Wednesday, July 14, 2021

Resepi Sizzling Yee Mee Sangat Mudah dan Sedap

Semalam lunch menu sizzling yee mee di rumah, teringin makan sizzling.. Entah kenapa, tetiba teringat zaman keluar lunch bersama #ganglunch di foodcourt AEON Seremban 2. Mungkin dah lama benar tak ke sana kot, tu sebab kenangan muncul di ingatan. Masa awal-awal makan di sana, asyik pesan sizzling yee mee. Boleh kata sedap sangatlah sizzling yee mee masa tu, siap add on mushroom shiitake. Lagi pun dah lama tak makan sizzling hot plate, manalah tak sampai terbawa-bawa ingatan tu sampai ke hari ini.

Dapur berasap


Untuk pengetahuan pembaca, inilah pertama kali saya cuba resepi sizzling dan hasilnya sedap. Rasanya sama seperti makan di foodcourt, malah lebih sedap sebab ikut citarasa sendiri. 

Di sini saya kongsi resepi sizzling yee mee yang telah terbukti menjadi dan sedap mengikut cara saya. Saya suka guna yee mee sebab mee tak cepat kembang dan rangup.. Ikut kepada citarasa sendiri nak guna mee jenis apa okay.

Jom check resepi :

RESEPI SIZZLING YEE MEE

Resepi sizzling yee mee tanpa hot plate

Bahan-bahan 
1/2 senduk kecil minyak masak 
1 bungkus yee mee
1 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil dan bersihkan
8 - 10 biji cendawan shiitake (kuantiti ikut kesukaan masing-masing) - rendam dalam air panas, bilas dan hiris 4 saiz memanjang
5 tangkai cili kering - potong 3 bahagian, rendam dalam air panas, basuh, buang biji dan toskan
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - hiris nipis
1 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam 
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 senduk kecil sos tiram - sesuaikan ikut citarasa masing-masing
1 senduk kecil kicap pekat - sesuaikan ikut citarasa masing-masing
3 sudu besar tepung jagung - larutkan dalam sedikit air
1 liter air
Garam
Gula

Hirisan halia

Bahan hiasan
Telur
Sawi

Cara-cara

Kicap dan bahan-bahan perasa

1. Masukkan ayam dalam mangkuk, gaul bersama kicap masin, kicap manis, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Perap selama 15 hingga 30 minit. Buat kaedah ni supaya rasa ayam meresap segala jenis perisa, lebih sedap.

Step 1 dan 2

2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia dengan api perlahan hingga naik bau. Masukkan cili kering dan tumis sebentar.

Step 3

3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap. Kacau dan biarkan ayam kecut / separuh masak, selepas itu masukkan cendawan shiitake.

Step 4

4. Kacau-kacau hingga semua bahan-bahan mesra dalam periuk, kemudian masukkan air serta perasakan dengan garam dan gula. Tunggu kuah menggelegak.

Larutan tepung jagung

5. Akhir sekali, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah mulai pekat. Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa masing-masing. 

Penyediaan untuk sekali makan :

Sizzling yee me

Memandangkan takde hot plate, so saya guna kuali non-stick. Letak yee mee dalam kuali. Kemudian curah kuah sizzling ke atas yee mee. Buka api besar, masukkan sebiji telur dan sawi. Tutup sebentar hingga yee mee dan sawi lembut. Siap untuk dihidang! 

Sedap makan panas-panas.. terasa masin pedas, pendek kata lebih sedaplah dari makan di foodcourt..
Selamat mencuba!




Regards,

28 Comments:

  1. Dah lama betul rasanyq tqk makan sizzling ni...bertahun tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau camtu bila teringin kena buat sendiri :)

      Delete
  2. Haha betul buat di rumah boleh berulang kali makan.
    Bagus juga beritahu resipi dan tanpa guna plat panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul NA, puas makan! Boleh repeat ikut suka, hehehe..

      Delete
  3. bookmark resepi ni... nanti boleh try ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Thes, really appreciate it!

      Delete
  4. Wah! menjadi nampaknya tu terliur sudah. NOstalgia ganglunch hehheee...

    Kat foodcourt mesti dia tanya nak tambah telor tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt betol!
      aida wajib tambah telor, mrsA :) hi hi hi...

      Delete
    2. Hahahahaha terjebak Mrs. A, okay tambah telur, hehehehe :)
      AA pun sama juga? Memang gang laaa..

      Delete
  5. Tengok Sizzling Mee akak rasa nak buat pulak untuk dinner. bahan bahan ada dah tu. betul kak, sedap buat sendiri ikut selera sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila buat Fizah.. Sangat dialu-alukan apatah lagi bila semua bahan ada.. :)

      Delete
  6. my family kurang sikit sizzling ni
    nk masak pun mcm fikir byk kali jgk
    hehee

    ReplyDelete
  7. aida ada save resepi ni dari fb. just lom sempat buat.
    memang sgt rinduuuuuu nak makan hotplate ni tau. rindu!
    image LZ ni amat menjemput tau. sedap sgt nampaknya :)

    sudi tak exchange bloglist?
    https://www.adianiez[dot]com/2021/07/link-exchange-creating-long-term-loyalty-friendships.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe bertabahlah Aida tengok gambar tu..
      Saya tengok post ni semula pun telan ailio, hehehehe

      Delete
  8. Terima kasih untuk resepi ni. NAnti nak cubalah . hehee

    ReplyDelete
  9. Pandainya buat sendiri di rumah. Sedap nampak kejadiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut resepi step by step Nur, in shaa Allah sedap..:)

      Delete
  10. senang rupanya ye kak, tq share resepi kot teringin boleh buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iskhhh malu dengan Dana.. Setakat resepi ni apalah sangat.
      Dana terror masak, malu I.. :)

      Delete
  11. boleh la buat sndri.. dah lama tak mkn.. sebelum nie duk beli je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali buat puas hati Fiza, cubalah satu hari nanti :)

      Delete
  12. Saya pun baru semalam buat. Buat sendiri baru puas makan.

    ReplyDelete
  13. NAK TANYA..GUNA CAMERA APA? TGK JA DH RASA MENITIK AIR LIUR HEHEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna camera Iphone saja Dunia Alam, biasa-biasa je.. :)

      Delete
  14. Sedapnya... kena buat juga ni. Lama dah tak makan sizzling mee

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!