3 jenama ini mereka selera makan, kibbles tak berbau, cat poop takde masalah dan tiada masalah bulu banyak gugur. Buat masa ini saya tak bercadang untuk beri mereka makan wet food.

Inilah si bulus kesayangan hamba.. 
Semasa gambar ini diambil, mereka sedang berselera makan kibbles jenama IAMS campur Equilibrio..

Fluffy and Chloe

Mereka sudah masuk 4 bulan bersama saya.. Fluffy berusia 9 bulan manakala Chloe berusia 7 bulan. Saya pantau kesihatan mereka closely. Kedua-duanya sudah lengkap vaksin dan spay. Si Chloe agak kurus, she was spayed last week, dalam proses sembuh while Fluffy spayed semasa umur 7 bulan pada awal April lalu.. 

Chloe and Fluffy

Happy me, riang rasa dihati bila kucing berselara makan dan sihat.. 

Almari ajaib


Amboi, si Chloe ber-posing depan almari dia.. Nak tahu apa isi almari itu?  Itulah almari mengisi segala keperluan barang si bulus. Nampak di luar kemas, tapi di dalam, jangan terkejut......

Almari selerak

Bagai membuka pekong sendiri bila saya tunjuk isi almari berselerak - malu.. Segala macam barang kucing.. ada cat toys, kibbles, shampoo, nail clipper, sikat bulu kucing, bekas makanan, tuala mandi, lint roller, plastik litter box dan macam-macam, semua sumbat dalam alamari itu.. So jangan terpedaya dengan kecantikan luaran sahaja, hehehehe

Sampai masanya nanti saya akan organize almari ini.. Saya pun tak suka berselerak begitu, semak mata memandang.

Related post : Kucing dan kesedihan.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Jika ada antara pembaca bela kucing, boleh share makanan jenis apa kucing anda makan.. Pembaca yang takde kucing pun boleh komen dan berikan pendapat anda.. Thank you for reading.
Byeeeee... Wasalam.


Regards,