Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pada 22 Jun 2022 lalu, saya dan rakan sekerja bercadang untuk lunch di sebuah cafe berhampiran office kami iaitu Richiamo Coffee cawangan Seremban 2. Lokasi paling tepat berhadapan Kompleks Mahkamah Seremban 2.
Richiamo Coffee Seremban 2 |
Restaurant ini dimiliki oleh syarikat Richiamo Coffee Sdn Bhd. It is a chained premium coffee shop. Kopi di restaurant ini diimport dari Guatemala, Columbia, Brazil dan Indonesia, 100% Arabica beans yang dipanggang di Malaysia.
Melangkah masuk ke cafe ini terus menuju ke bahagian kaunter. Pesanan tidak dibuat di meja sebaliknya perlu ke kaunter. Hiasan dalaman menarik, simple dan mempunyai ciri-ciri kemewahan dengan komsep modern.
Richiamo Coffee Seremban 2 |
Setiap sudut meja pelanggan boleh melihat dengan jelas chef yang sedang bekerja di dapur. Terdapat ruang santai di bahagian sudut kanan pintu masuk utama mempunyai ciri-ciri mewah dan moden dengan set Chesterfield sofa leather yang selesa dan karya seni bertema coffee.
Caffee Mochaccino |
Restoren ini menawarkan pelbagai jenis hidangan utama terdiri dari masakan Melayu iaitu set Nasi dan hidangan Western seperti pasta dan spaghetti yang lazat serta menyelerakan yang akan menarik minat golongan muda dan dewasa. Saya pesan set Nasi Daging Hitam. My friend tried Crispy Chicken Chop. Tak cukup dengan itu, saya pesan muffin double chocolate yang kaya dengan rasa coklat, pendek kata puas hati!
Daging Masak Hitam |
Suasana dan makanan yang sedap meyakinkan saya untuk mengesyorkan restoran ini kepada kawan-kawan.
Berikut antara menu lain yang boleh dipesan di Richiamo Coffee:
Nasi lemak ayam rempah |
Spaghetti Carbonara |
Mushroom soup and bread |
Kek dan pastry |
Finally harga my lunch meal:
Total bill |
Tak cukup makan di restaurant, saya beli hot Chaffee Mochaccino untuk dibawa pulang ke pejabat.
Hot Mochaccino |
Overall I'm happy dengan ambiance dan menu yang ditawarkan di restaurant ini.. Siapa pernah makan di Richiamo Coffee boleh drop your comments di bawah, siapa yang masih belum rasa makanan di sini saya syorkan untuk pergi dan alami sendiri pengalaman menikmati makanan di Richiamo Coffee..
Okay itu sahaja perkongsian saya setakat ini.. Thank you for reading..
Regards,
10 Comments:
Ada perasan satu kafe Richiamo dekat Mydin MITC. Teragak-agak hendak cuba tapi tengok harga ok, bolehlah cuba.
Menarik nampaknya tu. Sesuai untuk penggemar kopi macam ai ni.
saya suka makan croissant dia ..sedap
area rumah saya ada Richiamo. kopinya sedap, makanannya aje kureng sikit. huhu
Tak berjaya lagi mencuba ke kafe ini.. Area Sha ini ada 1.. Menarik juga menu yang ditawarkan..
Ada masa NA boleh cuba.. nanti share di blog okay..
Kak Hjh memang sesuai untuk coffee lover..
Setuju dengan Raz.. so far makanan dan minuman di sini belum mengecewakan sis..
Ada juga orang lain komen macam Sal.. Mungkin setiap outlet berbeza cara penyediaan makanannya kot..
Menu cafe ni so far LZ boleh layanlah Sha.. Ada masa nanti Sha cuba sendiri okay..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!