Cara Mengatasi Rasa Malas
CARA MENGATASI MALAS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Minggu ini saya cuti hingga tahun baru 2024. Walau sedang bercuti tetapi masih ada tugasan pejabat yang perlu diselesaikan dari rumah sehari dua ini. Cuti panjang kali ini saya tiada plan ke mana-mana sebab hassle, maklumlah cuti sekolah ditambah pula baru lepas cuti sambutan Chirstmas, tentu ramai orang di sana-sini.. So perancangan awal saya hanya menghabiskan masa dengan membaca buku selain membuat rutin harian di rumah.
Don't put off until tomorrow what you can do today |
Masa luang yang ada sangat sesuai untuk membuat segala aktiviti yang sudah lama tertangguh sebelum ini disebabkan kesibukan dengan tugasan di pejabat. Frankly speaking ada masanya saya dilanda rasa malas sebab mental exhausted jadi secara tak langsung fizikal pun ikut sekali malas. So untuk overcome rasa malas ni saya cari buku motivasi yang boleh membantu saya mengatasi keadaan ini. Jadi saya terpanggil untuk kongsi tips berdasarkan apa yang telah saya baca.
Ringkasan yang dipetik dari buku "Do It Today: Overcome Procrastination, Improve Productivity, and Achieve More Meaningful Things" ditulis oleh Darius Foroux. Cara mengatasi kemalasan menurut Darius Foroux seperti berikut:
Do It Today |
1. Jangan suka berlengah (procrastination)
Masalah utama bila dilanda malas. Perangai suka berlengah bukan sekadar malas tapi berpunca dari sikap atau perasaan risau, selalu fikir tentang kesempurnaan secara keterlaluan. Cari punca dan tetapkan matlamat yang jelas terhadap perkara yang ingin kita capai selain tetapkan matlamat khusus yang boleh dicapai. Mempunyai hala tuju yang jelas dapat memberikan motivasi dan meningkatkan produktiviti.
2. Bahagi tugasan mengikut kumpulan kecil.
Tugasan yang besar membuatkan kita rasa terbeban dan inilah punca kenapa suka bertangguh. Bahagi tugasan kepada kumpulan yang lebih kecil supaya boleh diurus dan kita dapat fokus untuk menyelesaikannya satu demi satu. Take a small step everyday adalah lebih baik dari tak buat apa-apa..
3. Jangan suka tangguh ke hari "esok"
Biasakan diri untuk buat kerja / tugasan dalam hari yang sama walaupun tugasan yang mengambil masa selama 5 minit. Buat segera!
4. Atur tugas mengikut keutamaan
Tentukan tugas mana yang paling penting dan utamakan terlebih dahulu. Caranya dengan buat senarai tugasan atau gunakan planner untuk membantu kita kekal teratur dan fokus.
5. Ketepikan segala gangguan
Kenalpasti apa yang boleh mengganggu tugas kita. Kalau saya sudah tentu my phone.. so jauhkan dari ruang kerja supaya tidak mengganggu tumpuan kita.
6. Rancang rutin harian, lakukan dengan bertanggungjawab
Wujudkan rutin harian yang merangkumi aktiviti / tugasan yang ingin kita buat. Rancang rutin harian boleh mengurangkan keletihan kita berfikir membuat keputusan dan mudah untuk memulakan sesuatu.
7. Raikan kemajuan diri sendiri
Bila sesuatu kemajuan telah berjaya dilakukan, raikan pencapaian sendiri. Tak kiralah kecil atau besar sesuatu pencapaian itu. Cara ini dapat meningkatkan motivasi diri. Mudah sebenarnya untuk raikan kemajuan diri sendiri. Kalau saya keluar makan cari makanan favourite atau minum coffee overpriced pun sudah memadai.
8. Hargai diri sendiri
Bersikap baik kepada diri sendiri dan terima bahawa setiap orang mempunyai saat-saat malas. Tak perlu kecewa kerana rasa malas, tetapi sentiasa ingatkan diri sendiri dan perlahan-lahan menggalakkan diri kita untuk mulakan langkah mengatasi sikap malas. Malas secara berterusan tak jadi apa malah merugikan diri sendiri.
Okay, tips ini boleh apply kepada semua golongan.. Agak-agak mula rasa malas sekurang-kurangnya ingat mana-mana tips di atas. Mengatasi rasa malas adalah sesuatu yang mencabar tapi kalau kita ada keazaman dan usaha benda mustahil pun boleh kita capai.
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
11 Comments
Nombor 1 paling susah nak lawan
ReplyDeleteExactly SA.. Kalau dilayan menjadi-jadi kann hehehe
DeleteIni memang tips paling diperlukan.. sebab ada masa memang terasa malas sangat nak buat banyak perkara
ReplyDeleteBetul Cuya, ada masanya perasaan malas ni singgah dalam hidup kita..
DeleteKadang tu memang menangguh je. Ada je alasan pastu menyesal.
ReplyDeleteBagus tips ni memang selalu pun ada rasa malas tu 😅
ReplyDeleteby the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)
Terima kasih sudi singgah.. Bila malas apa pun tak jadi.. so kena lawan juga.. :)
DeleteGood tips LZ.
ReplyDeleteSuka berlengah tu memang musuh durjana huhuuuhuuu
Itu pun masalah terbesar dalam hidup LZ, entahlah lately suka berlengah sebab tu terus cari tips dan kongsi di sini untuk rujukan diri LZ juga..
DeleteHhmmm No 1 tu lah, ada je alasan.
ReplyDeleteBetul, bak kata Mrs. A memang musuh durjana sebab LZ pun sama..
DeleteLeave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!