Selamat Hari Merdeka ke-65

SELAMAT HARI MERDEKA ke-65 | MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Sambutan kemerdekaan negara kita tahun ini disambut dengan meriah. Mana tidak, setelah beberapa tahun negara kita tidak menganjurkan sebarang aktiviti sambutan kemerdekaan secara besar-besaran akibat Covid-19, tahun ini seluruh rakyat Malaysia dapat menyambutnya kembali..

Perarakan di Dataran Merdeka begitu sinonim dengan sambutan Merdeka setiap tahun.. Jika tiada perarakan agak kurang lengkap sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun. 

Semarak Merdeka

Semasa pulang dari bercuti di Penang, saya singgah di Hentian Tapah, secara tak sengaja saya terpandang satu sudut yang diberi nama Semarak Merdeka mempamerkan gambar tokoh-tokoh kemerdekaan di samping latarbelakang dan sumbangan mereka kepada negara.

Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

Saya tumpang bangga dengan usaha serta kesederaan pihak PLUS mengenai sambutan Hari Kebangsaan ini.. Ia sedikit sebanyak membuka mata generasi kini serta orang luar tentang semangat dan pengorbanan serta sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan tersebut kepada negara. 

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia..


Regards,

8 Comments:

Happy Merdeka mummy_ayu.. :)

selamat hari merdeka LZ! usaha yang bagus di pihak PLUS.Teringat zaman kerja library dulu memang selalu kena buat display pameran merdeka macam ni

Betul statement Sal, wajar dicontohi oleh company lain...

Bagus pengurusan PLUS ini baharulah betul. Ini duk sibuklah nak berkawad merdeka eh! tiberrr...

Bila LZ tukar template ni last Mrs. A singgah masa post richiamo template lama lagi

Hahahaha tergelak LZ dengan komen Mrs. A tapi LZ setuju..
Tukar template bila lama tak blogging untuk dapatkan semangat baru, eh boleh tak macam tu? hihihihi

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More