Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lama saya tak berkongsi cerita dalam blog ini.. Hari ini ada cerita baru ingin dikongsi kerana ianya pengalaman baru pada diri saya sejak membela kucing..
Al-kisah tentang Coco Chanel (panggilan Coco) si kucing baka Siam mendatang yang saya bela sejak 5 bulan lalu tiba-tiba buas. Ianya sesuatu yang mengejutkan saya.. Untuk pengetahuan, minggu lepas saya hantar ke klinik memandangkan dia on heat.. Suara dia bergema satu taman.. Lepas spay maka bermulalah perangai dia yang semakin mengganas.. Sebelum ni dia memang suka bergurau kasar dengan cara menggigit jari saya.
Siamese cat |
Dipendekkan cerita selepas keluar dari wad, saya terpaksa asingkan dia dari kawan-kawan lain atas arahan doktor sementara luka jahitan kering. Jadi malam kelmarin, saya cuba bermanja dengannya memandangkan kasihan dia mengiow meminta perhatian.
Sedang saya mengusap kepala dan bermanja dengannya tiba-tiba dia meronta. Dia ingin melepaskan diri dari tangan saya, tak semena-mena tangan saya digigit sekuat hati. Cengkaman giginya tak mahu lepas hingga saya terpaksa mengibas tangan dengan kuat hingga dia terpelanting. Darah memancut tak henti-henti keluar dari luka di tangan saya.. Saya panik!
RAWATAN AWAL
Saya tadah tangan di bawah air yang mengalir hingga kulit kecut. Kemudian saya tekap dengan tuala bersih. Saya segera basuh luka dengan sabun antiseptik. Bila darah mula berhenti mengalir, saya sapu dengan betadine antiseptic. Kemudian saya tampal dengan plaster luka untuk mengelakkan darah dari terus keluar.
Memandangkan gigitan tersebut berlaku pada pukul 11.00 malam, maka saya mengambil keputusan untuk ke klinik pada keesokan harinya. Keesokan harinya apabila bangun dari tidur saya dapati tangan saya bengkak.. Plaster luka juga basah dipenuhi darah..
Hari pertama selepas digigit kucing |
SUNTIKAN VAKSIN TETANUS
Selepas waktu kerja, saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.. Melalui pembacaan, selepas digigit kucing, rawatan ke klinik perlu dibuat dalam tempoh 24 hingga 48 jam.. Doktor memberitahu bahawa luka bekas gigitan tersebut sudah dijangkiti kuman dan mula merebak.. Saya mulai risau, bimbang luka saya semakin teruk.. Doktor menyarankan supaya saya diberikan suntikan vaksin tetanus untuk mengelakkan kancing gigi. Selain itu saya diberi ubat untuk membantu pemulihan luka yang dialami.
Ubat merawat bengkak akibat gigitan kucing |
Hari kedua luka gigitan kucing |
Pengalaman ini betul-betul buat saya trauma untuk memegang Coco dalam masa terdekat.. Saya masih terasa bisa gigitannya.. Ianya sesuatu yang mengerikan..
Inilah Coco |
Betullah kata orang, kucing ni makhluk yang sangat memahami perasaan kita.. Sejak kejadian itu, Coco langsung tak berani tegur saya. Dia tak berani bertentang mata dengan saya. Dia hanya memandang saya melalui ekor matanya (seperti dalam gambar).. Mungkin masing-masing trauma..
Kasihan pun ada tapi tunggulah Mummy reda dari trauma baru boleh bermanja dengan Coco semula okay..
Regards,
14 Comments:
Aduh. Harap segera sembuh.
Lawan taukey kucing ni
In shaa Allah.. Terima kasih NA..
Tu laa pasal, haishh geram tapi bila dah sayang si bulus punya pasal, bertabahlah..
masa tu mungkin dia tak sihat... fikiran dia celaru. semoga cepat sembuh lika LZ
Kesian LZ.
Rasanya Coco Chanel masih trauma pengalaman spay di klinik
Terima kasih Yus..
Betul tu Mrs. A.. Vet pun bgtau camtu.. CoCo sekarang garang tak macam dulu..
siannye mummy.. wak tringt jiran cina lama yg wife dia juga kene gigig anjing sendiri.. huhuhu
Itulah Wak, elok kita jaga dia tak sangka melawan tuan.. huhuhu
Allah.. semoga semuanya baik-baik sahaja..
Udah sembuh kah?
Sudah sembuh lama, berlaku hampir setahun yang lalu..
Alhamdulillah Sha..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!