Hari ini genap seminggu kita berada dalam bulan Jun 2022. Hari Sabtu lepas, rumah saya dikunjungi ipar-duai yang tak berkesempatan untuk ziarah sempena Hari Raya bulan lalu. Jadi saya mengambil peluang untuk menjamu mereka makan tengahari di rumah..
Ziarah |
Alhamdulillah dapat juga berkumpul bersama.. Kalau diikutkan memang susah sebab masing-masing sudah mendirikan rumahtangga, beranak-pinak dan tinggal jauh tambahan pula terikat dengan jadual kerja dan persekolahan anak-anak.. Sesekali bila dapat berkumpul terasa meriah.. Anak saudara semua dah meningkat remaja jadi mak ngah (panggilan saya) pun semakin tua..
Miss the time when I was able to go back to my hometown and spend time with family. Now it is not easy. Happy bila masing-masing bercerita tentang kehidupan masing-masing, maklumlah bila bertahun-tahun tak jumpa banyak cerita ingin dikongsi bersama.. Bila umur meningkat dan salah seorang ibubapa telah meninggal dunia, hubungan antara adik-beradik (dan ipar-duai) juga terasa lebih akrab. Generasi inilah yang akan menggantikan orang tua sebagai pengganti mak ayah kita suatu hari nanti.
12 Comments:
seronok bila umur dah makin meningkat dan berjaya luangkan masa dengan adik brdik dan family terdekat. lepastu ingat balik story lama yg best best. tu antara moment yg kita rindu sebenarnya.
Exactly Cik Jaja.. Kenangan membesar dengan sepupu sampai sekarang cerita masih diulang-ulang sebab memori terindah dan kenangan yang dirindui..
seronok bila ada tetamu datang
Alhamdulillah silaturrahmi tidak putus. Kadang-kadang kalau ibu bapa sudah meninggal, ada yang kekok dengan saudara-mara. Mungkin tidak berapa rapat.
Bila saudara mara datang berkunjung seronok bila kita dpt sediakan makanan sambil borak2 mmg mengimbau nostalgia
Betul, rumah rasa meriah..
Adakala memang begitu NA, kadangkala kekok sebab tak rapat..
Tepat sekali Dana, best dapat sembang dan cerita kenangan membesar bersama..
Alhamdulillah dapat berkumpul bersama..
memang seronok kalau berkumpul ni. ilang semua rindu pada mereka
best sebenarnya bila ada tetamu.. rasa berseri ja rumah kita
Bila semakin meningkat usia semakin payah pula nak berkumpul.. semua terikat dengan komitmen kerja dan juga keluarga.. Bila dapat berkumpul, memang meriah..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!